Tuesday, September 09, 2008

SUARA HATI MENGENAI BN MUTAKHIR

Ruhanie Ahmad

Saya mengikuti perkembangan siasah Barisan Nasional (BN) secara aktif sejak penubuhannya di era Tun Razak Hussein pada 1973 – sejak 35 tahun yang lalu. Tapi, saya tidak pernah menyaksikan BN dalam keadaan yang amat kalut seperti hari ini.

Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang merangkap Perdana Menteri pun begitu juga. Waktu BN ditubuhkan beliau berkhidmat dengan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pimpinan Razak.

Oleh itu, sewajarnya Pengerusi BN hari ini menjadi tokoh negara yang mampu menangani masalah BN secara bijaksana dan berkesan.

Sewajarnya Pengerusi BN hari ini insaf bahawa masalah BN ketika ini bukan masalah kecil dan bukan juga masalah adhok. Sebaliknya, masalah BN hari ini – di era pasca PRU 12 – adalah masalah yang strategik dan structural.

Strategik

Lantaran itu, penyelesaiannya juga memerlukan penggabungan, penggemblengan dan penjanaan minda secara strategik, komprehensif, jujur dan ikhlas. Ia membabitkan semua pemimpin komponen BN. Ia juga perlu membabitkan party elders yang masih sudi memberikan nasihat dan pengalaman mereka demi keperkasaan dan survival BN di hari muka.

Pada waktu yang sama, penyelesaian kepada masalah strategik dan structural ini mestilah dilakukan secara tegas tetapi dengan penuh berhemah, dengan semangat kesetiakawanan yang tulen dan komitmen yang abadi terhadap destini bersama rakyat jelata Malaysia di hari-hari mendatang.

Kalau perlu dibawa bersama pakar dan ahli fikir negara yang prihatin terhadap kestabilan siasah Malaysia dan keperkasaan BN, jemputlah mereka. Demi Malaysia, jangan malu dan jangan ego.

Oportunis

Lebih penting lagi, jangan terlalu bergantung kepada para penasihat yang langsung tidak mempunyai perspektif dan pengalaman sejarah yang mendalam dan positif.

Amat penting lagi, sekali-kali jangan dengar nasihat kelompok tertentu yang berhasrat menjadikan kecelaruan BN sebagai modal mereka memanipulasikan situasi ini demi memenuhi kepentingan dan matlamat peribadi mereka.

Apa yang saya huraikan di atas hanya suara hati yang cetek dan dangkal daripada seorang ahli UMNO dan pendukung setia BN. Ia bukan nasihat. Juga bukan mesej untuk menginsafkan Pengerusi BN mengenai apa yang wajar beliau lakukan terhadap BN pada ketika ini.

Bijaksana

Ramai sahabat surfers dan bloggers pernah menyindir saya mengapakah saya terlalu bodoh dan taksub dengan BN sehingga waktu “bahtera sedang karam” pun saya tetap berbicara mengenai BN dengan penuh passion dan kekecewaan.

Saya hargai dan hormati apa sahaja yang disuarakan oleh sahabat-sahabat saya mengenai BN. Pokoknya, kalau BN umpama “bahtera yang karam” biarkanlah kita karam bersamanya.

Tetapi, kita juga perlu berani bertindak hingga ke saat terakhir dan tidak mengaku kalah kepada sesiapa. Syaratnya, bertindaklah secara berani, tegas, ikhlas, jujur, strategik, berkhemah dan bijaksana!

34 comments:

abdul saad said...

orang yang berprinsip... bagus

wira said...

Datuk Ron, ulasan Suara Hati Mengenai BN Mutakhir untuk dikongsi umum adalah sesuai dan sudah sampai masanya. Saya sanjung perjuangan Datuk dan senantiasa mengukti perjuangan Datuk. Tindakan Datuk semasa menjadi BBC di Parlimen amat terserlah.

Namun begitu dizaman pasca PRU12 persekitaran telah berubah dan generasi kita yang senantiasa teguh berdiri meyokong kewibawaaan Umno sebagai nakhoda kapal ini perlu diganti oleh generasi pelapis yang sekurang kurang nya sama hasrat dan minda untuk terus menegakan asas yang telah dibina oleh pemimpin pemimpin kita terdahulu. Bakhtera kita tidak karam namun memerlukan nakhoda yang bijak dan peka tentang persekitaran yang berubah. Seperti yang saya berkatakan sebelum ini, satu anjakan paradigma perlu dilakukan oleh Umno sendiri.

Jelas kini pengundi ada pilihan untuk memilih yang mereka anggap mampu bersaing mungkin belum terbukti tetapi pengundi sanggup mencuba walaupun akibatnya merugikan kita sendiri.

Oleh itu Datuk, strategi baru kita perlu menerapkan persekitaran yang telah berubah ini kerana generasi muda kita ramai yang lebih beriman.

