Wednesday, September 17, 2008

TINDAKAN ANEH DAN PENUH TANDATANYA


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melakukan satu tindakan yang cukup aneh dan menimbulkan banyak spekulasi – menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi mengambil pula jawatan Menteri Pertahanan daripada Najib.

Tindakan di atas tidak pernah berlaku di Negara ini sebelum ini. Sebab itulah ia menimbulkan tandatanya. Antaranya adalah seperti berikut:

Satu: Kenapakah serahkan portfolio kewangan kepada Najib sewaktu dunia di ambang kemelesetan ekonomi yang dahsyat? Adakah kerana Abdullah tidak mampu menangani kemelesetan ekonomi yang akan tiba dan mahu Najib menangani segala-galanya?

Dua: Kenapakah ambil portfolio pertahanan negara di waktu politik negara dalam keadaan kurang mantap? Adakah ini bermakna Abdullah mahu menggunakan ketenteraan untuk menangani sesuatu kemungkinan. Adakah ini untuk menafikan Najib daripada mendapat akses kepada sebarang maklumat keselamatan dan perisikan negara yang lazimnya dalam kawalan polis dan tentera? Adakah tindakan ini akan digandingi dengan pelbagai tindakan sinister?

Laporan Bernama sepenuhnya mengenai tindakan Abdullah ini adalah seperti berikut:

PM SERAH JAWATAN MENTERI KEWANGAN I KEPADA TPM

PUTRAJAYA, 17 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Di Putrajaya hari ini mengumumkan menyerahkan jawatan Menteri Kewangan I yang disandangnya kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkuatkuasa serta-merta.

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/index.php

ABDULLAH AMBIL ALIH JAWATAN MENTERI PERTAHANAN

PUTRAJAYA, 17 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan dari Datuk Seri Najib Tun Razak berkuatkuasa serta merta.

PM UMUM TEMPOH PERALIHAN KUASA PADA 2010 KEKAL

PUTRAJAYA, 17 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan beliau dan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak akan tetap mengikut tempoh peralihan kuasa pada 2010 yang ditetapkan sebelum ini.

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=359644

Berasaskan perkembangan di atas rakyat jelata perlu berwaspada, sensitif dan prihatin terhadap lain-lain perkembangan di sekeliling mereka. Ini kerana tindakan Abdullah di atas adalah aneh, luarbiasa, menimbulkan syak wasangka dan mengundang pelbagai tandatanya. Ia juga menimbulkan anxieties dan uncertainties.

Oleh itu, salahkah kalau kita tanya, adakah tindakan terbaru Abdullah ini akan menambahkan keyakinan rakyat terhadap dirinya? Adakah tindakan ini juga akan menyumbang kepada usaha memantapkan politik Malaysia? – Ruhanie Ahmad

38 comments:

Sal said...

Dlm keadaan ekonomi yg meruncing, dan dlm keaddan DSNajib diselubungi dengan berbagai persolan dan masalah, masih nak ambil DS Najib sebagai Menteri Kewangan. Sesungguhya, dia jadi timbalan menteri pun tak layak. Pak Lah tidak sensitive dgn keadaan semasa. Orang bukan shj jelak dgn PAK LAH, tetapi dgn DS Najib juga. Kenapa UMNO kelihatan ketandusan pemimpin. Kenapa pemimpin muda nampak mcm lembib dan kaki bodek??? Inilah masanya untuk menjadi hero. Kalau org UMNO tunjuk jantan sikit, rakyat tentu tak sokong PR. Rakyat dah bosan dgn sifat umno yg macam pondan.

spycatcher03 said...

