Tuesday, September 23, 2008

SIAPAKAH PETUALANG, PENGKHIANAT DAN PEMBOHONG DALAM UMNO?

Ruhanie Ahmad

UMNO hari ini mempunyai dua kelompok ahli yang disifatkan sebagai gunting dalam lipatan - kelompok pensabotaj dan kelompok petualang.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghuraikan kewujudan kelompok pertama pada minggu pertama Mac 2008. Katanya, kelompok inilah punca utama BN kalah teruk dalam PRU12.

Lantaran itu, Abdullah menyatakan bahawa beliau sendiri akan membentangkan laporan kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO supaya kelompok pensabotaj ini dikenakan tindakan. Kini sudah empat bulan berlalu. Namun begitu, sampai hari ini pun belum didedahkan siapakah pensabotaj sebenarnya di dalam UMNO.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhamad Muhd. Taib, menghuraikan kewujudan kelompok petualang dalam satu kenyataannya semalam.

Katanya: “Bila ada kalangan ahli MT yang membocorkan maklumat mereka boleh dianggap dan dikategorikan sebagai petualang kerana melakukan perbuatan yang menjijikkan dan memalukan. Sepatutnya perangai petualang ini tidak harus ada di kalangan pemimpin dalam parti.”

Kategori Negatif

Kedua-dua tuduhan di atas adalah amat serius. Kedua-duanya juga menyebabkan ahli-ahli UMNO semakin dipecah-pecahkan kepada kategori yang negatif. Kesannya juga pasti negatif. Bukan kepada yang pihak dituduh, tetapi kepada insan-insan yang memberikan label-label berkenaan.

Demi UMNO, demi agama, demi bangsa dan demi tanahair, marilah kita tanya kepada Abdullah, sudahkah diselidik dan disiasat punca-punca yang menyebabkan BN kalah teruk dalam PRU12? Kalau sudah, berapa ramaikan pengkhianat atau pensabotaj yang sudah dikenalpasti? Kalau belum, kenapa buat tuduhan yang memlulu? Dan, kalau belum, mengapakah Abdullah sering berkata BN dan UMNO masih kukuh dan masih kuat? Bukankah ini satu pembohongan?

Begitu juga kepada Muhamad Taib. Sudahkah disiasat siapakah yang dilabelkannya sebagai petualang? Kalau belum mengapakah buat tuduhan yang semberono? Kenapa tidak dinafikan sama ada maklumat yang dibocorkan kepada media itu benar atau palsu? Kenapa alih pandangan umum kepada soal petualang?

Tidakkah benar di era kepimpinan Abdullah memang sering berlaku diversion daripada masalah pokok kepada soal sampingan. Soal pokoknya, tidak benarkah BN kalah kerana kepimpinan Abdullah yang tempang. Sebab itulah terdapat orang UMNO sendiri marah dan protes.

Jadi, kenapa tidak diakui hakikat ini. Sebaliknya, kenapa tuduh warga UMNO yang tidak undi BN sebagai pensabotaj? Kenapa sehingga hari ini tidak ada berita yang Abdullah sendiri telah membentangkan senarai pensabotaj itu kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO? Bagaimana pula dengan ahli-ahli komponen BN yang juga tidak mengundi calon BN? Kenapa Abdullah tidak tuduh mereka juga sebagai pengkhianat?

Syak Wasangka

Soal pembocoran maklumat dalam mesyuarat MT 18 September 2008, pun begitu juga. Benar atau tidak Abdullah telah menitiskan air mata dalam mesyuarat itu. Benar atau tidak ramai ahli MT yang mahukan Abdullah berundur sebelum 9 Oktober 2008? Kenapa tidak nafikan atau sahkan laporan-laporan seperti ini? Sebaliknya kenapa wujudkan syak wasangka sesama ahli MT?

Untuk maklumat Muhamad Taib, cuba kaji sendiri berapa banyakkah blog yang telah mengulas mesyuarat MT baru-baru ini. Kajilah sendiri kalau sudah sekian banyak blog yang membuat laporan mengenai info yang sama, adakah ini satu kepalsuan atau pembohongan?

