MUAR 24 Sept. - Lembaga Disiplin Umno perlu diperkukuhkan bagi membolehkannya bertindak tegas menangani gejala politik wang menjelang pemilihan parti di peringkat bahagian bulan depan dan Majlis Tertinggi pada Disember ini, kata Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya beliau telah menyarankan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini setelah dimaklumkan terdapat arah aliran peningkatan amalan politik wang dalam mesyuarat-mesyuarat pemilihan cawangan yang berakhir bulan lepas.
“Saya agak bimbang kerana sudah nampak petanda amalan politik wang agak meluas pada mesyuarat-mesyuarat cawangan kali ini berbanding mesyuarat sebelum ini.
“Saya bimbang kalau trend sebegini berlarutan atau menular di mesyuarat-mesyuarat perwakilan bahagian dan perhimpunan agung parti, ia akan menimbulkan masalah besar kepada parti,” katanya kepada pemberita selepas berbuka puasa bersama pemimpin dan anggota Umno Bahagian Pagoh di sini.
Selain menambah bilangan anggota Lembaga disiplin dan jawatankuasa siasatan, beliau mencadangkan agar anggota Umno secara sukarela mengawasi perilaku mereka yang tidak mematuhi peraturan dan perlembagaan parti itu.
“Pemimpin-pemimpin parti di semua peringkat perlu sanggup menjadi mata dan telinga Umno kerana tenaga kerja di Lembaga Disiplin amat terbatas,” katanya.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan mereka supaya tidak memberikan laporan palsu kepada Lembaga Disiplin. – BERNAMA
Lagi:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0924&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_10.htm
Katanya beliau telah menyarankan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini setelah dimaklumkan terdapat arah aliran peningkatan amalan politik wang dalam mesyuarat-mesyuarat pemilihan cawangan yang berakhir bulan lepas.
“Saya agak bimbang kerana sudah nampak petanda amalan politik wang agak meluas pada mesyuarat-mesyuarat cawangan kali ini berbanding mesyuarat sebelum ini.
“Saya bimbang kalau trend sebegini berlarutan atau menular di mesyuarat-mesyuarat perwakilan bahagian dan perhimpunan agung parti, ia akan menimbulkan masalah besar kepada parti,” katanya kepada pemberita selepas berbuka puasa bersama pemimpin dan anggota Umno Bahagian Pagoh di sini.
Selain menambah bilangan anggota Lembaga disiplin dan jawatankuasa siasatan, beliau mencadangkan agar anggota Umno secara sukarela mengawasi perilaku mereka yang tidak mematuhi peraturan dan perlembagaan parti itu.
“Pemimpin-pemimpin parti di semua peringkat perlu sanggup menjadi mata dan telinga Umno kerana tenaga kerja di Lembaga Disiplin amat terbatas,” katanya.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan mereka supaya tidak memberikan laporan palsu kepada Lembaga Disiplin. – BERNAMA
Lagi:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0924&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_10.htm
17 comments:
Masalah tak jadi besar kalau dari dulu lagi lembaga disiplin UMNO ambil tindakan tegas. Same jugak dengan BPR, Polis, dsb. Kalau amik tindakan kat bilis2 kecik tak jadi ape pun. Tindakan bukan hanya sekadar di mulut.
Selamat berpuasa dan selamat mencari Malam Kemuliaan semuga puasa kita kali ini mendapat baraqah.
Datuk Ron, polimik seperti ini tidak akan lenyap secara pendekatan yang lazimnya kita lakukan semoga ahli-ahli takut akan tindakan lembaga disiplin.
Saya jelak mendengarkan dendangan lagu politik wang senantiasa dinyanyikan oleh semua pihak yang tidak ingin kedudukan mereka tergugat. Ini telah terbukti semasa zaman Tun Dr Mahathir menjadi PM lagi. Tetapi pada hakikatnya politik wang (atau yang sebanding dengannya) telah menjadi adat resam sejak dari dahulu lagi.
Kita tidak perlu membesar-besarkan polimik ini. Tindakan yang perlu adalah dengan segera mengisikan pelapis-pelapis yang saya fikir dari kalangan generasi muda yang rata-rata dari keluarga yang mantap dari segi sosio-ekonomi mereka dan kebanyakan mereka tidak mementingkan hanya kebahagian duniawi. Mereka ini saya jangka akan membuat anjakan paradigma. Mereka inilah yang akan mencorakkan masa depan Umno kearah persekitaran yang lebih bersesuaian dengan hasrat kita untuk mendapat kebahagian dunia dan akhirat yang senantiasa digunakan oleh Pas untuk mempengaruhi raykat bahawa merekalah jalan yang lurus.
