Thursday, February 07, 2008

Realiti Kerajaan Sementara
Sesudah Parlimen Dibubar

Kesedaran undang-undang di kalangan rakyat Malaysia kian meningkat dan semakin canggih. Lantaran itulah ura-ura PRU12 dalam tempoh terdekat mencetuskan pelbagai persoalan membabitkan peruntukan perlembagaan dan kuasa-kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Persoalan yang paling dimusykili ramai adalah mengenai kuasa-kuasa Agong berkaitan pembubaran parlimen dan pembentukan kerajaan sementara dalam tempoh sesuatu PRU dijalankan.

Contohnya, Kim Quek, menerusi artikelnya dalam Malaysia Today, 28 Januari 2008, bertanyakan soalan Can the Agong withhold consent to the dissolution of Parliament?. Atau, bolehkah Agong tidak memberikan perkenannya kepada pembubaran Parlimen?

Kim Quek menghuraikan soal ini menerusi penghujjahannya terhadap Perkara 40 Perlembagaan Malaysia. Katanya, selama ini memang wujud popular belief atau keyakinan ramai bahawa Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan tarikh pembubaran parlimen. Tetapi, katanya lagi, persoalan ini tidak mempunyai constitutional basis atau tidak mempunyai asas-asasnya dalam Perlembagaan Malaysia.

Penghujjahan Kim Quek selanjutnya boleh diakses menerusi http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/1929/46/.

Bekas pensyarah saya, Shad Saleem Faruqi, pula menulis dalam akhbar the Star bahawa “convention rules during dissolution”.

Antaranya, Shad Faruqi, pensyarah di UiTM, menulis bahawa sebaik sahaja Parlimen dibubarkan, kita akan berhadpan dengan satu isu Perlembagaan yang menarik. Isunya adalah: what is the legal basis for a government that dissolves parliament to remain in power during the run-up to the election?, atau apakah asas undang-undang yang membolehkan kerajaan yang membubarkan parlimen untuk terus berkuasa sewaktu proses pilihan raya dijalankan?

Seterusnya, beliau menghuraikan bahawa Perlembagaan Malaysia tidak memaktubkan panduan yang jelas mengenai sama ada sebaik sahaja Parlimen dibuarkan, Agong diperlukan melantik Perdana Menteri sementara dan anggota kabinetnya dengan secara rasmi.

Untuk membaca penghujjahan Shad Faruqi selanjutnya sila akses: http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/2409/1/

Wartawan Utusan Malaysia, Zulkifli Jalil, pula menulis pada 7 Februari 2008, mengenai kuasa kerajaan sementara. Katanya, pada tahun 1970-an, sifat dan elemen kerajaan sementara telah dipersoalkan oleh satu pihak di mahkamah.

Ketika itu, tindakan Tengku Razaleigh Hamzah selaku seorang menteri, dipersoalkan kerana mengumumkan satu bantuan untuk rakyat semasa Parlimen telah dibubarkan untuk menghadapi PRU. Mahkamah memutuskan, kerajaan sementara berhak memberikan bantuan kepada rakyat semasa tempoh Parlimen bubar asalkan ia tidak melibatkan kepentingan peribadi calon pilihan raya.

“Dengan ini juga bermakna semua menteri dan timbalan menteri semasa tempoh kerajaan sementara masih boleh menggunakan peruntukan untuk rakyat.”

Zulkifli memetik pendapat Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang disifatkan sebagai pakar Perlembagaan Persekutuan. Menurut Rais, kerajaan sementara tetap berfungsi dan mentadbir negara mengikut lunas-lunas Perlembagaan. Namun begitu, ini bukan bermakna kerajaan sebelumnya tidak berkuasa. Cuma, yang lupus hanyalah amalan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Rais juga dipetik sebagai berkata bahawa satu lagi aspek kerajaan sementara ialah ia membawa pengertian mengambil alih kerja-kerja pentadbiran. Ia selaras dengan amalan berkerajaan dunia dan Komanwel semasa Parlimen dibubarkan sehingga Dewan Parlimen baru diwujudkan semula, maka kerajaan sementara itu hendaklah secara berhati-hati menjalankan tugasnya.

Rais bagaimanapun mengakui, Perlembagaan Malaysia tidak memperuntukkan kewujudan sifat kerajaan sementara. Ini kerana ia merupakan satu Konvensyen Berparlimen yang telah menjadi amalan dan adat negara-negara di dunia.

Untuk membaca artikel Zulkifli sepenuhnya sila akses: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0207&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

Demikianlah aspek-aspek Perlembagaan Malaysia mengenai kuasa-kuasa Agong dalam konteks pembubaran parlimen dan kerajaan sementara. Ini bermakna, kewujudan kerajaan sementara, termasuk soal siapakah yang wajar atau layak menjadi Perdana Menteri dan jemaah menterinya dalam tempoh PRU dijalankan, sebenarnya ditentukan oleh kuasa mutlak Agong.

