Dua parti komponen di Semenanjung mengadakan satu mesyuarat rahsia secara bersama pada malam 3 September 2008, untuk mengkaji kedudukan mereka dalam Barisan Nasional (BN) mutakhir ini.
Mesyarat itu diadakan dalam kerancakan ura-ura Pakatan Rakyat (PR) akan menubuhkan kerajaan pusat pada 16 September 2008 ini.
Oleh itu, mungkinkah kedua-dua komponen ini akan meninggalkan BN dan seterusnya menganggotai PR menjelang 16 September 2008?
Seorang pembesar UMNO bila dimaklumkan mengenai mesyuarat berkenaan memberikan komen berikut: “nampaknya menang sesuatu yang serius sedang berlaku. Mungkinkah UMNO akan ditinggalkan keseorangan?”
Sejak PRU 12 Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kelihatan complacent mengenai kesetiakawanan dan keakraban komponen BN.
Sejak Mac 2008 hingga ke hari ini BN masih dalam keadaan “terkejut” akibat kekalahannya di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Biarpun begitu, Abdullah masih terus berdolak-dalik mengenai post-mortem untuk memperkasakan semula BN.
Lantaran itu, banyak pihak beranggapan bahawa kekalahan BN dalam PRK Parlimen Permatang Pauh tempoh hari adalah kesan dan bukti kepada kelemahan BN dan pucuk pimpinan tertingginya pada ketika ini. – Ruhanie Ahmad
Mesyarat itu diadakan dalam kerancakan ura-ura Pakatan Rakyat (PR) akan menubuhkan kerajaan pusat pada 16 September 2008 ini.
Oleh itu, mungkinkah kedua-dua komponen ini akan meninggalkan BN dan seterusnya menganggotai PR menjelang 16 September 2008?
Seorang pembesar UMNO bila dimaklumkan mengenai mesyuarat berkenaan memberikan komen berikut: “nampaknya menang sesuatu yang serius sedang berlaku. Mungkinkah UMNO akan ditinggalkan keseorangan?”
Sejak PRU 12 Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kelihatan complacent mengenai kesetiakawanan dan keakraban komponen BN.
Sejak Mac 2008 hingga ke hari ini BN masih dalam keadaan “terkejut” akibat kekalahannya di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Biarpun begitu, Abdullah masih terus berdolak-dalik mengenai post-mortem untuk memperkasakan semula BN.
Lantaran itu, banyak pihak beranggapan bahawa kekalahan BN dalam PRK Parlimen Permatang Pauh tempoh hari adalah kesan dan bukti kepada kelemahan BN dan pucuk pimpinan tertingginya pada ketika ini. – Ruhanie Ahmad
44 comments:
Ini berita panas.....boleh tahu parti mana dr semenanjung tu?
Secara moralnya UMNO memang dah keseorangan dalam BN. Pandangan, pendapat dan perubahan sikap dalaman parti gabungannya sedang berlaku perubahan ketara.
MCA dan Gerakan umpamanya telah sangat terbuka bersuara mengenai kepimpinan dan keahliannya mereka dlm BN. Mereka perihatin dgn survival politik bersama BN?
Hanya menunggu masa yang sesuai je untuk UMNO benar-benar keseorangan ditengah kemeriahan orang!
UMNO tak wajar disedarkan lagi kerana merekalah yang me'lena'kan diri mereka sendiri!
salam datuk,
MCA dan Gerakan? lebih cenderung keluar BN berdasarkan situasi semasa.
MALANG SEKALI PEMIMPIN KANAN UMNO MASIH TIDAK BERBUAT APA-APA YANG DRASTIK DAN TEGAS. MEREKA INGAT 16 SEPT ITU HANYA KHAYALAN.....KITA TENGOK SIAPA YANG BERKHAYAL DAN BERMIMPI ... YANG PASTI DALAM UMNO ORANG YANG KERAP TIDUR PM FLIP FLOP...NAMPAKNYA MEREKA LEBIH SUKA MENUNGGU APABILA NASI SUDAH MENJADI BUBUR!
SEKALI MALAYSIA JATUH KE PR...FIRASAT SAYA UMNO AKAN MENJADI SEPERTI PAS PADA TAHUN-TAHUN TERDAHULU!!!
Dear Pembaca,
(Salinan Daru Utusan 05-09-08)
Dr. Mahathir persoal kenapa Melayu sahaja perlu minta maaf
PUTRAJAYA 4 Sept. - Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan mengapa orang Melayu sering dituntut memohon maaf sekiranya mengeluarkan perkataan dan catitan yang boleh ditafsirkan sebagai perkauman.
