Friday, February 01, 2008

Rating Kecekapan Malaysia:
Kenapa Bohongi Rakyat Jelata?

Pada Isnin, 28 Januari 2008, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghebahkan ke seluruh negara bahawa rating “kecekapan kerajaan Malaysia semakin meningkat dan kini diletakkan sebagai yang keenam terbaik di dunia.”

Hakikat ini amat membanggakan. Rakyat jelata wajar ucapkan syabas kerana inilah buktinya Abdullah seorang Perdana Menteri Malaysia yang cekap dan efektif, bukannya lemah dan tidak berkesan.

PUTRAJAYA 28 Jan. – Kecekapan kerajaan Malaysia semakin meningkat dan kini diletakkan sebagai yang keenam terbaik di dunia, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri yang memetik laporan World Competitiveness Year Book yang dikeluarkan oleh IMD, sebuah institusi pengajian perniagaan terkemuka berpejabat di Switzerland, berkata, dari segi kecekapan Malaysia yang tergolong dalam kategori negara mempunyai lebih 20 juta penduduk mengatasi United Kingdom, Jerman, Thailand, Sepanyol, Jepun, Rusia dan Perancis.

‘‘Di atas kita ialah China, Kanada, Amerika Syarikat, India dan Taiwan.

‘‘Bukan kita hendak bohong rakyat kerana kalau bohong, tidak lamalah kerajaan yang sedia ada ini lingkup. Jadi, tak usah fikir pasal gagal... kita tiada pilihan melainkan berjaya, berjaya, berjaya,” katanya.

Untuk laporan sepenuhna, sila akses di sini: http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Sehari sesudah itu saya terbaca dalam KLPos kenyataan mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendakwa Abdullah “memutarbelitkan fakta mengenai tahap daya saing Malaysia” seperti di atas.

Kata Anwar, “penelitian menyeluruh kepada data yang dikeluarkan mendapati bahawa fakta tersebut adalah betul, tetapi hanya di kalangan kategori negara-negara yang mempunyai populasi 20 juta penduduk ke atas.”

Untuk laporan sepenuhnya, sila akses di sini:
http://klpos.com/klpos/index.php?option=com_content&task=view&id=2257&Itemid=49

Pada 30 Januari 2008, saya menerima sepucuk e-mail mengenai isu yan dihebahkan oleh Abdullah. E-mail itu diberi jodol Rating Yang Digah Oleh Pak Lah Tu Betul Ke Palsu?

Pengirim e-mail tersebut berkata: “I naik jelak tengok Pak Lah dok gah rating Malaysia dalam TV dan newspapares yesterday. Betul ke fakta yang dia dok hebah tu? Dari mana dia dapat maklumat tu? Dari petikan paper yang saya tengok ialah dari "The World Competitiveness Scoreboard". So saya pergilah ke laman tersebut dan semak. Dari mana dia dapat maklumat, kata kita duduk ranking no. 6. Sebab yang saya tengok dari laman tersebut kita duduk no. 23, jatuh 1 tangga dari no. 22 tahun 2006 dengan score point 74.09."

Pengirim berkenan melampirkan dua alamat laman web untuk kita siasat sendiri sama ada kenyataan Abdullah itu benar atau palsu. Alamatnya adalah seperti berikut:

http://www.imd.ch/research/publications/wcy/announcing.cfm
http://www.imd.ch/research/publications/wcy/upload/scoreboard.pdf

Hari ini saya pula terbaca dalam Malaysia Today satu e-mail yang mebawa jodol Pembohongan Pak Lah Dalam World Competitiveness 6th Rank.

Pengirim e-mail itu menegaskan: “setelah saya belek dalam internet, saya telah jumpa satu bukti paling besar! Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berbohong kepada rakyat mengenai kedudukan Malaysia dalam penilaian tahap kecekapan (competitiveness) negara yang didakwa berkedudukan nombor enam di peringkat dunia.”

Kata pengirim e-mail itu lagi: “Perdana Menteri semasa berucap didalam satu program bersama semua Kakitangan Kerajaan beberapa hari yang lalu memetik laporan World Competitiveness Year Book yang dikeluarkan oleh IMD, sebuah institusi pengajian perniagaan terkemuka berpejabat di Switzerland, berkata, dari segi kecekapan Malaysia yang tergolong dalam kategori negara mempunyai lebih 20 juta penduduk menduduki tangga ke 6 mengatasi United Kingdom, Jerman, Thailand, Sepanyol, Jepun, Rusia dan Perancis. "Di atas kita ialah China, Kanada, Amerika Syarikat, India dan Taiwan. "Bukan kita hendak bohong rakyat kerana kalau bohong, tidak lamalah kerajaan yang sedia ada ini lingkup. Jadi, tak usah fikir pasal gagal... kita tiada pilihan melainkan berjaya, berjaya, berjaya," katanya.”

Ee-mail ini boleh dibaca dengan mengakses alamat berikut: http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/2157/46/. Pengirimnya juga membekalkan alamat satu laman web seperti berikut:

http://www.imd.ch/research/publications/wcy/announcing.cfm?bhcp=1 dan menegaskan Malaysia “sebenarnya kita menduduki tangga ke 23.”

Beliau meminta kita klik alamat di atas untk mengetahui kedudukan sebenar Malaysia. Katanya lagi: “bandingkan dengan kenyataan PM, kemudian anda akan tahu pembohongannya.”

Saya pun klik alamat di atas dan mendapati bahawa apa didakwa oleh Anwar, pengirim e-mail kepada saya dan juga pengirim e-mail kepada Malaysia Today adalah benar – ranking Malaysia pada 2007 adalah yang ke-23, merosot daripada tangga ke-22 pada tahun 2006.

Jadi, sapa yang memberikan maklumat palsu? Abdullah? Kenapa? Atau, mungkinkah penasihat Abdullah yang cuba membohongi rakyat jelata dengan anggapan bahawa rakyat mutakhir ini mudah untuk diperbodoh-bodohkan? – Ruhanie Ahmad
Tambahan: Isu di atas juga diulas oleh Blog Ketua Perusuh dengan jodol Bila Abdullah Ahmad Badawi Mula Menipu! Untuk posting sepenuhnya sila akses:

http://ketuaperusuh.wordpress.com/2008/01/29/bila-abdullah-ahmad-badawi-mula-menipu/

2 comments:

mad said said...

sebagai generasi kedua di negara ini, saya merasakan bahawa semua cerita yg datuk kudakepang tulis tu memualkan. inilah yang membuatkan ramai dari kami dah mula menyampah yg teramat-amat sangat dgn PM AAB. pepatah tepuk dada tanya selera dah tak boleh pakai lagi kerana kalau tanya selera kerjanya nak tipu orang, nak kejar kekayaan yang tak tentu halal haramnya. kepada golongan muda tepuk dada tanya dengan akal dan minda kita supaya kita dapat membuat pertimbangan semasa PRU 12 yang akan datang ni.

Hovidpure - Kesihatan Dan Keanggunan said...

Kalau Perdana Menteri pembohong, maka amat besar kebarangkaliannya calun-calun BN yang bakal dinamakan nanti juga daripada kalangan pembohong juga. Kepala pembohong, maka yang dicarinya juga mesti dari kalangan pembohong juga.

Lantaran itu, kepada siapa mesti kita berikan undi kita?

Nak bersihkan UMNO melalui perhimpunan agong UMNO, Tun Mahathir bekas presiden pun tidak mampu, inikan pula ahli biasa.

Cara terbaik ialah, jangan undi calun BN dalam PRU-12 nanti.