Saya tidak mahu mengheret polemik ini kepada soal lain. Contohnya kepada soal muqabalah dengan PAS baru-baru ini. Benarkah apa yang dinyatakan oleh Abdullah bahawa dalam muqabalah itu UMNO telah diwakili oleh pihak-pihak tertinggi yang boleh buat keputusan? Tidak benarkah UMNO hanya diwakili oleh Abdullah seorang diri dalam muqabalah berkenaan? Saya harap Muhamad Taib dapat jelaskan perkara ini sebelum ada pihak menuduh pemimpin tertinggi UMNO ini sebagai pembohong!

Berapa banyak lagikah pembohongan yang sudah dihalalkan oleh pucuk pimpinan tertinggi UMNO selama ini? Contohnya, benarkah kenyataan Tan Sri Annuar Musa semalam kononnya UMNO Kelantan sebulat suara akan mencalonkan Abdullah ke jawatan Presiden UMNO? Bagaimana dengan UMNO Bahagian Gua Musang? Juga akan calonkan Abdullah?

Kenyataan Puad

Akhir kata, saya harap Abdullah dan Muhamad Taib, fahamilah kenyataan di bawah ini:

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Ketua- ketua UMNO bahagian meminta Majlis Tertinggi (MT) parti itu supaya tidak mengabaikan keresahan di peringkat akar umbi berhubung isu peralihan kuasa pucuk pimpinan UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sekiranya keresahan dan pandangan ahli diketepikan, gelombang di peringkat akar umbi dikhuatiri akan membahayakan parti.

Katanya, akar umbi tidak lagi boleh berdiam untuk menyatakan pendirian bahawa merekalah yang sepatutnya berhak memutuskan soal pimpinan dalam parti.

Beliau percaya pada mesyuarat bahagian kali ini, akar umbi akan bertindak berani menyatakan pendirian mereka mengenai calon yang mereka fikir wajar dijadikan pemimpin.

"Jika ini berlaku, kita tidak dapat menahan arus ini. Apa pun janji yang kita buat, ia tidak akan dapat mengubah pendirian mereka," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Lagi:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0922&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Kenyataan di atas adalah hakikat yang jelas dan tegas. Pastinya ia dikeluarkan demi UMNO, demi agama, demi bangsa dan demi tanahair. Apakah Abdullah akan melabelkan Puad sebagai pengkhianat? Apakah Muhamad Taib akan melabelkan Puad sebagai petualang?

23 comments:

kluangman said...

Masalahnya Dato', di dalam UMNO sekarang ini terlalu ramai petualang daripada yang tidak petualang. Mungkin Dolah dan Mataib merujuk kepada diri mereka sendiri.

Petualang biasanya dikaitkan dengan perbuatan seperti menjual negara, membolot kekayaan negara, melarikan duit keluar negara dan menyalahgunakan kuasa..

Untuk menghapuskan petualang di dalam UMNO yang banyak petualang tentulah satu kerja gila dan sukar tetapi akhirnya petualang sesama sendiri akan cuba menghapuskan satu sama lain, adegan ini mungkin baru bermula, elok kita ambil tiket dan jadi penonton yang setia sepanjang oktober hingga ke disember nanti..

Di hari raya kelak bermaaf maafan, angpau betukar tangan, lepas raya 'berbunuh bunuhan'...tukar jawatan.

MNI said...

Salam Datuk Ron..
Saya mengikuti tulisan -tulisan Datuk Ron sejak kebelakangan ini. Saya mendapati tulisan2 ini merupakan kritikan yang sangat lantang keatas kepimpinan negara. Namun begitu yang jelas adalah mereka itu sampai sekarang tidak mahu mendengar dan melihat apa permasalahannya. Post mortem selepas PRU12 masih tersimpan didalam hati presiden parti. Tidak meluahkan dan adalah mustahil ahli dapat mengenal pasti kelemahan parti.Yang saya dengar adalah presiden menyalahkan blogger dan ahli yang belot.Saya berpendapat bahawa sekiranya perkara ini terus menerus, BN terutamanya UMNO akan tinggal dalam lipatan sejarah selepas keputusan PRU13. Jangan hairan jika perkara ini berlaku kerana ahli UMNO sekarang perjuangannya tidak sekental pejuang dulu. Melayu UMNO ini mungkin dah bacul.Tidak lagi "bertelor" Sokongan yang keterlaluan pada pimpinan parti ini akan meruntuhkan parti.Kebiasaannya sokongan ini lebih kepada "bodekology" untuk kepentingan diri sendiri.