Bekas Perdana Menteri berkata, sebaliknya apabila orang bukan Melayu mengeluarkan perkataan atau catitan yang boleh ditafsir sebagai perkauman, orang Melayu tidak pernah menuntut pihak tersebut memohon maaf.
Beliau memberi contoh memorandum Hindraf kepada Perdana Menteri United Kingdom yang bukan sahaja penuh dengan unsur-unsur perkauman tetapi juga bersifat hasutan.
''Seorang penuntut universiti Wee Meng Chee telah perlekehkan Negaraku dengan mengguna lagu Negaraku tetapi dengan lirik yang mempermainkan sembahyang dan azan orang Melayu (Islam). Azan dijadikan duet lagu cinta.
''Apakah mereka dikehendaki memohon maaf? Apakah pemimpin mereka dikehendaki memohon maaf? Jauh sekali.
''Sebenarnya Wee dipertahan oleh pemimpin-pemimpin parti Cina dan anggota Hindraf dibebaskan daripada tahanan dan ada yang dengan bebasnya bertanding dalam pilihan raya dan menang menjadi wakil rakyat," katanya dalam laman blognya, www.chedet.com.
Dr. Mahathir berkata, orang Melayu hari ini sebenarnya takut jika mereka dilabelkan perkauman.
Katanya, tahap ketakutan orang Melayu hari ini sehingga apabila hak mereka diburuk-burukkan dan diserang, mereka tidak berani mempertahankan diri.
''Sesungguhnya keadaan hubungan antara kaum bukan lebih baik hasil Pilihan Raya Umum 2008, tetapi ia menjadi amat buruk.
''Mungkin saya dituduh sebagai menyumbang kepada keadaan melalui tulisan saya, tetapi pada saya amatlah tidak adil jika satu pihak dapat kebebasan sedangkan pihak yang ditohmah tidak boleh buka mulut," katanya.
dengar khabar Gerakan dah nak keluar. MCA jugak nak keluar. MNO akan jadi pembangkang yang kuat.
MCA dan MIC kot! kenape panik ke...biasa la tu mereka ni bukannya ikhlas, kalau tenguk peluang bangsa mereka dah tipis mereka cari le tempat lain.Gabong aje Melayu ni semua bawah satu parti baru dan kita lawan mereka ....apa macam bleh tak?
Salam,
Barangkali memang sudah "hukum alam" kita, atau siapa saja, akan bergantung kepada pihak yang kuat; bukan kepada pihak yang lemah.
UMNO sudah lemah.Barangkali itu sebabnya ia akan ditinggalkan.
Bagaimanapun, kita lihatlah dahulu sama ada berita itu benar atau tidak.
Semuga cepat lah kerajaan Pakatan Rakyat di tubuhkan, amin.
Tapi yang pelik nya orang UMNO ni bodoh ke ape kerajaan BN dah nak tumbang masih sebok nak berebut jawatan.
BERUBAH LAH HAI ORANG MELAYU PATUT LA MELAYU TAK MAJU MAJU HIDUP PENUH HASAD DENGKI KAUM LAIN BERLUMBA LUMBA MENGEJAR KEMAJUAN MELAYU JUGA YANG KETINGGALAN.
Saya pun nak tau jugak pengkhianat itu.
Salam Datuk,
Adakah Gerakan dan MCA?
Kalau parti komponen BN nak keluar dari BN memang patut kerana mereka sedar orang melayu UMNO tamak dan pentingkan diri sendiri serta buat apa sokong pemimpin melayu UMNO yang banyak rasuah, pentingkan kroni dan banyak kes kes mahkamah yang akan terbongkar apabila PR berkuasa nanti.
Sebab mereka sedar perubahan perlu dibuat demi rakyat yang mengundi mereka bukan seperti pemimpin melayu UMNO yang masih dibuai mimpi kekuasaan dan pelik juga orang melayu bodoh yang masih sokong UMNO yang dah nak karam.
Datuk,
Salahkah isteri tuntut cerai kalau suami terus membabi buta tuli?
Grassroot dah berbunyi dari Parti Gerakan. Umno bila lagi?
Wasalam
Click here to visit my Blog
50 tahun terlalu lama untuk satu-satu parti memerintah secara berterusan. Tun sebagai PM selama 22 tahun pun terlalu lama. Masanya sudah sesuai untuk menghadkan pemimpin parti selama dua penggal saja. Begitu juga PM dan MB di Malaysia.
Nampaknya sistem 2-parti akan betul-betul terjadi di Malaysia. Sama seperti di US. Republican dan Democrate berganti-ganti memerintah negara.