Shaiful Anuar Sulaiman said...

Masih kuat datuk pertahankan BN, sekarang dah ada politk baru malaysia... fikir2kan, zaman dah berubah datuk

Juraimi Zainal said...

Dato'

Two party system much better Dato'... Rakyat yang mendapat faedah...

Demang Lebar Daun said...

Assalamualakum,
Sering juga saya bercanggah pendapat dgn Dato' namun pandangan Dato' kali ini amat matang, ikhlas dan bijaksana.

Saya simpati dengan kelompok yg diwakili sdra Shaiful Anuar yg masih terawang-awang dan keliru dgn situasi semasa. Mereka inginkan kebaikan dan niat suci mereka diambil kesempatan oleh pemimpin yg telah gagal suatu ketika dulu. Bukan shj gagal kerana disingkirkan sebaliknya gagal melunaskan janjinya setelah memegang kuasa kedua tertinggi negara.

wanbaki said...

DATO`
PADA SAYA BAHTERA UMNO MASIH KUKUH, HANYA NAKHODA DAN KEPALA TERTENTU SAHAJA YANG GELONG. BAYANGKAN NAKHODA LENA YANG BERTANYA KEPADA PEMANDU ARAH YANG BUTA TENTANG LAUTAN YANG BERGELORA. OLEH KERANA TAKUT TAK DAPAT BERLAYAR LAGI PEMANDU ARAH INI AKAN SEMTIASA MEMBERITAHU YANG SUASANA BAIK BELAKA. "LINE CLEAR BOS. HARI INI BUBAR, ESOK KITA BOLEH MENANG. KITA NAK KAPANKAN.... KITA MASIH MENANG 140 KERUSI. KITA MASIH MEMERINTAH. EKONOMI NEGARA MASIH BAIK. KDNK MENINGKAT. INFLASI MASIH RENDAH"
KITA YANG DENGAR NI SAKIT HATI DATUK.

Salman Madani said...

Salam,

Dengan tidak mengambil kira "kerosakan" yang dalami oleh UMNO akibat tindakan Tun Mahathir memecat Anwar, saya kira sejak zaman Tun Mahathir lagi, UMNO sudah menghadapi pelbagai masalah besar, yang sukar untuk diatasi, antaranya:

1. Dua KK, iaitu korupsi dan kronisme sudah begitu berleluasa dalam UMNO, sehingga UMNO dilihat sebagai "lubuk duit", tempat kelompok elit ( terutama pemimpin-pemimpin utama UMNO) mengumpul kekayaan, dan dengan itu UMNO dijauhi (dan mungkin juga dibenci) oleh kelompk kelas menengah dan kelas bawahan.

(Dalam hubungan ini, Anwar mungkin telah dapat meyakinkan orang yang mengikuti ucapannya bahawa DEB hanya menguntungkan segelintir pemimpin UMNO, dan tidak lagi menguntungkan orang Melayu pada keseluruhannya).

2. UMNO, termasuk Tun Mahathir juga, telampau banyak mengalah kepada kehendak dan permintaan orang bukan Melayu,sehingga kelihatan tidak mampu mempertahankan hak dan kepentingan orang Melayu. Ini menampakkan kelemahan UMNO, sehingga pada akhirnya parti-parti komponen BN yang lain tidak lagi menghormati pemimpin UMN0(termasuk PM sekarang(?).

3. Persaingan dari parti Melayu yang satu lagi, iaitu PAS, sentiasa kuat dan semakin kuat, dan secara beransur-ansur melemahkan UMNO, apabila PAS semakin mendapat sokongan daripada sebahagian (mungkin sebahagian yang agak besar) golongan muda Melayu/Islam.
.
4. Pemimpin pelapis dalam UMNO, khasnya daripada golongan pemuda, lebih dilihat sebagai golongan yang rakus mengejar kedudukan dan kekayaan, dan tidak kelihatan mempunyai idealisme yang tinggi untuk memertabatkan dan meningkatkan kedudukan orang Melayu. Perjuangan mereka lebih dilihat sebagai "perjuangan perut" masing-masing sahaja.

5. Saya tidak begitu pasti apakah golongan muda Melayu masih berminat menyokong UMNO.Mungkin ada yang berminat, misalnya yang menjadi ahli Pemuda UMNO, Putera UMNO dan Puteri UMNO, tapi mungkin bukan golongan majoriti.
(Dalam pilihan raya, mungkin banyak pengundi muda telah lari daripada UMNO. Dan dengan itu di kampung=kampung, majoriti pengundi UMNO terutamanya terdiri daripada orang tua (?).

Melihat pelbagai masalah besar yang dihadapi oleh UMNO, yang kebanyakannya merupakan warisan daripada zaman Tun Mahathir, calang-calang peneraju dan pemimpin utama UMNO memang tidak mampu mengatasinya.

