Friday, September 12, 2008

ABDULLAH PERLU MENGUNDURKAN DIRI UNTUK SELAMATKAN BN?

Tarikh 16 September 2008 kian hampir tiba. Rakyat jelata Malaysia menanti dengan penuh debar. Masing-masing tertanya-tanya, mampukah dan berjayakah Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di peringkat pusat?

Mereka juga berteka-teki, akan gagalkah percubaan Anwar jika Abdullah dengan sukarela mengosong jawatan Perdana Menteri dengan serta merta? Jika Abdullah sudi berkorban demi agama, bangsa dan tanahair, siapa pula akan menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri? Mungkinkah Datuk Seri Najib Tun Razak? Mungkinkah muka baru yang tidak diduga oleh mana-mana pihak sebelum ini?

Seperti biasa saya tegaskah bahawa apa yang diura-urakan oleh Anwar dan PR tidak akan terjadi kalau BN kuat dan Abdullah mempunyai minda yang gagah lagi perkasa. Apa yang dikuhuatiri berlaku ini tidak mungkin berlaku jika Abdullah seorang pemimpin yang tegas dan strategik pemikirannya.

Lebih penting lagi, Anwar tidak mungkin menghebahkan cita-citanya untuk menumbangkan BN kepada seluruh dunia jika Abdullah akur dan menghormati tuntutan rakyat jelata menerusi RU 12 – berhenti jadi Perdana Menteri dengan serta merta.

Bagaimanapun, Abdullah masih mempunyai detik-detik terakhir untuk menyelamatkan BN dan maruah dirinya sendiri. Jika tidak, tanpa diduga oleh Abdullah, esok atau lusa beliau mungkin kehilangan kuasa secara total, nama baiknya terhena, imejnya tercalar dan maruahnya akan diinjak-injak oleh sejarah. Abdullah akan dikenang sebagai pemimpin nombor satu negara yang kehilangan kuasa kerana beliau amat yakin dirinya masih digemari ramai dan BN dalam sentiasa keadaan kuat dan mantap.

Oleh itu, Abdullah perlu bertindak dengan segera menerusi pelbagai cara yang bijaksana. Antara tindakan terakhir yang boleh dilakukan oleh Abdullah adalah mengadap Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong dan menyerahkan mandat keperdanamenteriannya kepada Baginda. Tindakan ini selaras dengan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan khususnya bila Abdullah tidak lagi menikmati sokongan rakyat jelata.

Soalnya, adakah Abdullah rela berbuat demikian? Adakah anak lelaki dan menantu lelaki beliau akan mengizinkan Abdullah berbuat demikian? Adakah Abdullah berani mengenepikan apa jua desakan keluarga dan kroni untuk bertindak bijaksana demi agama, bangsa dan tanahair?

Kita amat arif untuk meramalkan tindakan Abdullah dalam konteks ini. Beliau akan terus dibelenggu sindrom penafian. Beliau akan terus ego. Beliau akan terus berusaha memperbaiki situasi menerusi pendekatan piece meal dan adhok. Beliau akan terus berdolak-dalik. Beliau seolah-olah lebih redha BN hancur secara total.

Maka terserahlah kepada Abdullah untuk menyelamatkan BN. Terserahlah kepada keikhlasan para pemimpin komponen BN untuk menyanggah Abdullah supaya meletakkan jawatan Perdana Menteri. Terserahlah kepada Abdullah untuk tepok dada dan tanya selera – wajarkan beliau berhenti sebagai Perdana Menteri untuk menyelamatkan BN? - Ruhanie Ahmad

18 comments:

Berita dari gunung said...

Sindrom "Frog in hot water" bukan perkara main-main. Ramai pernah terleka dalam suasana. Tidak keterlaluan menyifatkan Abdullah sedemikian.

Ada waktunya memang sukar untuk benar-benar jujur. Orang politik yang pernah jatuh dan ditinggalkan, ada sifat "staying power". Semangat itu juga ada pada Rahim Thamby Chik. Beliau juga mahu kekal relevan dalam era yang pelbagai.