Bulan 4 hari itu, kalau tak silap saya, Koh Tsu Koon naik AirAsia daripada KL ke KB. Mungkinkah dia mahu alami sendiri the "Kelantan Experience" yang selama 18 tahun dibawah PAS? Dan melihat sendiri dengan mata kepala beliau?
Ataupun saya ni lihat pelanduk dua serupa tak?
Assalamualaikum Datuk.
Saya bukan ahli atau penyokong mana-mana parti.Saya sebagai anak Malaysia berpendidikan selepas Merdeka sangsi dengan apa yang bakal berlaku nanti. Teori politik Malaysia yang dipelajari dulu akan teruji mungkin sedikit masa lagi. Teori politik permuafakatan yang mana satu parti perlu menjadi tulang belakang bagi kestabilan politik negara mungkin boleh dinilai nanti.
Ramai yang dahagakan perubahan dalam politik Malaysia hanya memandang daripada sudut perubahan yang mereka mahukan iaitu beralih angin daripada UMNO sebagai parti memerentah dominan kepada satu bentuk pemerentahan parti campuran Pakatan Rakyat. Mereka terus memrlekehkan UMNO dan BN.
Saya bimbangkan implikasi daripada perubahan tersebut. Sama ada dalam jangkamasa pendek atau pun panjang. Implikasi dari sudut keselamatan, kestabilan ekonomi dan politik, keteguhan hubungan antara kaum. Harus diingat negara kita adalah heterogeneus dan hubungan dalam konteks kemasyarakatan adalah masih dalam bentuk asimilasi dan bukannya integrasi.
Mereka yang merasakan hampir tercapai cita-cita tidak akan ambil peduli semua ini.Macam Nordin yang begitu kasar bahasanya dia tak akan fikir semua ini.
Kita bimbang menang sorak kampong tergadai, ayam terlepas tangan bau tahi.
Satu lagi khabar angin yang sengaja disebarkan untuk melemahkan penyokong-penyokong UMNO.. Berita 30 MP BN yang nak keluar pun tak nampak rupa, lepas itu naik lagi angkanya menjadi 40 MP, pun senyap macam tu. Sekarang dua parti komponen pula kononnya nak tinggalkan BN... Lepas ni apa pula?
SAYA CUMA NAK KOMEN TENTANG ISU PENDATANG OLEH 'AHMAD'..
KITA TIDAK SEPATUTNYA MELABELKAN BANGSA LAIN YANG DAH JADI RAKYAT MALAYSIA SEKIAN LAMA SEBAGAI PENDATANG YANG TIDAK MEMPUNYAI HAK KE ATAS BUMI MALAYSIA.
KALAU NAK DIKAJI SEJARAH SEBENARNYA ORANG MELAYU JUGA PENDATANG DAN BERASAL DARI KAMPUCHA SEBELUM BERHIJRAH DAN MENETAP TANAH MELAYU. SEBENARNYA KITA SEMUA INI MUNGKIN PENDATANG DAN BUKAN BANGSA ASLI BUMI MALAYSIA INI.
YANG JELAS ORANG ASLI ADALAH ORANG TERAWAL DAN KAUM ASAL YANG BETUL-BETUL MENETAP DI BUMI MALAYSIA.NAMUN MEREKA INILAH DIPINGGIRKAN JIKA DIBANDINGKAN KAUM LAIN SEPERTI MELAYU, INDIA DAN CINA.MALAH 400/500 TAHUN DAHULU, KITA TIDAK TAHU SAMA ADA DATUK NENEK MOYANG KITA ADALAH ORANG ASAL DI TANAH MALAYSIA DAN DARI MANA ASAL-USUL MEREKA SEBENARNYA.
KALAULAH KAUM PENDATANG ITU TIADA HAK KEMUNGKINAN KITA SEMUA TIADA HAK. YANG ADA HAK IALAH ORANG ASLI SAHAJA(SPT JAKUN, SEKOI, PENAN DAN DLL).MALAH TUN SENDIRI TIDAK LAYAK MENDAPAT HAK KALAU DIKIRA BERDASARKAN KETURUNANNYA DAN ASAL BAPA ATAU NENEK MOYANGNYA.
JADI, SEBAIK-BAIKNYA KITA TIDAK BOLEH MENGATAKAN ORANG LAIN SEBAGAI PENDATANG DAN TIADA HAK DI BUMI MALAYSIA.
Dato Seingat saya UMNO tak pernah pun bertanding didalam Pilihan Raya dulu Perikatan simbulnya kapal layar kemudian BN simbulnya dacing mana dia UMNO yang bertanding diatas lambang Keris? kalau UMNO bertanding diatas lambang keris dah lama bungkus mungkin sekarang ini nyawa-nyawa ikan
dan pada 1969 UMNO dah terus tinggal didalam lipatan sejarah.
