Sunday, February 04, 2007

The Toyol Code 2007
Bahagian Dua:
Pilihan Raya Umum
Dijangka Julai 2007?
Oleh Ruhanie Ahmad

Mesej kedua yang saya terima daripada ‘toyol’ pada penghujung Disember 2006 adalah mengenai Pilihan Raya Umum (PRU).

Saya peram maklumat ini sekian lama kerana adanya Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Batu Talam yang berakhir pada Ahad 28 Januari 2007.

Dalam siri The Toyol Code 2006, ‘toyol’ tersebut mengatakan PRU ke-12 dijangka diadakan pada Mei 2007. Tetapi, dalam mesejnya pada akhir Disember 2006, ‘toyol’ itu mengatakan PRU berkenaan mungkin diadakan pada Julai 2007.

Begini bunyinya sms berkod mengenai PRU daripada ‘toyol” tersebut: Siap sedia. Lagu Raya Julai. Carta sama macam ttc yang dulu.

Berdasarkan kod yang telah kita pecahkan pada Oktober 2006, perkataan Lagu Raya bermaksud Pilihan Raya. Jadi, maksud mesej di atas ialah: Siap sedia, PRU k-12 dijangka diadakan pada bulan Julai 2007. Senarai calonnya berasaskan ciri-ciri yang telah dihuraikan dalam The Toyol Code siri 2006.

Harakahdaily

Kandungan mesej ‘toyol’ ini hampir serupa dengan ramalan Harakahdaily pada 28 Januari 2007. Akhbar internet itu memetik kenyataan suatu sumber bahawa PRU ke-12 mungkin diadakan “pada tahun ini iaitu sebelum 31 Ogos 2007.”

Sebagai satu imbasan, antara mesej mengenai PRU ke-12 dalam siri The Toyol Code 2006 adalah seperti berikut:

Bulan April 2007 PRU. Semua calon DUN dan Parlimen adalah orang muda-muda belaka. Tak melebihi umur 50 tahun. Tak lama lagi, semua calon adalah golongan darah muda.

Jangan tak percaya. Semua cv bakal-bakal calon sudah ada dalam CD laporan komprehensif menegnai PRU. ADUN dan Ahli Parlimen yang sudah tiga penggal eloklah buat persiapan sebab sudah tak ada peluang untuk bertanding semula dalam PRU 2007. Ini bukan khabar angin. Tapi, betul-betul dijangka berlaku.

Pendorong

Jadi, kalau menerusi mesejnya pada Oktober 2006, ‘toyol’ berkenaan mengatakan PRU ke-12 diadakan pada April 2007, mengapakah mesejnya pada hujung Disember 2006, mengatakan PRU itu dijangka pada Julai 2007?

Saya musykil dengan perubahan ramalan ini. Musykil kerana pada waktu saya menerima mesej yang terbaru ini, banjir besar belum lagi melanda Johor. Kerajaan juga belum lagi mengumumkan kenaikan kadar harga tol di Lembah Kelang.

Lantas, apakah faktor sebenar dan positif yang mendorong kerajaan bercadang menjalankan PRU ke-12 pada Julai 2007?

Adakah pengagihan peruntukan $3 juta kepada setiap bahagian UMNO di seluruh negara menjadi salah satu daripada faktornya?

Adakah kenaikan indeks saham di Bursa Saham Kuala Lumpur jadi satu daripada pendorongnya?

Bolehkah pelaksanaan RMK-9 jadi salah satu asas kukuh untuk menjamin kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam PRU ke-12?

Batu Talam

Atau, adakah persepsi umum yang agak negatif berikutan tersebarnya gambar pembesar negara bersama Dato’ Michelle Yeoh di suatu majlis Monsoon Cup; berita berkaitan pembelian kapal layar mewah daripada Turki (walaupun sudah dinafikan); serta-serta lain-lain isu hangat yang menyebabkan PRU ke-12 mahu diadakan seberapa segera, sebelum kemarahan rakyat kononnya jadi semakin serius?

Terbaru sekali, bolehkah ‘kemenagan besar’ BN dalam PRK Batu Talam dijadikan asas bahawa sokongan rakyat terhadap parti pemerintah memang tetap kukuh dan unggul?

Adakah keputusan PRK itu juga membuktikan para pengundi Malaysia tidak akan terpengaruh dengan seluruh negitiviti yang wujud pada hari ini?