Memang semua orang berguna pada tahap, masa dan keadaan tertentu. Cuma dalam senario kini, adalah bahaya untuk Abdullah terus kekal diatas. Walaupun pahit, hasrat rakyat dan akar umbi bukanlah timbul sebab dengki.

Akar umbilah yang membenarkan pokok UMNO terus tumbuh. Usah hampakan harapan akar umbi, sebelum pokok UMNO layu dan tidak segar-segar lagi.

Kuasa memang memukau. Kuasa juga macam madu, manisnya sukar diterjemahkan. Dari sudut itu kita faham sindrom Abdullah.

Kita perlukan suara yang lebih keras dari barisan pemimpin. Giliran mereka kini. Akar umbi sudah puas bersuara. Bersikap jujur bukanlah jahat walau pahit.

Anonymous said...

Datuk,

Hope for the best.
In God, we trust.

kudakepang said...

BDG dan Jed Yoong

Terima kasih. Yoong sorry for rejecting your cliphanger piece.

Salam takzim.

wira said...

Datuk Ron, saya tidak dapat tidak menyokong tanggapan Datuk perlunya Umno kuat dengan beberapa pemimpin yang dapat diterima oleh penyokong 'grass root', untuk Umno terus relevan. Jika apa yang diandaikan terjadi Umno buka sahaja tidak relevan tetapi akan terus lenyap dan menjadi bahan sejarah bacaan ilmiah disekolah2 dan diuniversiti.

imah said...

Salam Dato'

Dengan fe'el (petunjuk tingkah laku) yang dipamerkan oleh Abdullah selepas PRU 12, mustahil dia akan berundur dengan sukarela.

Melainkan ada desakkan keras daripada MT Umno, dia tetap berpegang kepada plan 2010 dia.

Dato' pikir la sendiri, 13 bahagian Umno yang dipimpin di negeri dia sendiri telah menderhaka secara terbuka, terang dan jelas dalam kes Datuk Ahmad tetapi dia masih jugak pekak badak dan seperti besar hama pun tidak menjadi hal kepadanya.

Sekarang Tan Sri Mahyudin telah mengorak langkah. Sepatutnya dengan adanya kepala sebegini dalam MT, ahli-ahli lain bolehlah beralih kebelakang TSM . Itu Rais Yatim tunggu apa lagi, berikan sokongan kepada TSM segera, pasti nanti yang lain-lain akan mula timbul keberanian untuk muncul memberi sokongan.

sid said...

Salam Datuk,
Saya amat menghargai langkah Tan Sri Mahyuddin....tak kan lah kepimpinan UMNO lain masih 'ketakutan' lagi ???? Saya tahu ramai yang 'sehati' dengan TSM, tapi masih 'kecut'.....saya sarankan encik encik semua bayangkan masa depan cucu cicit kita....dan bertindak lah....SEKARANG.....sokong langkah TSM....bersuara dan menjelmalah wahai pemimpin pemimpin Melayu...

Salman Madani said...

Salam,

Sebagaimana yang pernah saya katakan dalam posting yang terdahulu, dalam budaya politik Melayu/Malaysia, bukanlah mudah untuk seseorang pemimpin tertinggi itu "turun takhta" atau mengundurkan diri dari jawatannya.

Dengan mengundurkan diri dari jawatannya, dia bukan sahaja akan kehilangan kedudukan dan pendapatan, tetapi juga akan kehilangan penghormatan, dan kemudian dengan mudah akan dilupakan orang.

Ini agaknya "derita batin" yang biasa dialami oleh seorang bekas pemimpin politik di negara ini. Dan hal itu tentunya merupakan satu faktor yang menyebabkan dia tidak mudah mengundurkan diri dari jawatannya.

Abdullah mungkin boleh terfikir untuk berundur, sekiranya desakan itu datang daripada orang-orang yang dekat dengan "pusat kuasa", seperti jemaah menteri,ahli MT UMNO dan pemimpin-pemimpin BN.

Akan tetapi, sekarang orang-orang yang dekat dengan pusat kuasa itu tidak mendesak Abdullah supaya berundur, malah mereka mengikrarkan taat setia pula kepada Abdullah.Jadi bagaimana Abdullah hendak berundur?

