Friday, September 26, 2008

NAJIB TENTANG PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG UMNO

24 Sept - Cadangan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menangguhkan Mesyuarat Agung Perwakilan Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO ke tahun hadapan telah mendapat bangkangan dan tentangan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut sumber Seri Perdana, Pak Lah telah memanggil Najib pagi tadi untuk membincangkan isu-isu parti. Dalam pertemuan tersebut, Pak Lah telah mengutarakan cadangan agar Mesyuarat Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO ditangguhkan ke bulan April dan Jun 2009. Namun cadangan tersebut telah ditolak oleh Najib.

Bagaimanapun Pak Lah berkeras mahukan Majlis Tertinggi meluluskan usul ini esok. -
EKSKLUSIF MYKMU.NET:

17 comments:

burujerdi said...

Apakah rasional di sebalik penangguhan ( mesti mengutamakan kepentingan parti ) yang hendak dibuat? Jika tidak ada dan dipaksakan juga, ia langkah desperate untuk mengekalkan status quo kepentingan kelompok.

Pak Lah sudah kehilangan 'aura' pemimpin, tidak kompetan dan sering membuat keputusan drastik tetapi disastrous kepada parti dan umat Melayu.

Memang kita disuruh sabar, tetapi bersabar dalam kebodohan dengan membiarkan anasir parasit menjamah lahap batang tubuh parti, merosakkannya hingga memungkinkan ia menjadi lumpuh adalah sikap dayus, khianat kepada amanah dan bebal. Jangan hidupkan kembali metos 'Melayu Bebal'.

band0tue said...

Salam Datuk,

Seperti yang dijangkakan semakin hari semakin menampakkan pertelingkahan dan pergeseran dalam UMNO.

Apakah ini semua yang sedang tunggu?

Tidak, kita tidak mahu menyaksikan parti bangsa yang dulu mampu mempertahankan agama tumbang, roboh lalu ranap dibumi sendiri.

Tetapi kenapa perkara ini(perpecahan seterusnya kehancuran) tidak dapat kita elakan?

Kerana hukuman Tuhan tiada siapa yang mampu melawannya. Percayalah sebelum UMNO lebih banyak meneruskan dosa-dosanya, maka layaklah dia kembali kepangkuan Tuhan untuk diperhitungankan sebelum dibenam ke 'neraka', wal'izubillah.

maaf dari saya;

http://nawawidahalan.blogspot.com/

cakapsiang said...

Jika Pemilihan ditangguh, kapal UMNO akan terus menuju kemusnahan dan berkemungkinan akan karam. Abdullah dan ahli-ahli majlis Tertinggi UMNO hari ini akan diingat oleh generasi Melayu akan datang sebagai pembunuh UMNO.

Anonymous said...

Pada hemat saya ia wajar ditangguhkan bagi memberi peluang untuk PL mentadbir negara dan proses peralihan kuasa akan berlangsung dengan sempurna, dan memberi ruang kepada beliau untuk memastikan yang prestasi Datuk Najib sangat memuaskan sebagai menteri kewangan. KPI lah kata kan..

Sebelum mesyuarat PLTK kena pastikan yang si Kambing Jantan kesayangannya dipastikan dapat memakan "rumput" yang terbaik dari ladang.

Minta ahli MT tertinggi yang bermesyuarat hari ini mempunyai "telor" dan jangan jadi "cina buta" dalam kes ini.

Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya....

band0tue said...

