Friday, February 15, 2008

Rakyat Malaysia Mengundi Pada 8 Mac

PUTRAJAYA, 14 Feb (Bernama) -- Pengundian bagi pilihan raya umum ke-12 ditetapkan pada 8 Mac ini manakala penamaan calon ialah pada 24 Feb, Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) mengumumkan hari ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di 12 negeri kecuali Sarawak yang telahpun mengadakan pilihan raya negerinya pada 2006.

Seramai 10,922,139 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini berdasarkan kepada daftar pemilih yang diwartakan pada 5 Feb lepas, katanya.

http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=313754

3 comments:

Islam Hebat said...

selamat mengundi

Kamalkamal said...

Datuk,

Pada 8 Mac 2008, sebanyak 10.9 juta rakyat Malaysia akan mengundi. Ditangan rakyat terletaknya keputusan memilih kerajaan samada BN atau BA. Pengerusi BN, Datuk Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa BN hanya memilih calun-calun yang berwibawa dan efisyen bagi mewakili BN dalam Pilihan Raya Umum kali ini.

Persoalannya, apakah wakil rakyat yang sedia ada termasuk yang menjawat jawatan menteri/timbalan menteri, dll yang tidak berwibawa dan efisyen akan digugurkan. Bolehkan mereka-mereka yang terbabit digugurkan sekira mereka-mereka ini memegang jawatan-jawatan penting dalam parti.

Setahu saya setiap parti komponen telah ada "quota" masing-masing dan calun-calun dipilih oleh pengerusi/presiden parti berkenaan. AAB hanya perlu membuat penapisan terakhir dan bagaimana pula sekiranya yang tidak berwibawa dan efisyen terdiri daripada Pengerusi/Presiden parti komponen, beranikah AAB bertindak mengugurkan mereka daripada menjadi calun dalam PRU ke-12. Apakah kenyataan AAB akan menjadi kenyataan ataupun hanya retorik semata-mata?

Sebagai pengundi sama-sama kita nantikan jawapannya yang akan terjawab pada 24 Februari 2008, selepas itu terpulanglah kepada pengundi untuk membuat perhitungan diatas kertas undi nanti.

Berita dari gunung said...

dato

berkhidmat dan berbakti tak semestinya dengan hanya meletak muka di poster, dan membenarkan gambar dan logo dipangkah.

ruang untuk berbakti ada berjuta.

~ selamat mengundi dan berbakti