Desakan daripada beberapa cawangan UMNO atau daripada beberapa individu, termasuklah daripada mantan PM supaya Abdullah berundur, saya kira tidak cukup kuat, kerana desakan itu datang dari tempat yang "jauh" dengan pusat kuasa.

Mungkin ada akibat buruk terhadap UMNO dan BN, sekiranya Abdullah tidak segera mengundurkan diri. Antaranya, ada kemungkinan Anwar akan dapat mengambil alih pemerintahan daripada BN.

Akan tetapi, saya melihat itu bukanlah tanda "berakhirnya sejarah" UMNO dan BN.

Banyak orang, termasuk saya, berpendapat bahawa UMNO sebagai parti besar, tidaklah mudah akan mati.

Akan tetapi, setelah agak lama memerintah, dan setelah memperlihatkan pelbagai kelemahan, mungkin ada baiknya, UMNO/BN "direhatkan" dan menjadi pembangkang.

Jika UMNO/BN telah pulih dan kuat semula, dan mampu mencabar Pakatan Rakyat dengan dasar dan program yang lebih baik, bukanlah mustahil UMNO/BN boleh memainkan peranan semula sebagai parti pemerintah.

http://salman-madani.blogspot.com

* ainul AB * said...

Salam Datuk Ron,
Pemimpin2 tertinggi UMNO yg lain should be as brave as TS Muhyiddin. Saya sependapat dgn Imah; Pak Lah tidak mungkin mengubah pendirian 2010-nya melainkan digesa, dipaksa keras & dipecat turun dari 'takhtanya'. Si tua Denial Syndrome ni dah tak relevan nak jadi pemimpin negara. Memang selayaknya digelar Bapa Kejatuhan Malaysia.
Wassalam.

ahm said...

pm luarannya kelihatan lembik, tetapi dalaman lebih keras drpd ahmad ismail. tiada siapa yang mampu memberhentikannya kerana semua hopokrit umno masih utuh dibelakangnya. maka malanglah penganut jujur umno sejak dulu kini dan selamanya.
betapa hipokritnya pm semasa mengulas kenyataan sdr. mahyudin. sedangkan itu bukannnya kenyataan menentang pertama daripada sdr. mahyudin bahkan banyak dah.
the rest.... are history

pm oh pm... ia masih terus dibuai mimpi indah.... selamat mentadbir wahai pm. semoga diberikan hidayah dan keimanan.

bon voyage malaysia

Awang Maya said...

Desakan supaya Abdullah Badawi berundur daripada hampir semua bahagian di seluruh negara seharusnya telah berlaku 3 bulan yang lalu jika tidak kerana SUAPAN duit yang ditaburkan oleh tali barut Dollah. Itu jer punca sebenarnya. Jelas sekali trend generasi orang UMNO sekarang lebih mengutamakan duit dari kepentingan bangsa. Apa ak buat..lepas ni janganlah pulak menyesal.

Unknown said...

Sebenarnya bukan Pak Lah yang salah dalam hal ini, siapa pun yang akan menggantikan Pak Lah tidak akan dapat mengubah keadaan.

UMNO telah ketandusan pemimpin tertinggi yang berwibawa dan berkarismatik untuk membuat perubahan.

10 tahun dahulu UMNO mempunyai Anwar Ibrahim untuk menggantikan Mahathir, tetapi selepas Anwar dikeluarkan dari UMNO, tidak ada pemimpin pelapis UMNO yang benar-benar menonjol untuk mengambil jawatan PM.

Ketika itu Mahathir dapat melihat hanya Pak Lah saja pemimpin yang ada wibawa berbanding yang lain-lain walaupun tidak sehebat Anwar.

Kamalkamal said...

Salam Datuk,

Walaupun pelbagai desakkan dibuat, namun Datuk Abdullah Ahmad Badawi akan terus kekal sebagai PM. Sekiranya lebih 3/4 ahli MT menyokong saranan TS Muhyiddin supaya AAB berundur, mungkin situasi akan berubah.

