Wednesday, September 17, 2008

SEKARANG DETIK TERBAIK UNTUK ABDULLAH BERUNDUR SECARA TERHORMAT


Ruhanie Ahmad

Ura-ura Pakatan Rakyat (PR) mahu membentuk Kerajaan Pusat pada 16 September 2008 hanya indah khabar dari rupa. Ura-ura tersebut kini jadi bahan gurauan dan jenaka. Impaknya amat negatif sekali kepada PR dan pemimpin besarnya.

Anehnya, perkembangan ini tidak pula menambahkan keyakinan rakyat jelata kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi.

Sebaliknya, segolongan rakyat jelata, termasuk warga UMNO, kini berpendapat bahawa inilah waktu terbaik untuk BN sendiri menukar pimpinan nombor satunya supaya BN mampu memulihkan wibawanya dan memperkasakan semula jemaah perjuangannya demi menebus nama baik yang tercemar dan imej unggul yang tercalar akibat prestasi buruknya dalam PRU 12.

Persoalan pokoknya pada hari ini adalah: bila, siapa dan bagaimana? Bilakah pemimpin nombor satu kerajaan BN perlu ditukar? Siapakah yang akan mengambil-alih? Dan, bagaimanakah pula cara terbaik untuk melaksanakan pertukaran ini?

Banyak pihak, baik kalangan politik BN dan UMNO, masyarakat umum, rakyat akar umbi, kumpulan birokrat, kelompok teknokrat serta golongan akademik berpendapat bahawa Abdullah wajar mengundurkan diri sekarang – secara sukarela, secara terhormat dan secara serta merta. Waktu yang paling baik sekali adalah pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 18 September 2008 ini.

Siapa pula yang layak menggantikan Abdullah? Beberapa nama layak untuk dipertimbangkan sebagai pengganti. Antaranya adalah Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Peluang Najib

Najib selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO wajar dijadikan pilihan utama. Memang kebelakangan ini ada pihak yang kecewa dengan Najib kerana membisu dan seolah-olah sentiasa bertindak mengikut rentak dan kehendak Abdullah. Najib juga dikatakan kononnya sebagai pilihan yang tidak tepat kerana beliau sedang diselubungi oleh persepsi umum yang negatif yang tidak perlu dihuraikan di sini.

Bagaimanapun, banyak pihak pula menghujjah bahawa Najib adalah pengganti terbaik kepada Abdullah. Kenyataan Najib mengenai peralihan kuasa yang ditegaskannya tiga hari lalu pun sudah menghapuskan sebilangan besar persepsi umum yang negatif terhadap dirinya.

Kegembiraan dan penerimaan warga UMNO di atas kesanggupan Najib mengeluarkan kenyataan mengenai peralihan kuasa tiga hari yang lalu nampaknya bukan ilusi.

Rata-rata warga UMNO yang menghadiri majlis berbuka puasa di kediaman Najib di Putrajaya malam tadi mengatakan bahawa mereka memperolehi semangat baru untuk menyanggah Abdullah bila Najib sendiri sudah bersuara dengan jelas dan tegas mengenai formula peralihan kuasa berkenaan.

Warga UMNO ini meminta Najib tidak berganjak daripada kenyataan tersebut dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 18 September 2008. Mereka juga berpendapat bahawa seluruh persepsi negatif akan hapus jika Najib berani bersuara menyanggah Abdullah.

Tetapi, jika Najib masih memilih untuk berdolak-dalik mengenai formula peralihan kuasa ini, pilihan kedua sebagai pengganti Abdullah adalah Muhyiddin.

Muhyiddin

Sejak PRU 12, Muhyiddin jelas amat konsisten dengan pendapat dan pendiriannya mengenai UMNO, BN dan rakyat jelata seluruhnya. Sehingga tiga hari lalu, Muhyiddin kelihatan seperti bertindak keseorangan dan tidak senada dengan Najib yang membisu.

