Tuesday, February 05, 2008

Surat Dr. Mahathir Kepada Pemimpin Dunia

Norliza Abd. Rahman

“SUARA Malaysia moden, buku yang dipenuhi komentar-komentar dalaman dan tersirat... satu pandangan yang menarik, menerusi kata-kata antara pemimpin terkemuka dunia yang telah berjaya mengubah sejarah, sebuah buku yang patut diraikan,” - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Demikian ulasan yang tertera pada kulit buku bertajuk Mahathir’s Selected Letters to World Leaders yang baru dilancarkan minggu lalu.

Buku tersebut menghimpunkan 71 pucuk surat dan surat balasan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada pemimpin dan bekas pemimpin terkemuka dunia.

Pemimpin terkemuka yang amat dikenali dengan sikap suka berterus terang dan kritis itu telah dilancarkan di Yayasan Kepimpinan Perdana dengan dihadiri ratusan tetamu termasuk para diplomat asing.

Surat-surat itu belum pernah didedahkan kepada umum dan mendapat kelulusan kerajaan Malaysia untuk disiarkan.

Antara pemimpin dunia yang menerima dan membalas surat Dr. Mahathir ialah Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush; bekas Presiden AS, Bill Clinton; bekas Presiden Perancis Jaques Chiraq; bekas Perdana Menteri Britain – Margaret Thatcher serta Tony Blair dan Putera Charles.

Buku setebal 239 muka surat berharga RM49.90 tersebut disusun dan disunting oleh bekas Duta Khas Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tan Sri Abdullah Ahmad.

Abdullah merupakan penulis dan lulusan Cambridge dan Harvard serta pengasas Institut Kajian Politik dan Ekonomi.

Uniknya, surat tersebut ditulis oleh Dr. Mahathir mengikut stailnya tersendiri, amat berterus terang dan sarat dengan mesej - bertepatan dengan sikapnya sebagai seorang tokoh yang dikagumi di persada antarabangsa.

Untuk artikel sepenuhnya sila akses:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm

5 comments:

politica said...

Insan seperti TDM adalah pemimpin bertaraf dunia. AAB apa ada? Hadir di sidang antarabangsa pun cuma untuk tidur. Malu Malaysia. Macam tu pun dia nak mintak mandat untuk terus pimpin kita... Cukuplah!!!!

azam said...

Saya pun macam Politica. Dollah cuma bikin nama baik Malaysia tercemar. Waktu dia jadi bos OIC dan NAM apa dia bikin? TIDUR!!!!

Dalam PRU kali ini kita rehatkan dia biar dia cukup banyak waktu untuk tidur dan tidur.....

Dewa said...

Hanya jauhari jua menegenal manikam, terbiasa bila dah tiada maka selepas itu barulah dikenang...kesian!

glycerine1979 said...

Saya ada beli senaskhah..Belum habis baca..Apa yg boley disimpulkan stakat ni..Penggunaan bahasa dan susunan ayatnya amat mudah tp mesejnya yg ingin disampaikan jelas dan padat..

Sememangnya beliau mmg mempunyai karisma dan daya fikir yang tinggi; satu ciri yang perlu ada sebagai seorang pemimpin yang berkaliber dan disegani..

Sesetengah orang berpendapat, biarpun ada kelemahan didlam pentadbiran beliau namun jasa dan pencapaiannya tidak dapat dinafi dan diselindungi..Itulah seorang Negarawan yg ulung!

bZz said...

Saya cari buku ni 2 hari lepas dilancarkan. Mungkin borders dan popular belum sampai lagi.

Hujung bulan ini pasti saya beli.