Rakyat jelata wajar menginsafi serta memahami hakikat ini kerana demikianlah realitinya yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia! - Ruhanie Ahmad

7 comments:

politica said...

Kuasa Mutlak Agong Atasi Kepincangan Abdullah?

Setelah baca posting Datuk Ron terbaru, tulisan Kim Quek dalam Malaysia Today, pendapat Shah Faruqi dalam The Star dan artikel Zulkifli Jalil dalam Utusan Malaysia, saya buat rumusan untuk renungan kita semua seperti berikut:

Setelah Parlimen dibubarkan tak lama lagi, Agong boleh selamatkan rakyat Malaysia dari kekecewaan mereka terdahap Abdullah Badawi selama ini.

Saya berpendapat begitu kerana Agong mempunyai kuasa mutlak dalam Perlembagaan untuk tidak melantik Abdullah sebagai PM dalam kerajan sementara.

Agong juga punya kuasa lantik menteri-menteri baru untuk kendalikan negara sewaktu Abdullah dan lain-lainnya bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-12.

Dengan cara ini, pilihan raya boleh dijalankan tanpa Abdullah atau lain-lainnya bertindak sebagai pemimpin dalam kerajaan sementara.

Agong juga boleh pilih untuk tangguh pilihan raya kalau mahu wujudkan sistem pilihan raya yang telus dan adil macam dituntut oleh sebilangan besar rakyat pada hari ini.

Saya juga berpendapat, kuasa-kuasa mutlak Agong ini akan jadi jalan keluar paling berkesan untuk menyingkirkan Abdullah yang selama ini dikatakan dimanipulasikan oleh menantunya sampai pemerintahannya amat lemah dan negara ini seolah-olah kucar-kacir.

Ini juga jalan keluar terbaik untuk mengatasi seluruh kepincangan yang wujud di zaman pemerintahan Abdullah selama empat tahun lalu.

Soalnya sekarang sama ada Agong akan gunakan kuasa-kuasa mutlaknya atau ikut sahaja konvensyen yang diamalkan selama ini?

Soalnya juga, berapa ramaikah rakyat Malaysia akan merestui Agong melaksanakan kuasa-kuasa mutlaknya dalam Perlembagan mengenai perlantikan PM dan menteri-menteri bagi kerajaan sementara itu?

[http://politica-net.blogspot.com]

putera bentan said...

Semua points dalam posting ini benar. Tapi, mahukah Agong gunakan kuasa mutlaknya dalam Perlembagaan? Mahukah Baginda lantik orang lain jadi PM kerajaan sementara? Ini hak mutlak Baginda. Kalau dilaksanakan, maknanya kita ketepikan amalan konvensyen sebelum ini.. Saya harap Agong gunakan kuasa mutlak ini. Jika tidak, Abdullah dan Khairy boleh putarbelitkan pilihan raya untuk kepentingan diri.

Hovidpure - Kesihatan Dan Keanggunan said...

Dicadangkan agar sebaik Dewan Rakyat dibubarkan, Bersih bersama rakyat terbanyak serta pakar undang-undang dan perlembagaan sekali lagi berarak ke Istana Negara mengadap Baginda bagi mencadangkan hasrat rakyat agar Agong dapat melantik kerajaan sementara dan memastikan pilihanraya ke-12 dapat berjalan dengan telus dan adil.

nakhoda said...

Tulisan Datuk, hujah Kim Quek dan penjelasan Shad bikin saya lebih jelas. Kalau gitu, SPR kena tanggungjawab kepada kerajaan sementara waktu jalankan PRU. Dollah dan Khairy tak boleh buat apa-apa. Kita semua harap Agong tak lantik Dollah jadi PM kerajaan sementara. Ini baru adil namanya…..

azam said...

Saya sokong Agong gunakan kuasa mutlak Perlembagaan lantik orang baru jadi PM sementara waktu pilihan raya. Saya yakin ramai rakyat sokong langkah ini.

Shifu67 said...

Kuasa Mutlak Agong Atasi Kepincangan Abdullah?

Setelah baca posting Datuk Ron terbaru, tulisan Kim Quek dalam Malaysia Today, pendapat Shah Faruqi dalam The Star dan artikel Zulkifli Jalil dalam Utusan Malaysia, saya buat rumusan untuk renungan kita semua seperti berikut:
Setelah Parlimen dibubarkan tak lama lagi, Agong boleh selamatkan rakyat Malaysia dari kekecewaan mereka terdahap Abdullah Badawi selama ini.

