Kepimpinan Abdullah Dan PRU12:
Satu Renungan Buat Rakyat Jelata
Ruhanie Ahmad
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan membubarkan parlimen pada 13 Februari 2008 mengikut kuasanya yang termaktub dalam Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan.
Lantas, majoriti rakyat jelata pun terus memfokus perhatian kepada PRU12 yang boleh dijalankan pada bila-bila masa dalam tempoh 60 hari mulai tarikh pembubarannya.
Hanya segelintir sahaja yang mungkin dibelenggu pertanyaan sama ada setelah pembubaran di atas, Agong wajar melantik satu team kerajaan sementara di bawah pimpinan seorang Perdana Menteri yang juga sementara kuasa-kuasanya.
Hakikatnya sedemikian kerana rakyat Malaysia sudah terbiasa dengan amalan convention di mana Perdana Menteri dan kabinetnya yang berkuasa sebelum parlimen dibubarkan diiktiraf sebagai team yang terus bertanggungjawab mengendalikan negara secara sementara setelah parlimen dibubarkan.
Hakikatnya juga begitu kerana convention yang sama memang jadi amalan di majoriti negara-negara komonwel di serata dunia, melainkan di Bangladesh.
Pada waktu yang sama, Perlembagaan Persekutuan juga tidak mempunyai peruntukan khusus dan jelas mengenai kerajaan sementara dan sekatan-sekatan kuasanya.
Kerajaan Sementara
Rakyat Malaysia juga tidak pernah mempertikaikan status kerajaan sementara di waktu parlimen sudah dibuarkan kerana majoritinya selesa dengan karenah serta perilaku pucuk pimpinan kerajaan yang wujud sebelum pembubaran berkenaan.
Dalam ertikata lainnya, sebelum ini memang sebilangan besar rakyat Malaysia tidak pernah berasa kecewa, tidak pernah berasa resah dan tidak pernah melahirkan kebencian mereka secara terbuka terhadap kerajaan sebelum parlimen dibubarkan.
Mereka bersikap begitu kerana mereka tidak pernah berasa tidak selamat, tidak pernah merasakan maruah dan kedaulatan negara seolah-olah digadaikan kepada kuasa asing, tidak pernah menganggap kehidupan mereka amat dihempet dan dihambat oleh kos sara hidup yang seolah-olah di luar kawalan kerajan.
Majoriti rakyat juga tidak pernah beranggapan bahawa Perdana Menteri mereka tidak efektif, tidak pernah diganggu-gugat oleh kemaharajalelaan kroni-kroni pembesar negara ke tahap yang ekstrem, tidak pernah terfikir yang kerajaan diancam sindrom kredibiliti yang parah, tidak pernah dibingungkan dengan seribu satu kedolak-dalikan, pembohongan, penipuan dan kepura-puraan.
Pendek kata, setelah mengambil kira hakikat bahawa “manusia hanya merancang, tetapi Allah SWT sahaja yang menentukan segala-galanya,” rakyat jelata sebelum era Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memang tetap yakin bahawa kerajan dan kepimpinan negara boleh terus dimandatkan memimpin kerajaan sementara sewaktu parlimen sudah dibubarkan untuk sesuatu PRU.
Era Mahathir
Hakikat dan realiti seperti di atas terutamanya wujud di era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri. Biarpun kepimpinan Mahathir pernah berhadapan dengan seribu satu masalah, ribut dan kegawatan, majoriti rakyat tetap yakin dan selesa bila Mahathir mengepalai kerajaan sementara sewaktu sesuatu PRU dijalankan.
Ini kerana Mahathir berwawasan besar, optimis, melonjak serta mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa, memberikan harapan dan inspirasi yang segar ke arah hari muka yang lebih berwibawa, bahagia dan sejahtera. Kepimpinan Mahathir juga tidak dibayangi pelbagai karenah dan perilaku ekstrem oleh segelintir insan rakus, angkuh dan manipulatif di sekelilingnya.
Memang ada segolongan rakyat yang membidas Mahathir secara melulu sehingga tercetus gelaran “mahafiraun” dan sebagainya. Tetapi, negativism sedemikian rupa mudah sahaja dilunturkan oleh rekod Mahathir yang diiktiraf ramai sebagai cemerlang dan membanggakan.
Biarpun begitu, walau terdapat suatu detik dalam pemerintahannya di mana Mahathir hanya menikmati popularity rating sebanyak 80 peratus, Barisan Nasional (BN) terbukti pernah tewas di peringkat negeri. Sampai hari ini pun Kelantan masih kekal dikuasai oleh PAS sejak 1990.
Berasaskan huraian yang mungkin juga digandingi retorika dan nostalgia seperti di atas, sewajarnyalah kepimpinan Abdullah menginsafi hakikat dan realiti terhadap peluang BN dalam PRU12.
