Di bawah ini adalah sedutan daripada satu posting terkini dalam portal berita The Malaysian Insider – portal baru yang dengar khabarnya dikendalikan oleh seorang bekas tokoh utama NST dan sahabat kepada Kalimullah Hassan.
Portal berita ini sering membawa ulasan berita berasaskan sumber-sumber dalaman yang dipercayai rapat dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Berita ini menyatakan Majlis Tertinggi UMNO akan bermesyuarat pada 18 September 2008 dan agenda utamanya adalah mengenai tempoh peralihan kuasa.
Oleh itu, berita di bawah ini perlu difahami dan dikaji sedalam-dalamnya oleh seluruh warga UMNO. Berita ini menimbulkan pelbagai pertanyaan. Antaranya adalah:
Satu: Adakah Datuk Seri Najib Razak akan endorse kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tempoh peralihan kuasa dipercepatkan? Kalau ini berlaku, adakah ini bermakna Abdullah akan didesak menyerahkan kuasa kepada sesiapa sahaja dalam tempoh terdekat ini?
Dua: Adakah Najib akan terus akur dengan tempoh peralihan kuasa pada 2010? Kalau ini berlaku, adakah Muhyiddin pula akan dikenakan tindakan disiplin, sama ada dipecat daripada Kabinet dan/atau digantung kehaliannya dalam UMNO?
Portal berita ini sering membawa ulasan berita berasaskan sumber-sumber dalaman yang dipercayai rapat dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Berita ini menyatakan Majlis Tertinggi UMNO akan bermesyuarat pada 18 September 2008 dan agenda utamanya adalah mengenai tempoh peralihan kuasa.
Oleh itu, berita di bawah ini perlu difahami dan dikaji sedalam-dalamnya oleh seluruh warga UMNO. Berita ini menimbulkan pelbagai pertanyaan. Antaranya adalah:
Satu: Adakah Datuk Seri Najib Razak akan endorse kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tempoh peralihan kuasa dipercepatkan? Kalau ini berlaku, adakah ini bermakna Abdullah akan didesak menyerahkan kuasa kepada sesiapa sahaja dalam tempoh terdekat ini?
Dua: Adakah Najib akan terus akur dengan tempoh peralihan kuasa pada 2010? Kalau ini berlaku, adakah Muhyiddin pula akan dikenakan tindakan disiplin, sama ada dipecat daripada Kabinet dan/atau digantung kehaliannya dalam UMNO?
Tiga: Apa akan terjadi kepada UMNO jika salah satu kemungkinan di atas jadi kenyataan? Warga UMNO akar umbi akan sokong?
Antara sedutan kandungan berita The Malaysian Insider ini adalah seperti berikut:
UMNO'S D-DAY IS SEPT 18, NOT MALAYSIA DAY
SEPT 14 - Forget about September 16. September 18 is shaping up to be a far more important day for Malaysia with far reaching consequences for Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi’s two-year transition plan and Tan Sri Muhyiddin Yassin’s political future.
Next Thursday, the UMNO Supreme Council will convene and the top of the agenda is likely to be Abdullah’s plan to hand over the reins of power in the party to Datuk Seri Najib Abdul Razak.
The council unanimously endorsed the transition plan in July. But following the Barisan Nasional’s defeat in Permatang Pauh on August 26 and his meeting with Tun Dr Mahathir Mohamad in early September, Muhyiddin has called for a review of the plan.
A key player at the Sept 18 meeting will be Najib. He is under pressure from his supporters on the ground to push for a quicker handover of power.
Their argument is this: Najib could become collateral damage in the current anti-Abdullah mood.
Untuk membaca berita sepenuhnya sila akses link berikut:
http://m.themalaysianinsider.com/articles.php?id=8956-UMNOs-d-day-is-sept-18-not-malaysia-day
- Ruhanie Ahmad
17 comments:
Ni lah jadi kalau ramai orang yang gila nak dapat jawatan lagi tinggi. Diri sendiri tak glamor, harapan nak naik macam kurang, hasil kerja pun takda lah hebat mana sangat. Cakap lah benda2 macam ni yang boleh jadi hero dalam keadaan sekarang. Dengan haraan esok jadi glamor, dapat jadi PM ke mana tau. Macam tu lah Muhyiddin ni.