Orang itu perlu mengambil tanggungjawab untuk berundur tanpa syarat. Perlu dilakukan la ni jugak. Saya merasakan keengganan ini akan meranapkan UMNO. Banyak tulisan samaada dalam blog dan media lain, namun kita hanya mampu menulis. Ramai yang kecewa dan akhirnya kita biarkan siluncai dengan labu-labunya.....

Berita dari gunung said...

Selamat Berpuasa.

Ramai pemerhati memilih satu faktor utama kelemahan Kerajaan iaitu kelemahan kawalan.

Ibarat kunci air Taliair. Anda buka dan tidak tutup-tutup untuk lepaskan air. Akhirnya bendang kering kontang.

Anda tutup dan tidak buka-buka untuk mengairi bendang. Sudahnya bendang tenggelam dan musnah hasil tanaman.

Rakyat umum faham perkara yang umum-umum sahaja. Bila pergi secara spesifik katakan contohnya tentang Koridor Ekonomi. Rakyat tertanya-tanya. SJER seolah tiada kawalan. Kalau tidak kenapa Shahrir menganga?

Tiada petualang, tiada pengkhinat. Malang kalau Abdullah dan Mat Taib yang mengkhianati kepercayaan yang diberikan.

Sukj said...

Salam Datuk,

1. Itu bermakna tak lama lagi Petualang, Pengkianat dan Pembohong dalam UMNO juga akan dikenakan tindakan ISA.

2. Mereka adalah Lalang dalam UMNO.

3. Tindakan mereka membocorkan kepentingan UMNO lebih merbahaya dari Hindraf.

eagleeyes said...

Sangat susah untuk merungkaikan kemelut UMNO kerana kebanyakan pemimpin UMNO cakap tak serupa bikin, hanya memikirkan kepentingan peribadi.

UMNO hanya akan pulih sekiranya diterajui oleh orang yang betul-betul bersih di mata ahli dan rakyat Malaysia... (cuba namakan beberapa orang) bandingkan dengan kepimpinan PAS.

Adalah tak mustahil PAS juga akan menjadi seperti UMNO tetapi buat masa sekarang mereka adalah lebih baik dari segala segi (mungkin ada yang tidak bersetuju, tetapi itulah hakikatnya), pemimpin UMNO kena buka mata bahawa orang Melayu khususnya sudah mempunyai alternatif cuma masih belum berpeluang.

Pemimpin seperti masih lena diulit mimpi indah dan syok sendiri. Apa yang rakyat mahu hanyalah nasib mereka dibela. Sekiranya masalah ini berlarutan, adalah tidak mustahil UMNO akan lenyap secara perlahan-lahan kerana tidak mendapat sokongan.

Wahai pemimpin, jangan salahkan ahli-ahli biasa yang masih menjadi ahli tetapi dalam masa yang sama sudah tidak berminat untuk ambil tahu tentang UMNO. Bilangan ahli yang berjuta belum menjamin kemenangan dalam pilihanraya.

wira said...

Datuk Ron membawa satu polimik yang sengaja dimain-mainkan oleh orang-orang yang ingin mengalih tumpuan daripada mereka yang berperangai seperti petualang, pengkhianat dan pembohong.

Kini masa untuk membuat andaian siapa pengkhianat sudah tidak relevan diperkatakan kerana keadaan yang tidak sepatutnya berlaku sudah berlaku. Mungkin ini adalah satu musibah yang Allah ingin tunjukkan kepada kita supaya kita insaf dan kembali kepada tujuan asal yang diterapkan oleh pemimpin-pemimpin yang lalu yang jelas membawa kejayaan kepada negara.

Persekitaran sudah berubah, para pemimpin yang kita sebagai ahli Umno dan BN mengharapkan harus menonjolkan kualiti kepimpinannya.

Memang semua orang ingin menjadi pemimpin hakikatnya tidak semua orang boleh memimpin dengan berwibawa. Tidak semestinya datuknya atau ayahnya atau ibunya pemimpin, mereka boleh menjadi pemimpin yang berwibawa. Sejarah senantiasa membuktikan itu.

Yang penting ciri utama pemimpin adalah telus dan mementingkan diri dan keluarga sendiri dan senantiasa tidak mementingkan kebendaan dunia kerana kepimpinan adalah satu fardhu yang mesti dilaksanakan oleh orang yang diberi mandat.

