BLOG KUDAKEPANG
TERIMA 1 JUTA HITS
Hari ini blog kudakepang berusia satu tahun enam bulan. Tetap pada jam 5.30 petang, pada hari ini juga, 9 Februari 2008, hits blog kudakepang mencecah satu juta. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh pengunjung yang terus mengikuti cetusan minda saya menerusi blog ini.
Sempena pencapaian hits yang ke satu juta ini saya sedang menyiapkan sebuah buku berjodol Bloggers: Kawan Atau Lawan. Buku ini mengisahkan pengalaman saya sebagai blogger sosio-politik, penemuan saya mengenai pentingnya blog sebagai saluran komunikasi rakyat yang murah lagi berkesan, masa depan blogs kepada propaganda dan sosialisasi politik masyarakat, dan gagasan minda saya tentang cara-cara meningkatkan akauntabiliti bloggers dalam konteks demokrasi siber di Malaysia.
Insya Allah, buku ini akan saya terbitkan dalam tempoh dua bulan dari sekarang. Sementara itu, terimalah saya dengan segala kekurangan saya selama ini. Dan, berilah teguran membina jika difikirkan wajar. Terima kasih. – Ruhanie Ahmad
TERIMA 1 JUTA HITS
Hari ini blog kudakepang berusia satu tahun enam bulan. Tetap pada jam 5.30 petang, pada hari ini juga, 9 Februari 2008, hits blog kudakepang mencecah satu juta. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh pengunjung yang terus mengikuti cetusan minda saya menerusi blog ini.
Sempena pencapaian hits yang ke satu juta ini saya sedang menyiapkan sebuah buku berjodol Bloggers: Kawan Atau Lawan. Buku ini mengisahkan pengalaman saya sebagai blogger sosio-politik, penemuan saya mengenai pentingnya blog sebagai saluran komunikasi rakyat yang murah lagi berkesan, masa depan blogs kepada propaganda dan sosialisasi politik masyarakat, dan gagasan minda saya tentang cara-cara meningkatkan akauntabiliti bloggers dalam konteks demokrasi siber di Malaysia.
Insya Allah, buku ini akan saya terbitkan dalam tempoh dua bulan dari sekarang. Sementara itu, terimalah saya dengan segala kekurangan saya selama ini. Dan, berilah teguran membina jika difikirkan wajar. Terima kasih. – Ruhanie Ahmad
15 comments:
Orang kata bloggers syok sendiri. Saya kata tidak. Dari masa ke semasa, blogs akan mempunyai identiti dan nilainya yang tersebdiri. Ini termasuk nilai commercial yang akan diberikan oleh para pengiklan. Masa depan blogs adalah cerah. Tapi, cuma jauhari sahaja yang mengenal maknikam. Orang macam Zam Maidin pasti tak setuju dengan saya. Kita lihat dan tunggu, siapa cerdik dan siapa goblok!!!!!!
Tahniah kerana dapat melangkah keusia 18 bulan. Semoga penulisan padat dan komen membina akan terus menjadi intipati dalam blog Kuda Kepang. Salam dan tahniah sekali lagi Dato'.
Tahniah datuk... semuga datuk terus menulis. cuma saya rasa berita dari Sabah dan Sarawak kurang atau mungkin tiada langsung. Diharap datuk dapat menulis berita dari kedua-dua negeri tersebut. Rasanya tidak ada masalah.Kepada tok zam maidin, relaxlah... kalau rasa betul, apa nak takut. Kalau tak betul itu yang buat tok zam takut dan mengelabah. Sebagai rakyat kami bukannya bodoh dan bangang untuk disodorkan dengan berita-berita tak betul baik di tv atau di akhbar harian. wasallam.
Taniah kudakepang. Saya harap Datuk cepatkan penerbitan buku tu biar jadi iktibar kepada pemerintah yang sentiasa pandang serong kepada bloggers sosio-politik. Saya yakin buku Datuk akan jadi bahan kajian para ilmuan dan pelajar jurusan komunikasi dan kewartawanan.