Salam Datuk, masih tidak tidur lagi...
saya masih ingat arwah yaie(atuk) yang bercerita pasal umno asal berpegang kepada perlembagaan asal umno. dia bercerita dan terus bercerita walaupun masa itu saya masih belajar.
tetapi umno hari ini bukan umno masa merdeka yang menguasai majoriti kerusi parlimen. tetapi umno hari ini diperlekehkan oleh parti komponen bahkan ahlinya sendiri. mengapa tidak, pencacai terus mengipas dan menjaga periuk kerak masing2. Siapa zaid nak memberi komen, lantikan pun menerusi proksi dalam umno pun tiada jawatan bahkan digantung keahlian. Siapa alwi, siapa khaled. siapa mohamad hassan, yang kapal negeri sembilan pun nak karam, takkan masih nak ikut telunjuk menantu PM.
sekian.
salam datuk..slamat bersahur..
sy x peduli la datuk ape nk jadi dgn mereka nie....pusing2 same jer.satu kemungkinan yg nyata,pak lah mesti turun!!!datuk seri anwar yg naik!!!itu yg pasti nya..
Oh, this is bitter to swallow. Very honourable indeed to pass the baton and step down quick.
But powerhouse is weird. Once you get in, you will not get out easily. You get bored inside there, you die there or someone kick you out.
Like someone say, "until death do us apart". Now, that is powerhouse!
Salam,
Jika Najib mempunyai penyokong yang kuat, dia mungkin boleh menyetujui bahawa pelan peralihan kuasa itu dipercepatkan, dan dengan itu dia akan mengambil alih jawatan PM sebelum 2010.
Tapi bagaimana dengan pandangan ahli di peringkat akar umbi? Tidakkah mereka mahu jawatan Presiden UMNO dipertandingkan dalam Perhimpunan Agung bulan Disember nanti?
hehehe...
datuk, kenapa disebut tarikh 18 sept? hari khamis malam jumaat pulak tu.
hehehe...
Dato Ron,
Dato Najib kenalah stick kepada prinsip "Kata dikota" atau "Mean what you say"!
Kita mesti berbalik kepada Perlembagaan UMNO dengan Fasal 9 (3) menyatakan setiap Perhimpunan Agung yang ada pemilihan merupakan medan untuk menentukan pucuk pimpinan parti bagi tiga tahun akan datang.
Salam Datuk,
Perlukah UMNO dibatalkan pertubuhannya buat kali kedua selepas pengharaman pertama 4 Februari 1988 sekiranya bibit-bibit ke arah melanggar tataetika ROS semakin terserlah? Jika ini jalan terbaik untuk menyedarkan kepimpinan yang masih belum sedar bahawa akar umbi itu sebenarnya menjadi tunjang sesuatu pertubuhan.
Wasalam.
Tak akan jadi apa-apa pada 18 Sep.
Dolah is clueless on what to do.
Dia buat dono je.
Itu lah Presiden parti Melayu yang dah dilanyak Koh Tsu Khoon. Memalukan.
saya rasa peralihan kuasa itu tetap akan diteruskan.Najib sudah setuju untuk setia dengan peralihan kuasa tersebut dan disokong oleh ramai pemimpin didalam kabinet.cuma ada segelintir yang tidak berpuas hati.
Muhyiddin bersuara seolah-olah dia sudah tidak boleh tunggu lagi untuk mara setapak lagi dalam karier politiknya.maka dia berlaku "durhaka" dengan Pak Lah bagi meraih sokongan.Tambahan lagi Mahathir ada untuk menyokong dia.
semasa zaman Dr.M,kerusi presiden tidak dipertandingkan dan pada kali ini beria-ria pula mahu kerusi itu ditandingkan.Mahathir kini pula begitu lantang meminta Datuk Seri Abdullah untuk berundur.
ironi sungguh.
Assalamualaikum Datuk, dan selamat berbuka puasa hari ke 15.
Datuk berita sebentar tadi bahawa Snator Datuk Zaid Ibrahim telah pun menyerahkan surat perletakan jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Dia suruh TSMY letak jawatan top-top dia dulu yang letak jawatan.
Hai tak tau lah keadaan sekarang dah haru biru, dibuatnya jika ini caranya kami rakyah dibawahan langsong tidak ada rasa hormat kepada orang atasan.
Sekian, mohon maaf datuk.
Berhenti sahajalah jadi Menteri!
Siapa Letak Jawatan? Zahid ke TSMY!
Dato Ron
DATUK Zaid Ibrahim has tendered his resignation as the Minister in the Prime Minister’s Department. He has just submitted his letter to Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
"Mudah sahaja, jika Muhyiddin tidak puas hati dengan Perdana Menteri, beliau boleh letak jawatan Kabinet... ini bermakna beliau tidak yakin dengan Pak Lah (Abdullah)... tidak, saya tidak cadang untuk beliau berbuat demikian." Zahid berkata!
''Ada yang kritik kata kita kena ikut pelan peralihan kuasa. Menteri yang jaga undang-undang pun ada cakap macam itu sedangkan cakap seperti itu cakap orang yang tidak faham undang-undang. Patut dia BERHENTI SAHAJALAH JADI MENTERI." Mubarak berkata!