Ramai melihat perkembangan ini sebagai tindakan korupsi yang maha tinggi dalam UMNO!! Untuk menghalang Najib melawan untuk tampuk tertinggi Umno, Pak Lah rela menyerah lombong emas dan Najib dengan secara rakus menerimanya dengan senyuman lebar!! Ramai dikalangan rakyat tidak dapat menerima perkembangan ini, kerana tidak dapat menyelasaikan masalah kepimpinan yang tidak lagi sokong rakyat. Pak Lah tahun sokongan rakyat terhadapnya kian sehari kian merosot dan untuk bertahan lama sedikit dan tidak dicabar menjelang PAU Disember nanti, beliau rela memberi sedikit manisan untuk Najib agar tidak terlalu menekan\. Dari kenyataan Najib, nampaknya beliau serasi dengan 'arrangement' ini dan sudah tentu penyokong disekelilingnya lebih 'elated' kerana bosnya sekarang mengepali jawatan yang agak 'basah'(istilah Indon).
Adakah perkembangan ini bolih membantu kemelut politik negara sekarang? Dapatkah Umno menarik kembali sokongan rakyat terutama orang melayu yang mulai menganggapnya tidak begitu relevan lagi? Melainkan Najib buat esuatu yang bolih meyakinkan orang melayu dalam bidang ekonomi. Setahu saya , Najib tidak pernah memegang portfolio ini! Najib harus berhati2 kemungkinan berhadapan dengan 'jerangkap samar' kerana 'musuh' masih ujud!!

adam said...

Dato,

Walau apa pun tindakan PM sekarang ini, saya rasa ianya telah terlambat dan tidak akan berupaya mengembalikan keyakinan pelabur dan juga saya begitu yakin yang PR akan mengambilalih kerajaan yang ada sekarang

odeen said...

SALAM DATUK...
TINDAKAN ABDULLAH INI PADA PANDANGAN SAYA ADALAH SUPAYA MUDAH BELIAU MELAKSANAKAN UNDANG-UNDANG DARURAT APABILA PR MENGAMBIL-ALIH KUASA MEMERINTAH NEGARA. NAMPAKNYA SEDIKIT SEBANYAK PAKLAH GERUN DENGAN DAKWAAN ANWAR YANG BAGI PAKLAH PEMBOHONGAN BELAKA...

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie,

Bukan apa, Abdullah pun sudah belajar dari peristiwa dirinya sendiri dengan Mahathir.

Kalau Najib berkebolehan menerajui MoF eloklah sambil kita biar Abdullah perisksa prestasinya di Mindef.

Kalau kelam-kabut saja ekonomi negara walapun digandingkan dengan MoF2 biar kita pun elok tahu.

Abdullah akan buktikan bahawa Mahathir betul bila dia Mahathir tidak lagi menyokong Najib.

Sekarang kita tanya Flip-flop Che Nen Najib mana pendirian dia tentang hak ahli akar umbi menentukan sahnya pelan 2010.

Saya hanya mahu kata: Syabas YBhg TS Muhyiddin!

Abdullah to Najib is from bad to worse. Abdullah to Muhyiddin is a good, strong step in the right direction.

tipulagi said...

Salam dato dan semua..
my 1sen view/opinion...
Pak Lah nak lepas tangan kerana tahu ekonomi dh teruk dan rakyat akan salahkan Menteri Kewangan jika ekonomi malaysia teruk dan kes ini juga akan menjerat leher najib yang terpaksa mengambil portfolio kewangan dan melepaskan portfolio senang iaitu pertahanan (negara bukan dalam ancaman komunis atau serangan luar sekarang pun).

ONE NATION ONE LOVE said...

Salam Dato,
Sepatutnya setiap pemimpin mempunyai style kepimpinannya yang tersendiri.Dan tidak terikut-ikut dengan style pemimpin terdahulu atau lain-lain pemimpin.Saya melihat Pak Lah terus membayangi bayang-bayang TDM yang penuh dengan surprise.Tun Musa pernah ditanya wartawan semasa TDM "peg" Ringgit Malaysia kepada Dollar Amerika.Jawapan yg diberikan Tun Musa ialah walaupun beliau tidak bersetuju dengan tindakan ini tetapi TDM telah banyak membuat keputusan yang kontroversial dan TDM jarang melakukan kesilapan,dan beliau berharap TDM tidak membuat silap tentang tindakan beliau "peg" kan matawang kita kepada Dollar Amerika.Dan ternyata TDM tak silap.Berbalik kepada Pak Lah saya rasa beliau cuba membuat kejutan2 seperti TDM atau cuba duplicate cara TDM tetapi saya tak pasti adakah ini merupakan kesilapan.Saya tak berminat nak ulas masalah ini dan saya rasa Dato Ron akan mengulas perkembangan ini.Apa yang saya nak sampaikan ialah sepatutnya Pak Lah mempunyai style kepimpinannya yg tersendiri dan tidak terikut-ikut dengan kejutan2 yang selalu dilakukan oleh TDM dulu.TDM akan kekal dengan style TDM yang sentiasa kotroversial,dan rakyat, saya pasti amat merindui sentuhan TDM yang sentiasa menjadi takkala negara berada didalam kecelaruan ini.Pemimpin seperti TDM amat-amat dinanti oleh negara kita walaupun kita tahu "lagi seratus tahun pun" tak akan ada lagi seorang lagi pemimpin macam TDM.Salute TDM.Hidup TDM.

