Monday, September 22, 2008

TERPULANG KEPADA PERDANA MENTERI BUAT KEPUTUSAN SERAH KUASA 9 OKT, KATA MUHYIDDIN

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata terpulang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sama ada untuk menyerahkan kuasa pada 9 Okt ini.

Bercakap kepada pemberita di sini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata beliau yakin Perdana Menteri tahu apa yang sedang berlaku di peringkat bawahan.

Hujung minggu lepas beberapa anggota Majlis Tertinggi Umno dilaporkan berkata tidak ada tekanan dikenakan terhadap Abdullah untuk berundur sebelum tarikh peralihan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Abdullah sendiri pernah menyebut bahawa tarikh itu boleh dipercepatkan dari Jun 2010 seperti yang dipersetujui sebelum ini. - BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=360608

14 comments:

Unknown said...

Apapun keputusan yang akan dibuat oleh Pak Lah, kita harus terima kerana beliau masih lagi seorang Perdana Menteri. Tak perlu diberi tekanan. Kita juga harus ingat jika andaikata Pak Lah menyerahkan kuasanya pada 9 Oktober, belum tentu penggantinya dapat memulihkan sepenuhnya UMNO. Mungkin mereka yang suka Pak Lah berundur awal takut rahsia mereka akan dibongkar. Mana la tau. Sekarang pun BPR tegas dalam menjalankan siasatan..

HangLipas said...

Dato,saya berpendapat puak-puak Menantu dan konco-konco pakar jilat sedang giat menggesa Dolah supaya mempertahankan jawatannya..

Golongan ini bagai parasit yg tidak akan memikirkan apa yg sedang berlaku dalam UMNO...

Tolak Dolah...Selamatkan UMNO

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati.

Jalan semak tuju ke kubur,
Tanahnya lecah penuh berduri;
Bila tamak bercampur takbur,
Alamat berpecah sama sendiri.

Jawab Dato!

http://rp-semantan.blogspot.com
CUCU TOK KEDU

kemahe said...

Assalamualaikum,
Dato,

Payah tu nak buat keputusan yng mana kesan pastilah kehilangan kuasa...mungkin selama lamanyer

entah lah ...tapi jika YAB Perdana Menteri berjiwa pasti dia letak la jawatan..kalau letak berubah la iklim politik malaysia kalau tidak byk pun sedikit pasti berubah...

tq

sesumpah@pokka.com said...

salam buat sahabat semua.....

disini saya paparkan 1 puisi yg dipetik dari Harakahdaily...
mari kita sama2 hayati bait2nya bersama...




"Kau (pak lah) pergi jua"


malam-malam terakhir
di bilik kelam sebuah istana
mimpi pun menjadi igauan buruk
bersama suara-suara gamat memekak
di luar pagar yang kenyang
memakan padi dari dulang emas

berbalam musim-musim indah
dari ikon suami mithali
ke duda tua paling diberahi
meriah sebagai pengantin baru
bertukar menjadi foto-foto lapuk
yang tersadai dalam album usang

gemilang hari-hari terlelap
dari mesyuarat ke majlis negara
adalah memori tidak cemerlang
buat marhaen yang dendam terluka
oleh pembohongan manifesto terbilang
dan seribu keputusan flip-flop perdana

pujukan rayu dari anak dan menantu
keluarga dan rakan terdekat
semakin tenggelam dan karam
digilis cemuhan dan ketukan bertalu
mengetuk pintu kewarasan tersisa
tentang realiti semasa negara

berbuih di putrajaya kau berjanji
semuanya telah dimungkiri
yang tinggal hanya seluar dalam khairy
masih menjadi topeng kuasa
kerana tong taik ameno bila-bila masa
akan meletup oleh pengebom berani mati

dalam jaga dan terbang sana sini
masih kau belum temui
mutiara kata-kata shafie dan ghazali
yang tercicir hanyalah fail-fail korupsi
disorok berdikit menjadi bukit
bahan lucah ke mahkamah umum

ke mana kan kau bawa diri
sebagai statesman atau estate-man
mengharung wajah-wajah membenci
biar kau pergi jua, pergilah ke zimbabwee
tiada siapa tangisi, kecuali kroni
biar hidupmu di sana di panggil Tun Hadhari!

Fudzail, http://1426.blogspot.com
Palm Jebel Ali

Berita dari gunung said...

Media menyebut Umno supreme council meeting khamis lalu menyaksikan desakan keras terhadap Abdullah supaya segera berundur dan serius dengan peralihan kuasa.

Namun ada juga yang menyebut, sebaik habis mesyuarat, Abdullah menerima desakan dari backroom boys supaya "hold on".

Seperti kata Muhyiddin, terpulanglah kepada Abdullah sendiri.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie,

Balik ke kampong, Abdullah kata kami di Tanjung dan Pulau Mutiara-Seberang sokong dipertahankan jawatan Presiden yang disandang beliau. Orang Kelantan pun setuju Najib ambil alih.