Semua ini salah Mahathir,
Dia yang pecat Anwar.
Lihatlah dengan mata kepala anda semua, apa yang Anwar mampu lakukan di luar UMNO.
Saya percaya jika Anwar masih di dalam UMNO situasi sekarang ini tidak akan berlaku.
Ini semua salah Mahathit.
Yang keluar BN tu, mengikut ceritanya ialah Gerakan dan PPP.
Walaupun bilangan MP dari kedua-dua parti itu amat kecil, tetapi kesan kepada maruah dan kredibiliti politik BN amat besar dan parah.
Cadangan walimuar (8:17 am) tak boleh pakai. Kolot. Ketinggalan. Perkauman. Tak berpijak di bumi yang nyata. Saya orang Melayu. Saya mahu bersatu dengan orang Cina, orang India, orang Kadazan, orang Murut, orang Iban, orang Dayak dan semuanya. Untuk sama-sama memajukan negara dan hidup dengan harmoni dan mesra.
Hentikan politik perkauman!
Tak Sungguh Tak Kata
Mereka2 ini terkenal oportunis dan pasti akan mengambil peluang di kala Umno lemah skrg. Gerakan memang sudah lama menunggu peluang ini. Dan MCA tahu, jika terus berada dlm BN, alamat karam dgn bahtera BN bersama2 Umno.
Umur Umno/BN sudah senja, sudah sampai masa berundur. Umno sendiri sudah lama stagnant sedangkan parti2 lain amat dinamik.
Usah bermimpi lagi. Org lain dah nak lari, awak masih termanggu-manggu. Ikrar kesetiaan tidak boleh dipercayai lagi.
Datuk,
Kenapa tidak T.Razali (THR) dan Muhyddin bergabung dan ajak 50-60 ahli BN tinggalkan Paklah dan buat satu blok bebas.
Usul undi tak percaya pada Paklah dan cari PAS, dan beberapa penyokong PKR lantik THR sbg Perdana Menteri.
Pasti MCA dan GERAKAN. Semenjak kelebakangan ini pemimpin kedua-dua parti politik ini cukup kritikal dengan UMNO. Malangnya PM dan timbalannya masih lagi dibuai mimpi. Secara tiba-tiba TPM minta maaf kerana handak mengambil hati kawan dalam BN yang sedang menikan beliau dari belakang. Kasihan UMNO. Betul kata Tun M bahawa UMNO serta ahli-ahlinya dalam keseorangan. Apabila pelajar Malaysia di Taiwan Wee Meng Chee dikecam, semua pemimpin-pemimpin parti politik Cina tampil mempertahankan beliau. Dato' Seri Chua Soi Lek dengan tegas mengatakan bahawa kes ditutup kerana ayah Wee minta maaf dan beliau sendiri menyesal dengan tidakannya. Anehnya tuan punya badan Wee tidak kelihatan dan beliau mungkin dari jauh terhegeh-hegeh ketawa melihat apa yang sedang berlaku. Kasihan En. Ahmad Ismail kerana tiada seorang pun ahli UMNO bersimpati, jauh sekali menyebelahi beliau pada saat ini. Hanya Tun M sahaja yang tampil membela. Orang UMNO semua senyap-tipah! Esok ke lusa PM sendiri pula yang minta maaf. Pada 16 Sept, MCA dan Gerakan terjun ke sungai dengan labu-labu tajaan PKR. Beginilah nasib UMNO...ibarat sudah jatuh ditinpa tangga.
adatnya begitulah. kalau dahan dah reput nak bergayut pun tak boleh. beruk profesional akan melompat ke dahan lebih besar dan selamat. lain lah beruk keparat. duduk saja dahan tu sampai sekah, jatuh tersembab ke bumi. mau mati atau berkecai tulang temulang. pecah tengkorak keluar segala isi.
Assalammualaikum Dato dan pembaca blog yang lain. Mengapa berita ini tidak menjadi pilihan utama di dada akhbar-akhbar di Malaysia kecuali di Sinar Harian.
Pengakuan Pegawai Perubatan Pusrawi yang merawat Saiful
KUALA LUMPUR – Setelah lebih dua bulan ‘menghilangkan diri’, doktor yang menjalankan pemeriksaan pertama terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, tampil merungkai misteri kehilangannya.
Dr Mohamed Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi berkata, beliau bukan melarikan diri, tetapi mengambil cuti sejak 25 Julai untuk “mengurangkan tekanan dan menenangkan fikiran”.