Zahar said...

Mungkin dia nak hentikan sang isteri dari plundering kontrak2 Kem Pertahanan, untuk diambil alih oleh SIL?

Macam2 sih...

Saiful Ambar Abdullah Ambar said...

Salam Datuk,

Sepatutnya PM Abdullah melepaskan portfolio Menteri Kewangan ini lama dahulu. Keadaan ekonomi negara yang seakan kurang bermaya dan tidak kompetetif berbanding rakan-rakan Asean memerlukan mereka yang benar-benar bijak dalam mengurustadbir hal-ehwal ekonomi negara.

Teddy said...

dato'

sorok papan tarik papan,
buah keranji dalam perahu,
suruh makan depa makan,
suruh mengaji depa tak tahu.

kita jer yang kena main hari-hari dgn pemimpin UMNO. Nampak macam dah nak berubah.. tapi duk tang tue jugak.. takde perubahan. makin teruk ada..

sid said...

Salam Datuk...kalau benar alasan Pak Lah nak berundur dan bagi kerje lebih sikit kat Timbalan...tak payah lah ambil portfolio Pertahanan dari dia....nah..Pak Lah terkantoi lagi!! Nampak nya dia nak kan portfolio ni....mungkin ada 'che gu' yang mengajar bahwa dlm portfolio ni...capital expenditure nya tak banyak dipersoalkan ramai...defence purchases ni susah nak odit tau...kenyang lah 'budak tu'....apa kata Tuk?
Kalau lah Deputy Najib tu sensitif orang nya....faham2 lah, orang dah masuk lemari hang ooii.......silap2 kena sign surat tak bertarikh....

mal887 said...

Salam Dato'....

(Petikan dari MalaysiaKini)..

Anwar sekali lagi berdepan dengan ISA?

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat para pemerhati tertanya-tanya sama ada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan sekali lagi ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini untuk mengumumkan rombakan kecil kabinet, perdana menteri membuat kenyataan yang membayangkan kemungkinannya.

Antara lain, Abdullah menyifatkan ketua pembangkang itu sebagai "satu ancaman kepada ekonomi serta keselamatan (negara)".

Ini sudah cukup untuk memberi alasan kepada pihak pihak kuasa untuk menggunakan ISA terhadap Anwar dan membolehkan beliau ditahan tanpa bicara.

Dan apabila ditanya apakah tindakan yang akan diambil terhadap Anwar, perdana menteri enggan menyatakannya, sambil berkata: "Saya tidak akan nyatakan apa rancangan yang saya ada."

Sekiranya Anwar ditahan di bawah ISA, ia bakal memberi kesan yang besar tetapi bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana Anwar sendiri percaya beliau mungkin ditahan.

Nampak sangat takutnya....

Pandangan saya: Kalau kita rasa kita kuat biar berdepan secara jantan....buktikan sememangnya kita kuat/kita betul/kita diterima ramai bukannya cara bacul. Adakah ini cara yang BERMARUAH?????...

Nostradamus said...

Seorang dapat menguatkan kuasa, seorang dapat duit dompet.

Quantum Metal Consultant said...

Apapun strategi dan tindakan tindakan di luar jangka yang di ambil pada hari semalam, hari ini dan esok semuanya bersifat 'sementara'...

Semakin jauh 'melarikan' diri pastinya diri rasa dihimpit dan 'dikejar' masa. Dan masa yang dijanjikan akan sampai juga, ia hanya seinci jaraknya antara masa sekarang dengan 'masa tiba' itu.

Kita teuskan kehidupan ini dengan beriman, jangan terlalu sebok dengan hal oang lain hingga kita sendiri 'serupa' mereka atau lebih lalai. Jika dipanjangkan umur, kita akan lihat kebinasaan pada mereka yang tidak jujur, atau kemuliaan yang beterusan kepada yang benar.

terubuk jantan said...