Kemenangan BN dalam PRK Batu Talam memang hakiki dan tidak boleh dipertikaikan.

Tetapi, bagaimanakah agaknya kalau jentera pilihan raya BN dari seluruh negara tidak bertunggu tangga dalam PRK berkenaan?

Anwar

Tidak mungkinkah dalam PRU ke-12 nanti wujud satu gelombang protes yang besar daripada segolongan para pengundi yang kini terang-terang mengatakan mereka kecewa dengan kepimpinan Malaysia mutakhir?

Begitu juga dengan faktor mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Barisan Alternatif (BA).

Saya telah membuat dua postings yang membayangkan kemungkinan berlakunya ‘tsunami’ politik menerusi PRU ke-12. Saya membuat andaian ini berasaskan maklumat daripada ‘toyol’ yang sama.

Saya tidak berani memaparkan maklumat berkenaan menerusi posting ini. Saya enggan berbuat demikian untuk mengelakkan kegemparan yang boleh terjadi kalau maklumat itu saya siarkan di sini.

Pengampunan

Secara umum, maklumat itu menghuraikan bagaimanakah BA akan memperkukuhkan parti dan kredibalitinya menjelang PRU ke-12.

Proses pengukuhan ini dikatakan membabitkan beberapa siri perundingan yang telah diadakan dengan beberapa individu tertentu.

Pada waktu yang sama, rakyat jelata selama ini menerima gambaran bahawa Datuk Seri Anwar tidak boleh bertanding dalam PRU ke-12 kerana beliau dalam tempoh edah yang dikenakan oleh mahkamah.

Soalnya di sini, bagaimanakah kalau ada sesuatu kejutan? Bagaimanakah kalau tiba-tiba sahaja Datuk Seri Anwar menerima pengampunan diraja?

Tidakkah pengampunan seperti ini akan membolehkan Datuk Seri Anwar bertanding dalam PRU ke-12?

Maklumat terakhir daripada ‘toyol’ yang sama, mengatakan bahawa ura-ura ke arah pengampunan ini agak kencang.

Adakah ini benar? Bolehkah kerajaan menolak, kalau umpamanya, Majlis Raja-Raja Melayu memilih untuk mengampunkan Datuk Seri Anwar tidak lama lagi?

Mungkin ura-ura di atas akan terus jadi spekulasi sahaja. Tetapi, macam mana kalau ura-ura ini jadi kenyataan? Bagaimanakah kalau pengampunan ini benar-benar terjadi?

Najib

Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak akan jadi satu lagi faktor yang akan disorot dalam PRU ke-12.

Waktu ini pun beliau nampaknya sudah mula ‘diganyang’ oleh Datuk Seri Anwar dan konco-konconya.

Dalam siri The Toyol Code 2006, ‘toyol’ yang sama menyatakan bahawa Datuk Seri Najib akan ‘diserang’ menjelang PRK ke-12. Hakikat ini kelihatan benar dan nyata.

‘Toyol’ tersebut juga menyatakan Datuk Seri Mohd. Najib mungkin dipinggirkan menerusi PRU ke-12.

Kepada saya, hakikat ini mustahil akan berlaku? Tidak adillah kalau Timbalan Perdana Menteri tidak bertanding semula semata-mata berdasarkan desas-desus mutakhir.

Mahathir

Selanjutnya adalah mengenai Tun Dr. Mahathir Mohamad. Isu-isu yang beliau bangkitkan selama ini belum lagi dijawab secara nyata oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad.

Kalau ada pun jawapannya, jawapan itu nampaknya menyemarakkan lagi kemarahan dan kekcewaan segolongan rakyat terhadap Datuk Seri Abdullah.

Kemarahan dan kekecewaan ini tersebar luas, secara jelas dan nyata, di ruang-ruang forum di alam siber. Inilah hakikatnya pada waktu ini.

Khairy

Dalam mesejnya Oktober lalu, ‘toyol’ yang sama membayangkan kononnya Khairy Jamaluddin, selaku menantu Perdana Menteri, dikatakan sedang menjalin kerjasama dengan Datuk Seri Anwar.

Usaha ini, kata ‘toyol’ itu, dipercayai akan memungkinkan Datuk Seri Anwar dibawa kembali ke pangkuan UMNO sebelum perayaan UMNO ke-61 tahun April 2007 ini.