Keajaiban Abdullah
Tetapi, kerana PRU12 pun hanya beberapa hari lagi akan diadakan, apakah keajaiban Abdullah untuk menjamin kecemerlangan BN kali ini serupa dengan prestinya dalam PRU11?
Slogan cemerlang, gemilang, terbilang ciptaan Abdullah kini hanya jadi gurauan rakyat. Retorika Abdullah bahawa “saya hamba no. 1 negara” sudah jadi bahan ketawa. Propaganda puitis bahawa Abdullah adalah Mr. Clean yang hanya mencari “Al-Ghazali dan Al-Shafie” kerana beliau pemimpin yang berpedomankan “rahsia kitab suci” dan berpandukan “sunnah nabi,” sudah jadi amat sukar untuk diyakini.
Saya ahli UMNO dan saya juga pendukung BN. Manusia seperti saya menghuraikan soal-soal di atas bukan kerana membenci BN atau mengkhianati UMNO. Saya jadi begini kerana saya bimbang akan sesuatu bencana yang mungkin tiba.
Berapa ramai lagikah agaknya warga siasah yang pessimis seperti saya? Dalam kebimbangan seperti ini mereka juga dilanda dilemma. Di telan mati emak, diluah mati bapak, begitulah ibaratnya.
Dalam situasi sebegini, apakah ubat kepada dilemma tersebut? Bagaimana jika sebilangan besar warga UMNO dan BN memilih untuk menjadi Jebat Derhaka? Apa kesudahannya jika mereka memilih untuk mengubati kekecewaan mereka yang parah secara emosi dan marah?
Lantaran itu, untuk menyelamatkan keadaan sedemikian rupa, bersalahkah dan berdosakah jika majoriti rakyat menggantungkan harapan agama, bangsa dan negara ini buat sementara waktu, ke pundak Agong dan Raja-Raja Melayu untuk mengkoreksikan segala kepincangan, ketempangan dan kekecewan yang wujud mutakhir ini secara total dan komprehensif? DAULAT TUANKU!

10 comments:
Wahai UMNO yang pernah ku cintai.
Itu dulu, jadi sejarah kini.
Kerana hati ku telah kau lukai
Lantaran kealpaan Abdullah Badawi.
Kerana hati ku telah kau lukai.
Lantaran kealpaan Abdullah Badawi.
Pembangunan negara telah TUN terokai.
Abdullah Badawi hancurkan bersama Khairy.
Pembangunan Negara telah TUN terokai.
Abdullah Badawi hancurkan bersama Khairy.
Kerana gelojohnya tidak terperi.
Khazanah Negara habis dijoli.
Kerana gelojohnya tidak terperi.
Khazanah Negara habis dijoli.
Wahai ahli UMNO sedarlah diri.
Tersilap langkah, kita mati berdiri.
Wahai ahli UMNO sedarlah diri.
Tersilap langkah, kita mati berdiri.
Negara tergadai, maruah dihancuri.
Akibat gelagat si bedebah Khairy.
Negara tergadai, maruah dihancuri.
Akibat gelagat si bedebah Khairy.
Jangan kita buat tak mengerti.
Binasa bangsa kerana Khairy.
Jangan kita buat tak mengerti.
Binasa bangsa kerana Khairy.
Kerana terlalu sayangkan parti.
Khairy kaya raya, kita yang mati.
Kerana terlalu sayangkan parti.
Khairy kaya raya, kita yang mati.
Bukan aku inginkan simpati.
Cuma pilu apa yang terjadi.
Bukan aku inginkan simpati.
Cuma pilu apa yang terjadi
Esok lusa mungkin aku kan mati
Nasib bangsa ku masih belum pasti.
Esok lusa mungkin aku kan mati
Nasib bangsa ku masih belum pasti.
Kecewa hati ku tidak terperi.
Tanahair ku susut hari demi hari.
Kecewa hati ku tidak terperi.
Tanahair ku susut hari demi hari.
Ayuh Melayu, ku susun sepuluh jari
Kepada UMNO undi JANGAN diberi.
Ayuh Melayu, ku susun sepuluh jari
Kepada UMNO undi JANGAN diberi.
Perjuangan parti telah dicemari.
Akibat kerakusan keluarga Abdullah Badawi.
Perjuangan parti telah dicemari.
Akibat kerakusan keluarga Abdullah Badawi.
Hey Dollah Badawi……. Kalau ku ikutkan hati.
Nak ku rejam kau sampai mati.
Hey Dollah Badawi……. Kalau ku ikutkan hati.
Nak ku rejam kau sampai mati.
Maafkan daku pembaca yang ku hormati
Inilah luahan nurani Sofi.
Sofi - Anak Johor di perantauan.