Jika tidak pandai atau terbukti tidak dapat menunaikannya maka mereka harus akur kerana didalam islam tidak ada malu kerana ini adalah ketentuan Allah.

Saya selalu menyebut jangan terlalu lama untuk membuat anjakan paradigma, kerana jika sesuatu yang negetif berlaku pasca PRU13, kita tidak dapat menyalahkan sesiapa tetapi diri sendiri dan ditanggung oleh generasi-generasi yang akan datang. Persekitaran sosio-ekonomi dimasa akan datang adalah lebih mencabar.

Pak Brahim said...

Assalamualaikum wbt.,

Yang saya hormati Datok,

Apa yang saya lihat bahawa terdapat ramainya petualang-petualang dikalangan kepimpinan UMNO sekarang. Tidak ramai lagi pemimpin-pemimpin yang bersih dan ikhlas menerajui kepimpinan.

Kini perjuangan UMNO telah tersasar jauh dari landasanya, jika dibiarkan, maka UMNO akan tergelincir dan musnah.

Masa untuk selamatkan UMNO yang amat kritikal sudah dilihat agak mustahil. Kerana apa yang dibuat sudah serba tidak kena. Segala yang di perkatakan sedah tidak di percayai lagi. Segala janji mudah diingkari. Segala kebejatan dan keaiban tiada rahsia lagi.

REALITINYA SEBILANGAN RAKYAT SUDAH MENJAUHKAN DIRI DARI UMNO, YANG TINGGAL HANYALAH PETUALANG-PETUALANG, DAN YANG MASIH TINGGAL CUMA YANG BERKEPENTINGAN DIRI UNTUK SEMENTARA MENDAPAT TAPAK BARU. HAPRAK-HAPRAK DALAM UMNO (pinjam kata TDM)

BlueMoon said...

Konsep petualang dan penghianat hanya relevan apabila seseorang itu kuat dan gagah perkasa sahaja. Apabila orang itu manjadi lemah dan layu, maka, petualang dan penghianat tidak wujud lagi. Yang ada hanyalah pendekar dan pembela. Nasib UMNO sekarang terletak ditangan kedua-dua halubalang ini dan bukannya orang yang ditolak oleh rakyat atau menumpang melalui pintu belakang. Sejarah telah membuktikan bahawa orang yang diangkat melalui jalan pintas tidak bertahan lama, jauh sekali disengani oleh rakyat. Dato' Zaid adalah contoh yang masih hangat dalam ingatan

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati.

Bila rumah telah lama, pemiliknya asyik mempertahankan kekuasaan dan jawatan untuk melonggokkan kekayaan, maka anai-anai tidak akan terhalang untuk merobohkan rumah tersebut.

Jika Pak Lah dan Mat Taib nak bersihkan UMNO dari petualang dan pemsebotaj. Maka UMNO hanya tinggal beberapa kerat sahaja menjelang 2010. Kerana pendirian pemimpin UMNO kalau ahli tidak menganggok ertinya mereka petualang atau pemsebotaj. Sedangkan ahli-ahli UMNO dah banyak yang celik dan mula keluar dari kepompong slogan membazir yang diwujudkan oleh UMNO antaranya Pantang Melayu Menderhaka! Tak kan Melayu Hilang Di Dunia! Bersatu Kita Bersatu! Berbagai lagi yang langsung tidak memberikan faedah kepada ahli-ahli biasa UMNO. Hanya pemimpin dan sipengampu sahaja yang mendapat faedahnya. Kecuali mereka yang buta hati!

http://rp-semantan.blogspot.com

dan kajang said...

As'kum Datuk,

Apa yang Datuk nyatakan memang benar.Kepimpinan Umno sekarang sering membuat kenyataan yang berbelit-belit.Akhirnya bercanggah antara satu sama lain.

Kepimpinan Umno khususnya MT,Ketua Perhubungan Negeri dan sesetengah Ketua Bahagian.Mereka membuat kenyataan semata-mata untuk dilihak sebagai menyokong kepimipan Pak Lah.Ada Ketua Perhubungan dan Ketua Bahagaian yang dengan yakin mengatakan bahawa Umno Negeri atau Bahagian menyokong peralihan kuasa Presiden pada tahun 2010.Pada hal ini bukan kehendak ahli akar umbi.