Salam Dato,
Boleh dato buat ulasan dan analisis mengenai pertandingan jawatan kp umno pada disember ini.Terima Kasih Dato Ron.

anakbuah said...

Tindakan aneh yg berkemungkinan bahaya.

imah said...

Tak tau nak kata apa la Dato'

Tindakan-tindakan yang diambil lebih kelihatan merapu.

1.Tiba-tiba hantar MP BN lari keluar negara. Entah apa hasil pun tak tau la.

2. Tiba-tiba hantar menteri pergi minta maaf ke negara China pasal pois dera warga Malaysia.

3. Tiba-tiba tubuh pelbagai suruhanjaya. Habuk pun tarak hasil.

4. Tiba-tiba bayar exgratia kepada bekas hakim. Entah berapa banyak RM pun tak tau.

5. Tiba-tiba umum kenaikan harga petrol pada bulan Jun pada hal Sharir kata bulan Ogos..hancur rakyat.

6. Tiba-tiba tangkap wartawan kata nak beri perlindungan keselamatan. Pernahkah dalam dunia ni, ada polis tangkap orang yang disyakki mengancam keselamatan negara, kemudian isytiharkan secara rasmi bahawa tangkapan itu bagi memberi perlidungankeselamatan kepada orang yang disyakki?

7. Tiba-tiba batal jambatan bengkok. Tak tau la berapa bilion jumlah kerugian yang ditanggung.

8. Tiba-tiba umumkan pembinaan jambatan Pinang ke dua. Lepas tu tiba-tiba pula batalkan. Tak tau la berapa banyak kena bayar pampasan kepada pihak terbabit.

9. Tiba-tiba batalkan landasan berkembar. Tak tau la pasal apa.

10. Tiba-tiba naik LRT. Tak tau la apa muslihat sebenar.

11. Tiba-tiba turunkan harga petrol 15 sen masa PRK Permatang Pauh pada hal telah diumumkan akan diturunkan 1 September. Tak tau la apa kejadah sebabnya.

12. Tiba-tiba tukar kementerian dengan Najib. Tak tau la apa muslihatnya.

13. Adakah lepas ni tiba-tiba jawatan PM terlepas tangan? Tak tau la..tapi kalu ikut sindrom tiba-tiba ni, mungkin menjadi kenyataan.

Unknown said...

Tak de yang anehnya:
1. Bodek najib utk tak lawan Pak lah
2. Kalau lawan, banyak kes kes dalam MOF tu bleh kasi najib terduduk nak jawab dan lepas tu kena la resign,
3.Kalau dah kritikal, bleh guna tentera la plak nak protect Pak Lah.

ini bukan modus operandi org pandai politik tapi politik budak budak 3 line.

Unknown said...

Salam Bro

Dia pun dah sedaq la.Hampa semua dok balun dia sakan.Pelan-pelan la tu.Hampa semua sabaq sikit, boleh dak?

ahm said...

abdullah needs more than sukhoi and submarine to gunn anwar down

bon voyage....anwar could be on his way to kemunting. he better finish the game he've started

Unknown said...

Berbagai andaian boleh dibuat ekoran tindakan terbaru Pak Lah mengambil alih Kementerian Pertahanan dari Najib.

Pertama ada kemungkinan Pak Lah tidak mahu Najib memperalatkan tentera untuk mengambil alih kuasa politik dari Pak Lah lebih awal dari pelan peralihan kuasa.

Kedua, kemungkinan Pak Lah akan menggunakan kuasa tentera bagi mengatasi keadaan politik negara yang semakin gawat dan semakin tidak stabil sekarang ini, berikutan beberapa parti politik komponen BN mula hendak keluar dari BN.

Pemerintahan tentera juga boleh digunakan bagi menghalang Pakatan Rakyat dapat memerintah melalui wakil parlimen BN yang melompat.

Unknown said...

Siapa2 pun diantara mereka ni pegang mana2 jawatan tu takpa. Mereka masih boleh dipercayai dan mampu untuk menjalankan tugas mereka. Jangan Anwar yang dapat pegang semua benda tu sudah. Esok entah apa jadi dekat Malaysia ni nanti.

InMine said...