Se-eloknya ahli-ahli Umno perlu mempamirkan fikiran yang bernas dan tidak senantiasa memainkan lagu-lagu yang langsung tidak kontemporari. Pemimpin-pemimpin sekolah lama perlu memerima hakikat bahawa untuk berubah kita perlu fikiran kontemporari dan tidak perlu menanyikan lagu-lagu usang walau pun lagu-lagu P. Ramli masih senantiasa harum dan segar. Juseru tiba masanya memberi laluan kepada nafas baru secara terhormat.
Semoga mendapat anugerah rahmat dan barakah daripada ALlah.
Budaya politik wang akan menyebabkan orang macam saya yang mengidap kanker ( oops maaf, slanga Indonesia yang bererti kantung kering ) menjadi terliur dan mengidam. Sebenarnya inilah di antara penyakit yang dideritai UMNO. Sekali lagi maaf kerana saya ingin memberi sedikit teguran. Ada tiga jenis penyakit yang mewabak dan menular di kalangan para pemimpin UMNO khususnya, 1. hidup dalam kesombongan yang melulu, 2. kemewahan yang melampau, dan 3. kemaksiatan yang berterusan.
Semoga tenang dalam mengurustadbir tugas seharian.
kod etika umno jelas mengenai kesalahan rasuah politik dan rasuah wang hanya penguatkuasaan tidak ada
apa akan jadi pada umno?
budaya politik menjadi cara kehidupan(way of life) bagi warga UMNO sejak berzaman(Mahathir's legacy). Mengapa sekarang baru hendak berpura prihatin di atas isu ini?
Yang menghairankan saya,Warga UMNO acap berlumba lumba ke tanah suci untuk menunai kan haji malahan kali umrah,terawih, tahlil, sembahyang sunat(lebih dari etengah ulamak)... namun when comes to immoral and unethical behavior of RASUAH.. "biasalah" as in sedekah as their reactions.. kah kah...
Isnt this insulting islam?
salam datuk,
bukan sahaja lembaga dispilin UMNO perlu kukuh,bawa masuk BPR di dlm dewan UMNO nanti,Pak Lah kata nak banteras rasuah,kini tiba lah masa untuk menangkapnya.bak org kata,tahan pukat...sy cadangkan wajib BPR berada di dewan UMNO,mengawasi perjlnan pemilihan UMNO itu nanti.Dan sy cabar Pak Lah sendiri,agar beliau memutuskan satu keputusan supaya BPR berada di dlm dewan,luar dewan untuk semasa pemilihan UMNO nanti.(Jika beliau berani).Kita semua tahu BPR di bawah JPM,kot2 boleh...
Assalamualaikum wbt,
Yang berbahagia Datuk,
Apabila semua pihak disemua peringkat rakyat bercakap tentang masaalah yang kronik yang sedang menyerang parti UMNO, maka memang jelaslah bahawa UMNO sedang gering dan hampir nazak.
Apabila semua rakyat bercakap tentang amalan politik wang semasa pemilihan dan pilihanraya, maka sememanglah amalan jenayah moral ini telah membarah didalam UMNO.
Apabila rakyat terbanyak membicarakan tentang rasuah dan gila kuasa menguasai kepimpinan UMNO... maka hasilnya suasana keamanan dan keselamatan NEGARA dan RAKYAT diperjudikan.
Pada pandangan pak brahim, bahawa keselamatan NEGARA kini telah berada didalam zon keritikal dan telah hilang kawalan. Samaada dalam segi keyakinan politiknya, ekonominya, ketenteraman dan keselamatanya, kehakiman dan undang-undangnya, kedaulatan Agama dan Raja-Rajanya dan banyak lagi untuk diulas.
Yang kelihatan bebas menikmati kemerdekaan negara hanyalah kepada penjenayah-penjenayah dan warga-warga asing. Lihat sahaja saban hari berlaku pembunuhan, rompakan, pelacuran, kad pengenalan palsu, cetak wang palsu, penjualan dadah, judi haram dan sebagainya.
Apabila barah sudah kian parah dan kronik, pak brahim nasihatkan supaya UMNO segera jalankan operasion sahaja. Operate lah dibahagian mana yang dah rosak dan jika perlu potong kepala maka potonglah untuk selamatkan badan supaya tidak reput dan menular kebahagian lain.