PAK LAH

Datuk Seri Abdullah
Anak Ahmad Badawi popular dengan panggilan Pak Lah
Perdana Menteri Malaysia yang mencipta sejarah
Dikenali bersih awal memerintah
Penggal pertama makin menyerlah
Di sana sini dilihat lemah
Islam dijenamakan banyak yang marah
Banyak projek mega ditangguh sudah
Anak dan menantu menjadi barah
Ramai percaya Pak Lah diarah
Mentadbir kerajaan dan parti tak tentu arah
Keputusan selalu berubah-ubah
Imej Islamiknya tercemar sudah
Pelakun terkenal dirangkul Pak Lah
Ini semua tentu mengundang padah
PRU12 tertanya menyerlah
Protes rakyat semakin bertambah
Pak Lah mahu mengaku kalah
Anak,menantu dan isteri mula marah
Akhirnya Pak Lah akur jugalah
Pertahan jawatan sekalipun UMNO parah
Konon nak baiki masaalah rasuah
Makin menjadi-jadi makin bertambah
Dalam kerajaan, dalam parti lebih dahsyatlah
Sekarang Pak Lah dah naik lelah
Haluan parti dah tidak tentu arah
Semakin dekat Pak Lah rebah
Semakin banyak sokongan yang bawa rebah
Konon Pak Lah jangan ditentang jangan disanggah
Mengharap Pak Lah kembali kebah
Dari luar parti Pak Lah disergah
Anwar Ibrahim mengancam akan menerjah
Pak Lah naik gelabah
MP dibawa keluar Negara ‘membeli belah’
Negara kini semakin parah
Inflasi semakin menokok menambah
UMNO dilihat sudah tak tentu arah
Pembangkang makin ghairah nak meratah
Ke mana rakyat nak mengadu masaalah
Orang politik asyik bergaduh dan bertelegah
Janji nak membela rakyat yang susah
Yang jelas orang politiklah yang paling bermasaalah
Sikap dan tindak tanduk mereka tak berubah
Menghina, mencaci dan salah menyalah
Apa rakyat masih percayakah?
Asal nama politik memang jelas sudah
Kuasa dikejar sanggup gadai maruah
Kawan makan kawan biasalah
Hari ini kawan esok jadi musuh tak hairan dah
Sebab kesetian hanya slogan dilidah
Dalam hati, masyaAllah
Iblis dan syaitan pun ngaku kalah
Kepada rakyat memohon dengan tangan menadah
Kepada Tuhan kita berserah
Kerana semua yang berlaku terkandung hikmah
Yakinlah Tuhan tidak jadikan sesuatu sia-sia tanpa faedah
Jika besar masaalah, maka besar juga hikmah
Yang tersurat dibaca sudah
Yang tersirat menanti pasrah

Pak Lah
UMNO merekah menunggu belah
Belah dua, tiga, empat boleh jadi bersepah-sepah
Nampak muka makin kurang darah
Tak tidur malam mata mesti merah
Fikiran serabut dengan macam-macam masaalah
Hati sentiasa mengelabah
Takut Najib dan Mahyuddin tak ikut arah
Ku Li tentu melawan arah
Ahli UMNO dah banyak yang menyampah
Kenapa masih belum mengaku kalah?

Pak Lah
Hari ini Jumaat terakhir Ramadhan yang penuh berkah
Menjadi penentu Pak Lah selamat atau musnah
Kepada Tuhan kembali menyerah
Kenapa masih menegak benang yang basah
Jika patut menyerah kalah
Mengundur diri dapat menjaga maruah
Datang simpati mereka yang marah
Jasa dikenang walau pun ada yang menyumpah seranah
Tapi jika masih terasa gagah
Terimalah akibat menungkah bah
Lemas tenggelam impian Pak Lah
UMNO turut punah ranah
Pak Lah oh Pak Lah
Tiada bahasa tiada madah
Bukan masa nak bertikam lidah
Inilah masa patut berubah
Membaiki diri, bertaubat dan kepada Tuhan mengaku salah

Pak Lah
Kenapa orang marah
Kerana Pak Lah dah tak amanah
Cakap banyak berubah-ubah
Macam budak baru sekolah
Biasanya orang macam ini ada buat salah
Apa sebenarnya yang sudah dibuat Pak Lah
Rakyat rasa cukup menyampah
Pak Lah pula buat muka sampah
Tak faham bahasa atau memang tak bermaruah
Sudahlah Pak Lah
Masa dan cukup dah!

Al said...

Assalamualaikum ... Datuk & everyone ...
This Dollah AB is something else ya ... betui2 kulit tebal macam kulit 'camel' jugak kot (there goes my pahala puasa ni!)... dok tak dapat faham hint2 yang diberi oleh seluruh rakyat. The only people backing him to stay ... is his kitchen cabinet & several few individuals yang dok kipas his behind. What a ludicrous proposal to step down from UMNO president post but maintain his PMship until later 2009 … what … what … I really have to question his thought process & the brains behind it all (surely sleepyhead cannot conjure up such notion by himself … ini sure pakai talian hayat ni! !!) Maha suci tuhan … his spinners are working-out into every holes & cavity to preserve his PMship … I do hope & pray that other UMNO members can see clearly now the real Dollah A Bodowi … do they want him to deteriorate UMNO and Malaysia to the ground? Just ask your self that question … my fellow Malaysians … but right now UMNO dulu …ball is in your court … your turn to serve!

mn said...