Bagaimanapun, Muhyiddin yang disifatkan oleh banyak pihak sebagai insan “lurus bendul” telah menegaskan berkali-kali bahawa beliau tidak akan “melangkah bendul” untuk membelakangkan Najib dalam hiraki kepimpinan UMNO dan negara. Ini bermakna Muhyiddin akan sentiasa mendahulukan Najib untuk menggantikan Abdullah dalam tempoh terdekat ini.

Tetapi, jika Najib dan Muhyiddin masih lagi was-was dan kurang keyakinan untuk mendesak Abdullah mengundurkan diri, pilihan ketiga adalah Razaleigh. Pemimpin veteran ini disifatkan sebagai satu-satunya tokoh yang mampu mengemudikan bantera perjuangan negara, terutamanya ketika dunia sedang melangkah ke era ekonomi yang muram dan suram ketika ini.

Kebelakangan ini Razaleigh dikatakan akan menerima sokongan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sudah memutuskan kembali semula ke pangkuan UMNO setelah berkelana sejak kira-kira empat bulan yang lalu.

Kini sampailah kepada persoalan bilakah kerajaan BN perlu menukar pemimpin nombor satunya. Mood pada hari ini membayangkan pertukaran ini perlu dilaksakan sekarang dan selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Sebab-sebabnya tidak perlu dihuraikan di sini. Ianya rahsia terbuka yang sudah diketahui umum. Tetapi, matlamatnya adalah supaya pemimpin yang baru mempunyai waktu secukupnya untuk memperkasakan semula UMNO, BN dan kerajaan demi kesejahteraan rakyat jelata menjelang PRU 13.

Majlis Tertinggi

Lantaran itu, apakah pendekatan yang paling sesuai untuk mendesak Abdullah mengundurkan diri daripada UMNO, BN dan kerajaan? Setakat ini ada dua pendekatan yang jelas – menerusi Majlis Tertinggi UMNO atau menerusi bahagian-bahagian UMNO yang akan mengadakan sidang perwakilan masing-masing selama sebulan mulai 10 Oktober 2008.

Maka di sinilah relevannya mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 18 September 2008 ini. Dalam mesyuarat ini Najib wajar mengulangi kenyataannya mengenai formula peralihan kuasa yang dihebahkan tiga hari lalu.

Suara Najib ini wajar didukung oleh majoriti ahli Majlis Tertinggi UMNO, khususnya seluruh Naib Presidennya, termasuklah Ketua Pergerakan Wanita, Ketua Pergerakan Pemuda dan Ketua Puteri.

Dalam menyatakan sokongan dan dukungan ini, wajar sekali ditegaskan tempoh bilakah peralihan kuasa itu perlu dikuatkuasakan supaya ianya boleh diendorse oleh mesyuarat perwakilan bahagian-bahagian UMNO.

Tempoh yang paling ideal adalah 1 Januari 2009. Ini akan membolehkan barisan kepimpinan yang baru menerima sokongan rakyat jelata dengan azam baru ke arah menyemarakkan semula perjuangan BN menjelang PRU 13.

Council Of Elders

Pendekatan dan tindakan di atas pasti akan mematikan langkah PR untuk menjela-jelakan propagandanya bahawa PR akan membentuk Kerajaan Pusat tidak lama lagi. Pendekatan dan tindakan ini juga dipercayai akan menyebabkan mana-mana pihak yang dijangka melompat kepada PR untuk mengubah niat masing-masing dan terus bersama-sama berjuang memperkasakan semula BN, UMNO dan kerajaan demi agama, bangsa dan tanahair.

Huraikan di atas hanya gagasan yang dangkal daripada seorang ahli biasa UMNO. Bagaimanapun, saya yakin kepimpinan yang baru kelak pastinya akan mengisi perubahan ini dengan pelbagai pembaharuan yang strategik dan structural supaya wujud pelbagai bentuk koreksi nasional yang komprehensif terhadap apa jua perkara yang selama ini menjadi masalah dan kekangan kepada UMNO, BN dan kerajaan untuk memperolehi sokongan majoriti rakyat jelata.