Saya berpendapat begitu kerana Agong mempunyai kuasa mutlak dalam Perlembagaan untuk tidak melantik Abdullah sebagai PM dalam kerajan sementara.

Agong juga punya kuasa lantik menteri-menteri baru untuk kendalikan negara sewaktu Abdullah dan lain-lainnya bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-12.

>>Abe Li kata isu di atas terlalu berat dan tak rok nak pikul. Tak dok berat mano la abe Li... nampak jah payoh kerana bahasanya sengaja dipayahkan supaya sesuai dgn taraf org yang berkecek tu! Yang nampak payah tu kalau kita nak katanya payah.... cuba fikirkan secara mudah
..................

Setelah Parlimen dibubarkan tak lama lagi, Agong boleh selamatkan rakyat Malaysia dari kekecewaan mereka terdahap Abdullah Badawi selama ini......

SIAPA 'RAKYAT MALAYSIA' YANG 'KECEWA' TERHADAP PAK LAH SELAMA INI?
Yang paling nyata... 'Rakyat Malaysia' yang kecewa dgn Pak Lah tentunya Pembangkang. Soalnya... bila masa pembangkang berpuas hati dgn Pak Lah, malahan semasa Tun Mahathir dulu pun pembangkang 'Kecewa' dan mereka akan tetap terus KECEWAAAA, tak kiralah siapa pun yg jadi PM!

........................

Saya berpendapat begitu kerana Agong mempunyai kuasa mutlak dalam Perlembagaan untuk tidak melantik Abdullah sebagai PM dalam kerajan sementara......

DEMO NAK SURUH AGONG LANTIK SIAPA SEBAGAI PM DALAM KERAJAAN SEMENTARA?
Siapa calon PM Kerajaan Sementara?.... Haji Hadi? Lim Kit Siang? Anwar Ibrahim?
Amboiiii... mudahnyo, kemaruk sangat nampaknya puok-puok ni nak jadi PM. Tak leh jadi PM sengoti, jadi PM sementara pun jadilahhh! Kalau pun begitu kuasa mutlak Agong... maka tidak salah juga jika Agong melantik Pak Lah sebagai PM dalam kerajaan sementara itu. Maka tidak salah jika ayat di atas di tukar begini "Saya berpendapat begitu kerana Agong mempunyai kuasa mutlak dalam Perlembagaan untuk melantik Abdullah sebagai PM dalam kerajan sementara. (buang perkataan tidak) Dan akhirnya pembangkang akan tetap KECEWAAA!

..................

Agong juga punya kuasa lantik menteri-menteri baru untuk kendalikan negara sewaktu Abdullah dan lain-lainnya bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-12.

NAK SURUH AGONG LANTIK SIAPA JADI MENTERI-MENTERI DALAM KERAJAAN SEMNETARA?
Siapa calon-calon Menteri kerajaan sementara tu? Nasaruddin? Mahfuz? Mat Sabu? Husam? Wan Azizah?.... Ulasan saya sama seperti di atas dan Pembangkang terus KECEWAAAAA!

spycatcher03 said...

Datuk, appendded below is my comment on RPK's article for your perusal since I have not subscribe to MT:
(Quote)May I refer to your article entitled “Sultan Zulhasnan , RM700 million man” you posted in your website. I’m just an ordinary UMNO member and feel duty-bound to comment on your article.

I view your article with contempt as I strongly feel that you are being imposed by someone else to come out with such article. I dare say this because it is not normal for you to carry unsubstantiated allegations against the people in the corridors of power! You are just trying to throw the spanner in to the wheel and hope to destroy whom you targeted.

To be fair to DS Zulhasnan Rafique, he was involved in business soon after he retired from RMAF in 1985. He was picked to stand for election in 1999 under BN. As you can see, he really prepared himself before entering politic !! To accuse him of amessing his wealth when he became Deputy Minister and Minister is rather unfair.

I’m very sure YM Tengku, whoever is your deep throat, must have ulterior motives especially as the impending GE 12 is drawing nearer. From Your article I could smell the persons involved in influencing you to embark attack on DS Zulhasnan. If my hunch is right, the coining of the ward Sultan Zulhasnan have given away the identity (ies) of those behind the allegations. I would like to remind them that you should not throw stone at others if you too are living in a glass house. They should remember that their days are already numbered and you and I know how gullible they are in squandering rakyat's money and many interested people are watching them very closely!!!

I’m an ardent follower of your blog and everyday I make sure I browse it thrice!! However YM Tengku, it really surprise me when you use the word Sultan prefixing the name of a commoner, which I feel is tantamount to showing disrespect to the royal institution in which you are a part of it!!!

Anyway , all the best to you YM Tengku , I will still be your regular visitor!!!(unquote)