Abdullah Dan Prestasi Trillion Ringgitnya
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mahu jadi Perdana Menteri satu penggal. Sebab itu beliau memohon mandat baru dari rakyat jelata menerusi PRU12 untuk terus berkuasa buat sekian lama lagi.
Pada 21 Februari 2008, beliau pun menyerahkan “kad laporan kerajaan” untuk menawan sokongan para pengundi. Antara laporan beliau adalah seperti berikut:
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 18 peratus dari RM427 bilion pada 2004 kepada RM504 bilion pada 2007. Peningkatan ini melibatkan semua sektor termasuk pertanian moden, bioteknologi dan perbankan Islam.
Sejumlah 21 juta pelancong melawat negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia pada 2007.
Perdagangan antarabangsa meningkat 26 peratus dari RM881 bilion pada 2004 kepada RM1.113 trilion pada 2007.
Dalam tempoh yang sama, pendapatan purata isi rumah meningkat dari RM3,249 kepada RM3,617.
Subsisi
Kerajaan membelanjakan RM43.4 bilion dalam bentuk subsidi untuk mengekalkan harga barang keperluan asas.
Program transformasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berjaya meningkatkan keuntungan serta memberi pulangan lebih tinggi kepada pemegang saham amanah.
Lebih 204,000 industri kecil dan sederhana (IKS) dibangunkan sejak 2005 melibatkan pemberian pinjaman berjumlah RM107 bilion.
Kerajaan sedang melaksanakan lima pelan koridor ekonomi untuk menjana ekonomi dan membawa pertumbuhan ke seluruh pelusuk negara.
Indeks komposit Bursa Malaysia meningkat ke paras tertinggi dalam sejarah dengan peningkatan 161 peratus nilai pemodalan pasaran daripada RM460 bilion pada 2003 kepada RM1.2 trilion pada tahun lepas.
Cukup Hebat
Defisit fiskal dikurangkan daripada lima peratus KDNK pada 2003 kepada 3.2 peratus KDNK tahun 2007.
Simpanan matawang asing meningkat 120 peratus dari USD4 bilion kepada USD101 bilion.
Penarafan Malaysia dalam indeks daya saing global juga meningkat dari tangga 25 ke tangga 21.
Hebat. Memang cukup hebat. Ini bermakna seolah-olah era Abdullah jauh lebih baik daripada era Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini bermakna seolah-olah Abdullah adalah Perdana Menteri yang amat cemerlang prestasinya.
Soalnya, adakah pengundi di kampung-kampung yang menjadi pendukung setia BN sejak merdeka, faham hakikat di atas? Adakah mereka pedulikan seluruh perangkaan tersebut? Tidak mungkinkah mereka akan bertanya, kalau prestasi kerajaan Abdullah mencecah trillion ringgit, kenapakah harga barang mahal? Kenapa harga petrol naik? Kenapa duit mereka seolah-olah semakin menguncup nilainya?
Roh Dan Jiwa
Saya kemukakan soalan di atas kerana inilah persoalan orang-orang kampung mutakhir ini. Sepatah kata orang Jawa di kampung saya, mereka masih lagi memikirkan soal “sandang-pangan” atau soal pakaian dan makanan. Mudahnya, soal kehidupan yang asas – soal perut!
Pada waktu yang sama, adakah para pengundi di kawasan bandar terpesona dengan laporan di atas? Mereka akan mengungkit, indeks rasuah negara bagaimana? Soal kemiskinan di bandar di mana tahapnya? Mereka akan menghujjah, soal kredibiliti kerajaan ketika ini di mana tarafnya? Soal presepsi bahawa kerajaan mutakhir seolah-olah menggadaikan kedaulatan negara kepada kuasa asing mengapa kian merebak? Soal kronisme mengapa terlalu rancak dipolemikkan? Dan, soal keterlanjuran menantu Abdullah mengapa kian menghantui pemikiran rakyat?
Golongan idealis pula akan bersuara, sudahkah Abdullah memberikan semangat, roh dan jiwa kepada kata-kata beliau yang termaktub di dalam puisi Damai Abadi yang menghiasi Manifesto BN dalam PRU11? Dan, sudahkah propaganda puitis Abdullah yang kononnya beliau mahu mencari “Al-Ghazali dan Al-Shafie” kerana beliau pemimpin yang berpedomankan “rahsia kitab suci” dan berpandukan “sunnah nabi,” menjadi realiti?
