Wednesday, February 06, 2008

Sekiranya BA Menang PRU Ke-12…

Sebuah kerajaan bersih, adil dan sama rata akan dibentuk sekiranya pakatan pembangkang yang dipanggil Barisan Alternatif (BA) yang terdiri daripada PAS, DAP, dan PKR memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 kelak. “Bersih” yang dimaksudkan oleh mereka adalah sebuah kerajaan yang tiada penyelewengan, penipuan, korupsi, kronisma dan nepotisma. “Adil” pula bermaksud semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama akan diberikan peluang dan hak yang adil dalam segala aspek baik dari segi politik, ekonomi, sosial dan perundangan. Manakala “Sama rata” pula membawa maksud bahawa layanan dan pembahagian yang sama banyak akan diperolehi oleh semua kaum dan agama dalam segala aspek yang disebutkan tadi. Inilah sebuah manifestasi ideal yang dilontarkan kepada rakyat Malaysia dalam usaha mereka untuk memenangi pilihan raya kali ini.

Berlandaskan kepada janji ini, maka pemimpin-pemimpin BA bersama penyokong-penyokongnya mencanangkan bukan sahaja dalam negara malah kepada dunia luar bahawa kepimpinan dan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah sebuah kerajaan perkauman yang mentadbir negara secara tidak ‘bersih’, tidak adil dan jauh sekali mengamalkan konsep sama rata.

Sekiranya BA memenangi PRU kali ini, kepimpinan dan kerajaan BA terlebih dahulu akan ‘membersihkan’ kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang dikatakan korup termasuk yang mengamalkan kronisma serta nepotisma. Mereka akan melantik pegawai-pegawai baru yang ‘bersih atau dipercayai bersih’ oleh mereka. Maka ramailah pegawai-pegwai yang akan dibuang kerja atau setidak-tidaknya dimasukkan ke dalam ‘peti sejuk’. Mahu tidak mahu, perjalanan pentadbiran kementerian, jabatan dan agensi akan tergendala buat seketika. Maklumlah, untuk mencari pegawai yang mereka katakan itu akan mengambil masa yang agak panjang.

Katakanlah perkara di atas agak mustahil untuk dilaksanakan kerana ia akan membuang masa dan merencatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. Maka jalan pintas adalah dengan menggantikan beberapa pegawai atasan yang dirasakan perlu dengan meletakkan kenalan mereka atau pegawai yang sealiran dengan kehendak politik mereka. Sekiranya ini berlaku, ia juga tidak akan dapat menyelesaikan persoalan tersebut secara total dan berkesan. Rombakan dan penstrukturan organisasi secara keseluruhan perlu dilakukan dari atas hinggalah ke bawah sepertimana yang acapkali mereka war-warkan dalam setiap kempen dan ceramah mereka.

Untuk membaca posting sepenuhnya, sila akses:
http://sahabatmantap.wordpress.com/2008/01/28/sekiranya-ba-menang-pru-ke-12/

4 comments:

Unknown said...

Salam,
Saya mencadangkan anda semua baca artilek ini...
http://saifulislam.com/?p=1389#more-1389
wassalam

Kamalkamal said...

Datuk,

Dalam situasi politik hari ini, mustahil pembangkang dapat menewaskan BN. Pertama adakah pembangkang bertanding di semua 222 kerusi parlimen seluruh negara. Kedua, adakah mereka akan berjaya walaupun dengan sample majority? Ini adalah kerana pembangkang sebenarnya belum berkeupayaan untuk membentuk pakatan alternatif terbaik untuk menentang BN di di semua 222 kerusi yang dipertandingkan. Pakatan pembangkang biasanya amat longgar. Sejarah membuktikan pakatan PAS dan Semangat 46 di Kelantan juga hancur, sedangkan semua pemimpinnya adalah orang Melayu. Pakatan PKR, PAS dan DAP amat rapuh.

Harapan pembangkang menang hanyalah tertumpu kepada negeri tertentu. Mungkin juga PRU kali pembangkang dapat menambah kerusi dinegeri-negeri yang agak panas seperti Terengganu dan Kedah yang bakal melihat kebangkitan PAS disana. Manakala DAP dan PKR akan cuba menambah kerusi DUN di Pulau Pinang. Lain-lain negeri mungkin pembangkang dapat menambah kerusi tetapi dalam jumlah yang kecil.

Kalau rakyat Malaysia benar-benar hendakkan perubahan maka hendaklah kita menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen dan juga dibeberapa DUN yang panas. InsyaAllah akan ada perubahan selepas ini.

Kalau tidak kita kena tunggu empat atau lima tahun sekali barulah rakyat dapat durian runtuh ataupun kalau ada Pilihan Raya kecil.

Sekarang ini pun kerajaan BN telah memberikan pelbagai bentuk bantuan, sumbangan, kenaikan gaji dan pelbagai lagi habuan kepada rakyat Malaysia. Makanya harapan BN untuk terus berkuasa amatlah cerah. Kalau PRU kali ini dapat menyamai rekod PRU 1999, dikira amat bertuahlah rakyat Malaysia.

Unknown said...

sebenarnya orang yang inginkan perubahan kepada yang baik itu ialah orang yang ada dalam dirinya 'IMAN'dan orang yang bertanggung jawab. lain dari itu ialah golongan orang yang banyak melakukan perbagai perkara maksiat dan kejahatan. lihatlah apa yang telah berlaku dinegara kita dari segi rosak akhlak, rasuah, curi/rompak/bunuh dan seumpamanya.
rasa memang tak SELAMAT dari dicuri hartabenda, pencolekan/bunuh anak-anak kecil. malah diri orang dewasa pun rasa tak selamat lagi kat Malaysia kalau dibunuh, dirompak, diperkosa dari segi akhlak dan maruah selagi umno/bn tidak melakukan perubahan kepda yang lebih baik. atau pun nyah kan parti umno/bn dari memerintah Malaysia ini dalam pru12 nanti untuk melakukan perubahan secara total oleh orang yang mengaku inginkan lebih keselamatan maruah diri, harta benda dan kaum keluarga. tapi sekiranya takut melakukan perubahan, lain kali JANGAN MENYALAHKAN ORANG LAIN YANG MENDAPAT BERBAGAI KEBERKATAN DARI ALLAH. harap gunakan otak yang waras dalam memilih perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang buruk buat diri saudara sekalian.
sebab kita orang Islam setiap hari Jumaat diingatkan dalam Khutbah rakaat pertama supaya kita jangan mati selain mati sebagai 'MUSLIMUN'. dan pada Khutbah kedua supaya berlaku adil dan bertimbang rasa (WAL EHSAN) dan jangan melakukan sebarang kerosakan dan kemungkaran.
apa nak takut berlaku perubahan, sekiranya Allah menjamin kita DIDUNIA HINGGA DI AKHIRAT?
fikirlah....

HELICONIA said...

Di masa tiada lagi harapan untuk menumbangkan segala kepincangan lapisan masyarakat [ bukan sahaja kepincangan kerajaan] pada waktu ini,

Maka hati2 hanya pasrah mengharapkan bantuan yang empunya kerajaan Malaysia, bukan Agong, bukan BA, tetapi kerajaan Malaysia adalah kepunyaan Allah.

Sebagai hamba, janganlah malu mengharap kepadaNya.

Hanya DIA yang dapat mengubah hati2manusia, buat masa ini hati Raja kita..at least.

Who can wait another 5 years? Or if BN is wordly and unjustly lucky, another 5x3 years.