Tapi yang lebih baik eloklah dikoburkan sahaja dan nobatkan DS Anwar Ibrahim sebagai PM.. kan DS Anwar Ibrahim adalah mantan TPM juga berjiwa UMNO. Masakan tidak kenal beliau... mungkin sebahagian besar menteri-menteri yang ada pernah cium tangan beliau.
Mudah kan.......
Assalamu'alaikum Datuk dan pembaca,
Kejahatan tidak dapat dicegah dengan undang2 dan peraturan sahaja.
Pelaksana undang2 dan peraturan itu manusia juga. Jadi faktor manusialah yang paling utama.
Undang2 dan peraturan hanya umpama pagar.
Jika semua kuda liar kita kurung dalam pagar, akhirnya pagar akan pecah juga. Jadi kena jinakkan kuda dulu, barulah pagar berfungsi mengawal dari kuda keluar sempadan.
Hati manusia kena jinakkan dengan Tuhan yang Maha Tahu. Bila hati manusia telah jinak dengan Tuhan, barulah undang2 dan peraturan berperanan mengawal manusia daripada melanggar sempadan.
Tetapi jika hati manusia tidak takut dengan Tuhan, dengan undang2 dan peraturan lagi dia takut.
Sebab dia tau, penguatkuasa undang2itu pun dua kali lima dengan dia jugak. Tak takutkan Tuhan. Akhirnya melalui undang2 jugalah mereka membuat kejahatan.
Maka terjadilah kejahatan berlindung disebalik undang2 dan peraturan.
Maaf dari saya. Jom cari kelainan moga bertemu kebenaran di blog saya;
http://nawawidahalan.blogspot.com/
Salam Datok.
Saya naik meluat dengan Lembaga Dispilin Umno (LDU). Dulu kini dan selamanya hanya nama sama LDU.
Ia sekadar mengabui mata ahli-ahli dan rakyat jelata.
Cakap je berdekah-dekah tapi habuk pun tara. Rasuah makin subur. Makin gah kononnya LDU, makin menjalan rasuah.
Macam ayam jantan, kokok berederai-derai tapi ekoq penuh tahi.
Cakap kat UMNO tak payahlah ada LDU. Buat orang menyampah. Rasuah ni macam-macam dan dalam pelbagai bentuk. Bila kena pemimpin Umno buat, depa kata komisyen tapi cuba parti pembangkang dan rakyat marhaen, dah tentu kena tangkap sebab rasuah.
Ambil RM100 tapi denda dua tahun penjara tapi pemimpin UMNo ambail berjuta-juta, puluh juta, ratusan juta? tapi lepas sebab atas alasan, komisyen. Tapi dari segi dosa sama. Tapi hukum dunia dengan hukum tuhan kan berbeza? Dunia hukum si marhaen dua tahun penjara tapi yang kebas ratusan juta bebas. Hukum Tuhan kan dua-dua berdosa?
Tak faham lagi?
Salam,
sekarang politik wang dah parah. jadi strateginya kenalah dibuat mengikut situasi sekarang. bukan lagi diperingkat pencegahan.
tapi siapa yg akan memulakan tindakan. dengar cerita si KJlah yg banyak mecetuskan politik wang sekarang nie. betul x betul saya tak tahu kerana cuma dengar dari pihak entah ke berapa.
W'salam
Salam,
Di sebuah negara jiran, pada satu masa dulu, dan mungkin hingga kini, usaha membanteras rasuah boleh dikatakan tidak berjaya, kerana rasuah sudah jadi budaya.
Di negara kita, rasuah rasanya belum sampai ke tahap itu. Jadi kalau kita ada kemahuan politik yang tinggi, rasuah mungkin boleh dikurangkan, kalaupun tidak dapat dihapuskan sama sekali.
Pada masa yang yang lalu, dan hingga kini, usaha Lembaga Disiplin UMNO untuk membanteras rasuah boleh dikatakan tidak berkesan.
Oleh itu, Lembaga Disiplin UMNO memang perlu diperkukuh. Pada masa yang sama saya kira BPR juga mesti lebih aktif untuk membanteras politik wang dalam UMNO yang masih begitu berleluasa.
Sekali sekala kita dengar ada pemimpin kecil UMNO yang dicekup oleh BPR. Tapi rasanya masih terlalu sedikit yang masuk perangkap BPR.
Adakah ini kerana pemimpin UMNO lebih "cerdik" ataupun kerana pegawai BPR yang kurang cekap?
Salam Datuk,
Politik wang memang sudah parah. Lembaga Disiplin perlu lebih tegas. Jangan jadi macam kes TDM sudahlah. Persoalan rasuah ini sukar diselesaikan kerana biasa yang menerima dan memberi akan tutup mulut bila disoal siasat.