“Saya bercuti kerana menghadapi banyak tekanan daripada sesetengah media yang menggambarkan diri saya seolah-olah tidak profesional,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.
Dalam sidang media berkenaan, Pegawai Perubatan Hospital Pusrawi itu mengesahkan salinan akuan bersumpah laporan perubatan Saiful yang tersiar di laman blog Malaysia Today 28 Julai lalu adalah salinan aslinya.
“Bagaimanapun, saya tidak menafikan salinan akuan bersumpah yang tersebar termasuk isi kandungannya adalah sama seperti salinan asal,” jelasnya yang ditemani dua peguam, Yusri Kamaruddin dan M Puravalen pada sidang akhbar di pejabat peguamnya, semalam.
Selanjutnya....
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story1929366.asp
Politik PKR, DAP dan PAS tidak berteraskan perkauman. Kalau ada setengah MP UMNO yg mau berubah meninggalkan politik perkauman, AYUH, sekarang masanya buat perubahan!! kerana Melayu yg dlm PR semuanya maukan Pentadbiran Negara yg lebih telus, progresif dan MESRA RAKYAT marhaen.
Dato Ron
Saya nak komen mengenai cadang BNBBC hendak mengadakan lawatan sambil belajar keluar negara bagi semua MP BN tak lama lagi. Cadangan ini nampaknya mendapat restu dari PM dan TPM.
Pun begitu kedengaran juga komen-komen nakal dari MP BN tentang lawatan ini.
Persoalannya ini ajakah yang mampu BN buat untuk menghalang MP-MP BN dari melompat pada 16 september ini? Nampak sangat tindakan ini adalah satu tindakan desperate. Saya percaya rakyat ( kecuali penyokong tegar UMNO) mengeleng-geleng kepala disbielieve sambil ketawa membaca justifikasi oleh TPM mengenai lawatan ini.
Apa sudah jadi dengan UMNO dan BN sehingga terpaksa resort kepada tektik separuh masak begini. Dimana hilangnya sentuhan berbisa UMNO yang terkenal dengan stail pragmatisnya.
Dengan resort kepada tektik ini memberi gambaran bahawa gula-gula didalam bajet 2009 untuk sabah dan sarawak dan lawatan berbuka puasa PM sehari dua lepas gagal membendung hasrat MP BN dari sabah dan sarawak untuk melompat menyertai Pakatan rakyat.
Ini memberi gambaran bahawa agenda DSAI untuk mengulingkan kerajaan pasti akan berlaku walaupun tidak pada 16 september ini.
bat8
Dato Ron
UMNO juga dijangka akan menghadapi masaalah yang lebih rumit lagi dengan MCA dan Gerakan ekoran sidang akhbar Dato Ahmad Ismail petang tadi. Instead meminta maaf beliau menuduh orang lain pula yang memutarbelit ucapan berbau rasis beliau tempohari.
Keadaan menjadi lebih rumit lagi apabila UMNO PP mengeluarkan kenyataan menyokong kenyataan Dato Ahmad dalam sidang akhbar tersebut.
Sudah pasti kenyataan Dato Ahmad dan UMNO PP akan memburukkan lagi hubungan UMNO dengan MCA dan Gerakan.
Persoalan penting yang perlu kita lihat adakah kenyataan UMNO PP itu mendapat persetujuan dan restu dari AAB, selaku pengerusi Badan Perhubungan UMNO PP?
Mungkin inilah jawapan kepada dua parti komponen manakah di semenanjung mengkin tinggalkan BN?
bat8
Benarkah Anwar Ibrahim akan meninggalkan PR, Sdr Ruhanie Ahmad?
dato'..
jangan kita halang kalau gerakan dan mca nak keluar. Anggap sebagai peluang meningkatkan peranan melayu dengan lebih kukuh...
SAYA CUMA NAK KOMEN TENTANG ISU PENDATANG OLEH 'AHMAD'..
KITA TIDAK SEPATUTNYA MELABELKAN BANGSA LAIN YANG DAH JADI RAKYAT MALAYSIA SEKIAN LAMA SEBAGAI PENDATANG YANG TIDAK MEMPUNYAI HAK KE ATAS BUMI MALAYSIA.
KALAU NAK DIKAJI SEJARAH SEBENARNYA ORANG MELAYU JUGA PENDATANG DAN BERASAL DARI KAMPUCHA SEBELUM BERHIJRAH DAN MENETAP DI TANAH MELAYU. SEBENARNYA KITA SEMUA INI MUNGKIN PENDATANG DAN BUKAN BANGSA ASLI BUMI MALAYSIA INI.
