Wednesday, September 03, 2008

KRISIS BERTERUSAN, PM THAI TEGAS TERUS MEMERINTAH

BANGKOK, 31 Ogos (Bernama) -- Walaupun pejabatnya dikepung dan dua lapangan terbang di wilayah selatan masih ditutup pemprotes anti-kerajaan, Perdana Menteri Thai Samak Sundaravej berkata isu peletakan jawatannya dan membubarkan parlimen merupakan tindakan terakhir yang akan diambil dalam menangani masalah pergolakan di negara ini.

Beliau berkata soal beliau meletakkan jawatan tidak timbul walaupun banyak spekulasi bahawa Perdana Menteri itu akan berbuat demikian selepas menghadap Raja King Bhumibol Adulyadej di Hua Hin semalam.

"Kenapa saya perlu letak jawatan...saya sudah kata sebelum menghadap bahawa saya tidak akan letak jawatan. Saya tak takut dengan pemprotes," katanya pada program bualbicara mingguannya di NBT Channel yang dikuasai sementara oleh pemprotes Selasa lepas, beberapa jam sebelum sesi bersama dengan 480 anggota Dewan Perwakilan dan Senat. – BERNAMA

Lagi: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=356482

10 comments:

Berita dari gunung said...

Dato dan rakan pembaca.

Siam adalah negara berdaulat yang unik. Pengaruh raja meresapi kedalam masyarakat hingga ke akar umbi.

Selain itu, Tentera Siam telah memainkan peranan yang jelas dalam politik dan kerajaan. Bukan sekali dua, tentera jadi pencatur dalam kekalutan politik negara.

Dimasa-masa tertentu Raja Siam muncul menggaris halatuju. Raja kelihatan terasing tetapi dalam kekalutan, dirujuk untuk menghurai makna warna yang samar.

Setting negara kita ada sedikit kelainan. Raja kita dengan Raja Siam tidak sama. Tentera kita bukan pencatur. Manakala demonstrasi jalanan pula bukan budaya kita, kalau ada pun adalah kesan dari permainan politik Anwar.

Dalam suasana merdeka, biarlah sebarang perarakan hanya untuk menghayati erti kemerdekaan. Demonstrasi jalanan yang dijadikan medan bagi melayan sifat rakus dan gelojoh ahli politik tertentu wajar ditegah.

Rakyat telah diheret bersengkang mata, mendongak melihat kumat kamit mulut, hailer dan pembesar suara. Undi sudah dikira. Yang menang sudah diketahui.

Maka pemimpin politik harus bergerak dari situ. Dengan niat yang baik, negara akan kekal selamat. Manakala niat yang tidak baik, dendam yang kekal membara, dengki yang tak sudah-sudah, ditakuti pintu Kota Melaka akan dibuka dari dalam. Kelak anasir, musuh, dan petualang akan beraja di hati. Relakah kita terus jadi melukut?

Dengan semangat Kemerdekaan, negara Malaysia harus dipelihara sebaik mungkin. Rakyat jangan dijadikan habuan perang. Andai rakyat sangsi dengan keluhuran kepimpinan, maka PRU13 adalah wadah yang lebih sesuai.

Memacak dan mengibar bendera hanyalah terjemahan mudah kemerdekaan, yang lebih mendalam adalah semangat pemimpin untuk menjadikan negara dan rakyat benar-benar merdeka.

Saya yakin dalam barisan kepimpinan negara kini, masih ada yang waras dan mampu melihat lebih jauh dari yang nyata. Suara yang jujur harus juga diberi perhatian, walau telinga terasa sakit dan hati jadi pedih.

Terima kasih.

kudakepang said...

Saudara

Sudah lama saya tidak termampu waktu untuk berinteraksi dengan anda. Saya ucapkan terima kasih kerana komen anda sentiasa segar dan membina. Mudah-mudahan semua pihak mengambil iktibar daripadanya.

Salam takzim dan selamat berpuasa - Ruhanie Ahmad

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

DATO'

SEMAK NI MACAM KAWAN SAYA MB TERENGGANU. BANGGA SAYA

band0tue said...

Salam untuk Dato' dan juga rakan maya,

Apa yang kita faham dari tiga situasi yang dialami oleh tiga negara?

Jepun, Thailand dan Malaysia?

Ada atau tiada persamaan?
Hanya berlaku secara kebetulan?
Kuasa apakah dibelakang isu ini?

Jika manusia belum lagi mahu mengaku kalah dengan Tuhan, maka rasakanlah azabnya di dunia sebelum azab di Akhirat.

Kenapa manusia tidak mahu kembali merujuk kepada Tuhan Yang Maha Agung dalam menghadapi kemelut kehidupan?

Apakah manusia terlalu ego dengan akal yang seciput yang Tuhan berikan?

Maafkan saya jom ke

http://nawawidahalan.blogspot.com/

terima kasih.

Gagak di Rimba said...

Salam,

Budaya politik Thailand barangkali tidak sama dengan budaya politik kita. Di sana peranan raja memang penting, begitu juga peranan tentera dalam menentukan hala tuju politik negara.


Tapi "kuasa rakyat" juga agaknya sama penting,sama ada melalui pilihan raya atau demonstrasi.