Kita sudah lihat, Abdullah memang terbukti tidak mampu. Tapi bagaimana dengan bakal penggantinya? Saya pun tidak begitu yakin.

Ibnuwalid said...

Salam buat Ruhanie. Udah le tu, kita ni kan bila sakit minta air penawar kat ustaz/tok guru. Bila susah datang juga kita cari ustaz/tok guru untuk doakan kesejahteraan. Jadi bila nak tenggelam ni jom le ikut tok guru, mudah-mudahan kita selamat bersamanya.

abghalim said...

Salam Dato Ron

Kita mengkritik kerana kita sayangkan negara.Kita bukan membenci,kita adalah seorang ayah yang memarahi anak kerana sayang.Kita matang dalam berfikiran.
Kita akui POLITIK kini dah berubah tetapi perjuangan membela bangsa tetap sama dan kekal sehingga ke akhir hayat.
Di PETA dunia bumi, Melayu cuma Malaysia,yang MERDEKA atas nama Persekutuan Tanah Melayu pada 31-8-57.
Teruskan Perjuangan Anda kerana PERJUANG BELUM SELESAI selagi MELAYU MUDAH LUPA.

bebas said...

prinsip itu penting tetapi jangan kita mempunyai prinsip yang memakan diri dan menambahkan berat di bahu kiri kita...

Juraimi Zainal said...

100% setuju dengan pendapat Salman Madani said...

jamaludin said...

Suara hati Pak Lah :

Janganlah pressure saya banyak2...buat diam2 sudah le. Saya ada banyak buah tangan yang boleh dibahagi2 dari projek2 besar economic regions saya sedang dilancar. Kalau you all tak tolong saya, mcm mana saya nak tolong saudara2 semua. Sabarlah, benda2 kecik yang timbul tu macm Dr. M,Anwar dll. saya dah lepaskan kat menantu saya, KJ untuk settlekan...kalau tuan2 nak tahu dia punya brilliance membelit adalah tahap oxford, orang malaysia tak boleh lawan punya....lagi pun dia tahulah nak cari duit untuk pusing2 dan juga network dia pun excellence.......

Lagipun dalam politik ni, orang berprinsip ni karut la kalau ada.....

Nostradamus said...

Buat Dunno Sahaja. Jangan Jadi seorang Rasis atau Setan.
---------------------------------

Jika anda telah membaca skrip terkini Anwarwood Produksi, anda akan memahami apa yang
sedang berlaku di Pulau Pinang dan segala berita yang di laporkan di MSN, Malaysiakini, Malaysia Today dan web bloger-bloger. Sesetengah mungkin sudah mengalami darah tinggi, strok ataupun sakit jantung sekarang.

Tetapi, nasihat saya kepada semua rakyat Malaysia ialah " Buat Dunno Sahaja!. Teruskan berpuasa, buatkan persiapan untuk Hari Raya dan Mooncake ataupun apa-apa perayaan yang akan menjelma untuk anda.

Kepada mereka-mereka yang tiada perayaan untuk diraikan, maka izinkan saya mencadangkan membuat persiapan untuk meraikan Hari Malaysia pada 16 September iaitu penubuhan negara Malaysia, 45 tahun dahulu, bersama-sama rakan-rakan dan sahabat-sahabat kita di Malaysia Timur.

Jika anda masih nak ghairah dengan berita dan cerita yang terbit daripada Pulau Pinang, maka, izinkan saya mencadangkan berikut untuk renungan anda.

1. Ahmad berkata orang Cina adalah pendatang atau penumpang. - Bagitahu saya siapa yang bukan pendatang ataupun penumpang di dunia ini?

2. Jika anda sensitif kepada perkataan pendatang atu penumpang. - Saya pernah dengar ungkapan lebih teruk dari itu sejak 51 tahun dahulu. Saya sudah biasa tidak sensitif lagi

3. Ahmad telah mengoyakkan gambar Tsu Khoon. - Bukan ada apa-apapun. Lebik baik Ahmad memanggil dia, Ka Ting, Sammy Veloo dan semua wakil-wakil parti BN dan menampar mereka semua kerana tidak memenuhi aspirasi Perlembagaan Malaysia dan memperdagangkan serta tawar-menawar hak manusia untuk kepentingan parti mereka.

4. Ahmad bercakap untuk orang Melayu Malaysia. - Bagaimana tentang DSAI? Mungkin Ahmad cuma mewakili lebih kurang 50 pengikut yang dia ada. Mungkin dia boleh cuba membeli lebih ramai pengikut.