Dan, wajar juga dihalusi gagasan beberapa pihak kebelakangan ini supaya diwujudkan satu council of elders atau council of statesmen yang akan memainkan peranan check-and-balance kepada kerajaan di samping check-and-balance di peringkat parti yang perlu dilakukan oleh Majlis Tertinggi UMNO dan Majlis Tertinggi BN.

Akhir sekali, sama-samalah kita memohon kepada Allah SWT semoga niat baik yang dicetuskan di hari baik dan bulan baik ini akan direstuiNya serta menghasilkan satu iltizam serta corak perjuangan untuk memertabatkan kedaulatan rakyat Malaysia seluruhnya. KEPADA ALLAH BERSERAH!

13 comments:

Lone STRIVER said...

Najib pun patut undur secara terhormat. Terlalu banyak scandal, bermula dari Penangkapan bersama Ziana Zain di Port Dickson, Commission Submarine & Sukhoi serta kes Alatntuya dll.

Patut diberi kepada Muhyidin & Mustafa Mohamad.

Pada hemat hamba!

mimbarUMNO said...

Salam,
Ni semua keje orang2 jahanam macam anwar n kj yang nak lingkupkan UMNO sebenarnya.Diorang ni pun bukan pejuang UMNO yang sejati,membela nasib rakyat,tapi membela nasib sendiri je.Ditambah pulak dengan barua seperti zaid,nazri(dah diam ckit),saziman n norza yang tak habis-habis menghentam orang untuk angkat ego abdullah.Yang abdullah pulak tak sedar diri,kalau rakyat dah tak suka,letak je jawatan,takdaklah pasaran saham jatuh,ekonomi kita meleset(as a Bac. in Econ graduate),ketenteraman tergugat etc.Kalaulah UMNO buat pemilihan secara pilihanraya,setiap ahli di pelusuk negara kene mengundi,agaknyalah,abdullah kalah teruk dan semua barua2nya pun akan terlungkup(lagi teruk dari terlingkup) kene timbus ngan koridor pembangunan yang di war2 kan!!Kalulah aku diberi peluang untuk berdebat dengan mereka2 ni secara terbuka seperti rancangan debat antara pemimpin2 yang lalu,aku amat bersyukur kerana sepatutnya debat adalah antara rakyat dan pemimpin bukan pemimpin dengan pemimpin,kerana hasil debat akan berlegar terhadap agenda mereka sahaja seperti yang berlaku sebelum ini.Biar rakyat sendiri menyoal pemimpin dengan soalan sendiri biar rakyat puas hati.Takguna bagi email di warkahuntukpm kerana segalanya tiada berjawab!Biar rakyat dikumpulkan dan diberi peluang untuk bertanya sendiri kepada abdullah apa sahaja soalan melainkan soalan peribadi.dengan cara itu,apa sahaja yang terbuku di hati rakyat dapat disampaikan dan abdullah bolehlah cleankan apa2 yang kotor yg dikatakan fitnah bg dia.Selepas itu jangan lah pulak lepas dapat aduan daripada rakyat,abdullah p tidok,laporan tu buang kat fail bulat atau kat bawah meja.Buatlah something macam keadaan pengangkutan awam di Malaysia.Dulu teman dapaat tahu,bila kerajaan naikkan harge minyak rm0.30,subsidi minya berjumlah rm30billion akan digunakan untuk dasar pengangkutan awam untuk menaik taraf pengangkutan awam?tapi.....apa dah jadik?abdullah...jawab lah!

P/S:-APA CITER 16HB?KATA ADA YB BN YANG LOMPAT?PIRAHGGGG!

ahm said...

sdr ron,
the outgoing pm is already history.. the incoming one is the critical issue for now.

and not just that, the remaining cabinet jokers will have to follow suit as well. names like nazri, hamid, shahir, noh, khalid, shaziman to name a few nothing more than a laughing stocks and disgrace to the nationhood.

what happened to the twice a month petrol price review? seemed like no one care about it anymore. the govt is busy defending their position while the defacto kpdnhep minister only good in talking but no action. i can still remember during his time at pac, he was good in auditing other dept. and now when given the task has proven his foolness, and laziness in finding solutions instead employed shortcut by passing the burden to rakyat shoulders. then anyone can be the kpdnhep minister...

