UMNO adalah pertubuhan massa. Tanpa cawangan, tiada bahagian. Tanpa bahagian tiada badan perhubungan negeri. Tanpa bahagian dan badan perhubungan negeri pula tiada majlis tertinggi. Ini bermakna, cawangan UMNO adalah asas kuasa di peringkat bahagian. Bahagian UMNO pula adalah asas kuasa kepada badan perhubungan negeri dan juga majlis tertinggi.
Maka, adalah tidak demokratik jika suara akar umbi dinafikan oleh majlis tertinggi UMNO, terutama sekali mengenai pelbagai perkara strategik, termasuk soal pucuk pimpinan tertinggi parti.
Lantaran itu, kajilah kenyataan-kenyataan mengenai formula peralihan kuasa yang saya paparkan di bawah ini. Kajilah pemimpin UMNO manakah yang kini terus menghargai serta menghormati suara akar umbi dan siapakah pula yang bertindak sebaliknya.
KEHENDAK ABDULLAH
TARIKH PERALIHAN KUASA TIDAK PERLU DIBANGKIT – PM
PUTRAJAYA 12 Sept. – Pelan peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi negara yang dipersetujui Kabinet dan Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Jun 2010 adalah muktamad dan tidak perlu dibangkitkan lagi, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Perdana Menteri menegaskan, tumpuan utama beliau sekarang adalah untuk memastikan kestabilan politik dipertahankan supaya kerajaan dapat memberi perhatian kepada usaha menyelesaikan segala masalah rakyat.
Beliau berkata, maklum balas yang diterimanya mendapati rakyat sudah bosan dengan cerita-cerita politik yang tidak pernah selesai.
Perdana Menteri turut menjelaskan formula peralihan kuasa itu dicapai hasil perbincangan dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ketika itu wujud kegelisahan seolah-olah tiada kestabilan politik menyebabkan UMNO perlu menetapkan satu pendirian.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0913&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm
SARANAN NAJIB
PERALIHAN KUASA PERLU DITENTUKAN BAHAGIAN - NAJIB BAHAGIAN UMNO
KUALA LUMPUR 12 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peralihan kuasa antara beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seharusnya ditentukan melalui mesyuarat tahunan bahagian UMNO.
Menurut beliau, selepas itu barulah perkara tersebut dibawa untuk diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO, Disember ini.
Bagaimanapun, kata beliau, semua sedia maklum bahawa pelan peralihan kuasa itu diputuskan pada Julai lepas oleh Perdana Menteri dan beliau sendiri serta disahkan oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO.
''Dalam ucapan pada perjumpaan dengan UMNO bahagian, saya telah menyatakan bahawa pelan peralihan ini mestilah mendapat sokongan bahagian-bahagian UMNO khususnya dalam mesyuarat perwakilan pada tahun ini.
''Oleh itu, kerana UMNO adalah parti yang mengamalkan prinsip demokrasi maka perkara ini hendaklah ditentukan oleh ahli-ahli parti melalui proses dalaman parti iaitu mesyuarat tahunan dalam bahagian-bahagian dan seterusnya Perhimpunan Agung,'' kata Najib.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0913&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_07.htm
PENJELASAN MUHYIDDIN
ISU PERALIHAN KUASA DARI SUARA RAKYAT - MUHYIDDIN
MUAR 12 Sept. - Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan, saranan beliau berhubung pelan peralihan kuasa dalam pucuk pimpinan kerajaan dan parti adalah datang daripada suara rakyat yang harus disampaikan demi untuk mengukuhkan parti yang kini menghadapi pelbagai cabaran dari dalam dan luar.
Beliau berkata, apa yang disuarakan itu bukanlah satu perkara yang luar biasa, sebaliknya ia adalah luahan daripada mereka yang berada di luar termasuk ahli-ahli UMNO dan rakyat biasa yang melihat kerajaan Barisan Nasional (BN) kini berada dalam zon yang tidak selamat.
Menurutnya, selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 Mac lalu, pelbagai masalah telah dihadapi termasuk kelemahan dalam parti, penolakan rakyat terhadap kemampuan BN selain ancaman daripada pihak-pihak luar.
''Saya hanya meluahkan pandangan yang perlu dinyatakan tentang isu ini. Bagi saya, siapa yang berani suarakan sesuatu perkara yang hak, kenapa kita perlu takutkan.
''Sekiranya saya tidak menyuarakan perkara ini ketika situasi rakyat mula berasa bimbang (dengan keadaan yang kita hadapi), ini bermakna saya tidak melaksanakan tanggungjawab saya, biarpun mungkin ada pihak yang tidak berasa senang hati,'' katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0913&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_06.htm
SOKONGAN ALI
ALI RUSTAM SOKONG PANDANGAN NAJIB
MELAKA 12 Sept. - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menyokong pandangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar tarikh peralihan kuasa diputuskan oleh ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi.
