Friday, February 01, 2008

Abdullah PM Satu Penggal?

Di bawah ini saya paparkan tiga posting daripada Agendadaily, Kuda Ranggi dan Bernama untuk membantu anda buat kesimpulan sama ada benar-benar wujud “gentlemen’s agreement” antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai tempoh jawatan Perdana Menteri. – Ruhanie Ahmad

Agendadaily:
Tiada Perjanjian Jadi PM Satu Penggal – Pak Lah

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi nampak relaks tetapi tegas ketika para wartawan petang Khamis bertanya mengenainya.

"Tiada gentlemen's agreement ” ,”katanya tentang dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Rabu bahawa ada perjanjian lisan antara mereka berdua yang menetapkan beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri hanya untuk satu penggal sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

untuk posting sepenuhnya sila akses: http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

Kuda Ranggi:
Antara Mahathir Dan Pak Lah - Siapa Pembohong?

Apalah nak jadi dengan pemimpin kita? Seorang kata ada perjanjian atau persefahaman manakala seorang lagi kata tidak ada. Yang pasti salah seorang daripada mereka adalah pembohong. Munafik! Ma'af cakap, itulah hakikatnya.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa ada perjanjian (mungkin persefahaman, agak saya) antara beliau dengan Perdana Menteri Abdullah Ahmad (Badawi) sebelum Mahathir menyerahkan tampuk kepimpinan kerajaan kepada Pak Lah.

Persefahaman itu ialah bagi Pak Lah menjadi Perdana Menteri untuk tempoh sepenggal sahaja dan selepas itu diambil alih oleh timbalannya Najib Tun Razak. Itu yang didakwa oleh Mahathir.

Untuk posting sepenuhnya sila akses: http://www.kudaranggi.blogspot.com/

Bernama:
Najib Tak Tahu Mengenai Perjanjian Dr Mahathir-Abdullah

PUTRAJAYA, 31 Jan (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak tahu mengenai sebarang perjanjian antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan menghendaki Abdullah berkhidmat sebagai Perdana Menteri hanya untuk satu penggal sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Najib.

"Saya tak tahu pasal itu. Saya komited dalam sokongan saya kepada Perdana Menteri dan taat kepada beliau," kata Timbalan Perdana Menteri di sini hari Khamis.

Untuk posting sepenuhnya sila akses:
http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=311439

7 comments:

straycat's strut said...

Sorry Tun, just like you, someone conned us big time. Just like you, we thought we made a deal with a gentleman too. Its your mistake for putting him there and its our mistake for endorsing it with our votes. Now he is laughing all the way to the bank while we are complaining about our shrinking roti canai.

I hope we would not make the same mistake we made 4 years ago.

Kamalkamal said...

Datuk,

Samada ada atau tidak perjanjian antara Tun Dr. Mahathir(TDM) dengan Datuk Abdullah Ahmad Badawi(AAB) pada 2003, semoleknya AAB berundur. Terlalu banyak kelemahan yang ditunjukkan, ini juga menghakis kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan negara masa kini.

Biasanya bila berlaku perletakkan jawatan secara sukarela tentu ada perjanjian yang dipersetujui. Nampaknya TDM begitu kurang senang dengan AAB yang ternyata tidak berkemampuan mentadbir negara yang semakin mencabar. Ini dikusutkan lagi dengan campur tangan menantu kesayangannya. Satu sumber yang saya terima mengatakan bahawa dalam Pilihan Raya Umum akan datang terdapat hampir 20 peratus calun pilihan KJ yang akan bertanding atas tiket UMNO/BN

Maka kabinet dan juga wakil-wakil rakyat selepas PRU ke-12 nanti adalah merupakan barisan yang akan menjulang KJ mencapai cita-citanya.

Begitu juga dikhabarkan Azeez Putera UMNO akan bertanding di Baling. Maka dalam Parlimen Baling akan dua Aziz/Azeez yang akan menjadi calun-calunnya. Satu bertanding sebagai ahli parlimen manakala seorang lagi akan mempertahankan kerusi DUN Kuala Ketil.

Di khabarkan juga senarai calun-calun sudah ada di tangan Pengerusi Perhubungan setiap negeri, namun proses melobi masih diteruskan. Malah ada bekas-bekas wakil rakyat juga turun padang melobi untuk menjadi calun-calunnya. Mereka ini sanggup kehulu kehilir ikut Pengerusi Perhubungan dan juga cari "cable" yang "power" untuk menjadi calun.

Datuk Najib mestilahlah berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan kerana kedudukan beliau juga mungkin akan digoyangkan oleh pihak tertentu jika tersilap langkah.

matkental said...

Salam Dato'

Perjanjian antara dua budiman ataupun "gentlemen's agreement". Ya itu janji yang dilafazkan ataupun persetujuan antara dua orang yang budiman(yang boleh dipercayai}tanpa sebarang bukti hitam putih.

Selalunya orang yang menyetujui perjanjian sebegini akan memungkiri janji yang dibuat kerana tiada bukti hitam putih.

Senang cakaplah Dato' ini macam kes "cina buta".

Bagaimana perjanjian dibuat untuk menceraikan isteri sipolan selepas
nikah supaya suami yang melafazkan talak tiga boleh bernikah semula. Adakah si cina buta itu mahu menunaikan janji apabila si-wanita yang sudah menjadi isteri nya itu adalah seorang yang muda,cantik dan berakhlak baik??

Ataupun adakah seseorang itu sanggup melepaskan jawatan yang empuk,berpengaruh,dipandang mulia,fulus hebat...hanya dengan "gentlemen's agreement". Tidak mungkin Dato'.

Saya berpendapat bahwa satu antara dua pesona ini adalah munafik tingkatan tertinggi.

Lebeh cepat simunafik ini dikesan dan diketahui umum lebeh cerah masa depan Malaysia.

Wassalam Dato'

MYSON said...

first there was judges appointment fixing and now we have to faced another appointment fixing in our country...the prime minister

i was shocked such arrangement have taken place in our country

so no wonder for the past 5 years we have been led by 'PUPPET' leader... the question in my head was who actually ruled the country?...is it our downsouth neighbour leader who're in the midst shadow of our PM?

we will never know? right

malaysian ...keep guessing

l1f34h1r3 said...

kenyataan pak dolah dlm utusan tuh merujuk kepada negara kita di tangga ke-6 utk penduduk lebih 20 juta sbnrnya..sila pahamkan bebetol..walaubagaimanapun...pak lah tetap menipu jugak kerana walaupon kita kira di kalangan penduduk atas 20 juta..kita masih lg bawah dr tangga ke 6...entah no berapa ntah..12 kalau xsilap saya...