Tuesday, September 16, 2008

TARIKH PERALIHAN KUASA KEKAL: SYABAS ABDULLAH!

Hari ini mari kita semua ucapkan syabas kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana bertegas mengatakan bahawa tarikh peralihan kuasa daripadanya kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kekal pada 2010.

Ketegasan ini membuktikan Abdullah seorang pemimpin yang amat decisive. Tetapi, ketegasan ini juga seolah-olah membuktikan bahawa UMNO hari ini bukan lagi milik ahli-ahlinya di seluruh negara.

Oleh itu, marilah kita tanya Abdullah, apakah sebab utama peralihan kuasa itu hanya akan dilakukan pada Jun 2010? Sebab Abdullah nak laksana dan jayakan RMK-9? Atau, sebab Abdullah mahu UMNO semakin bercelaru dan haru-biru?

Pasti Abdullah akan melenting bila kita tanya soalan ini. Tapi, apakah pilihan warga UMNO kalau tak bertanya soalan sedemikian? Lainlah kalau UMNO sudah ditukar status jadi sebuah starikat sole proprietorship.

Buat masa ini UMNO adalah milik lebih dua juta ahlinya. UMNO juga ada undang-undang tubuhnya (perlembagaan) yang memberikan hak kepada ahli-ahlinya membincangkan soal parti yang dianggotainya. Kedudukan Abdullah dan Majlis Tertingginya pun ditentukan oleh ahli-ahlinya.

Jadi, kalau Abdullah kata tempoh peralihan kuasa yang telah diumumkan adalah kekal dan muktamad, adakah kita mesti patuh dan akur? Adakah salah kalau kita tidak patuh dan tidak akur dengan perkara ini? Adakah salah kalau kita memilih untuk melaksanakan hak kita yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO?

Moga-moga Abdullah dapat perjelaskan pertanyaan-pertanyaan di atas. Moga-moga Abdullah perjelaskan kepada seluruh warga UMNO, salahkah Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan tempoh itu dikaji semula, kalau soal ini sebenarnya telah disuarakan oleh warga UMNO akar umbi? Moga-moga Abdullah juga sudi perjelaskan, salahkah Najib dan lain-lainnya yang dua tiga hari lalu mengatakan soal peralihan kuasa itu wajar disersahkan kepada pihak UMNO bahagian? – Ruhanie Ahmad

10 comments:

Sukj said...

Datuk,

1. Saya rasa ini merupakan satu UJIAN yang paling besar terhadap UMNO.

2. Sama ada seluruh warga UMNO boleh menghadapinya atau tidak, itu terserah pada fikiran masing-masing.

3. Bagi saya yang penting sekarang ialah siapa Perdana Menteri selepas Pak Lah. Bukan siapa Presiden UMNO selepas Pak Lah.

4. Mungkin sejarah akan tercipta buat pertama kali bila Perdana Menteri Malaysia bukan Presiden UMNO.

Jed Yoong said...

Datuk,

Maybe tax-exempt sole proprietorship?

One of the fascinating tax exemptions in this year budget is exemption on fees from corporate advisory services rendered to foreigners.

ECM-Libra's core biz would likely fall under this category?

Salman Madani said...

Salam,

Apabila Abdullah mahu tarikh peralihan kuasa kekal paa tahun 2010, saya rasa beliau yakin bahawa beliau ada "kekuatan";maknanya beliau yakin ada sejumlah pemimpin dan ahli UMNO yang akan terus menyokong beliau.

Siapakah mereka? Mungkin sejumlah Menteri, MT dan Ketua Perhubungan Negeri, iaitu orang-orang yang ada kedudukan dan kepentingan.

Saya kira orang-orang inilah yang tidak mahu UMNO berubah, tanpa memperhitungkan atau mengambil kira apa yang akan jadi kepada UMNO.

Berita dari gunung said...

Itu namanya MADU, dato. Manis pada setengah orang, pahit pula pada setengah yang lain.

Dalam bermadu, bukan peristiwa kawin lagi yang pahit tetapi hari-hari yang perlu dilalui. Yang manis dikecapi seorang dua, yang pahit perlu ditelan oleh ramai.

Sukar untuk menyelami Abdullah buat masa ini. Mungkin lebih mudah jika kita faham siapa dibelakang yang sentiasa memberi pandangan serta nasihat kepada beliau.

Memang kita suka kalau penasihat beliau adalah "circle of elders" yang menghulur pandangan penuh dengan pertimbangan, teliti dan jauh.

RMK pula hanyalah sekadar Rancangan dengan beratus projek dan beribu billion dan tidak lebih dari itu.

It is not worth waiting and clinging. And no one is indispensable. And there is always a bigger picture to look at in nation building, beyond the numbers and cents.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie,

Berapa ramai ahli yang tidak tertunggak yuran tahunan keahlian UMNO mereka?