Kita sedar mereka ini sama ada di lantik atau dipilih untuk mendudukan tempat itu dan secara prinsipnya boleh bercakap bagi pihak ahli di bawahnya dalam beberapa isu tertentu tapi bukan semua isu.Jadi untuk menyatakan bahawa Bahagiannya akan menyokong peralihankuaa itu pada 2010, pada hal mesyuarat peringkat Bahagian belum lagi bermula adalah mencabul hak ahli.Sedarkah mereka bahawa rata-rata ahli akar umbi mahukan perubahan kepada corak kepimpinan Parti dilakukan sgera.Oleh itu berilah peluang dan hak kepada ahli untuk menentukan sendiri pemimpin yang mrerka mahu.Pemimipin Umno ini hendaklah insaf bahawa ahli-ahli ini hanya diberi hak dan peranan untuk membuat pilihan mereka sendiri sekurang-kurangnya tiga tahun sekali sahaja tanpa dipengaruhi oleh orang lain.Itulah demokrasi dalam Umno.

wanbaki said...

Salam Dato',
Siapa petualang? - petualang Umno adalah tidak lain tidak bukan budak-budak tingkat 4, menteri muda mudi, CEO-CEO yang takut hilang jawatan, S/U kiri-kanan PM, ketua-ketua bahagian yang takut, ketu-ketua cawangan yang taat buta tuli serta perasuah politik.

Siapa pengkianat? - Orang yang di beri amanah yang tidak melaksanakannya dan tidak mengaku kelemahan malah mempertahankan kelemahan itu dengan ego-- meyampahnyaaa... siapa lagi kalau bukan Perdana Menteri sendiri, menteri muda-mudi tu, menteri kabinet yang ala-ala sombong tak ketahuan hala.

Siapa Pembohong? - Pembohong dalam UMNO tak lain tak bukan....bermula dari PM sampai ketua cawangan. Berbagai pembohongan... pening... bapak borek anak rintik... Ketua pembohong anak buah nak kemana lagi. Flip-Flop macam main "aci". Kadang kadang macam budak-budak main pondok-pondok. Yang hairan masih ada yang sayang. Sayang PM atau sayang jawatan.

Adalah lebih manis sekiranya Pak Lah letak jawatan daripada malu kalah dalam gelanggang. Mungkin juga Pak Lah nak menambah lagi sejarah selapas beberapa sejarah dicipta. Beliau wajib sedar yang beliau merupakan PM paling lemah dalam sejarah malaysia....

dizzy boy said...

Y.berbahagia Dato',
Sy dpti sekarang ini UMNO makin parah di bawah pimpinan Pak Lah,semakin ramai mendesak agar Pak Lah berundur,sy juga menyokong agar Pak Lah berundur dgn kadar segera,tetapi pak lah mungkin ada satu agenda tersembunyi kerana pak lah telah mengubah portfolio kpd DS Najib,mungkin ini satu perangkap kpd Najib,kerana kita pun tahu,Pak lah tidak akan mengaku kesilapan dirinya walaupun Pak Lah buat salah.Mungkin ini satu trap untuk Najib,Pak Lah pula duduk di Kementerian Pertahanan,sy jugak agak pelik,kenapa??mungkin disitu pun ada juga agenda tersembunyi oleh Pak Lah untuk jatuhkan DS Najib,kini pula desakan dr TS Muhidin,TS Muhidin kali ini akan berentap untuk mempertahankan kerusi Naib Presiden yg agak susah untuk dipertahankan kerana calon2 yg nak pertanding amat jaguh dgn duitnya.Maka time beginilah TS muhidin agar mendesak Pak Lah berundur supaya TS muhidin akan menduduki kerusi no.2 sebelum mesyurat UMNO Disember nanti.LU PIKIR LAH SENDIRI........Semuanya hanya untuk temolok pemimpin UMNO masing2,kepentingan rakyat nampaknya tersasar jauh sekali.Kini rakyat amat tertekan dibawah Pak Lah dan kroni2nya.Kita tgk menjelang sambutan hari raya aidilfitri kali,sy dpti agak suram sedikit,tp kita wajib meraikan hari lebaran ini sebagai umat islam yg berjaya.
Salam aidil fitri untuk semua umat islam di malaysia,MAAF ZAHIR DAN BATIN.....