Usaha ini juga, kata ‘toyol’ tersebut, adalah untuk mengukuhkan UMNO menjelang PRU ke-12.

Kepada saya, maklumat seperti ini agak liar dan sukar untuk dipercayai. Ini kerana Datuk Seri Anwar sendiri kelihatannya sedang berusaha keras untuk berjuang di luar gelanggang UMNO.

Pihak-pihak yang rapat dengan beliau pula memberitahu saya baru-baru ini bahawa Datuk Seri Anwar tidak akan sekali-kali rela dijadikan ‘kuda tunggangan’ oleh mana-mana pihak.

Silap Mata?

Soalnya, adakah ini semua sekadar kong-kali-kong atau silap mata politik semata-mata?

Adakah ura-ura Khairy berusaha keras untuk menjalin hubungan politik dengan Datuk Seri Anwar merupakan satu realiti?

Atau, bersungguh-sungguhkah Datuk Seri Anwar tidak mahu kembali ke dalam UMNO?

Tetapi, kalaulah huraian mengenai Datuk Seri Anwar di awal tulisan ini mencerminkan situasi yang sebenarnya, maka ura-ura mengenai Khairy kononnya merintis jalan supaya Datuk Seri Anwar kembali ke pangkuan UMNO bolehlah disifatkan sebagai gossip politik semata-mata.

Apa pun, ura-ura ini wajar dibiarkan open-ended begitu sahaja. Ini kerana politik adalah art of the possible and the impossible!

Koreksi
Demikianlah antara pelbagai senario yang mungkin wujud menjelang PRU ke-12. Segala-galanya mungkin berlaku dan mungkin mungkin juga tidak.

Dalam keadaan seperti ini, kalaulah betul PRU k-12 akan diadakan Julai 2007 ini, BN wajar mengkaji seluruh senario yang membabitkan seluruh kemungkinan di atas.

Kemenangan BN berasaskan seluruh senario di atas mungkin agak tergugat. Kemenangan BN juga tidak boleh diambil for granted.

Pokoknya, BN boleh terus memerintah kalau ia sedia membuat beberapa koreksi diri menjelang PRU ke-12.

Saya berpendapat begitu kerana keresahan rakyat terhadap krajaan BN pada hari ini nampaknya adalah akibat beberapa ketempangan dalam kerajaan BN dan pucuk kepimpinannya.

Tetapi, adakah BN mempunyai waktu yang cukup untuk proses koreksi diri ini kalau PRU ke-12 diadakan pada Julai 2007?

Dan, bagaimana pula kalau keresahan dan kemarahan segolongan rakyat terhadap kerajaan BN tidak berubah walau pun dilakukan pelbagai koreksi mnjelang PRU ke-12?

Kita hanya boleh membuat berbagai-bagai analisa dan ramalan. Akhirnya, Allah SWT sahaja yang akan menentukan segala-galanya!

6 comments:

sammyone said...

Saya terjumpa lama tuan secara tidak sengaja. Malang nada tuan agak berbeza dibandingkan dengan semasa tuan menjadi MP. Ada yang puas hati kke? Seperkara lagi, tuan tidak menyatakan tuan pernah menjad MP semasa membuat pengenalan diri dalam laman ini. Jika tidak silap MP Sri Gading betul kan?

lamandau said...