Berapa ramai ahli yang tidak lagi boleh aktif dengan politik kerana telah hilang ceria muda mahu akif dalam politik dan mengatakan politik itu permainan orang muda-muda?

Berapa ramai ahli UMNO yang faham apa yang sedang berlaku di dalam UMNO sendiri?

Berapa ramai ahli UMNO yang sependapat Abdullah mesti menyerah kuasa dan meyatakan dia kalah kepada Mahathir?

(semua cerita sensasi yang digembar-gemburkan oleh si-bloggers dan sang edituur surat khabar kerana mahu jual taik minyak)

Maka saperti kata kamu - SYABAS Abdullah!

Ibnu Ahmad said...

Datok;

Salam semua untuk orang BBB,Salam perjuangan!.
Kadang2 Datok; kita kena pikir terbalik pulak, biarlah umno ni mati sama2 dengan pemimpinnya, kan dulu senang bersama, menang bersama, kalah bersama - so biarlah terlingkup bersama. Susah sangat cakap apa pun tak laku.

Selamat berjuang!

MD said...

Buat apa ada peralihan kuasa - dan nak diberikan kepada siapa?

Biarlah perwakilan yang memilih presiden, TP, VP, MT dll... Kalu dah dipilih tu biarlah sampai habis tempoh perkhidmatan.

Tiada siapa yang menhalang Bahagian mencalonkan sesiapa untuk sebarang jawatan, termasuk presiden. Kalau bahagian tidak berani mencalonkan siapa yang mereka fikir paling sesuai - itu salah mereka. Bukan salah Pak Lah atau Najib.

Kalau tak cukup kuota pun - jangan salahkan Pak Lah atau Najib. Tun dan DSAI adalah arkitek sistem kuota ini.

Setiap ahli UMNO, cawangan dan bahagian kena bertindak ikut perlembagaan. Kalau boleh ubah, ubah, kalau tak boleh terimalah apa yang ada. Kalau tak suka perlembagaan yang ada keluar saja parti.

Kalau rasa ada rasuah dalam pemilihan, pasang jerat. Report kat ACA. Kalau tak puas hati tayangkan gambar dan bukti tu dalam blok dan Internet.

Sebagai ahli biasa saya masih mencadangkan setiap ahli diberikan hak untuk mengundi terus bagi memilih terus pemimpin umno. Ikut seperti pilihanraya di Malaysia.

kluangman said...

Ramai yang mempertikaikan bahawa UMNO dan BN tidak bersedia menjadi kuat untuk pilihanraya Umum Ke 13 nanti jika peralihan kuasa hanya berlaku pada 2010.

Logiknya Dolah merasakan bahawa dia akan berjaya menguatkan UMNO dan BN serta membangunkan negara dan memperpaduankan semula rakyat sehingga 2010 sebelum melepaskan kerajaan yang kuat dan maju kepada Najib sepertimana Mahathir melepaskan kepadanya. Malah Dolah yakin akan menyerahkan kuasa ketika Malaysia lebih hebat dan maju berbanding Mahathir.

Itu hasrat Dolah, itu impiannya, kita kena faham. TETAPI kita cuma memerlukan seseorang atau sekumpulan melalui mesyuarat atau konvensyen atau seminar yang merumuskan dan mempersembahkan kepadanya dan salinan kepada kesultanan dan Majlis Raja2 Melayu memberitahu dan memaklumkan kepada Dolah bahawa dia sudah tidak mampu, tidak berkelayakan dan sudah hilang kepercayaan ahli UMNO khususnya untuk terus memimpin negara.

Dolah boleh bercita cita untuk terus kuat kerja tetapi dia tidak boleh abaikan cita cita rakyat dan ahli UMNO yang mahu dia letak jawatan atau diundurkan.

odeen said...

SALAM SEMUA...
BIARLAH KAPAL UMNO TERBALIK DAN KARAM. DAH TIBA MASANYA UNTUK TUKAR KAPAL BARU. LAGIPUN DAH 50 TAHUN KAPAL UMNO BERKHIDMAT DAN PASTI IANYA SUDAH UZUR. SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MATI. BEGITU JUGA KAPAL UMNO PASTI AKAN UZUR DAN KARAM TAKKANLAH SELAMA-LAMANYA IA TEGUH(TIDAK UZUR). JADI DAH DITAKDIRKAN IANYA AKAN MUSNAH JUGA.

inderaloka said...

Ha Ha Ha

Mintalah walau seribu kali

Pak Lah tetap dengan 2010

Ha Ha Ha

Ahli akar umbi tak setuju 2010

Tapi media arus perdana tak cerita apa yang ahli akar umbi tak setuju

Nasib baik ada blog

Boleh juga luah perasaan

Tapi Pak Lah tetap dengan 2010

Tak Sungguh Tak Kata