YANG JELAS ORANG ASLI ADALAH ORANG TERAWAL DAN KAUM ASAL YANG BETUL-BETUL MENETAP DI BUMI MALAYSIA.NAMUN MEREKA INILAH DIPINGGIRKAN JIKA DIBANDINGKAN KAUM LAIN SEPERTI MELAYU, INDIA DAN CINA.MALAH 400/500 TAHUN DAHULU, KITA TIDAK TAHU SAMA ADA DATUK NENEK MOYANG KITA ADALAH ORANG ASAL DI TANAH MALAYSIA DAN DARI MANA ASAL-USUL MEREKA SEBENARNYA.
KALAULAH KAUM PENDATANG ITU TIADA HAK KEMUNGKINAN KITA SEMUA TIADA HAK. YANG ADA HAK IALAH ORANG ASLI SAHAJA(SPT JAKUN, SEKOI, PENAN DAN DLL).MALAH TUN SENDIRI TIDAK LAYAK MENDAPAT HAK KALAU DIKIRA BERDASARKAN KETURUNANNYA DAN ASAL BAPA ATAU NENEK MOYANGNYA.
MALAH KALAU DILIHAT BANGSA BUGIS DAN JAWA HANYA BERHIJRAH KE MALAYSIA PADA ABAD KE 17 DAN KE 18. BANYAK PEMIMPIN DAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERKETURUNAN JAWA INI TERUTAMA DARI JOHOR MISALNYA KHIR TOYO(JAWA).JADI JIKA DIIKUT DENGAN ISTILAH PENDATANG ‘AHMAD’ MAKA MEREKA INI TIADA HAK DI BUMI MALAYSIA. NAMUN OLEH KERANA MEREKA BERBANGSA MELAYU MAKA MEREKA INI TIDAK PANGGIL SEBAGAI PENDATANG.
JADI, SEBAIK-BAIKNYA KITA TIDAK BOLEH MENGATAKAN ORANG LAIN SEBAGAI PENDATANG DAN TIADA HAK DI BUMI MALAYSIA.ADALAH LEBIH BAIK KITA LUASKAN SKOP MEMPERJUANGKAN HAK ISLAM.INILAH SEBABNYA MENGAPA UMNO TIDAK LAGI RELEVAN PADA GENERASI BARU.
Saya amat keciwa dengan keaadan politik di Malaysia dewasa ini. Nampaknya nakhoda kita tidak mempunyai kepintaran untuk mengatasi badai dan ombak! Tengoklah dalam isu Ahmad Said, mengapa dibiarkan ianya dipolimikkan sebegitu rupa tanpa intervansi serious dari Nakhoda? Isu ini telah di'blown out of proportion' olih parti2 sahabat seolah2 ingin menjadikannya sebagai bahan untuk menekan Umno dan mungkin mengugut untuk keluar dari BN (ura2 INI TELAH DINYATAKAN SENDIRI OLIH ketua sebuah parti komponen) Berkemungkinan besar juga parti2 komponen tersebut ingin menjadikan isu tersebut sebagai avanue untuk meluahkan frustasi mereka terhadap keputusan PRU ke 12 baru2 ini dan ingin mengembalikan keyakinan orang2 cina yang kian meluntu terhadap parti mereka?.
Dalam hal ini, jelas kelihatan bahawa Pak Lah telah hilang kawalan dalam segenap perkara baik dalam mengendalai parti atau pun kerajaan! Pak lah tidak bijak untuk mengawal parti komponen dari mengsensasikan isu untuk memberi tekanan kepada Umno supaya beralah. Umno memang telah beralah dalam banyak hal semenjak PRU 12 dan telah menyebabkan orang melayu telah mulai sangsi terhadap kewibawaan Umno , bahkan ramai menganggapnya tidak relevan lagi!
Sepatutnya Pak Lah 'must put his foot down' dalam banyak isu yang di polimikkan olih anggota parti komponen. Ketidak perihatinan Pak Lah dalam banyak isu berhubung dengan hak orang melayu terutamanya, meyebabkan beberapa pemimpin Umno terpaksa 'speaking out of turn' dalam isu2 yang ada hubungkait dengan hak dan keistimewaan orang melayu!
Jadi apakah solusi dalam hal ini? Pak Lah kena bertanggung jawab. Adalah lebih baik Pak LAh mempercepatkan peralihan kuasa agar orang melayu tidak lagi terus meminggir Umno! Apa yang saya luahkan adalah ikhlas dan merupakan rintihan orang2 kerdil yang masih setia dengan perjuangan Umno!!!!!