Datuk,
Pada pengamatan saya, kerajaan sementara tidak akan diwujudkan. Kerajaan yang memerintah akan meneruskan pemerintahan sebagaimana tradisi sebelum ini.
Berdasarkan pengalaman dan situasi semasa beberapa bulan kebelakangan ini, saya lihat bahawa masih ramai ahli UMNO yang masih menyokong barisan kepimpinan hari ini, hanya sebahagian kecil sahaja yang menyuarakan kekecewaan terhadap kepimpinan sedia ada.
Datuk,
Bagi saya sekira pendekatan " Jebat Derhaka" perlu dilakukan, sekarang inilah masanya. Cuma jangan sampai kita dilabel sebagai mensabotaj pihak lain sudahlah. Apa yang penting biarlah tindakan kita itu ikhlas. Terjemahankan keikhlasan kita diatas kertas undi nanti. Walaupun satu undi namun ianya cukup bermakna dalam menentukan kemenangan ataupun kekalahan.
Kekurangan kerusi pembangkang di Parlimen akan mengundang padah kepada rakyat. Rakyat mudah dibuli dan ditipu dalam pelbagai bentuk. Apakah kita masih rela ditipu sepanjang masa!!!
Assalamualaikum Datuk
Saya sentiasa mengikuti tulisan Datuk. Jutaan terima kasih kepada Datuk yang telah memaklumkan dan mengupas sebegitu banyak isu dalam dan luar negara. Saya kini berusia 53 thn. Secara jujur saya katakan bahwa buat pertama kali saya menghadapi dilemma untuk mengundi parti yang telah puluhan tahun saya sokong. Kesetiaan saya tetap 1000% walaupun parti menghadapi saat saat genting perpecahan Team A/B dan 'mata lebam'. Tapi kali ini saya sangat kecewa kerana pada pandangan saya perjuangannya telah jauh terkeluar dari landasan dan sudah semakin tidak peka dengan aspirasi rakyat biasa macam saya ini. Parti yang saya sokong sudah tidak mempunyai keupayaan untuk membersihkan diri. Saya terpaksa akur dengan seruan TDM supaya kita kali ini mengundi dengan 'bijak' walaupun pahit.
myi, bangi
orang melayu Islam perlu faham apa itu politik, apa itu parti dan apa itu kerajaan ..jangan main pukat harimau aja ..semua sapu ...
kena faham fikh aulawiyat (keutamaan) dan fikh daruriyat (kemudaratan) ..
dalam pemilihan calon, perlu faham keutamaan calon menurut syarak, manakala bila menolak seseorang calon juga, perlu jelas kemudaratan yang perlu dijauhi..
sebagai contoh, calon suatu kerusi itu adalah Nik Aziz Vs Ali Rustam, perlu diambilkira calon yang perlu diutamakan menurut syarak.
manakala jika suatu kerusi yang bertanding adalah Samy Velu Vs Tian Chua, maka perlulah diundi calon yang kurang mudaratnya kepada Islam ..
yang penting , kena ingat kita akan dipertanggungjawabkan oleh ALlah atas apa juga yang dibuat.
Salam Datuk,
Apa kata kita ramai2 kata "pade doh BN" dan beri peluang kpd BA..lima tahun kita nilai BA.
Salam datuk,
saya generasi muda yang masih seusia jagong akan menjadi pengundi yang bijak dan betul dalam membuat pemilihan parti..parti yang bersih lagid iredhai dan disukai ramai..nikmat untuk jangka masa panjang.
Saya bukan ahli UMNO (permohonan kena rejek), tapi saya undi UMNO dah 2 PRU. Tahun ni tengok dulu parti mana akan lawan calun UMNO. Kalau PKR, saya tak keluar mengundi, kalau PAS saya undi PAS. Undi saya bukan untuk BA menang tapi undi protes. Saya tak sokong BA tapi bagi saya hanya PAS yang boleh saya terima sebagai alternatif kepada UMNO.
Senang cerita. Dah buat keputusan dari tahun lepas lagi. Kempen-kempen semua dah tak guna.
yang saya tahu mungkin ada petunjuk atau hidayah Allah bila Myi menyatakan secara jujur terhadap pemimpin yang menerajui kerajaan umno/bn. sebab itu Allah menyuruh hambanya, manusia supaya berfikir dengan waras yang berpandukan Al-Quran dan Hadis Nabi. baru boleh nampak yang mana buruk dan yang mana baik.
Tapi bila orang itu tidak mahu fikir apa yang orang lain kata dan sampaikan perkara yang baik, maka yang rugi ialah diri sendiri. bukan orang lain.
pemimpin perlu ditegur bilamana berlaku kesilapan dan kealpaan, jadi Nabi Muhammad pun pernah di tegur oleh para sahabat walaupun Nabi Muhammad itu dilindungi oleh Allah dan Para Malaikat khusus Malaikat Jibrail.bila mana jika pemimpin itu ditegur lalu ia melenting, maka ada sifat yang buruk berada dalam hati pemimpin tersebut.