Datuk,

Mencari Tarikh

Menanggoh Tarikh

Menyerah Tugas

Menunjuk Taring

Melawan Tauke

Melanggar Tembok

Melutut Takut

Memaksa Turun

Memaksa Tunduk

Menyamar Taat

ATAU

Meneruskan Tangisan...Menunggu Talkin...Menimbus Tanah

Semuanya itu akan terjawab pada jam 10:00 pagi ini

BlueMoon said...

Paling senang mengatasi kemelut ini ialah kembali kepada sistem yang benar-benar demoktarik. Teruskan pemilinan Disember ini, hapuskan sistem kuota dan buka pencalonan bagi setiap lapisan bermula dari presiden ke AJK biasa.

mad said...

satu lagi tindakan yg menyerlahkan kelemahan aab. nampaknya kemusnahan umno semakin hampir.

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Datuk,

Keputusan mesyuarat khas MT nanti dapatlah kita tahu berapa ramai yang sependapat dengan Datuk Najib dan berapa ramaikah ahli MT yang masih meneruskan agenda bodek mereka.

Kalau sindrom kipas masih berterusan, maka keutuhan parti akan semakin pudar dan mungkin akan lenyap pada satu masa nanti.

Sempena Ramadhan al-Mubarak dan juga menjelang Aidil Fitri, mungkin ahli MT akan berfikiran lebih terbuka, buatlah keputusan berlandaskan kepentingan untuk semua warga UMNO bukan untuk kepentingan setengah pihak sahaja.

Crup Krap said...

Saya setuju. Penangguhan akan menunjukkan yang Pak Lah adalah seorang yang penuh dengan perasaan pentingkan diri sendiri.

Bukanlah ciri seorang pemimpin yang bagus dan bertakwa jika tembolok sendiri diutamakan daripada rakyat di bawah pentadbirannya.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, diharap Pak Lah dapat bermuhasabah dan buatlah solat Tahajjud minta Allah tunjukkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia, bukan untuk anak dan menantu.

bahrombasiron said...

UMNO Pasti Mati. Kembali kepada fitrah Allah SWT, yang hidup pasti mati, yang wujud pasti musnah, yang di atas pasti ke bawah. Sebagai insan kerdil, PAK LAH wajar ketahui hukum Allah, kita tidak perlu bongkak dan sombong, dunia adalah sementara, akhirat adalah selamanya.

izam said...

Mari kita sama sama join parti rakyat(PKR) Hidup parti rakyat bungkam Umno..

izam said...

mari la kita sama kearah Malaysia baru dengan menyertai PKR..hidup PKR

zoe44 said...

Perhimpunan Agung UMNO, pemilihan MT ditangguh ke Mac 2009
26/09/2008 12:33pm
UTUSAN

KUALA LUMPUR 26 Sep. – Perhimpunan Agung UMNO yang bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti itu yang dijadualkan Disember ini ditangguhkan sehingga Mac tahun depan.

Dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) parti itu di sini hari ini, MT bagaimanapun menetapkan mesyuarat dan pemilihan bahagian-bahagian UMNO yang bermula pada 9 Oktober ini akan diteruskan seperti yang dirancang sebelum ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberitahu sidang akhbar selepas mesyuarat itu bahawa pertandingan jawatan peringkat tertinggi UMNO pada Mac depan bergantung kepada keputusan mesyuarat bahagian-bahagian yang diadakan bulan depan.

Ditanya sama ada beliau akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan Mac depan, Abdullah berkata: “Terpulang kepada saya.”

Keputusan itu dibuat untuk melancarkan peralihan kuasa antara Abdullah dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

izam said...

Marilah kita sama sama menuju ke Malaysia Baru dgn menyertai Pakatan Rakyat yg lebih adil,saksama dan memberi kehidupan lebih terjamin dunia dan akhirat..hapuskan ISA..hidup PKR

Anonymous said...

PKR?...parti penghianat bangsa melayu