Pada pandangan saya, muslihat Pak Lah ada kaitan dengan berita di bawah:

Anwar Kini Ancaman Ekonomi Dan Keselamatan Negara


PUTRAJAYA, 17 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah menjadi satu ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara.

Perdana Menteri berkata tindak tanduk Anwar selama ini bukan sahaja menjejaskan kestabilan politik tetapi juga kestabilan ekonomi.

"Ekoran tindak tanduk Anwar itu, terdapat pengurus dana yang membuat laporan kononnya Malaysia bukan tempat yang baik untuk membuat pelaburan kerana suasana politik negara yang tidak menentu," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini, Rabu.

Ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan terhadap Anwar ekoran ancaman tersebut, Abdullah berkata kerajaan akan melakukan apa yang perlu.

Abdullah berkata Anwar telah banyak membuat pembohongan mengenai kedudukan ekonomi negara termasuk kononnya tiada kemasukan pelaburan asing langsung (FDI), dan negara tidak mempunyai daya saing.

Sebaliknya, Abdullah berkata, FDI sebenarnya masih mengalir ke dalam negara ini, malah Malaysia merupakan antara negara yang diminati oleh pelabur.

Timbalan Perdana Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaburan, dan yang turut hadir pada sidang akhbar itu, mencelah dengan berkata kadar pelaburan tahun ini mungkin lebih tinggi dari tahun lepas.

Mengenai kedudukan daya saing negara pula, Abdullah berkata Malaysia mencatatkan kedudukan lebih baik dari tangga ke-23 kepada tangga ke-19 sekarang.

"Anwar mahu melingkupkan negara dan mengekploitasi kepercayaan orang dan memperlecehkan negara di luar negeri," kata Perdana Menteri.

Najib juga berkata permainan politik Anwar boleh memberi kesan kepada ekonomi negara.

Najib meminta orang ramai agar tidak menjadi mangsa kepada mainan politik Anwar itu.

"Liputan media juga janganlah terperangkap dengan mainan politik itu kerana ia boleh memberi kesan psikologi," katanya.

Beliau juga berkata mainan politik itu hendaklah dihentikan dengan segera.

Abdullah juga mengulangi kenyataannya enggan berjumpa dengan Anwar walaupun diminta oleh Anwar kerana bimbang kenyataannya akan diputar belitkan oleh Anwar.

Abdullah menafikan terdapat surat peralihan kuasa yang dihantar oleh Anwar kepadanya.

"Tidak ada langsung, bayang pun tidak ada," katanya.

Abdullah menjelaskan surat yang dihantar oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepadanya pada Isnin lepas hanya menyentuh soal keselamatana negara, masalah moral dan politik negara.

"Yang kait dengan peralihan kuasa tidak ada. Jadi dia bohong rakyat dan ini untuk mengelirukan rakyat," katanya.

-- BERNAMA

Anonymous said...

memang dia merapu tok. dia nak sebut FDI pun dia tak tau. Najib tolong sebut F D I.apakae jadah dia pegang Menteri kewangan dulu? Camana menteri kewangan tak tau mcamana nak bawa pelabur masuk melabur di Malaysia? Waktu Tun dulu, Tun adakan macam-macam ide nak majukan negara. Lari aku ni tok..nasib baik dah ada tanah di indonesia..

nagagua said...

datuk najib tu tak lama lagi nak kena sembelih. dia tak tahu ke ekonomi amerika dah tunggu masa nak menyembah bumi dah confirm kita satu dunia pun terlungkup sama.pak lah dah tak tahu nak buat apa sebab tu dia hulur kepala najib nak suruh tanggung semua kesilapan dia pada ekonomi negara ni. dia pegi ambik pulak kementerian pertahanan adulah apa lah pulak bala pada keselamatan negara ni.entah entah nak istihar darurat kut bunga bunga dah nampak dah ...kita tunggu saja sambil makan kuaci....

Anonymous said...

Tok, jeneral kat MINDEF dah pening kepala.

lepas ni kontrek beli kapal laut dan kapal terbang nak bagi sape? scomi ada peluang tu!!

Semut Api said...

ish korang ni... maknanya pak lah serah kuasa gradually la.. ikut masa dia.. sabar aja la...

azharif said...