5. Ahmad bercakap untuk semua Muslim? - Bagaimana dengan Tok Guru? Adakah Ahmad seorang ulama?

6. Wartawan dicabar dan lain-lain. - Apa sebab wartawan MSN berada disana? Kenapa selepas interbiu Ahmad, berlari interbiu pemimpin BN yang lain? Adakah berita sabagini bagitu penting untuk dilaporkan. Kenapa tidak interbiu rakyat Malaysia di jalanan dan tanya mereka apa pendapat mereka tentang Ahmad dan lain-lain pemimpin BN.

7. Gunakan ISA, Akta Hasutan dan lain-lain. - Untuk buat yang pertama sekalinya sahaja, saya setuju sepenuhnya, tetapi hanya untuk orang-orang politik BN sahaja. Selepas mereka-mereka di kurungkan, maka haruslah ianya dihapuskan.


http://patek1472.wordpress.com

odeen said...

SALAM DATUK...
SAYA TERTARIK DENGAN SUARA HATI MENGENAI BN MUTAKHIR INI. MEMANG BENAR SEJAK BEBERAPA TAHUN KEBELAKANGAN INI BN-UMNO TIDAK ADIL DALAM MENGAMBIL TINDAKAN KEPADA ORANG MELAYU DAN UMAT ISLAM. SEBAB UTAMANYA IALAH KERANA SURVIVAL POLITIK PEMIMPIN MELAYU YANG EGO DAN HANYA MEMENTINGKAN DIRI. KETIDAKADILAN INI AMAT KETARA KEPADA PENYOKONG ATAU PEMBANGKANG KERAJAAN WALAUPUN MEREKA KEBANYAKANNYA ORANG MELAYU DAN ISLAM.
KEMUDIAN APABILA KEDUDUKAN PEMIMPIN INI TADI TERGUGAT MAKA MEREKAPUN MENIMBULKAN ISU PERKAUMAN YANG KONONNYA MEREKA SEBENARNYA MEMBELA ORANG MELAYU TETAPI YANG NYATA MEREKA SEBENARNYA DAH LAMA MENJATUHKAN BANGSA SENDIRI...

odeen said...

SALAM SEMUA...
PADA SAYA KAPAL UMNO BUKAN SAHAJA PERLU DITUKAR NAMA KAPALNYA(PAKATAN RAKYAT) TETAPI NAKHODANYA JUGA PERLU DIGANTI ORANG BARU(PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT)..

LensaPR said...

kehidupan ini ada akhirnya jua....

ramzi said...

Datuk..saya sangat meminati tulisan datuk sedari dulu lagi,ini kerana tulisan datuk banyak pertimbangan fakta. Apa yang datuk luahkan tentang suara hati,mungkin kurang parah pandangannya sebab datuk memandang dari segi kacamata UMNO. Namun dari sudut pandangan saya yakni rakyat biasa yang memerhati dari luar, tanpa ada kepentingan politik, apa yang berlaku dalam UMNO sekarang sangatlah meresahkan dan membuat dada ini sentiasa berdebar. Kami rakyat biasa memandang seolah olah kebergantungan kami pada kepimpinan negara telah goyah. Kami seolah olah merasa tiada lagi tempat berlindung. Kuasa melayu menuju kehancuran dan islam diambang kegelapan

ramziredang

slyderrose said...

Datuk Ron, secara jujur siapa agaknya yg dapat mengembalikan kegemilangan negara dalam kontek dewasa ini?

Bagi saya kombinasi Anwar dan Muhyiddin.

aho said...

antara driver gelong dengan tayer gelong siapa harus bertanggung jawab dan dipersalahkan

mountdweller said...

Sebenarnya orang melayu perlukan wadah baru. UMNO sudah jadi cacamarba. Nama UMNO tapi warganya bukan lagi terdiri dari melayu. Itulah sebabnya perjuangan UMNO sudah jadi lalang ditiup angin.

Sekarang ini orang melayu yang betul betul berjiwa melayu sudah tidak ada lagi tempat perpaut yang benar-benar berorientasikan melayu.

Sebenarnya di hati kecil saya sudah lama saya buang UMNO. sejak UMNO menerima kemasukan ahli dari etnik lain yang bukan islam. sekian lama saya berada di dalam UMNO hanyalah kerana tidak ada tempat lain. namun sekarang UMNO sudah begitu jauh dari jiwa saya!

Bukankah melayu itu adalah golongan keturunan melayu, mengamalkan adat dan cara hidup melayu, berkomunikasi dengan bahasa melayu dan beragama islam? Jadi apa itu UMNO kalau segala jenis manusia boleh menganggotainya?

Golongan mamak boleh lagi saya menerimanya sebab untuk menjadi mamak mereka kena ada darah melayu, bertutur melayu walau pun kadang-kadang bercampur tamil dan mereka ini adalah orang islam. tapi kalau dah ada yang makan babi pun anggota UMNO saya tidak boleh terima.