KELATEMAN said...

dato' antara perkara yang paling di'laknat' oleh rakyat adalah rasuah...adakah dato' percaya jika saya katakan di Malaysia amalan rasuah terutama untuk mendapatkan projek seperti membayar projek,duit saguhati sudah menjadi budaya ... mengapa ini berlaku...

macamna paklah hendak menghapuskan amalan rasuah walau pun diperingkat permulaan beliau amat lantang hendak membanteras...pergi ke jabatan kerajaan laungkannya...eh itu kerja BPR dan rakyat pun tahu...yang dinantikan dibanteras adalah jerung besar dan ketelusan dalam pemberian projek (seperti dinobat oleh LIM di Penang ...no more direct award)tetapi paklah sendiri seperti membela tradisi ini dengan berselindungkan dibolehkan direct nego/award dan sebagai rakyat yg sedikit prihatin saya berani mengatakan semua projek yang mempunyai nilai yang besar semuanya hanya untuk kroni...INILAH MASALAH UMNO..BUDAYA UMNO...masuk UMNO kalau takdapat projek baik tak payah masuk....itullah mentaliti setelah 51 tahun UMNO memerintah...

kami di Kelantan sudah MUAK dengan agenda pembangunan...kerna pembangunan dicipta untuk KRONI cari makan bukan untuk kesejahteraan rakyat....seperti contoh di Terengganu ..sepanjang jalan diwar war kan sebanyak 27(kalau tak silap) masjid telah dibina sepanjang pemerintahan UMNO...ikhlas..kami rakyat kelantan ketawa melihatnya..kerana bagi kami bukan bina masjid yang baru yg patut diutamakan tetapi macamna hendak memenuhkan masjid yang sedia ada..

sedikit permasalahan antara mengapa UMNO perlu ditumbangkan ...dan kami di Kelantan akan memangkah UMNO semula jika PAS sudah tidak relevan dan tiada lagi Keislamannya...Kita bukan jumud pada Tuan Guru...tetapi Dato boleh menilai keupayaan kerajaan Kelantan sekarang...

Pak Ngah La Balik.... said...

Apa yang nak dimarah pada ahli MT, kalau ketuanya sendiri selalu bercakap bohong, janji tak ditepati, apakah ini seorang pimpinan Islam, lihat dulu, mula-mula cakap parlimen tak dibubarkan, alih-alih lain jadi nya, lepas piliharan raya keluar kenyataan harga minyak dgn taarif letrik tak akan di naikkan, tup-tup naik harga minyak sampai 70 sen, taarif letrik naik, bila minyak dah naik buat janji bila minyak dunia harga turun, minyak malaysia pun harga turun, tapi apa sudah jadi, minyak dunia sudah berapa lama turun, minyak malaysia bermacam alasan dan dalih diberikan.. inikah pimpinan Islam Hadari, kalau ketuanya dah tak betul, anak buah mungkin dah tak tahan lagi,,, jadi adalah petualang, pengkhianat dan pembohong, semuanya mungkin kerja Allah jua, dulu dah mengajak rakyat bekerja bersama dia, tetapi nampaknya ia buat kerja dengan timbalannya sahaja, janji, cakap tak serupa bikin...

zeme said...

Salam Datuk,

Sebenarnya kepimpinan tertinggi parti, yang mempunyai kuasa menjadi petualang, pengkhianat dan pembohong (3P) dalam UMNO.

Kepimpinan tertinggi parti sebenarnya menjadi petualang kerana tidak menjadikan suara akar umbi untuk di pandang, menjadi pengkhianat kerana tidak melaksanakan tanggungjawab dan amanat, menjadi pembohong kerana bersikap suka 'flip flop' dan kelentong.

Datuk, bukan semua akar umbi dan bahagian di Kelantan menyokong kepimpinan DS Abdullah seperti dinyatakan TS Anuar Musa malahan pengkhabaran 15 bahagian UMNO di Sabah juga sudah bersedia untuk menolak percalonan DS Abdullah. Seorang sahabat dari akar umbi perwakilan ke bahagian Kuala Kangsar juga menyatakan akan turut mengusulkan usul percalonan YBM Ku Li sebagai Presiden UMNO. Jadi adakah akar umbi yang bersikap 3P ini atau kepimpinan tertinggi parti sebenarnya?