Salam Datuk,
TS Koh Tsu Kon telah pun membuat kenyataan di Kota Bharu semalam ingin mengkaji kedudukan GERAKAN sebagai parti komponen BN. Ini bermakna menunjukkan GERAKAN telah mempunyai niat untuk tidak bersama lagi di bawah komponen BN, dan kini mencari waktu yang paling sesuai untuk survival politik GERAKAN mengumumkan keluar dari komponen BN.
Wasalam.
Kemelut politik negara segalanya berpunca dari Mahathir yg memecat Anwar Ibrahim 1998. Sebelum itu kombinasi Mahathir- Anwar amat dihormati dan dikagumi olih banyak negara di rantau asia. Kedua-kedua tokoh tersebut memang dilahirkan untuk menjadi ketua. Mempunyai fikiran yg tajam, banyak idea, mempunyai prinsip dan berani mengambil risiko demi negara. Anwar Ibrahim amat dikagumi di arena antarabangsa. Berani saya katakan tiada seorang pun pemimpin melayu ketika ini yg mempunyai karisma dan ketokohan seperti beliau. Pak Lah jauh sekali. Kalaulah tiada kemelut 1998 saya pasti Malaysia jauh lebih kehadapan dari jiran-jiran di asia ini.
Apa yang Malaysia perlukan seorang leader bukan sebuah parti yg mempunyai ciri-ciri Anwar Ibrahim bagi memacu Malaysia maju ke hadapan. Lagi pun beliau telah mengharungi pahit maung penderitaan kehidupan dan pemimpin begini lebih memahami kesusahan rakyat kalau nak dibandingkan pemimpin yg dari dulu tidak pernah susah.
Anwarwood Productions - The Biggest Blockbuster Show on Earth!
(Anwarwood Produksi - Tayangan Paling Besar dan Hebat di Dunia!)
---------------------------------
Awas! Politik bukan permainan untuk mereka yang berlemah hati di Malaysia. Rakyat Malaysia akan sakit jantung apabila melihat kesudahannya. Jika pun tidak, anda akan terkena strok atau darah tinggi. Kenapa? Tayangan Titanic 2 kali ini yang diarah dan diskripkan oleh Anwarwood Produksi akan bersambung dengan adegan-adegan berikut:
1. Little Napoleon akan meneruskan dengan ungkapan "Matalamat Menghalalkan Cara-Caranya" dalam mempertahankan kepentingan-kepentingan mereka.
2. Sebilangan penumpang-penumpang akan kehilangan kewarasan dan kemanusiaan apabila kapal sedang tenggelam.
3. Semua orang akan merebut-rebut naik bot-bot penyelamat.
4. Wang digunakan untuk membeli apa sahaja untuk menyelematkan diri daripada kehampaan yang akan menimpa.
5. Pelakon dan Pembantu-pembantu Seniman dan Seniwati Terbaik serta Kuda-kuda Trojan akhirnya dipertontonkan pada kesudahan tayangannya.
Jika adapun emosi yang tinggal pada akhir tayangan tersebut, harus ingat bahawa ia cuma sebuah tayangan sama seperti gelagat-gelagat politik. Realiti kehidupan bersama masih berterusan di tanah air ini.
http://patek172.wordpress.com
Sdr Ruhanie Ahmad,
Siapa Takut Dia Kalah
(siapa pandai pun ajal datang)
Jangan banyak cakap-cakap
mahunya dan ketahuilah bahawa orang kafir itu sama tak kira bangsa mahu derajat.
dan ada ketika darah, harta dan
nyawa mereka yang kafir itu dan ini dengan perilakuan mereka
yang menggugat merbahayakan masyarakat muslim dan semua
walaupun sedikit biar secubit
halal di ambil di musnahkan
dengan segera.
Bak kata yang sekata
Bila jadi dan ianya pasti
akan jadi, biarpun saperti
muslim palestin pertahankan diri
AK-47 hidup, bahan perang kerdilan
dan terebit yang usang.
Mati di Tangan Tuhan yang Maha Esa.
Maka biar mati diredhai Allah Aj-Jabbarul-Qahhar.
(anda faham?
orang kita kata: do not let the cancer spread, Sdr Ruhanie Ahmad)
Salam Datuk
Regretfully UMNO is only 'united' in common interests, power & positions, corruptions & wealth.... Pathetic !!
BERMUHASABAHLAH Bangsaku ..!!
Semoga Ramadhan Al-Mubarak membawa kita ke puncak Taqwa dan membasmi segala rentetan masa kini.