Jadi ke manakah melayu nak bergayut? UMNO tidak layak, PAS tidak begitu sesuai sebab PAS terlalu pentingkan islam dan bab bangsa entah di tangga keberapa. PKR lagilah, segala jenis makhluk ada di dalamnya. Kalau nak masuk DAP, lebih baik tukar jer nama dari nama islam ke nama apa-apa yang suka.

Jadi pada pandangan saya umat melayu perlukan rumah baru yang memang dibina khas untuk melayu sahaja bernaung. Lepas tu kalau nak kerjasama dengan group lain tu, kamudian hitunglah rugi untungnya.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Kata Bisikan Hati Ahli
(membilang butiran karma)

Sewajarnyalah kita berlayar gagah
merempuh galak badai samudera
bahtera usang kita sehingga
saat yang terakhir termimpi
indah perlabuhan tambangan hati
itu kesetiaan - berani

hemah dan bijaksana memujuk
kita berwawasan arif tujuan
merayu jangan dipersia-siakan
sisa-sisa dalam kelongsong adam
dan hawa hidup ini mundar-mandir di bumi yang ada rapuh

Sdr Ruhanie,
elok kiranya dibubarkan ikatan-kongsi politik
kini kita bertanding sahaja di atas jatidiri UMNO terserlah
dalam mana-mana pilihanraya
dalam negera sepelusuk negari
juga parti-parti yang berani
bertanding sendiri-sendiri
tanpa resah syak wasangka
bubarkan DEB dengan pembubaran
barisan ini

Sdr Ruhanie,
bersaing sebaik saing mahu
diangkat martabat Melayu kita
di kala yang hari menawan hati rakyat yang kian bebas minda mereka

kalau menang, baguslah
kita perintah negara bersama dengan mereka yang menghormati
perjuangan Melayu kita enak ternaung redang bebayang ramah beramanah berilmu berkuasa
dahulunya UMNO, kemudian
Perikatan, Mei 13,
didirikan Barisan Nasional
ingat-ingat lupa kita yang
terlalu dewasa bermesra

Sdr Ruhanie,
terpulanglah apa jolokan pula yang mewarnai gabungan parti-parti politik yang memerintah
mesra 'coalition of the willing'
setelah reda debu celaru pilihan raya

Sdr Ruhanie,
kalau kalah parti UMNO kita tahulah kita tinggi rendah langit
bumi UMNO - langit yang dijunjung runtuh bumi UMNO kita terban

Sdr Ruhanie,
hanya yang harus UMNO ini
wajib hidup mati datang pergi
menjunjung kasih mencemar duli kesejahteraan orang Melayu
biar bumi negeri tanahair mereka
bersama menyusuri zaman
namun perjuangan kita
dan UMNO tetap kekal-utuh
hidup merdeka jangan diperjudikan
nyawa maruah kita digadai mahu berdiri hormat di kemudian hari

MD said...

News kata Tun dah kembali ke dalam UMNO. Muhyidin yang bawa balik.

Masa tun dalam umno baru ni, UMNO dah tenat. Masa Tun keluar tak ada pembaikan. Sekarang masuk balik, kita tengoklah. Kalau ikut logik penyakit umno dah teruk sangat - tapi Tun smart juga berpolitik. Harapkan dapat menghalang umno daripada tenggelam.

Tapi saya masih pohon agar semua ahli umno diberi peluang untuk mengundi terus dalam pemilihan pemimpin parti Dis ini.

MD said...

Rupanya Dato Ahmad Ismail tu mamak ya! Macam Tun

imah said...

Salam Dato'

Presiden Umno, Pengerusi BN merangkap Perdana Menteri. Beliau hanya mempunyai kuasa esekutif sahaja pada masa ini. Kuasa moral sudah tiada langsung. Aura sebagai ketua sudah lupus.

Buktinya telah ditonjolkan oleh Datuk Ahmad Ismail. Daripada 13 bahagian Umno yang diketuai oleh Presiden Umno yang juga Perdana Menteri dan juga Pengerusi BN, tiada satu Bahagian Umno pun yang mempeduli arahan Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang yang juga Presiden Umno, PM juga Pengerusi BN.

Semua 13 bahagian itu berada dibawah Abdulah namun satu bahagian pun, termasuk bahagian beliau sendiri "tidak mahu pandang muka" beliau lagi.

Dimana kredibiliti beliau selaku Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang dan selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri?

Aduhhhh!!!!

Apakah selepas kehilangan kuasa moral, mulai sekarang dia akan menggunakan sepenuhnya kuasa eksekutifnya, buat permulaan keatas Ahmad Ismail?


Jika pada masa awal muncul desakan supaya dia melepaskan jawatan dulu beliau akur, pada moralnya tidaklah rasa terkilan sangat. Tetapi dengan keadaan dan tekanan yang dihadapi sekarang ini, selesakah beliau menyerahkan kuasa?