Sejak zaman TDM lagi, politik wang bermula dan sekarang ini ianya semakin merebak ke peringkat Cawangan. Kalau dulu hadir mesyuarat Cawangan tak dapat apa-apa habuan, sekarang ini hadir saja mesyuarat adalah habuannya walaupun sedikit.
Saya menonton Buletin Utama malam tadi 24/09/08. Ada satu segmen menyokong peralihan kuasa 2010 kekal. Tapi yang menyokong semua kelihatannya yang mempunyai kepentingan. Contohnya Senator yang dilantik.
Adakah ini boleh dikira sebagai politik wang?? Kerana berita itu hanya menyiarkan bahagian yang menyokong Pak Lah, tapi tidak menyiarkan yang tidak menyokong Pak Lah.
Hakikatnya saya percaya lebih 60% rakyat dah meluat dan mahukan perubahan pucuk pimpinan. Samada UMNO berubah atau ahli parti dan rakyat yang berubah mencari parti lain yang lebih berintegriti dan telus.
Pesanan saya kepada semua yang nak menyokong... Benda tak kena atas kepala sendiri. Tu yang sokong membuta tuli. Kalau dah rasa susahnya cari rezeki di bumi sendiri, barulah nak memaki-maki..
Akhir kata.... Lu pikir la sendiri beb....
politik wang sudah menjadi darah daging umno itu sendiri, mana boleh dibuang. kalau dalam parti dilabelkan 'politik wang' agar bunyinya mesra alam sedikit, tetapi semua maklum ia adalah rasuah. umno/bn sudah sinonim dgn gejala ini sejak berdekad dulu lagi. kalau tiada politik wang tiadalah umno. ia adalah nafas yg menghidupkan umno selama ini. semua tahu umno diterajui bisnesmen2 jutawan yg mempunyai syarikat perniagaan dan kroni yg mempunyai banyak wang, oleh itu politik wang tak mungkin akan dihapuskan. kalau benar2 mahu parti politik yg benar2 bebas dari poltik wang seharusnya tubuhkan saja parti baru melayu dan tegakkan dari mula penubuhan parti lagi bahawa politik wang dalam parti adalah salah dan dikuatkuasakan dgn tegas dan adil. parti bukanlah agama. tak seharusnya kita berkiblat pada satu parti sahaja. jika tidak suka politik wang maka umno bukanlah parti untuk anda.
Salam Datuk,
Terima kasih atas komen, dorongan Datuk di blog saya sebelum ini.
Datuk, saya tertarik dengan mesyuarat tergempar MT UMNO yang sering diadakan sejak kebelakangan ini dipengerusikan oleh DS Abdullah dan dikhabarkan esok, 26/09/2008 satu lagi mesyuarat MT UMNO akan diadakan di PWTC.
Apakah natijah kepada kekerapan mesyuarat MT ini? Kenapakah mesyuarat tergempar MT ini tidak digunakan juga sebagai landasan membincangkan soal-soal politik wang dalam UMNO yang menjadi barah yang semakin parah kepada parti? Apakah mesyuarat MT pada esok hari hanya sekadar mengulangi keakuran dengan pelan peralihan kuasa tahun 2010 atau menggunakan kuasa MT untuk menangguhkan lagi persidangan UMNO Disember nanti yang sebelumnya pernah ditangguhkan atas alasan PRU ke-12?
Apakah pemerhatian, pandangan dan ulasan Datuk berkenaan soal ini?
Wasalam.
Ia bermula dari 'kepala' sebelum menular ke 'ekor'.
Salam dato..
Apa nak hairan dengan 'POLITIK WANG' lembut sikit bunyi bila orang UMNO yang buat. Tapi kalau orang di luar UMNO buat di gelarnya 'RASUAH'. Jadi kalau rasuah baru BPR main peranan, tu pun berpilih2, tapi disebabkan ianya 'POLITIK WANG' maka ia tidak menjadi satu KESALAHAN KEPADA UMNO.
Moralnya:
- Kalau anda ditangkap oleh BPR tukar je istilah kepada 'POLITIK WANG' pasti selamat kerana ianya amalan PEMIMPIN2 UMNO maka tidak menjadi kesalahan tapi kalau kekal dengan istilah 'RASUAH' siaplah badan anda...
- Nak harap LEMBAGA DISIPLIN UMNO??? Sampai KIAMAT pun perkara ini tidak selesai...setakat gantung keahlian, tak de orang takutnya. Ye lah, mentang2 ALLAH s.w.t tak bayar 'cash' kat dunia ni...
Post a Comment