Wednesday, February 13, 2008

Parlimen Dibubar

Ini berita terkini yang belum disahkan – PARLIMEN DIBUBARKAN HARI INI, kata beberapa sumber kepada blog ini sebentar tadi.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka mengadakan satu sidang akhbar di JPM sebentar lagi.

Apa pun, dalam hal ini Abdullah telah berjaya memperdayakan semua pihak yang berteka-teki mengenai tarikh pembubaran tersebut. – Ruhanie Ahmad

6 comments:

ibn_nukman said...

Pak Lah PENIPU

Tak layak jadi pemimpin. terang-terang menipu rakyat.

polis veteren said...

paklah buat begini bagi suspend seluruh malaysia.. ader yang marah..ader yang gembira.. tulah surprise paklah.. Paklah memang bijak buat suspend..
pengumuman ni mamcam pembangunan koridor-2..agenda pembangunan terbaru pak lah untuk rakyat malaysia..suspended dgn style admins paklah.. well selamat berkempen.

Kamalkamal said...

Datuk,

Inilah yang dinamakan cakap politik. Kalau boleh semua orang orang mereka nak tipu, maklumlah selama ini sudah banyak penipuan yang dilakukan. Lepas menang PRU ke-12 nanti, kita sama-sama lihat berapa banyak lagi penipuan yang akan dilakukan. Apa susah Datuk, tipu macam mana pun menang juga!!!

jamaluddin said...

Lagi mau tipu. Telah mula menggunakan media utama untuk berkempen.Inikah negera demokrasi ???

dasuki_tmc said...

jaga-jaga! perhatian.
lepas pru12 nanti, harga minyak akan naik 70 sen/liter. jangan marah bila barangan lain akan naik. sama -samalah kita tanggung nanti.
dan bila minyak dah naik nanti jangan salahkan orang lain, sebab tak dapat nak kekalkan harga pun. fikirkan, apa macam kalau harga minyak tak turun pun, jangan naikkan harga pun dah ok.
saudaraku sekalian fikirlah kalau tak turun pun harga minyak, dapat kekal harga yang seia ada pun kira dah cukup. jangan nak naik kan harga munyak = jangan beri kepercayaan pada umno/bn. kira ok lah tu......

kudakepang said...

Saudara Nukman, Veteran, Kamal, Jamaludin & Dasuki, terima kasih.

Inilah hakikatnya bila seseorang insan itu dangkal minda, tidak articulate, meletakkan kepentingan rakyat di peringkat terbawah dan sambil lewa dalam kepimpinan. Inilah "hamba no. 1 negara" yang pada PRU11 menjanjikan Malaysia cemerlang,gemilang, terbilang.

Salam takzim - Ruhanie Ahmad