Keadaan semakin tidak terkawal. Mana nak menangani tekanan pembangkang lagi. Dalam masa yang sama anak buah dan rakan taulan sendiri pula menimbulkan pelbagai kerenah....

Nampaknya alang-alang seluk pekasam, biar semua putih mata....

bat8 said...

Dato Ron

1. Kemasukan TDM sebagai ahli biasa tidak akan membawa apa-apa kesan kepada UMNO(baru).

2. Jika TDM mahu tindakannya berkesan, dia perlu merampas kerusi presiden dari AAB. Budaya UMNO(baru) yang diasaskan oleh TDM sendiri, menyukarkan bekas pemimpin yang menjadi ahli biasa sahaja mendapat dokongan ahli akar umbi.

3. Segala usaha TDM untuk memulihkan UMNO dari platform ahli biasa sahaja HANYA akan memecahbelahkan lagi UMNO(baru). Ahli UMNO(baru) terpaksa memilih memihak kepada TDM atau AAB. Pertembungan secara terbuka pasti akan berlaku.

4. Bila pertembungan terbuka berlaku dan berlaku dengan hebat - tumpuan pimpinan negara kepada mentadbir negara akan terganggu. Fokus beralih kepada mempertahan diri dari menjalankan tugas mentadbir negara.

5. Perletakan jawatan TDM dalam tahun 2003 dahulu adalah merupakan satu strategi politik bagi menyelamatkan UMNO(baru)/Bn dalam PRU 11. Jika TDM terus memimpin, tsunami mac 2008 tentunya telah berlaku dalam PRU 2004.

6. Akhir kata, kemasukan semula TDM dalam UMNO(baru) tidak mampu menyelesai masaalah UMNO(baru) sekarang. TDM mungkin dapat membantu anaknya, mukhriz menang ketua pemuda sahaja!

bat8

Samwan said...

Salam Saudara Muslimku yang bergelar Datuk,

Kenapa suara hati itu tidak membincangkan bagaimana UMNO merupakan warisan penjajah?

Kenapa hendak disorokkan benda yang sudah nyata?

Sampai bila rakyat terus menerus ditipu kononnya UMNO itu pejuang kemerdekaan?

Adakah kerana sayap kiri yang tak sehaluan dengan penjajah dicap sebagai pengkhianat?

Adakah saudara merasa bangga dengan menyambung warisan penjajah?

Patutlah Melayu hari ini sudah hilang jatidiri, kerana pemimpin terdahulu merupakan kaki bodek penjajah?

Patutlah Melayu hari ini begitu layu dek kerana pengampu penjajah terdahulu berjaya melatih ramai pengampu seperti hari ini?

Kenapa kita yang Melayu Islam tak dapat nak mempertahankan hukum hakam Islam di Negara kita sendiri?

Adakah kita lupa kepada ajaran Islam yang bersandarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah?

Adakah Islam itu sendiri sudah tidak relevan lagi pada masa kini?

Adakah saudara yang mendapat pangkat Datuk ini sudah lupa tentang tanggungjawab beragama dan menegakkan syiar Islam di Malaysia tercinta?

Pangkat dan kuasa membuatkan manusia lupa dan leka, saya amat berharap saudara yg bergelar Datuk ini tidak mudah lupa kerana manusia itu sebenarnya mudah lupa.

Harap dapat disiarkan komen saya ini demi Agama, Bangsa dan Negara.

Yang berkhidmat kepada Agama, Bangsa dan Negara.

odeen said...

SALAM SEMUA...

KALAU NIAT TUN KEMBALI SEMULA DALAM UMNO UNTUK MEMPERBAIKI KAPAL UMNO. TAK PAYAHLAH TUN SEBELUM INIPUN TUN DAH BUAT DEMIKIAN KETIKA DALAM UMNO NAMUN TIADA APA2 KESANPUN. LAGIPUN UMNO YANG KEBANYAKAANNYA DIANGGOTAI OLEH ORANG MELAYU SEBENARNYA BUKANLAGI MELAYU TULIN.MEREKA NIE DAH BERCAMPUR-ADUK KETURUNAN. ADA YANG KETURUNAN ARAB, BUGIS, JAWA, ADA YANG KAHWIN DENGAN CINA, INDIA, BIDAYUH, IBAN, KADAZAN, MELANAU, BAJAU, PENAN KENYAH, BOSNIA, AMERIKA, AUSTRALIA DAN BANYAK LAGI. JADI ADAKAH INI KITA KATAKAN UMNO ADALAH PARTI MELAYU. SUDAHLAH JANGAN NAK MENGARUT PADA ALAF BARU NIE DAN KAN DATANG TIADA LAGI MELAYU, INDIA DAN CINA YANG TULIN LAGI.
JADI ADALAH LEBIH BAIK MEMPERJUANGKAN HAK ISLAM DARIPADA MEMPERJUANGKAN SATU KAUM SAJA. JIKA TIDAK KAUM MELAYU LAIN YANG TIDAK TULIN ATAU AHLI KELUARGANYA YANG DARI KAUM LAIN AKAN TIDAK BERPUASHATI. SEBAB ITULAH AHLI UMNO AKAN BERPECAH KEPADA KAUM KACUKAN MASING-MASING.
DENGARLAH NASIHAT SAYA SEBAGAI RAKYAT BIASA YANG TIADA KEDUDUKAN INI. SEBAB UMNO TIDAK MUNGKIN AKAN RELEVAN LAGI DI MASA DEPAN. PERCAYALAH...