Satu masa dahulu peranan "kelas menengah" yang menganjurkan demonstrasi kelihatan begitu penting sehingga mereka mampu menukar pemimpin dan kerajaan.

Saya melihat demonstrasi adalah salah satu cara untuk rakyat menyampaikan hasrat dan kemahuan mereka, termasuk untuk menukar kerajaan.

Cara ini mungkin sukar berlaku di negara kita, Malaysia. Tapi syaratnya pilihan raya mestilah selalu diadakan dalam keadaan bersih, telus dan adil.


Sekiranya sistem pilihan raya atau "peti undi" sudah tidak dipercayai lagi, manalah tahu apa yang berlaku di Thailand itu boleh juga di negara kita pada masa hadapan kelak.

Unknown said...

salam buat semua!

kita harapkan peristiwa yang berlaku di Thailand tidak akan berlaku di negara kita.rakyat menjadi mangsa percaturan ahli politik.

setakat ini seorang telah mati dan berpuluh lagi telah cedera di Thailand.perkhidmatan awam juga tergendala di sana.

ini ditambah lagi dengan kehadiran tentera.ketua jeneral tentera Thai memberi jaminan tidak akan menggunakan kekerasan yang melampau terhadap para perusuh tetapi macam-macam boleh berlaku ketika rusuhan.

demonstrasi jalanan yang melampau bukan budaya kita.janganlah justifikasi niat berdemonstrasi jalanan untuk mencapai "kebebasan".boleh diadakan demonstrasi di tempat yang tertentu tanpa mengacau orang lain yang tidak mahu turut serta.

UMNO PARTI PENJARA said...

Semoga kita dapat banyak pengajaran dari sini :-)


Jemput ke blog saya ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com

Mohd Asri Yusof said...

Salam Dato',

Komen di bawah ini saya ambil dari Asian Sentinel mengenai politik semasa di Malaysia. Komen tersebut perlu kita fikirkan dan saya dapat rasakan kebenarannya. Apabila kita bertelagah, ada pihak lain yang mendapat keuntungan.Sun Tze dalam Art of War ..:"kita gunakan kelemahan musuh dan jadikan ianya sebagai satu kelebihan kepada kita"

"Neutrality : Neighbour
Is Anwar good for Singapore? I don't really know.

If he became PM and copied what Singapore is doing then we might well face a stiff competitor in the various fields later. Being aware of their non-renewable mineral & forestry resources albeit sheer physical size, it might begin to pose a big challenge to us and might even overtake us if we are complacent. Do we want that?

Many people don't realise that having a corrupt government plus a people on crutches in the neighborhood is good for us in any competition or race.

See S$1 buys more than RM$2, lopsided foreign exchange reserves & lopsided per capita income, 7th richest per capita country in the world, best seaport, best airport, etc.

When they scoff & drive out meritocracy we gained from their outflow of brains over the years. Remember, the people who launched SIA skyhigh, won over Pedra Branca, invented NeWater, etc. All these people are ex-Malaysians who came over to Singapore looking for hope & self-fulfillment. Their personal achievements profited SINGAPORE at large.

So, Singaporeans we don't have to take side cos Anwar (if you had watched all his speeches in You-Tube) is no ordinary Malay I tell you.

September 3, 2008".

Salman Madani said...

Salam,

Banyak di antara kita yang barangkali tidak mahu apa yang berlaku di Thailand, iaitu demonstrasi yang meminta PM berhenti, berlaku di negara kita.

Saya pun tidak menjangka apa yang berlaku di negara jiran itu berlaku di sini.

Akan tetapi, apabila saya teringat peristiwa tahun 1998, iaitu peristiwa Anwar di lucutkan dari jawapan TPM, saya berpendapat apa yang berlaku di Thailand itu bukanlah mustahil berlaku di sini.

Pada tahun 1998 banyak orang menganggap apa yang dilakukan oleh Mahathir ke atas Anwar adalah satu "kezaliman".

Kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah nampaknya tidak dapat diterima oleh rakyat. Oleh itu secara spontan mereka mengadakan demonstrasi (yang dinamakan demonstrasi jalanan) yang seterusnya menimbulkan "gelombang reformasi".

Mengambil iktibar dari peristiwa tersebut, rakyat mungkin tidak akan, dan tidak perlu, mengadakan demonstrasi sekiranya kerajaan dilihat menjalankan pemerintahan dengan adil, bersih dan telus.

Akan tetapi, jika kerajaan dilihat melakukan kezaliman dan penindasan, demonstrasi seperti yang berlaku di Thailand memang ada kemungkinannya akan berlaku juga di sini.

zeme said...

Salam Datuk,

Kita seharusnya memandang krisis yang berlaku di Thai sebagai iktibar dan pengajaran untuk kita jadikan paduan dalam iklim politik tanahair. Politik kita masih lagi di peringkat pertimbangan akal yang waras meskipun perasaan membuak menguasai kerana kita masih berpegang kepada adat dalam berpolitik.

Takziah juga kepada keluarga Pak Samad Ismail, tokoh kewartawanan negara yang baru kembali ke rahmatullah petang tadi. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Wasalam