Beliau berkata, apa yang disebut oleh Najib yang juga Timbalan Presiden UMNO itu adalah sesuai berlandaskan kepada perlembagaan parti.
''Cadangan Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkenaan peralihan kuasa adalah munasabah, tetapi ahli-ahli parti sememangnya mempunyai hak memutuskannya dalam mesyuarat agung bahagian masing-masing," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0913&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm
TINDAKAN RAFIDAH
RAFIDAH SEDIA BERTEMU ABDULLAH SECARA TERTUTUP
KUALA LUMPUR 12 Sept. - Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz bersedia untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara tertutup bagi menyampaikan hasrat rakan-rakan seperjuangan lain dalam UMNO.
Beliau berkata, bagaimanapun pertemuan tertutup terutama dalam bentuk mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO adalah cara terbaik untuk menyatakan hasrat masing-masing daripada membuat desakan terbuka mengenai kepimpinan negara.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0913&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_06.htm
SUARA HISHAMMUDDIN
PUCUK PIMPINAN HARUS DENGAR SUARA AKAR UMBI
PUTRAJAYA 12 Sept. - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pucuk pimpinan UMNO seharusnya mendengar suara ahli di peringkat akar umbi dalam menentukan hala tuju dan kepimpinan parti itu.
Beliau berkata, ahli di peringkat akar umbi yang akan menentukan kedudukan parti sama ada ketika melalui pilihan raya umum atau berdepan dengan isu kritikal yang menyentuh bangsa Melayu.
''Seorang atau dua (pemimpin) tidak akan menentukan kedudukan parti kerana yang penting adalah ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi.
''Kalau suara datang dari akar umbi, tidak kiralah apa Majlis Tertinggi (MT) cakap, apa pucuk pimpinan cakap, akhirnya kita kena dengar kepada suara mereka di bawah," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0913&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm
PENDAPAT RAZALEIGH
TIADA PERALIHAN KUASA DALAM PERLEMBAGAAN UMNO, KATA KU LI
MUAR, 12 Sept (Bernama) -- Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan beliau tidak mahu mempersoalkan kenyataan Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menganggap peralihan kuasa antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada penggantinya, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 2010 terlalu lama.
Sebaliknya, beliau lebih terkejut dengan cadangan peralihan kuasa antara kedua-dua pemimpin tertinggi UMNO yang pada pendapatnya tidak ada dalam perlembagaan parti.
Tengku Razaleigh tetap dengan pendiriannya bahawa perlembagaan UMNO tidak ada peruntukan untuk mengadakan peralihan kuasa.
"Ahli-ahli yang patut memilih pemimpin. Pemimpin tak boleh menentukan berapa lama nak duduk (memimpin), bila nak turun kecuali apabila dia nak berhenti," katanya.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=358718
SYOR RAIS
KEMBALIKAN KEPADA AHLI AKAR UMBI – RAIS
PUTRAJAYA 12 Sept. - Tarikh peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi negara yang dipersetujui pada 2010 oleh Kabinet dan Majlis Tertinggi (MT) UMNO harus 'dikembalikan' kepada ahli akar umbi untuk memutuskannya.
Ahli MT UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, peringkat kepimpinan sememangnya boleh bersuara dan mengambil langkah tertentu tetapi akhirnya sentimen akar umbi yang perlu dihormati.
''Kalau tidak ada akar umbi, parti akan lemah, kalah pilihan raya dan tidak dapat menjamin penerusan dasar-dasar kerajaan.
''Tidak kiralah batang tubuh siapa kerana ia (tarikh peralihan kuasa) memang tidak sewajarnya diputuskan bulat-bulat oleh peringkat pemimpin sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0913&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_08.htm
REAKSI RADZI MANAN
TPM BUKA LEMBARAN BARU SOAL PERALIHAN KUASA
IPOH 12 Sept. - UMNO Bahagian Kampar hari ini menyifatkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyerahkan kepada semua UMNO bahagian memutuskan soal peralihan kuasa sebagai membuka lembaran baru dalam proses pemilihan kepimpinan parti.
Ketuanya, Datuk Mohd. Radzi Manan berkata, kenyataan itu juga membawa maksud Najib yang juga Timbalan Presiden UMNO tiada halangan dicalonkan sebagai presiden parti.
Katanya, ia juga sebagai membuka lembaran baru dalam proses pemilihan kepimpinan supaya UMNO membuat keputusan yang tepat demi menyelamatkan parti agar kembali diterima rakyat.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0913&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm
KESIMPULAN
Daripada seluruh kenyataan di atas bahagian-bahagian UMNO memperolehi input untuk dijadikan asas dan panduan mereka menyenaraikan calon pimpinan tertinggi UMNO yang akan dipilih dalam pemilihan parti Disember 2008 kelak.