Mika Angel-0 said...

Baru mereka nak faham kan, Sdr Imah? Atau pun you orang Kepala Batas? Kedah.

Sdr Ruhanie,

Yang meloncat bak ditoi pungkok dengan corta seolah-olah barisan nasional tiada protokol itu siapa? Parti China Pseudo-Bangsat Gerakan! Presidennya serta MT mereka dan ahli-ahli mereka adalah musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan Barisan.

Gerakan itu mulanya apa? Parti bukan BN asalnya, bukan?
Lebih kurang PAS lah. Dan PAS pun dulu dalam BN.

Gerakan mana ada hormat 'social contract' founding fathers Kapal Layar. Yang dia pentingkan hanya Pulau Pinang - lubuk duit mereka.
Sekarang kena berbaik-baik dengan DAP. Mai sini tenguk sendiri. Orang PKR disini pun mengomel. Bab tanah.

Tak pecaya?

Jed Yoong said...

Datuk,

Guess what I found!!

From Ganesh:

Readers will see from the articles below that Ahmad Ismail appears to be both an Anwar and Badawi loyalist. Might be stirring tensions in Penang so as to bring to a conclusion a shared, or common agenda?

Ahamd Ismail's history:


A) The crowd of supporters at sacked deputy prime minister Datuk Seri Anwar Ibrahim's residence came alive tonight when his wife, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, took centre-stage to thank them for their support.
Another speaker was Senator Datuk Ahmad Ismail of Umno Bukit Bendera who said the division fully supports Anwar. Anwar, who addressed the crowd about 10pm, said he was touched by their support
(Anwar's wife thanks gathering for support.
By Toh An Nee
270 words
15 September 1998
The Sun)

Read full article @ Ganesh's blog.

;) WOW! Betul-ke?

bat8 said...

Dato

Dalam keghairahan ahli UMNO(baru) menyambut kepulangan TDM kepangkuan parti, ramai antara kita lupa bahawa AAB masih mempunyai kata pemutus untuk menerima kembali TDM.

Perlu diingat TDM perlu mengisi borang untuk menjadi ahli dan keputusan untuk menerimanya atau tidak masih memerlukan keputusan parti.

Kalau UMNO(baru) menerima kembali TDM kepangkuan parti, maka akan bermulalah usaha TDM untuk menjatuhkan AAB.

Bagaimana jika AAB memanipulasikan MKT UMNO(Baru) untuk menolak permohonan TDM.

Logiknya mana ada orang sanggup menerima masuk seseorang yang akan menjatuhkan kita kedalam parti kita. Begitu juga AAB dan kroni-kroninya.

sama-samalah kita tunggu keputusannya nanti. Yang penting adalah TDM perlu mengemukakan borang keahliannya dahulu.


bat8

Berita dari gunung said...

Dato,

PERIKATAN (kapal layar), adalah saluran untuk 3 bangsa duduk semeja merencana bangsa dan negara. Pakatan 3 parti diuji pada tahun 1969 dan isu bangsa dan sensitivitinya tiba-tiba jadi panas.

Peristiwa 13 Mei merobah beberapa perkara. Pertama dasar ekonomi baru menekankan pentingnya affirmative action dilaksanakan untuk mengimbangi kuasa ekonomi. Kedua, Perikatan berubah menjadi Barisan Nasional (dacing) dengan membawa masuk lebih banyak parti.

Pakatan Kaum dalam Barisan Nasional diuji sekali lagi dalam PRU12 2008. Kali ini, Anwar membawa gagasan Malaysia Malaysian, dalam bahasa mudah, anak china, anak india, anak melayu, anak iban, anak kadazan dan lain-lain lagi adalah anak Anwar.

Barisan Nasional sejak mula lagi menyediakan tapak untuk ketuanan Melayu (istilah kegemaran Umno waktu menghunus keris).