Macam mana ni siapa tikam PM? Zahid atau TSMY?
Biar benar Dato, takkan lepas berkokok berdegar-degar atas tunggul kelapa turun ke tanah ekor bergelumang dengan tahi!
Siapakah yang memegang kuasa di dunia ini? Allah yang berdiri dengan sendiri tanpa bentuan. Ku Faya Kun!
Salam Ramadhan Datuk,
Saya harap Pak Lah jangan dok tangguh2 lagi lah..cepat2 letak jawatan PM tu segera ..sempena mengambil berkat di bulan yg. baik ini..! Ini lah pengorbanan atau jihad Pak Lah, untok Bangsa dan Negara yg. dicintai beliau dan semua warga nya.
Zaid Ibrahim dah pun kini lari tinggai lah PAk Lah terkiang-kiang...sorang2!!..Blunder Pak Lah ni nampak nya akan berterusan..!
Negara Malaysia se olah -olah dalam keadaan 'stand still' ... menunggu sesuatu..!
Apa saja tindakan PaK Lah sekarang ..nampak macam terdesak.. masih nak berselindung dibalik imej Mr.Clean nya ..yang mana ramai dah tau tak berapa Clean.
Ahli UMNO perlu Bersuara dgn segera ..apa nak di tunggu lagi..!
Sekian Wasalam selamat berpuasa Datuk dan juga rakan-rakan sekelian.
Depa dah bincang dan tetapkan keputusannya terlebih dulu sebelum masuk meeting.
Sdr Ruhanie,
MPKepala Batas akan tanya pelan ekonomi komprihenisve MPPekan sambil MPPaguh tersenyum.
"Hangpa, dok diam sat...i tak dapat komfirm dari kj pasal anwar konfirm tak tak"
Is this the challenge that they can throw to Abdullah and Co?
(Read Zadari's raise to the Presidency of Pakistan, Ron)
salam dato..
maaf ler sebab politik saya tidak setinggi manapun. namun begitu, sekiranya muhyiddin dipecat nescaya akan lebih cepat berlaku pergolakan besar dalam umno sebab rata rata umno bahagian dah meluat dengan pucuk pimpinan cuma masa nya saja yang belum tiba. nak tahu selanjutnya, kita tunggu dan lihat bila saja umno peringkat bahagian mula bersidang nanti. harap dsaab jangan lah terkejut lagi sebab umno peringkat akar umbi memang sudah lama kejutkan dia dari tidor.
Salam Dato',
Dato nampak memang gawat UMNO ni.Dari PRU 12 bulan Mac lalu sampai kini banyak kekecohan berlaku.Tak payah tunggu 2010,memang macam-macam lagi akan berlaku.Saya rasa AAB memang kena turun.Masa Indek Komposit mencatat ketinggian,dengan bangganya dia kata ekonomi negara baik,pelabur ada keyakinan tinggi pada kerajaan.Sekarang ni saham jatuh dan matawang negara jatuh teruk (jangan tak perasaan pulak),apa statement dia.Ini faktor anwar,pelabur berhati-hati sebab politik tak stabil.Masa naik semua kredit pegi kat dia,masa jatuh semua kesalahan pada orang lain.Macam tu lah juga masa menang besar masa PRU 11,semua faktor dia langsung tiada faktor TDM yang menyerahkan dulang emas kat AAB.Tapi bila kalah agak banyak dlm PRU 12,tak ambil ini sebagai kesilapan sendiri.Pendapat saya,gantilah dgn org lain,saya tak pasti siapa pengantinya,kalau tidak Malaysia akan dikenai di serata dunia ni sebagai negara yang dari pemimpin hinggalah ke rakyatnya,berpolitik sepanjang tahun.Disebabkan sibuk berpolitik sepanjang tahun,maka,pemimpin tak payahlah fikir pasal ekonomi ke,kesusahan rakyat ke ,beras naik la,minyak naik la,tambang bas ekspress naik la,dan lain-lain lagi naik.Dia orang ingat kita orang pilih dia orang ni untuk berpolitik sepanjang tahun ke.Cerita tentang macam-macam koridor hilang macam tu je.Ingat rakyat lupa ke.DI Amerika selepas pilihanraya,kedua-dua parti ni akan melupakan persaingan ni,rapatkan barisan semula dan terus bangunkan ekonomi negara mereka.Tapi di Malaysia....pemimpinnya sibuk nak berkuasa,gila kuasa,sebab...tak dapat dinafikan bahwa Malaysia ni adalah sebuah negara yg amat kaya.Yang sepatutnya turun,tapi tak nak turun.Bosan la.
Post a Comment