Moga-moga bila bahagian diberikan kebebasan untuk memilih bakal calon pemimpin tertinggi UMNO ini janganlah ada pula sesetengah pihak yang menabur wang ringgit untuk mempengaruhi keputusan bahagian terbabit.
Kita tunggu dan lihatlah sama ada bahagian-bahagian kelak akan mematuhi kenyataan Abdullah bahawa soal peralihan kuasa ini adalah muktamad dan tidak perlu lagi dibincangkan oleh sesiapa! – Ruhanie Ahmad

6 comments:
Amww: Datuk & sahabat sekalian:
Kalau akar umbi (bahagian) tidak terikat dengan mana-mana pihak termasuklah makan budi etc, mungkin apa yang terkandung dalam perlembagaan UMNO tu terlaksana.
Namun bila budi yang terhutang belum dibayar, tentunya sukar untuk membebaskan diri membuat pilihan.
Tanpa suatu pergerakan yang strategik yang diketuai oleh seorang pimpinan berkarisma, bukannya mustahil tapi kekangan untuk kepimpinan berubah amatlah kuat.
Saya suka jika orang Islam dalam UMNO benar-benar kembali kepada Islam sebenar dalam membentuk hala tuju dan membentuk jati diri.
Mungkin perkara-perkara berikut boleh diteliti untuk menilai prestasi UMNO yang memimpin kerajaan selama ini:
1. Keutuhan ibadat solat di kalangan orang Islam. Solat sebagai suatu ibadat membentuk nilai diri dan pemangkin kesatuan umah.
2. Pemakmuran institusi zakat. Zakat mampu melonjakkan ekonomi orang Islam dan mewujudkan masyarakat yang berkebajikan.
3. Menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan bagi menyediakan lapangan kepada masyarakat yang sejahtera.
4. Usaha yang sebaik dan sedaya upaya dan menyerahkan segala urusan kepada Allah S.W.T.
Mungkin ada di kalangan kita menghujahkan segalanya telah dibuat oleh kerajaan yang dipimpin UMNO. Walau apa jua pun, kita renung dan fikirkanlah setulus hati dan seikhlas jiwa.
Nabi pernah menyebut suatu yang batil jika dirancang akan mengatasi kebenaran yang hilang perancangannya.
Salam perjuangan.
Salam Datuk,
Fasal 9.2 : Presiden, Timbalan Presiden, tiga orang Naib Presiden dan 25 orang Ahli Majlis Tertinggi hendaklah dipilih oleh Perhimpunan Agung tiap-tiap 3 tahun sekali.
Merujuk kepada perlembagaan UMNO Fasal 9.2 tersebut sudah jelas menerangkan bahawa jawatan-jawatan berikut HENDAKLAH DIPILIH, bukan HENDAKLAH DIPERALIHKUASA. Dipilih oleh Perhimpunan Agung bermakna pemilihan adalah dari suara perwakilan yang mewakili AKAR UMBI berteraskan Fasal 6.2.2, bukan dipilih oleh Presiden, Timbalan, Naib-Naib Presiden atau MT.
Fasal 6.2.2 : Memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti.
Merujuk kepada perlembagaan UMNO Fasal 6.2.2 pula, ia jelas memberikan hak-hak kepada ahli yakni akar umbi untuk membuat pilihan.
Maka, kembalilah kepada dasar dan asas perlembagaan UMNO yang telah termaktub kerana dasar tersebut sebenarnya didokong bersama-sama, adil dan saksama oleh akar umbi mahupun Presiden.
Wasalam.
UMNO?
Mana ada demokrasi. Asal nak buat pemilihan aje maka Pemimpin Perdana kata kena jauhkan pertandingan sebab ahli-ahli UMNO bodoh-bodoh belaka dan MT nya adalah lembu2 yg dicucuk hidung. Nanti parti berpecah jikalau ada pertandingan.
Salam,
pandangan saya:-
1. Pak Lah merupakan seorang yg melebihkan KEPENTIGAN PERIBADI & dicucuk oleh orang yg juga BERKEPENTIGAN PERIBADI di sekeliling dia. Dia tak nampak ke, rakyat makin bermasalah. bajet yg dibentangkan tidak membantu utk selesaikan masalah rakyat. MANA ADA RUMAH YG KOS ELEKTRIKNYA RM20 sebulan.