Tetapi saperti kata Muhyiddin, terpulanglah kepada dia serah keputusan itu.

Di bahagian-bahagian macamana suasana?

Kami di Penang dok senyum...

mal887 said...

Akar umbi mahu semangat muafakat diperkukuh: PM (Petikan dari Mutakhir Berita Harian Online)

KOTA BHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata semua ahli Umno peringkat akar umbi mahukan semangat pemuafakatan di dalam parti itu diperkukuh sejajar dengan pelan peralihan kuasa pada 2010.

Abdullah yang juga Presiden Umno berkata, semua anggota parti itu sudah menyuarakan sokongan terhadap beliau mengenai pelan peralihan kuasa kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan berharap ia berjalan dengan lancar.

Beliau berkata pelan peralihan itu diterima baik anggota parti dan perkara itu dinyatakan semasa beliau membuat lawatan kerja ke negeri-negeri, termasuk menghadiri majlis berbuka puasa.

“Semua anggota Umno masih sayang kepada parti dan mereka inginkan parti ini supaya kuat dan baik.

“Mereka hendakkan parti ini diperbetulkan dan tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tertutup Badan Perhubungan Umno Kelantan, di sini, hari ini. - Bernama.

Apo Nak Di Kato......

Salam AidilFitri..

atokuitmck said...

Salam..

Itulah PM kita.. boleh buat keputusan dlm seklip mata aje. Keputusan terbaru paklah ini merupukan satu kerugian kepada NEGARA, BANGSA & AGAMA serat beliau sendiri.

Kepada penyokong paklah. ingatlah bahawa DUNIA INI SEMENTARA SAHAJA. KETEPIKAN KEPENTINGAN PERIBADI. TUAN@ AKAN DITANYA DI AKHIRAT NANTI. ITU JANJI ALLAH.

Kepada paklah. BERUBAHLAH & MUHASBAHLAH DIRI. HIDUP TAK SELAMANYA. ADA PELUANG UTK BERJASA, GUNAKALAH SEBAIK MUNGKIN. INGAT JANJI ALLAH. ALLAH TIDAK PERNAH MUNGKIR PADA JANJINYA.

MAUT
NAMAMU MENGERUNKAN
BUKAN SAHAJA KEPADA MANUSIA YANG ALPA

KAU DATANG TIBA-TIBA
TANPA SIAPA YANG MENDUGA
BERSEDIA @ TIDAK KAU TETAP JUGA TIBA

KUPASRAH
HANYA KEPADA ALLAH KU BERSERAH

cikgurahim said...

UMNO menuju kehancuran krn:

1. Dgr cerita DS Najib cenderung memileh Zahid.
2. TS Muhyiden kena tekan agar PM tak bertanding agar beliau dapat bertanding timbalan.
3. Orang PM sedang beruasaha keras agar PM cukup pencalonan.
4. Ku Li dan orangnya juga sedang membuat makar agar Ku cukup pencalonan.
5. Jika tersepit, macam-macam perkara boleh berlaku asal pihak lawan gagal bertanding.


Kalau tidak mahu hancur, mesti ada pihak ketiga yang memberi nasihat dan pihak yg bertelagah sanggup dengar.

Unknown said...

mika angel-0, i doubt that orang2 kelantan setuju najib ambil alih. yang setuju itu hanyalah orang2 umno kelantan.

sebelum pru12 hari tu, najib kena boo oleh orang2 kelantan. orang kelantan "jeh" kepada najib. pegawai2 kerajaan kelantan "buat dek" kepada najib masa dia buat dinner malam tu. hingga najib kena tanya, "kenapa? tak berkenan ke?" (merujuk kepada permintaan najib memberikan BN satu penggal sahaja memerintah kelantan)

Anonymous said...

Boleh sesiapa senaraikan kelemahan-kelemahan PM sehingga beliau dibenci sedemikian rupa dan tidak dihormati?

Mika Angel-0 said...

Sdr Garden,

Alhamdulillah.
Sungguh prihatin anda akan pendirian sebenar orang Kelantan; baik UMNO Kelantan mahu pun rakyat Kelantan Darul Naim. Namun, apa erti kata Ketua Perhubungan UMNO Kelantan yang tersurat dan tersirat agaknya?


Sdr Rafihusen,

Semestinya Abdullah pakai cincin azimat yang salah - tiada beseri, tiada pengasih...

Terima Kasih.

odeen said...

SELEPAS PAKLAH MENDAPAT KECAMAN AHLI2 PARTI SENDIRI...SELEPAS INI SESIAPAPUN PEMIMPIN BN(UMNO) YANG MENJADI PM PASTI AKAN MENDAPAT KECAMAN SEPERTI INI JUGA DARIPADA MEREKA YANG BERKEPENTINGAN..BERSEDIALAH MEREKA...SEBAB INI SUDAH MENJADI BUDAYA BARU DALAM POLITIK UMNO(BN).