Wasalam.

ramli yasir said...

Hakikatnya pemberhentian Pak Lah bukan jalan penyelesaian kepada masalah dalaman UMNO mahupun BN. Seharusnya Pak Lah perlu terus memimpin untuk melaksanakan sepenuhnya agenda pembangunan koridor-koridornya serta reformasi perundangan, kehakiman dan ekonomi negara yang semakin runcing, tetapi malangnya beliau munkin terpaksa mengikut kehendak ramai dan berhenti pada tarikh 2010 dan bukan tahun 2010.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie,

Very hard hitting!
Straight to the point!
Very good bloggorism on display.

(Translation dan alihbahasa) Orang yang tak faham bahasa inggeris faham bahasa duit. Tapi Mike faham siapa petualang tu sebenarnya.

Mike, di mana boleh kita orang tengok kehebatan ilmu melayu memakai susuk berlian? Bukan apa kalau ada jalan dan kena cara kita orang pun nak pakai susuk titanium...

Baiklah, Sdr Ruhanie - siapa calun anda mengganti President, calun Timbalan dan Naib-naib, Ketua Pemuda, etc? Maklumlah, orang macam Mike ini dan Mika itu selalu lupa jadi elok ada list - senarai - nama buat menyenangkan ahli tahu ke mana arah tujuan parti UMNO(Baru)

Melayu mudah lupa...

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie,

Ada kawan-kawan yang amat fasih bahasa inggerisnya? Nak minta tolong terjemahkan kesahihan cerita dari The Edge ini:

09-2008: Umno divisions split over power transfer timeline
Sharon Tan & Pauline Puah

PETALING JAYA: Fault lines have appeared in Umno over whether party president and Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi should hand over power to his deputy soon.

Penang divisional leaders pledged unanimous support for him yesterday to stay on until mid-2010, and Kelantan too is strongly behind Abdullah, but Perak and Terengganu leaders are divided on the issue.

In Selangor, a majority are pushing for an early change, while in the Federal Territory and Johor, the signals are mixed.

The grassroots leaders who want a faster transition of power from Abdullah to Deputy President Datuk Seri Najib Abdul Razak are expected to express that sentiment through their nominations for the top party posts at their divisions’ annual general meetings from Oct 9 to Nov 9.

A source from Terengganu who declined to be named said the transition plan should happen much sooner than the 2010 date that has been announced.

“Most people share the feeling that the transition plan should be expedited. Some divisions here have indicated that they would nominate Najib for the top post,” he said.

“Najib has said it is up to the Umno divisions to decide and the divisions here are going to do just that,” he said. If the recent swapping of ministries between Abdullah and Najib was meant to appease the grassroots, it had failed, he said.

In Perak, at least 40% out of the 24 divisions in the state disagreed with the 2010 transition plan, said Perak Youth chief Zainol Fadzi Paharuddin.

He said that from the feedback he had gathered from the grassroots, most of the delegates, especially Youth members, felt that they should be allowed to decide who should lead the party.

“That (2010) plan is from the supreme council. It should be from the grassroots members, the branch and division delegates,” he said when contacted.

“Personally I agree with the plan. But we don’t want to be pushed to agree. We want to decide on our own free will,” he said.

In Selangor, it was reported that at the state Umno liaison committee meeting last week, 20 of the 22 divisions wanted the state chief Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, a staunch supporter of Abdullah, to ask the premier “to be magnanimous and accept that the political situation calls for change”.

KL Federal Territory Umno Youth chief Datuk Mohamad Norza Zakaria declined to say whether there was any truth to the speculation that at least half of its 13 divisions disagreed with the plan.

“It depends on who and which division leaders you speak to,” he said.

However, he said Abdullah and Najib have to come out to take a clear stand on whether they are still committed to the plan to allow the delegates to decide during the divisional meetings.

Batu Pahat Umno division chief Dr Puad Zarkashi said the transition plan has to be expedited because of the uncertainty at the grassroots level.

“They have not seen the leadership undertake any reform in the party. Day by day, Umno is becoming more defensive. The party’s image is weakening,” he told The Edge Financial Daily.