2. Najib seorang yang pengecut. Tak berani cakap benar & yg HAQ. juga lebih KEPENTINGAN PERIBADI
3. Muhyiddin sekarang nie baru semakin berani utk tegakkan yg HAQ. Dapatkan beliau sokongan dari AHLI UMNO yang majoritinya BERKEPENTINGAN PERIBADI. Saya tunggu Muhyiddin umum tanding jawatan PRESIDEN
4. Ali seorang yg nak jaga KEPENTINGAN PERIBADI. Sebab tue cakap berlapik. kenyataan yg lepas2 lebih kepada menyokong pelan peralihan yg dah diumum.
5. Rafidah semua orang tahu mempunyai KEPENTINGAN PERIBADI melebihi KEPENTIGAN RAMAI. Lebih kepada nak jaga periuk nasi. Dah jumpa Pak Lah belum??
6. Hisammudin kena lebih agresif & konsisten. Ikut jejak Muhyiddin nyatakan secara terbuka. Jangan berselidung. Jom pakat keluar UMNO tanda PROTES
7. Razaleigh juga nampak lebih kepada bercita2 menjadi PM. Kira punya KEPENTINGAN PERIBADI lebih juga lah tue. Apa pun boleh diberi peluang keran berani tanding jawatan Presiden.
8. Berani tapi kurang ummph. Kena bagi tau dgn lebih jelas Peralihan kuasa tidak wajar. Pak lah kena letak jawatan.
9. Radzi jangan cakap aje. Laksanakan tanggungjawab utk sokong pertandingan jawatan Presiden.
Dato, saya dengar KJ dah hampir berjaya menguasai semua cawangan & bahagian UMNO dengan gunakan wang. Apa strategi Dato & rakan2 lain.
Salam Datuk,
saya tertarik apa yang dikatakan oleh 2 sahabat diatas.
1. perlembagaan umno:
"Fasal 9.2 : Presiden, Timbalan Presiden, tiga orang Naib Presiden dan 25 orang Ahli Majlis Tertinggi hendaklah dipilih oleh Perhimpunan Agung tiap-tiap 3 tahun sekali.
Merujuk kepada perlembagaan UMNO Fasal 9.2 tersebut sudah jelas menerangkan bahawa jawatan-jawatan berikut HENDAKLAH DIPILIH, bukan HENDAKLAH DIPERALIHKUASA. Dipilih oleh Perhimpunan Agung bermakna pemilihan adalah dari suara perwakilan yang mewakili AKAR UMBI berteraskan Fasal 6.2.2, bukan dipilih oleh Presiden, Timbalan, Naib-Naib Presiden atau MT.UMNO?"
adapun perlembagaan/perataruan demi kebaikan keseluruhan parti umno, KENAPA TAK IKUT? SEDANGKAN PERLEMBAGAAN/PERATURAN SENDIRI YANG BUAT, TAK IKUT JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN KENAPA PARTI UMNO BERGOLAK? HARU BIRU KARAT!.
2.teguran dari sahabat:
"Mana ada demokrasi. Asal nak buat pemilihan aje maka Pemimpin Perdana kata kena jauhkan pertandingan sebab ahli-ahli UMNO bodoh-bodoh belaka dan MT nya adalah lembu2 yg dicucuk hidung. Nanti parti berpecah jikalau ada pertandingan".
betul apa yang sahabat jelaskan diatas ni, kata umno amal demokrasi "TULIN" tapi cadangan dan saranan dari akar umbi macam sampah dibuat oleh pemimpin atasan. kerana jawatan/projek besar/harta/popular dan takut jatuh jadi lakukan rasuah/politik wang tak kira haram/dosa.
memang fitrah dari Allah, semua manusia inginkan kebaikan dan tak mahu keburukan, menjadi tudas dan tanggungjawab untuk menegakan kebanaran dan menghapuskan kebathilan.
tapi umno menegakkan kebathilan dan mencegah kebenaran. BANYAK BUKTI TAPI UMNO SELALU DAN SENTIASA MENAFIKAN, MALAH MEMBODOHKAN RAKYAT HATTA KEPADA AHLI DIA SENDIRI!
KALAU UMNO TAK ADA KAT MALAYSIA INI, TAK MAKAN KE ORANG YANG HIDUP KAT MALAYSIA NI?????
persoalan drp: cucu orang utan...
Salam Datuk,
Saya ingin membuat pembetulan sedikit berkenaan penulisan komen saya sebelumnya. Bukan Fasal 9.2 tetapi Fasal 9.3. Maaf atas kesalahan "Type Error".
Fasal 9.3 : Presiden, Timbalan Presiden, tiga orang Naib Presiden dan 25 orang Ahli Majlis Tertinggi hendaklah dipilih oleh Perhimpunan Agung tiap-tiap 3 tahun sekali.
Wasalam.
Post a Comment