Thursday, January 31, 2008

Guna PRU Bersihkan Umno: Dr M

A Kadir Jasin

BEKAS Perdana Menteri, Dr Mahahir Mohamad, hari ini menyarankan agar ahli dan penyokong Umno menggunakan pilihan raya umum (PRU) akan datang bagi “membersihkan” parti itu.

Katanya, tiada jalan lain untuk membersihkan parti itu daripada pemimpin yang tidak cekap dan tidak amanah. Dr Mahathir menggunakan istilah Inggeris “cleansing” bagi memperjelaskan apa yang beliau maksudkan.

Ini, tegas beliau, terpaksa dilakukan kerana segala percubaan menegur dan mengubah pemimpin serta dasar parti dari dalam telah digagalkan.

Bercakap kepada sidang akhbar di Putrajaya selepas melancarkan buku “Dr Mahathir’s Selected Letters to World Leaders,” beliau merujuk kepada hasutan serta politik wang yang digunakan bagi menyekat percubaan beliau menjadi perwakilan biasa Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung Umno 2006.

Ditanya apakah beliau bersedia membantu Umno dan Barisan Nasional pada PRU akan datang, Dr Mahathir berkata beliau sedia jika dijemput.

“Tetapi saya akan hanya membantu calon yang bersih dan berwibawa sahaja,” katanya sambil merujuk kepada PRU 2004 apabila BN menghalang beliau daripada berkempen di kawasan-kawasan tertentu.
Untuk posting selanjutnya sila akses: http://www.kadirjasin.blogspot.com/

2 comments:

Hovidpure - Kesihatan Dan Keanggunan said...

Salam Dato'.
Bila bekas Perdana Menteri, Dr Mahahir Mohamad, menyarankan agar ahli dan penyokong Umno menggunakan pilihan raya umum (PRU) akan datang bagi “membersihkan” parti itu. Ini, tegas beliau, terpaksa dilakukan kerana segala percubaan menegur dan mengubah pemimpin serta dasar parti dari dalam telah digagalkan.

Dengan sendirinya membawa maksud ahli UMNO amat perlu untuk dalam PRU-12 ini memberi undi kepada calun daripada parti pembangkang agar peratus undi BN merundum dengan banyak dan nyata. Hanya dengan menafikan kuasa 2/3 BN di Parlimen yang dapat menolak Dato Seri Abdullah Badawi daripada meneruskan hasratnya untuk kekal sebagai PM yang lemah dan bacul. (PM bacul kerna tinduk tanduknya dikawalselia oleh menantunya sendiri).

Sekeras mana dan sekejam mana sekali TDM semasa eranya, beliau tetap akan dikenang sebagai Bapa Pemodenan Malaysia. Selama tempoh 22 tahun pemerintahan TDM, idea dan pembangunan yang dihasilkan beliau amat ketara dan berkesan sekali.

Sudah mencapai 4 tahun era pemerintahan AAD, tiada satu pun kesan pembangunan yang dapat dinikmati oleh rakyat. Baik pembangunan minda, fizikal maupun material semuanya hambar belaka.

Ayuh ahli UMNO semua, terutama di Johore, dalam PRU-12 ini kita pakat undi parti pembangkang sebagai tanda marah rakyat kepada pemimpin yang cuai, culas, malas dan kontang idea.

Kita perlu sesekali menjentik anak untuk membetulkannya.

Anak Perelih said...

saya baru kembali dari Langkawi dan berita terbaru saya dengar dari sana... beberapa minggu lepas, orang orang Burma di Bukit Malut dan Taman Nilam beratur ramai ramai di Bank untuk menerima wang... dan dikatakan wang ini adalah untuk upah menjadi pengundi hantu semasa pilihanraya kelak.. Sebelum ini, tahunn lepas, selepas kebakaran di Bukit Malut, pihak tentera dibawah rejemen 504 wataniah telah membina perumahan disebelah Taman Nilam untuk orang orang Burma ini... dan ianya sekarang sudah siap (saya akan uploadkan gambar rumah ini dalam blog saya) dan sedia untuk diduduki... mungkin selepas pilihanraya kelak. Dengar khabar dari penduduk Langkawi, orang orang Burma ini sudah dihantar ke Kelantan dan Terengganu (mungkin ini dilaporkan oleh Harakah beberapa bulan lepas tentang orang Burma di pejabat Pendaftaran) dan menurut mereka, kebanyakan orang orang Burma ini mempunyai ked pengenal biru beralamatkan di Kelantan dan Terfengganu...

anakperelihblog.blogspot.com