Assalamualaikum Datuk Ruhanie,

Saya rasa, Datuk Seri Abdullah Badawi dan Datuk Seri Najib bertukar portfolio kerana Datuk Seri Abdullah tidak mahu berdebat dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim mengenai Belanjawan 2009 apabila parlimen bersidang semula selepas Hari Raya nanti.

:)

Anonymous said...

Sedih sungguh...Rela, polis, tentera, pekida, btn, bpr....semua dlm dalm genggaman pak lah...

Sudah terang lagi bersuluh...info n action !!!

Fendy2177 said...

Salam,

Ramai yang beranggapan Tentera boleh diperalatkan. Namun ramai yang masih tidak faham tentang organisasi Tentera. Untuk pengetahuan umum, kuasa tentera sebenarnya terletak di bawah Yang Dipertuan Agong. Jika Panglima ATM faham tentang kedudukannya, beliau tidak perlu tunduk pada sesiapa hatta Menteri Pertahanan. Harap, kuasa tentera tidak digunakan sewenang2nya.

Unknown said...

Sebenarnya strategi Pak Lah tak kompleks. Dia nak pekena Najib dan Anwar sekaligus. La ni Anwar dia kata mengancam negara, nanti dia tangkap Anwar bawah ISA. Lepas tu dia isytihar darurat. Dia akan guna tentera untuk kawal negara. Najib pulak akan menjadi kambing hitam bila ekonomi negara merudum tak lama lagi. Lepas tu semua orang akan kata Najib puncanya. Diapun pura-pura pertahan Najib. Najib akan terhutang budi kat Pak Lah dan tak cabar dia. Lepas tu bila sampai 2010 dia akan kata yang dia terpaksa teruskan sebab Najib belum mampu urus negara. Ini style mahathir tahun 1998.

Unknown said...

Kalau dia memang sesuai nak pegang jawatan, dan memang ikhlas nak membangunkan rakyat dan negara, rasanya tidak salah. Tapi kalau hanya untuk kepentingan dan kepuasan politik sendiri macam Anwar, lebih baik tak payah. Hancur negara.

tok janggut said...

Aneh bagi yang tahu atau pura-pura tak tahu tapi satu tindakan yang bijak dan tepat bagi yang tahu.

Al said...

Assalamualaikum Datuk & everyone.
I sincerely hope that this bold & sudden move to swap Finance to Defence by PM will not deteriorate Malaysia's economy further down-south. I do hope that we're not like giving the main key into cabinet full of cookie jars to a kid. Mampus kita ni! Hopefully the passing over process is well thought-out and in responsible manner. If we review DPM's handling of Defense Ministry ... with excessive spending ... just check Razak Baginda's involvements & affairs ... does not look to good! This is no 'testing-nor-trying' period for DPM. Our overall future is at stake ni. On the other hand ... PM taking over defense may allow SIL to lure & explore the highly expensive defence related contract. Oh my god!! Looking at every angle kita (the common people) kena ni!!

odeen said...

SAYA RASA MASA DEPAN NAJIB MULA SAMAR-SAMAR TERUTAMA BERKENAAN KESNYA DENGAN ALTANTUYA.

jamie said...

tak boleh ke bagi orang yg lebih berkelayakan utk menjadi menteri kewangan? boleh bayangkan muka Rosmah bergembira kerana portfolio menteri kewangan secara tak langsungnya dia yg punya....

ChengHo said...

orang ramai dah meluat dgn tindak tanduk pemimpin UMNO ,mereka memerlukan nafas baru yang besih .sokongan kepada dsai hanya untuk melepaskan geram kerana AAB sudah tidak peka dgn perubahan yang dituntut . orang ramai hanya nak padankan muka AAB tunjuk sokong dsai .kalau AAB umumkan penyerahan kuasa dec ini rakyat akan ada Good Factor yg menyebabkan BN akan mendapat sokongan padu . dato najib bolihlah lantik AAB sebagai SM luar negara . lantik juga Tun M sebagai SM penasihat ekonomi . kalau tanya LKY singapore apa masaalah politik malaysia dia akan jawap pemimpin tidak membuat keputusan yg decisive tak tahu nak karate chop bila perlu .LKY contoh terbaik bagaimana nak memerintah negara yg berbilang kaum dan banyak kepentingan . contohilah LKY.

manggis said...

rakyat semua lapisan menaruh syak yang kurang menyenangkan tentang tindakan Pak Lah ini.