Syabas dan tahniah. Teruskan misi perjuangan Datuk menerusi blog. Saya percaya sejarah akan menilai perjuangan bloggers dalam membentuk demokrasi siber di Malaysia.
Tahniah Datuk semoga rakyat malaysia terus mendapat berita/liputan yang tidak berat sebelah
...tahniah...
Di bawah ini adalah e-mail daripada NAZA:
Aslkm Datuk,
Tahniah.
Semoga Blog Kudakepang akan terus dipacu dan memacu minda masyrakat untuk membetulkan situasi terkini negara yang semakin sempang peranang. Baik sudut ekonomi, sosial dan politik.
Saya doakan Datuk akan terus berjaya. Ketahuilah Datuk, 1 juta hits bermakna 1 juta harapan yang perlu Datuk galas.
Sama-sama kita.
Wasasalam.
Naza
09/02/08
Johor Bahru
Datuk,
Tahniah, kerana Kudakepang telah berjaya membawa isu-isu semasa dengan kupasan yang begitu baik. Ianya juga dapat menambah serta berkongsi maklumat terutama yang sering diputar belitkan oleh media arus perdana.
Mungkin Datuk Zam Mydin akan terus dipilih menjadi Ahli Parlimen walaupun mungkin berubah kawasan.
Tahniah Datuk, teruskan usaha yang murni ini.
tahniah tuan
entah bila agaknya saya nak capai hits sebanyak tu
anyway...keep up the good post
tahniah datuk
industri bloggers ni makin berkembang nampaknya
sesape jer boleh buat kan
jadi mintak lah PakLah buat blog sendiri untuk jawab tuduhan orang...tak payah ler nak upah penulis profesional
Pak Lah...ada berani ka
Tahniah Datuk, nampaknya pelawat2 telah mulai sedar bahawa Datuk masih menyayangi UMNO dan hanya mengkritik dengan niat memperbetulkan perjalanan parti itu sahaja. Datuk mempunyai falasafah bahawa kita boleh menegur pemimpin tetapi tidak boleh membelakangi parti . Justeru itu kian hari dapat dilihat pertambahan pelawat ke blog Datuk. Syabas!! Your blog now becomes popular among the UMNO members, because they consider your postings are worth reading!!
Tahniah Dato'. Setahun sahaja blog kuda-kepang sudah dilihat 1 juta pengunjung. Menakjubkan. Ini bukti zahir betapa rakyat masih percaya dan yakin dengan para blogger yang beretika. Tidak ramai yang mahu menyerlahkan identiti blogger mereka, namun Dato' sudah terserlah. Di luar sana lebih banyak blogger yang tidak "bernama betul" tetapi Dato' menunjukkan keberanian itu. Insyaalah, perjuangan kita blogger-blogger akan dimanfaatkan rakyat. Sekalipun, Khairy sedang ligat mencungkil blogger-blogger Umno dari spesis anak Badawi tetapi ia masih perancangan rapuh. Kita bersedia dan Dato' mulakan langkah menggempur kepincangan, ketempangan dan ketidakadilan secara konsisten. Sejauh mana, Khairy mampu menggigit kita para blogger sekalian? Takbir!
Blogger
Sanggahtoksago.Com
http://sanggahtoksago.blogspot.com/
Azam, Sofi, Syakas, Putera, Nakhoda, Adet, Jay, Naza, Kamal, Myson, Annon, Blow(?) & Tarmizi, jutaam terima kasih atas sokongan anda.
Saya harap kita semua jadi komuniti bloggers yang mempunyai misi perjuangan masing-masing demi agama, bangsa dan negara tercinta.
Insya Allah saya akan terbitkan buku saya tidak lama lagi. Apa pun, sama-samalah kita dukung misi nasional kita iaitu memastikan negara ini diperintah secara cekap, efektif, bermaruah, telus, ikhlas dan demi menurut jalan yang lurus!!!
Salam takzim - Ruhanie Ahmad
kalau bloggers ini asik membodik kerajaan dah tentu x ada sambutan,saya ucapkan thniah kepada Dato
Post a Comment