Membawa masuk Anwar kedalam UMNO semula ! Anwar tak di perlukan , tanpa Anwar UMNO masih tidak boleh di gugat. Yang boleh menggugat UMNO/BN ialah orang UMNO/BN sendiri , kalau diambil kira isu2 yang begitu menekan parti pemerintah yang tidak mudah untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan. Banyak lagi soalan2 yang masih sengaja tidak dijawab dengan harapan ' it will just fizzle out naturally'. Masyarakat kita telah berubah. Perkara seperti ini tidak semudah itu dilupakan. Rakyat akan selidik,kaji dan kupas seoptimum sesuatu isu sehingga tuntas ! Kita tak boleh nak 'under-rate ' pengundi. Batu Talam mempamirkan contoh rakyat telah matang. Mereka tak akan pilih orang yang tidak mempunyai potensi ' to deliver'! Tetapi apabila berhadapan PRU, senerionya berbeza , kerana ianya merupakan platform untuk memilih kerajaan ! Saya optimis BN akan kekal memmerintah, walaupun 'tercedera'dan terpaksa berhempas pulas untuk menyakinkan rakyat. Kredibaliti AAB sudah lama terhakis oleh kerana perbuatannya sendiri dan saya yakin rakyat akan menterjemahkan ketidakyakinan mereka terhadap AAb dalam PRU kelak. Saya rasa rakyat telah pun membuat keputusan mereka sebelum PRU lagi.Faktor calon juga turut menjadi penentu kepada kecenderungan pengundi kelak. Kalau calon BN ditentukan oleh orang2 spt yang diulas dalam Toyol Code, sudah pasti ramai tidak akan membeli CD lagu 2 tersebut.
Sekali lagi saya tegas kan bahawa Anwar tidak lagi relevan kepada UMNO. Usaha untuk memulihkanya hanya merupakan agenda orang tertentu untuk bertenggek menjadi orang no 2. Saya ingin menesihat KJ, jangan sesekali membawa masuk Anwar kedalam UMNO, anda sendiri akan jadi mangsa sepak terajang Anwar sendiri dan kroni lama Anwar ! You are playing with fire , boy!
Kalau semua calon terdiri dari golongan 'muda', saya pasti ramai calon2 bebas akan bertanding yang akan menguntung kan parti pembangkang sahaja.
Kita tidak tahu apa akan berlaku dalam masa dua tiga bulan lagi, mungkin sesuatu 'unthinkable' akan berlaku ! Datuk , saya berdebar sekarang , mungkin Toyol2 Datuk dapat menyelami apa yang sya maksudkan.Saya terasa saolah ada suatu kuasa yang non-politikal akn muncul untuk mencorakkan suasana politik sekarang. Siapa kuasa lain itu sama2 lah kita tunggu ! Salam

sammyone said...

Saya terjumpa LAMAN tuan secara tidak sengaja. MalangNYA nada tuan agak berbeza dibandingkan dengan semasa tuan menjadi MP DAHULU. Ada yang TIDAK puas hati ke DENGAN UMNO DAN PAK LAH? Seperkara lagi, tuan tidak menyatakan BAHAWA tuan pernah menjadi MP semasa membuat pengenalan diri dalam laman ini. Jika tidak silap MP Sri Gading betul kan? HARAP BERI PENJELASAN KENAPA MACAM DAH BERUBAH HATI BILA TERKELUAR DARIPADA ARUS POLITIK PERDANA?

sammyone said...

Won by BN P131 - Parit Sulong Total Voters 62,208
Mohamed Hanipa Maidin (OPP PAS) 13603
Datuk Ruhanie Ahmad (BN UMNO) 31260

SORRY BUKAN SRI GADING TETAPI PARIT SULONG.

Tuan ..kata BERANI, JUJUR IKHLAS tetapi tuan terlupa satu ...HIPOKRIT !!

pengintip said...

Salam muhibah kepada semua rakyat msia. Apalah kauorang ni nak gaduh2 dalam perkara Toyol ini. Bagi pandangan saya, tulisan Datuk Ruhanie untuk kita fikirkan apa akan terjadi sekira berlaku. Saya nak tanya Sammyone dan Lamandau, anda tahukah di mana menantu AAB sekarang? Bukan nak buat fitnah, tapi ramai anak cina msia bekerja di LVgs tersempak menantu AAB dalam dewan tu. Apa sudah jadi.. Kamo dapat tahu banyak negeri di msia dilanda banjir. Mengapa menantu AAB tidak menyumbang derma pada mangsa banjir di msia daripada habiskan di atas meja dewan di Lvgas..

Jika Sommyone atau Lamandau inginkan gambar2 menantu AAB berhibur di Lvgas, ramai rakyat anak msia sedia emailkan gambar pada Datuk..

Kami rakyat msia luar negara sudah bosan dengan tipu helah BN untuk menangai pilihanraya.

lamandau said...

Sdr pengintip, thanks for your information. Ini suatu perkara yang menarik ! Kalau bolih sdr bekal kan gambar kepada Datuk bersekali dengan date, time and place KJ dilihati di LVgs. Dia pegi seorang ke? atau ada teman selain Nori! Saya pon hairan mengapa KJ tak menyumbang secara peribadi eh, asyik tumpang publisiti orang aje ! Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat seperti Pengintip dedahkan tu , let us share . Dedahkan disini.