Harapan seluruh rakyat terutamanya orang Melayu, semoga sempena Ramadhan al-Mubarak ini semua ahli MT tegas dan meminta supaya AAB dan juga Datuk Najib berundur. Nampaknya mereka berdua kurang berkemampuan mentadbir negara. Lihat saja kes Datuk Ahmad Ismail, segala tindakan mereka berdua tidak konsisten.

Unknown said...

Anwar sebenarnya yang mengambil kesempatan diatas keterbukaan Pak Lah.Pak Lah telah membebaskan Anwar dari penjara namun kini Anwar pula sedang berusaha untuk menjadi PM.

Pak Lah berbeza dari Dr.M.dulu semasa Dr.M tegas,ramai yang marah dan minta dia lebih terbuka.sekarang Pak Lah lebih terbuka,orang masih marah juga kerana mahukan dia lebih tegas.mana satu yang nak sebenarnya?.lagi satu punca kepincangan UMNO/BN bukan hanya terletak pada Pak Lah semata-mata tapi mereka yang dibawah Pak Lah.buat kenyataan dan tindakan yang bukan-bukan kemudian dibebankan keats Pak Lah.

seorang pemimpin parti politik mana boleh tunjukkan dia dan parti politik itu lemah.mestilah kena tunjukkan yang mereka masih mampu dan kuat.tanyalah Anwar dan dia juga akan mengakui hal ini.

jika Pak Lah undur diri sekalipun,Anwar terpaksa pula menentang Najib.tidakkah kita rasa ironi apabila Pak Lah dan Najib diserang serentak dengan isu masing-masing?

apabila mereka dua jatuh,maka kita pasti akan lihat orang lain pula yang memegang jawatan mereka.masalahnya,siapakah mereka?.adakah Anwar?atau ada orang lain? :)

wanbaki said...

salam dato'
Saya yakin dan percaya Pak Lah akan turun takhta sekiranya
1. DS najib juga menikam beliau dari belakang. Dengan sokongan ahli akar umbi, ketua- ketua bahagian, dan MT
2. Semua MT mendesak beliau. kecuali 2 3 ekor.. khalid nordin, sabry, dan seangkatan beliau dari tingkat 4
3. Tidak mencalonkan beliau sebagai presiden UMNO di bahgian.
4. Menantu beliau sendiri telah sedia menjadi perdana menteri


http://wanbaki.blogspot.com/

BlueMoon said...

Orang yang paling layak menjadi PM sekarang ialah Tan Sri Muhyiddin Yasin. Beliaulah harapan terakhir BN.

Unknown said...

Kenapa Pak Lah berundur boleh selamatkan BN sekarang. Calon2 yang lain tu betul2 hebat ke? Kena bagi peluang kepada dia untuk perbetul keadaan dulu.

slyderrose said...

Bukan nak selamat BN tapi nak selamatkan Malaysia dari terus merundum. Pilihlah orang yg terbaik untuk menerajui Malaysia.

Unknown said...

Sesiapa pun yang jadi PM lepas ni kena punyai matlamat pulihkan ekonomi dulu. Selagi ekonomi tak pulih, majoriti rakyat lebih cenderung pilih pembangkang.
Tapi agak sukar pulihkan ekonomi Malaysia sahaja tatkala satu dunia merasa bahangnya.
Benda-benda lain yang buat rakyat tak puas hati macam kes rasuah, kronisme, hubungan kaum, agama, bangsa(NEP) dan lain-lain adalah perkara kedua.

Rakyat yang perut kenyang takkan peduli isu lain. Kalau adapun sebilangan kecil. Kalau ekonomi negara kukuh macam harimau, Anwar menyalak macammana pun tak ramai orang peduli. Zaman Tun dulu, walaupun orang ramai tahu kes rasuah sini-sana, tapi setiap kali pilihanraya, tetap BN menang selesa. Ini pasal Tun pandai jaga ekonomi negara. Rakyat dapat lihat/rasa pembangunan dan perubahan. Tapi zaman Pak Lah, takde apa.