Thursday, February 14, 2008

Terkini:
Pencalonan 24 Februari 2008
Pengundian Sabtu 8 Mac 2008

Ini maklumat terkini yang masih belum disahkan – hari penamaan calon bagi PRU12 dijangka pada Ahad 24 Februari 2008 (12 hari dari tarikh pembubaran parlimen), sementara pembuangan undi pada Sabtu 8 Mac 2008 (14 hari dari hari penamaan calon).

Tempoh ini agak panjang (25 hari dari tarikh pembubaran parlimen hingga ke hari membuang undi) berbanding PRU11. Pastinya ini akan menjadikan PRU12 lebih menarik, mendebarkan dan mencapekkan semua pihak. – Ruhanie Ahmad

2 comments:

zeme said...

Salam Datuk,

Tarikh penamaan dan pembuangan undi pilihanraya umum ke-12 ini telah disahkan oleh SPR. Agak tertarik angka 8 menjadi tarikh pilihan. Mungkin 8.3.2008 dilihat angka yang memberi makna, mengharap tuah 'ong'. Yang pasti pilihanraya kali ini bakal menyaksikan siapa yang bertuah atau sebaliknya.

kudakepang said...

Zeme, terima kasih. Gunakanlah kuasa demokrasi anda dengan penuh bijaksana.

Salam takzim
Ruhanie