Sebenarnya, senarai persoalannya amat panjang sekali. Bagaimanapun, seluruh persoalan di atas sewajarnya menginsafkan Abdullah bahawa kesejahteraan hidup rakyat jelata yang sedang diraihkan sokongannya ketika ini bukan hanya berpaksikan kepada perangkaan trillion ringgit nilainya. Kesejahteraan total rakyat ketika ini sewajarnya merangkumi soal perut, roh dan jiwa; sewajarnya meliputi soal prinsip dan integriti; sewajarnya mencakupi soal minda, akal, budi dan kredibiliti, semestinya memfokus kepada soal maruah, jatidiri dan kedaulatan negara-bangsa! – Ruhanie Ahmad
11 comments:
Assalamualaikum Saudara Kudakepang,
Saya cadangkan kita semarakkan hari mengundi pada 8 Mac nanti sempena PRU12 dengan pakaian serba kuning. Harapan saya agar mesej tanda protes ini sampai kepada pemerintah bahawasanya kita telah jelak, jemu, mual dan bermacam rasa yang tiada ketentuan buat masa ni...
Salammm
Assalamualaikum Saudara Kudakepang,
Saya cadangkan kita ramai-ramai pakai kuning ketika keluar mengundi nanti. Biar gelombang kuning lebih hebat menyaingi gelombang tsunami...
Hati menjadi resah, gelisah, tak keruan, tanpa arah apabila terus-terusan memikirkan akan masa depan negara dan tanah air tercinta ini.
Sedih dan sebak mengenangkan susah payah TDM 'memerdekankan' negara ini tapi sekelip mata nasib kita tiada kepastian..tanpa arah...
Moga Allah memperkenankan doa hamba-hambanya yang teranaiya...
Salam
Salam
Terima kasih Datuk Ruhanie... persoalan dato memang bagus diutarakan.. tapi bagaimana kita ingin menyedarkan orang2 yang masih lena dibuai mimpi2 indah..
Sebut pasal Kad Laporan Pak Lah....hanya ketawa saja yg mampu saya lakukan.... semua orang boleh membuat kad laporan.. tetapi adakah ianya sahih terbukti dengan apa yang dilaporkan.. seperti persoalan Datuk...renung2kan wahai rakyat Malaysia yang mencintai negara ini
jangan percaya semua tu... itu semua kira macam creative accounting @ pun penipuan akaun yang halal...
bila nak kaji, kena kaji dalam-dalam... setakat dengar rumusan, kena tipu lah...
mungkin kontraktor-kontraktor sahaja yang sedar bahawa semua itu penipuan...
sejak dolah naik sehingga sekarang, diulangi: sehingga sekarang, projek besar yang diwar-warkan tu hanyalah sekadar pengumuman dan upacara pecah tanah...
ada yang lebih setahun telah dijalankan pecah tanah, tapi sehingga sekarang masih berlegar-legar di kementerian-kementerian berkenaan, kononnya perlu kelulusan inter department...
kalau belum lulus, buat apa umum... saja nak beli undi? orang-orang kampung boleh le kena tipu...
lagi satu, banyak rakyat malaysia yang bekerja dalam sektor pembinaan telah berhijrah bekerja di luar negara, kerana kurang peluang di malaysia... tetapi kerajaan temberang mengatakan "itu menunjukkan dasar kerajaan selama ini berjaya melahirkan tenaga kerja professional yang diiktiraf antara bangsa"...
podah... gaji di luar negara itu bukanlah besar sangat, tetapi jika itu sahaja pilihan (kerana tidak cukup kerja dalam negara) lebih baik berhijrah saja...
saya harap pengundi BN dalam PRU lepas, membuat undi protes kali ini... bukan kerana pembangkang bagus, tetapi lebih kepada "tiada pilihan yang lebih baik"...
Entahla Dato'...Tulis lah angka apa saja selagi boleh menampakkan yang Pak Lah gah sebagai PM. Apa yang saya tahu sebagai rakyat marhain,tiggal di pinggir Shah Alam dengan bergaji RM8k suami isteri kehidupan kami lebih teruk dari orang yang tinggal di kampung.Keluar bekerja jam 6.00am balik jam 9.30pm.Tol RM350, Petrol RM600, setelah di tolak segala keperluan tak ada apa yang tinggal.Kualiti masa dengan anak-anak tidak ada - LIFE IS FULL OF STRESS! Sesekali teringin hidup seperti mereka-mereka yang sering keluar di majalah-majalh Tatler, Prestige etc -Alangkah bahagianya hidup!
Nampak menarik je figure-figure yang di laporkan, tapi kesahihannya di ragukanlah. Kenapa ye?????