Pakatan Anwar tidak menjanjikan itu. Sebaliknya Anwar sedia buang polisi pro-melayu dalam siri kempennya. Kalau Anwar jadi Perdana Menteri, Anwar memanglah Melayu. Selepas Anwar, tidak ada siapa sanggup menjawab.

Ramai Melayu tidak sedar, kerana mereka selesa memangkah PAS. Ada orang "alim" dalam PAS. Namun PAS sekadar melukut dalam Pakatan Anwar. PAS sanggup menurunkan panji perjuangan bila duduk semeja dengan Anwar dan DAP. Apa yang boleh kita harapkan.

Walaupun begitu, kita wajar melihat dari dua sudut. Pertama, BN sebagai kenderaan. Kedua, Pemimpin sebagai pemandu kenderaan.

Rakyat tidak segan silu melahirkan rasa sangsi dengan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Ramai sudah dapat meneka betapa "reforms" anjuran Abdullah hanyalah tabir untuk menutup kelemahannya.

Pakatan pelbagai kaum dalam BN adalah Barisan yang natural dan murni. Memang manusia duduk berpuak ikut bangsa dan agama. Tidak apa yang salah mengenainya.

Rupa-rupanya kewajaran Barisan Nasional dalam politik negara, menuntut pemimpin yang jujur dan kuat.

Terima sajalah bahawa kenderaan masih gagah dan relevan. Masalahnya semata-mata pemandu tidak mahir mengendali perjalanan yang berliku.

Bawa saja kenderaan ke dalam "pit", tukar pemandunya, insyaAllah Race Formula1 masih milik kita.

Terima kasih.

Sheik Ali said...

Dato,

Apa susah sangat nak fikir banyak banyak. Tukar je cara kita mengundi.

Setiap warga negara berhak mengundi dua calun semasa undi.

Setiap parti letak berapa banyak calun 500 atau 600 seberapa banyak lah tetapi tetapi tidak mengikut kawasan.

Calun parti mesti mengikut kuota jumlah penduduk negara: 67:33. Orang Melayu pilih Melayu je, kaum lain kaum dia je. Ok itu syarat utama.

Pilih lah sapa anda mau. Siapa dapat banyak undi dia menang.

Pakai je sms, atau TV9, semacam program realiti tu.

tentu negara Malaysia maju.

MD said...

Tuduhan berita dari gunung kepada PAS sebagai "Melukut tepi gantang" tu tak adil.

1. KELEBIHAN DAN JENTERA PAS
Di mana kekuatan BR? Masa BERSIH demonstrasi hari tu - siapa yang pakai baju merah dan mengawal keadaan dalam hujanan air kimia?

Semasa PRU12 - jentera mana yang digunakan untuk membawa PR kepada kemenangan besar? PAS telah bertahan selepas di anak tiri dan di tekan lebih 50 tahun. Kenapa UMNO beria-ia ajak PAS untuk berbincang? Mesti PAS ada kelebihan.

2. PAS TIDAK DIBERI HAK YANG SEPATUTNYA?
Mungkin saudara anggapkan yang PAS tidak mendapat hak yang sepatutnya.

Kalau PAS sanggup berbincang dengan UMNO, maknanya mereka ada kekuatan sendiri.

Andainya DSAI menjadi PM - benarkah PAS akan diketepikan. Tidak dijadikan TPM atau menteri kanan? Bahkan PM pun belun tentu lagi daripada PKR. Mungkin tak seperti SABAH - bersilih ganti?

PAS tidak sebegitu garang dalam mencanangkan yang 916 akan berlaku, kenapa agaknya? Mungkin tak PAS memberi syarat tertentu kepada DSAI untuk mereka menyertai program 916?

Saya cuba tidak berat sebelah. Saya bukan ahli PAS - saya ahli UMNO. Bapa saya orang kuat UMNO kampung. Tetapi saya rasa emak saya dan keluarga sebelah mak kuat PAS. Pada 2004 ada angan-angan kumpulan UMNO mencadangkan saya calon, 2008 pula kumpulan PAS pula mengetengahkan saya untuk menjadi calon. Semua saya tak berminat.

MD said...

Dear Dato

Pemimpin umno tidak dipilih oleh ahli tetapi melalui wakil-wakil yang sememangnya pro dan percaturan pemilihan pemimpin. Ia merupakan satu pelaburan yang boleh memberikan beratus kali pulangan ekonomi.

Selagi ahli parti tidak diberikan hak pemilihan pemimpin secara terus, selagi itulah rasuah politik tidak boleh dihalang bahkan akan terus merebak. Cancer rasuah politik ini telah merebak ke setiap pelusuk dan sistem di Malaysia. Dah dalam tahap 4.

Saya cadangkan semua parti politik memulakan sistem yang membolehkan ahli memilih pemimpin secara terus. Kalau tidak parti ini juga akan dimakan tua seperti yang berlaku kepada UMNO.