Mak Kecik said...

Salam,

Kepada Allah berserah. Itu yang terbaik tetapi Allah swt sentiasa memberikan pilihan kepada hambanya: syurga vs neraka, pahala vs dosa, baik vs jahat... Saya mendoakan supaya ahli UMNO yang berjuang untuk UGAMA, bangsa dan negara akan kembali kepada Al-Qur'an dan sunnah untuk peringatan-peringatan tentang ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin. Kemandirian politik di dunia ini bersifat sementara dan hanyalah hablu minannaas. Untuk kebahagiaan hakiki, habluminallah perlu diutamakan. Untuk mencari imam sembahyang yang hanya untuk beberapa minit, berbagai syarat dikenakan. Inikan pula untuk imam negara. Wallahua'lam.

OfficeBoyTingkat4 said...

Dato,

Kira kira 2/3 minggu sebelum tarikh 16 Sept, kelihatan dengan amat nyata bagaimana tindakan Dolah dan Umno yang begitu defensif.

Segala angkatan dan jentera digunakan untuk mempertahankan kedudukannya kubunya yang kian hari kian mereput.

Sewaktu tempoh masa bertahan dari serangan Anwar yang pada Dolah amat membahayakan kedudukannya itu, rakyat yang celik mata dapat melihat tindakan tindakan bodoh dan bebal yang dilakukannya.

Antaranya adalah lapuran lintas langsung dari Taipie oleh Fuad Zarkashi pada setiap malam di TV3 yang sebelum ini tidak pernah dilakukan oleh mana mana YB pun apabila melakukan lawatan keluar negara.

Selepas tarikh 16 Sept, kelihatan angkatan Umno yang dikepalai oleh Dolah telah menarik nafas lega.Mereka yakin serangan yang dilakukan Anwar berjaya dipatahkan dengan jayanya oleh panglima panglima perang Umno.Mereka yakin bahwa kemenangan telah diperolehi oleh angkatan Umno. Mereka juga yakin taktik dan teknik strategi mereka amat berkesan untuk mematahkan serangan Anwar.Mereka berseronok meraikannya.Alpa dan lupa.

Adakah serangan serangan Anwar sebelum 16 Sept mengunakan seluruh kekuatan yang ada pada angkatan PR?
Dari pemerhatian saya, Anwar hanya menyergah sahaja, masih belum mengarahkan panglima perang beliau yang penuh dengan strategi dan taktikal untuk meranapkan terus Umno.

Hanya dengan sergahan sahaja telah menampakkan kelam kabutnya Umno yang dikepalai oleh Jeneral layu dan kuyu, iaitu Dolah.

Saya menjangkakan bahawa Anwar akan terus dengan taktik ofensifnya yang dalam jangkamasa terdekat ini akan melakukan serangan secara besar besaran untuk meranapkan terus Umno.

Anwar mengetahui betapa lemahnya pertahanan Umno sekarang.Hanya dengan satu sergahan kecil sahaja telah memporak perandakan Umno.Maka sedikit masa lagi trompet untuk melakukan serangan muktamad akan ditiup untuk menyerang secara habis habisan saki baki angkatan Umno.

tok janggut said...

Salam,
Kalau ada 100 orang maka akan ada 100 orang jugalah pemimpin yang dicadang. Untuk menjadi seorang pemimpin negara bukan calang-calang orang. Janganlah cepat sangat nak menukar pucuk pimpinan kalau kita tak suka. Nampak jer orang itu lantang bersuara, maka kita pun nak lantik orang itu jadi pemimpin.

Cuba kita semua bayangkan betapa ramai cerdik pandai di Malaysia, tapi kenapa cuma baru 5 orang yang dipilih menjadi PM. Ini menunjukkan untuk menjadi seorang pemimpin(PM) dia mesti ada sesuatu yang tak ada pada orang lain.

Setakat ini teori RAHMAN ada kebenarannya.

