Thursday, September 04, 2008

AL-FATEHAH BUAT GURUKU PAK SAMAD ISMAIL

Utusan Malaysia melaporkan, Tokoh Kewartawanan Negara, Tan Sri Abdul Samad Ismail, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai di sini pukul 6.35 petang ini kerana jangkitan paru-paru dan kegagalan buah pinggang.

Pak Samad, 84, dirawat di pusat itu sejak 24 Ogos 2008. Sepanjang tempoh itu beliau terpaksa dibantu dengan alat bantuan pernafasan.

Secara peribadi, saya amat terhutang budi kepada Pak Samad. Disiplin dan bimbingan di bidang kewartawanan yang beliau berikan kepada saya terlalu amat tinggi nilainya.

Pak Samad adalah antara wartawan ulung yang bermati-matian berjuang untuk agama, bangsa dan tanahairnya menerusi mata penanya. Beliau juga antara tokoh Melayu pra-Merdeka yang bertanggungjawab menyemarakkan perjuangan UMNO di Singapura.

Kini Pak Samad sudah kembali ke rahmatullah. Saya kehilangan seorang guru yang amat dedikated. Bangsa Melayu kehilangan seorang nasionalis tulen. Kaum wartawan Nusantara kehilangan seorang tokoh yang kreatif, berani dan amat disegani.

Isteri saya, Aisah (bekas wartawan The Malay Mail), dan saya sekeluarga mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Pak Samad, termasuk Nuraina dan Maria.

Mudah-mudahan roh Pak Samad akan dicucuri rahmat Allah SWT jua. Al-Fatehah! – Ruhanie Ahmad

5 comments:

TICO said...

Alfatehah

TAKZIAH KEPADA SELURUH KELUARGA PAK SAMAD

Tayadih Maysia said...

salam datuk,

al-fatihah

Jeffri said...

Salam takziah kepada seluruh keluarga Tan Sri Samad Ismail... Al Fatihah...

Badr said...

Alfatehah.....

Sebagaimana kata Datuk, pemergian Pak Samad memang kehilangan besar kepada orang melayu dan Malaysia amnya.

Ahmad A Talib said...

Sdra Ron,

Saya ada menulis tentang satu inisiatif untuk mengiktiraf sumbangan Pak Samad dalam dunia kewartawanan negara kita dan dalam dunia media amnya. Harap mendapat komen dan sokongan Sdra! TQ dan selamat berpuasa.