Salam Perjuangan
SDR MIKA-ANGEL-0, SAYA NIE ORANG BUMIPUTERA(ASLI) SARAWAK. KAMU TU BANGSA AJE MELAYU TAPI NAMA(NICKNAME) KAMU TU DAH MENCERMINKAN KAMU ITU BUKAN MELAYU.
SDR MIKA-ANGEL-O SAYA TAHU PERLEMBAGAAN MALAYSIA MENYATAKAN KEPENTINGAN MELAYU TETAPI JANGAN SEKALI-KALI MENGATAKAN BANGSA LAIN SEBAGAI PENDATANG(SEOLAH-OLAH TIADA HAK LANGSUNG) ATAS BUMI MALAYSIA. KAMI BIMBANG MUNGKIN HARI INI BANGSA CINA DIKATAKAN SEBAGAI PENDATANG TETAPI SUATU HARI NANTI PASTI BANGSA LAIN PULA DIBERI DIANGGAP SEBEGITU, MUNGKIN MEREKA AKAN DIKEJI DAN DIHINA TANPA BELAS KASIHAN APABILA PENGARUH MELAYU TERSEBUT DAH SEMAKIN KUAT.SEPATUTNYA KITA PERJUANGKAN ISLAM DARIPADA MEMPERJUANGKAN SESUATU KAUM SAHAJA.
TETAPI JANGAN SEKALI-KALI MENGATAKAN BANGSA LAIN SEBAGAI PENDATANG(SEOLAH-OLAH TIADA HAK LANGSUNG) ATAS BUMI MALAYSIA.
tolong bagitahu sama itu PATI dan tolong bagitahu sama itu kaum china dan bangsa lain bahawa orang melayu pun berhak.
KAMI BIMBANG MUNGKIN HARI INI BANGSA CINA DIKATAKAN SEBAGAI PENDATANG TETAPI SUATU HARI NANTI PASTI BANGSA LAIN PULA DIBERI DIANGGAP SEBEGITU, MUNGKIN MEREKA AKAN DIKEJI DAN DIHINA TANPA BELAS KASIHAN APABILA PENGARUH MELAYU TERSEBUT DAH SEMAKIN KUAT.
sila tengok dan belajar sejarah kesultanan melayu sekirannya tidak negara kita. ini menunjukan kamu memang belum keluar dari hutan bersama perginya british. sekarang baru menjenguk dunia?
pastinya si-odeen ini zindiknya:
kerana dalam dalam melayu pun ada ma, syed, dan sutannya. janganlah awang dan minah sahaja.
odeen, kepalsuanmu nyata. janganlah harap mahu memperjuangkan islam dengan kaum saperti kamu.
Sdr Ruhanie Ahmad,
Ada macam-macam manusia Melayu dalam UMNO sapertimana kewajiban dan sunnah kemanusiaan itu sendiri.
Sekirannya dan bilamana UMNO ditalkinkan saya akan bergembira kerana saya ahlinya akan bebas dari kongkongan etika UMNO. Setakat mengamok tak reti aku.
Dan itu bukan pengajaran orang tua-tua ku tetapi yang ini - bila kamu menghancurkan hancurluluhkan dia.
Kita tengoklah sahaja apa akan terjadi pula kepada PAS dan PKR malah siasah-kepolitikan orang melayu yang lain pada ketika itu...yang penting jemaah islamiah itu ada lagikah di kepulauan melayu di sekangkang kera kita ini? Mungkin pula telah ada orang islam lain yang datang menjajah kita semua? atau yang lebih enak lagi kita dijajah kembali oleh mereka yang bukan islamnya? (ada orang sarawak kata sultan-raja melayu zalim kepada sakai-sakai animist dahulunya.)
Maka orang Melayu akan berbuatlah apa yang patut untuk nak terus hidup keluarga tetangganya saperti orang Melayu Pattani sekarang dan nenek moyang ku yang sedikit masa dahulu semasa dijajah kaum yang tiada beriman kepada allah dan rasulnya.
Ini semata-mata aku dan kamu faham, di padang mahsyar masing-masing berjawablah akan amalan-amalan masing-masing kelak dan pastinya bukan kepada makhluk yang lain: tiada ditanggung beban seseorang akan bebanan lain walaupun kerabatnya sendiri.
(kullu nafsiin zaa-ieqatil-maut)
kenapa Tengku Razaleigh senyap sepi tanpa berita sekarang? Apakah sudah tak bermaya lagi dengan situasi dalam UMNO atau menunggu masa untuk menghentam pemimpin UMNO. ayuh bersuaralah Tengku mungkin idea Tengku lebih bermakna sekarang.
Post a Comment