Friday, February 15, 2008

Abdullah Mengadap DYMM Sultan Johor:
Bakal MB Baru Seorang Veteran UMNO

[maisuara.blogspot.com]

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini tergesa-gesa terbang ke Johor Bahru untuk mengadap DYMM Sultan Johor, Sultan Iskandar, di Istana Bukit Serena, dipercayai untuk membereskan soal pencalonan bakal MB Johor selepas PRU12. Demikian sumber-sumber ibu pejabat UMNO Malaysia memberitahu Suara tengahari tadi.

Sebelum itu, Abdullah mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN dan kemudiannya mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur.

Sumber-sumber di Johor Bahru pula memberitahu Suara, Abdullah diperkenan mengadap DYMM Sultan Iskandar lebih kurang satu jam mulai 3.30 petang. Kemudiannya beliau terus terbang pulang ke Kuala Lumpur.

Adalah tidak diketahui sama ada MB Johor, Datuk Haji Abdul Ghani Othman, yang tidak menghadiri mesyuarat MT UMNO di Kuala Lumpur, turut terlibat dalam pertemuan berkenaan.

Bernama pula melaporkan Ghani memang tidak turut serta dalam rombongan Abdullah menghadap Sultan Iskandar. Kata laporan itu lagi, ini menguatkan ura-ura bahawa pertemuan itu ada kaitan dengan kedudukan Ghani.

Ketika ini, beberapa nama disebut-sebut sebagai bakal MB Johor selepas PRU12. Ini termasuklah Datuk Seri Khalid Nordin, Exco Kanan Haji Ahmad Zahri Jamil dan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamad Rahmat.

Sumber-sumber di Johor Bahru bagaimanapun menyatakan, kemungkinan nama-nama di atas diperkenankan menduduki kerusi MB Johor adalah amat tipis. Kata mereka, DYMM lebih lebih cenderung melilih seorang pemimpin veteran UMNO Johor untuk jawatan tersebut.

Siapakah beliau? Warga politik Johor yang masih ingat bagaimana bercelarunya keadaan pertukaran kerusi DUN dan Parlimen di saat-saat akhir dalam PRU11, di mana Khalid Nordin yang dijangka bertanding DUN terpaksa berhijrah ke Parlimen Pasir Gudang, pastinya ingat akan Datuk Ali Hassan, yang kini Speaker DUN Johor. Mungkinkah beliau calon MB yang direstui DYMM Sultan? Kita tunggu dan lihat! - Suara Eksklusif

5 comments:

Firdaus Omar said...

Dato' Haji Baderi Dasuki will be the new MB.

Firdaus Omar said...

By the way. Dato' Nik Aziz will pave the way for Husam Musa to be the next MB of Kelantan. No way BN will win there. He he.

msmuri said...

Salam datuk kk...

Hidup Johor, moga pemimpinnya terus sejahtera dan aman damai walaupun rakyatnya terus menderita.
Janganlah digadaikan maruah kita kepada jiran sebelah hendaknya.
Diharap jika jadi kenyataan dapat MB baru, masalah seperti banjir, dapat diatasi. tak gunalah Johor gah sebagai negeri maju tapi masih lagi dibelenggu banjir yang tak pernah ada kesudahannya. Jangan setiap kali banjir, setiap kali juga rakyat terus dihimpit masalah banjir.
Selain dari itu, masalah sosial juga perlulah diatasi. Tak guna juga Johor gah sebagai negeri yang mempunyai sekolah agama yang kononnya terancang seperti diwar-warkan oleh pemimpin negeri tetapi masalah sosial masih lagi berlambak.
Selain dari itu, SAJ juga perlulah diuruskan denan baik dan telus, berdasarkan pengalaman saya, sudah hampir setahun duit deposit bayaran air belum lagi dibayar oleh pihak pengurusan SAJ. Macamana yang dikatakan Johor negeri yang maju sedangkan hal yang sekecil itu masih lagi tidak diatasi.
Walau siapa pun yang bakal menjadi MB di Johor, saya harap dia akan dapat membuat perubahan kepada sistem pentadbiran di negeri itu. Sebagai rakyat Johor, saya tidak mengharapkan projek WPI kerana ianya tidak mendatangkan hasil kepada rakyat Johor. Ingatlah tanpa undi kami, YB-YB yang ada tak mungkin menang sebagai calon. Jika dulu kami boleh diperbodohkan dengan pelbagai cerita, tapi kami golongan generasi kedua sudah muak dengan semua itu. Kami bukan mengharapkan wang dari pemimpin tetapi sekadar sedikit keprihatinan terhadap kami sebagai rakyat marhaen.
Dengan masalah kenaikan harga minyak, keruntuhan moral remaja, jenayah yang semakin meningkat, masalah dadah di kalangan belia dan pelbagai seribu satu masalah yang lain, diharap bakal MB yang baru (sekiranya jadi) dapat mencari jalan penyelesaian. Jangan hanya pandai bercakap tetapi habuk pun tarak.
Harapnya ianya akan berubah.
sekian wassallam.

Berita dari gunung said...

Dato,

please let khalid stays at federal. dont take him back. he may not survive unless he thinks he is damn strong with big backbones.

kudakepang said...

Dii bawah ini adalah komen NAZA yang dikirimkan kepada blog ini menerusi e-mail. Terima kasih NAZA.

Aslkm Datuk,

Maklumat yang sedang berlegar sekarang mengatakan Datuk Ghani kekal MB Johor. Istana tolak permintaan Pak Lah.

Namun saya tak tahu benar atau tidak. Mungkin sumber Datuk lebih maklum.

Sekian.

Naza.