Sebelum terlambat itu lebih baik kita buat pendirian tetap dan kukuh dalam memelihara IMAN DAN AMAL SOLEH sebelum nyawa kita diambil Malaikat Izrael alaihissalam.
PRU12 ini, fikirkan, kalau umno/bn dapat kekalkan perintahan maka HARGA MINYAK PETROL AKAN NAIK 50 SEN ATAU 70 SEN DAN MENGAKIBATKAN BARANGAN HARIAN LAIN AKAN TURUT NAIK HARGA.
TAPI BILA BN/UMNO TAK DAPAT KEKAL KUASANYA, JIKA HARGA MINYAK TIDAK DITURUNKAN, ADALAH LEBIH BAIK DAPAT KEKALKAN HARGA YANG SEDIA ADA, ITU ADALAH LEBIH BAIK JIKA HARGA MINYAK ITU DINAIKKAN.
fikir secara waras lagi beriman dihati.
Hovidpure (sofi), Kamal, Myi, Sniper, Seripekan, Teamba, Inmine & Dasuki:
Terima kasih. Maaf kerana kali ini saya tak termampu untuk respons kepada komen anda secara satu per satu.
Secara umum, PRU12 adalah kritikal kepada orang Melayu khususnya. Yang dalam dilemma, kita. Yang seolah-olah dipingirkan oleh kerajaan, kita. Yang selama ini jadi sumber kekuatan BN, kita. Yang sentiasa taat dan lurus macam bentul selama ini, majoritinya juga kita.
Lantaran itu, kita (orang Melayu) yang amat menahan derita dan kekecewaan daripada perilaku Abdullah & co. Tapi, dalam lebih 1400 hari beliau berkuasa, beliau enggan menerima teguran kita, waima dari orang kita yang lebih senoirs dan berpengalaman daripada beliau.
Hari ini, kita yang diminta kasih dan sayangnya serta sokongan dan dukungannya. Jadi macam mana? Sepatah kata Kamal, mungkin inilah waktunya kita jadi jebat? Sepatah kata seorang commentor dalam kk, ramai diantara kita yang sudah buat keputusan memprotes sejak dua tahun yang lalu.Tetapi, biarpun kita yang terhempt dan dihambat dilema, tiba-tiba orang lain yang seolah-olah ditatang bagaikan minyak yang penuh!!
Hovid@Sofi,kirimkan terus pantun atau apa pun ke kk. Sampai waktunya akan saya siarkan ke muka depan.
IKLAN: Kunjungilah warung-buku.blogspot.com untuk buku-buku saya dan maisuara.blogspot.com untuk laman berita.
Selamat mengundi dengan bijaksana dan ingatlah bahawa adakalanya kita terpaksa bertindak menyongsong arus untuk membuktikan kebenaran!
Salam takzim: Ruhanie Ahmad
Datuk,
Memang ramai ahli UMNO yang kecewa dengan kepimpinan UMNO sekarang.UMNO tidak lagi menjaga kepentingan orang Melayu, sebaliknya menjaga kepentingan segelintir pemimpin UMNO sahaja. Pemimpin UMNO juga menjadikan UMNO seolah olah hak keluarga mereka dimana kedudukan dalam parti diwarisi oleh anak2 dan kaum keluarga mereka. Saya juga macam ramai lagi ahli UMNO diluar sana yang sayangkan UMNO tapi kecewa dengan kepimpinan sekarang yang begitu mudah di manipulasi oleh bangsa lain.Pemimpin UMNO sekarang sanggup membelakangkan kepentingan Melayu semata mata untuk menjaga kepentingan mereka sendiri. Apa alternatif yang kita ada sekarang?? PAS tak mungkin dapat membentuk kerajaan tanpa bantuan DAP dan PKR.Tak mungkin DAP dan PKR dapat berkongsi ideologi dengan PAS. DAP memang anti melayu sejak dulu lagi, orang Melayu akan lebih jauh terpinggir kalau DAP dapat berkongsi pemerintahan. PKR pada saya memang parti caca merba, di dokong oleh mereka yang kecewa dalam perjuangan politik mereka dan tak akan dapat menjaga kepentingan orang Melayu. UMNO yang mewakili orang Melayu/Bumiputra pun tak berjaya menjaga kepentingan mereka apa lagi PKR. Saya memang serba salah sekarang...kalau betul org Melayu /UMNO kecewa sebab PM/Khairy maka pengundi di Kepala Batas dan kawasan dimana Khairy bertanding patut menolak mereka tapi patut mengundi UMNO ditempat lain....saya tak yakin pakatan PAS/DAP/PKR dpt memerintah dengan baik..
Orang baru
Post a Comment