He likened the sentiment on the ground to a tidal wave that no one could stop. The divisions, he said, would nominate those whom they feel could lead the party. Judging from the sentiment, Puad, who is also the MP for Batu Pahat, said the members would likely nominate Najib and Umno vice-president Muhyiddin Yassin for president and deputy president respectively for the party poll in December.

“If Najib gets enough nominations then it is a strong sign for Pak Lah to hand over the reins to Najib.

“Pak Lah had promised to implement reforms within two years but the grassroots feel nothing much has been done to change the party. Many incidents such as Umno’s loss in the Permatang Pauh by-election, Datuk Zaid Ibrahim’s resignation and the Datuk Ahmad Ismail racial uproar have not been handled properly,” Puad said. The grassroots were far from satisfied, he said.

Puad refused to speak on behalf of the divisions in Johor but estimated that almost half of the 25 divisions in the southern state would not nominate Abdullah.
--- end ---

Maklumlah Sharon dan Pauline yang tulis.

Terima Kasih.

tualang3 said...

Datuk,

Orang melayu kalau berpolitik main hentam habis habisan sehingga sipihak lawan lembik dibuatnya. Itulah sebab keris menjadi lambang UMNO. Berkeris dan bersilat tu bagus, tapi oleh kerana ramai dah tak bertenaga (umur dah lanjut) maka main tikam belakang je le...

Awang Maya said...

Mana-mana bahagian yang cuba mencalonkan Pak Lah, mari kita semua umat Melayu mengisytiharkan bahawa UMNO bahagian berkenaan adalah terdiri daripada orang-orang yang mementingkan TEMOLOK sendiri, tamak dan tidak memikirkan kepentingan parti dan bangsa. Golongan yang disamakan segelintir golongan bangsawan yang menjadi punca kejatuhan Melaka di tangan Portugis. Mereka ini kita akan kenangkan sebagai petualang Melayu. Dan mereka ini sememangnya akan kaya raya disumbat duit oleh KJ and konconya namun mereka ini adalah golongan Melayu BODOH dan bangsat. Di antara mereka yang telah tergolong di dalam kumpulan petualang Melayu, bodoh dan bangsat ini ialah Ketua Perhubungan UMNO P.Piang dan Kelantan. Well, you know Annuar Musa. Manusia yang tak sedar diri dan desperate. Awang berdoa bahagian UMNO yang lain-lain tidak tegolong di dalam kelompok tersebut. Amin..

nawawidahalan said...

petualang kepada

negara?
bangsa?
agama?
UMNO?
Pak Lah?
Mat Taib?
Majlis Tertinggi?

atau petualang kepada petualang?

http://nawawidahalan.blospsot.com/

Syahir the Owl said...

UMNO perlu menolak pemimpin oportunis saperti Mat Taib. Tibalah masanya kita berani berubah untuk melakukan perubahan besar-besaran dalam UMNO!

Tibalah kita menolak pencacai dan perasuah yang mengamalkan politik membangsatkan bangsa dan agama Islam itu sendiri.

Tibalah masanya untuk kita bersama-sama dengan reformis UMNO yang berdiri diatas nama UMNO REFORMS UNTUK MELAKUKAN REFORMASI!!!!

BERANI BERUBAH!

Saya nyatakan sokongan kepada Ku Li dan Muhyiddin sbg calon dan regu terbaik!

dizzy boy said...

salam datuk,
Dlm UMNO sendiri semuanya nak jaga periuk masing2,mat taib mmg dah tahu akan jaga mangkuk jamban pak lah,dia akan bela pak lah kerana pak lah yg naikkan dia,kini tiba masanya kita perlu reformasi di dlm UMNO agar ia kembali bersinar seperti dulukala,UMNO perlu jaga adat melayu,budaya melayu,tatasusila melayu,maruah melayu,bangsa,agama dan negara.sy amat sedih dan takut di bwh pimpinan pak lah yg lembik,lembab dan bengap tak telus dan tegas seperti Tun Mahathir yg berani dan sanggup memperjuangkan bangsa melayu,jaga nama baik melayu.Pak Lah hancur membawa malaysia kerana beliau asyik tidur dan minum susu jean.Sy marah kerana Pak Lah tidak berjaga membawa malaysia ke mercu kejayaan seperti Tun Mahathir Mohamad,bekas Perdana Menteri yg digeruni semua pemimpin dunia.