Tun Teddy said...

dato'

pak lah tak paham bahasa... that man cannot understand anythin.

zeme said...

Salam Datuk,

Benarkah berita khabarnya Pak Lah bertukar portfolio menjawat Menteri Pertahanan kini dan DS Najib Menteri Kewangan I berkuatkuasa serta merta?

Wasalam.

ahm said...

abdullah now has employed trade off strategy. defence portfolio in now under him and in return najib was given the mof. wow... the warfare has begun.

now that he realised that money alone did not take off anwar, that he required submarine and sukoi to gun anwar down. he probably thought the reason why najib still standing due to his military back up. and now with military under him, he hoped the military would barricade him from all his enemies. abdullah probably learned from the thais that at this critical time military is the last resort to defence him... and practically all pm, when political means fail would resort to the military as his final defence mechanism
great...it has taken into the nerves...

well soldiers, selamat berjuang hingga ke titisan darah terakhir... only the best man wins.

hasipin66 said...

Salam,

Sebentar tadi Pak Lah dah buat rombakan kecil,tapi jawatan penting iaitu kemt.pertahanan diambilalih oleh Pak Lah dan kewangan 1 oleh Datuk Najib.

Apakah ini Datuk Najib naik pangkat atau sebaliknya?.Tidak mustahil selepas ini Tan Sri Muyhidin akan ditukarkan jawatan?.Kita tunggu apa yang terjadi selepas mesyuarat MT UMNO esok.

Mika Angel-0 said...

Council of elders itu baik selagi elders yang duduk dalam council itu tak nyanyok macam Lee Kuan Yew:
Lupa daratan ingat dia tuhan.

Ibnu Ahmad said...

Salam Datok dan Semua Penghuni BBB.
Tukar pemimpin bukan macam tukar baju. Saya dari jauh sudah keciwa sudah tidak nampak lagi dalam umno ada pemimpin yang berwibawa. TS Muhyidin bukan grade C tapi bukan A+, katakan A. Yang lain saya tak nampak. YM Ku Li sudah ada kes. Jadi seeloknya semua orang Islam kena bersatu. Dari situ baru boleh dapat pemimpin yang terbaik. Di bawah DS Najib, yakinkah umno dapat menebus segala dosa dan maruah? Kabinet jugak begitu!. Walhasilnya DS Najib hanya mampu buat damage-control saja, damage have been done!
Biarlah DSAAB terus mentadbir, semua pakat sokong. Tunggulah DS Najib naik kalau semua berkelahi, hasilnya sama saja.

Selamat Berjuang adn Berpuasa!

ONE NATION ONE LOVE said...

Hi mimbarumno,
Itulah yang aku fikir kan,sama macam yang kau fikirkan.Dia ni patut tahulah,tanya diri sendiri aku ni boleh ke tak boleh pimpin negara ni.Bukan semua pemimpin "born leader".Macam Pak Lah 'give up" je dan mengaku gagal,aku pun tak kisah beb.Ini masih pertahan ego ke,apa kebende ke,aku pun tak tahu.Kalau saham naik semua ambik kredit,sekarang saham,matawang kita jatuh semua diam malah menyalahkan si nuar tu.Nuar tu kau orang pun tau,tak payah layan sangat,lama-lama dia penat sendiri.Dia ni cakap memang pandai.Aku ingat dulu dia naik public transport (bas mini kalau tak silap)nak tinjau masalah public transportation macam yg Pak Lah buat tu.Hasilnya sampai sekarang ni cuma garisan kuning yang khas untuk laluan bas saja yang masih ada di KL ni.Itu pun orang langgar semacam je,kenapa orang KL tak ikut,sebabnya kesesakan lalulintas masih huru hara siapa nak ikut peraturan laluan khas bus tu.Ha,ha,tu lah hasil kerja Nuar yang masih ada.Semuanya yor,yor orr je.Cakap berdegar-degar,habok pun tak dak.Sama macam 16 September,tapi 16 September tahun bila aku pun tak tahu.Lu fikir2 la sendiri