Kalau itu semua betul kenapa masih ramai rakyat miskin???? Semakin banyak Tanah orang Melayu tergadai????? Alasan itu tanah Kerajaan. Kalau Tanah Kerajaan kenapa selepas di duduki berpuluh tahun baru nak ambil????? Kenapa tidak di bangunkan awal2 lagi.....Hai musykil-musykil.....
Satu lagi besar sangat ke gaji YB-YB ni bila kalau di lihat semua mereka mampu memiliki sekurang-kurangnya 2 biji kereta mewah, sebiji rumah Banglo dan kalau yang Isteri ad dua atau tiga tu pastinya semua memiliki kereta mewah dan juga tinggal di Banglo Mewah. Ini semua hanya selepas sepenggal menjadi ADUN atau ahli Parliament. Bukan itu sahaja malah semua ahli-ahli Jawatankuasa tertinggi UMNO pasti akan serta merta boleh menjadi seorang separuh Jutawan atau pun Jutawan. Kenapa ye????? agaknya duit tu turun dari langit kot atau gaji mereka paling koman pun mungkin RM30,000 sebulan atau RM100,000 sebulan. Percaya atau tidak, Fitnah atau bukan saya lihat ini semua. Dari kecil saya follow abah kerumah-rumah ADUN, Menteri-menteri Besar dan Ahli-ahli Parliament. Abah selalu pesan "Tijah, jangan jadi seperti mereka ni, hidup dalam kepuraan dan bergelumang dengan duit haram. Tiada keberkatan". Dulu saya budak memang seronoklah tengok orang kaya2 ni sebab ialah hidup kita sekadar ada je walau Bapa seorang yang mempunyai hubungan rapat dengan ramai menteri2 dan ADUN. Tapi Abah berpegang pada konsep Islam yang kukuh bahawa rezeki itu adalah dari Allah dan kenalilah diri kita sendiri agar kita todak di pesongkan dengan kemewahan duniawi. Sekarang....saya seorang yang terpelajar dan profesional. Di didik dengan Ilmu Agama, saya faham apa yang Abah maksudkan. Dan yakin dengan balasan dan ketentuan Allah. Tapi terlintas di fikiran saya mengapa mereka-mereka ini masih seperti ini berabad lamanya walau sudah banyak balasan yang nyata yang Allah turunkan di depan mata.
MENGAPA YA??????
Datuk,
Cuma angka-angka yang tidak memberi makna kepada rakyat terutama golongan marhaen.
Pada 8 Mac 2008 nanti kita semua mempunyai hak yang sama, seorang satu undi tak kira pemimpin atau pun rakyat marhaen. Makanya inilah masanya yang terbaik untuk kita memutuskan yang terbaik untuk kita.
Ditangan kitalah nanti akan terbentuknya sesebuah kerajaan, kalau kita pilih yang baik, baiklah dapatnya kalau kita pilih yang tidak baik, tidak baiklah yang kita dapat....Cuma jangan meyesal kemudian hari...tiada gunanya!!!!
berita di media2 utama yg berat sebelah di pihak kerajaan sering menyatakan negara kaya, hasil negara meningkat gitu dan gini... tapi saya sebagai rakayat malaysia semakin hari semakin tertekan dengan kenaikan harga barang... kalau miskin rakyat yg slaha.. kalau kaya kerajaan yg betul.. macam mana ni?
Ada kawan-kawan mengeluh. Setengah melahirkan rasa kecewa. Sebabnya DUN dulu digugurkan, penggantinya diketahui memang teruk, tak senonoh dan tak boleh sesuaikan diri dengan segenap lapisan masyarakat dan berniaga pulak asyik nak lipat kawan.
Itu hal mereka di Negeri Sembilan. Saya sekadar tumpang simpati. Ada yang rasa malas nak pergi mengundi, apatah lagi untuk sama-sama berkempen.
It is not easy Tok Mat Hassan. Life is not always easy and plain sailing as selling things at Cycle and Carriage.
masa penamaan calon pru12 pada hari ahad nanti, harap kepada saudara sekalian serta rakan taulan dan jiran, semua kita berpakaian serba-serbi kuning bagi mengangkat MARTABAT DAN MARUAH RAKYAT MARHAEN DIBUMI MALAYSIA INI.ke tempat/dewan penamaan calon pru12, kita tonjolkan imej kita yang cintakan tanahair BUMI MALAYSIA YANG AMAN DAN HARMONI.
Jom turun ke padang dan bersama berkempen, bukan sekadar berpolemik di alam maya.
Kami memerlukan bantuan dan sokongan dengan MONEY, MEDIA dan MACHINERY kerajaan sementara BN..
http://zul4kulim.blogspot.com
Post a Comment