Thursday, February 15, 2007

Kepalsuan
Tumbuhan Ekonomi
Oleh Kim Quek

Baru-baru ini saya berasa bangga kerana pendapatan luar Malaysia 2006 telah mencecah trillion ringgit. Inilah satu rekod prestasi yang cemerlang dalam sejarah negara kita.

Lantaran itu, hati kecil saya pun berkata-kata sendirian: kalau betullah begitu, mengapa hari ini ramai rakyat jelata - baik orang kampung, baik orang bandar, baik kakitangan kerajaan, baik usahawan – terus mengeluh panjang dan hidup dalam kesempitan yang agak luar biasa?

Dalam mencari jawapan kepada persoalan hati kecil saya itu, saya terjumpa artikel di bawah ini. Artikel sebenarnya agak panjang lebar. Saya hanya ceduk sebahagian yang agak menarik untuk tatapan pengunjung http://www.kuda-kepang.blogspot.com/.

Versi asalnya dalam Bahasa Inggeris disiarkan dalam http://www.malaysia-today.net/. Versi terjemahannya disiarkan dalam http://www.marhaen.ngepeng.com/. Bacalah dan telitilah artikel di bahawh ini:

Terdapat usaha gigih media arus perdana kebelakangan ini mahu mewarnai gambaran yang berwarna-warni ke atas pertumbuhan ekonomi kita. Kegigihan ini dibuat semasa mengimbau sejarah pendapatan luar kita yang mencecah trillion ringgit yang dibuat bertepatan dengan lonjakan pasaran saham baru-baru ini, selari dengan lonjakan nilai ringgit sebagai latar belakangnya.

Apa yang kononnya merupakan berita baik ini telah dieksploitasi oleh ahli politik dan para speculator yang tidak bertanggungjawab akan pentingnya kita membezakan fakta daripada kepalsuannya agar kita tidak hilang arah terhadap isu sebenar apabila menyanggah ekonomi negara.

Pertama, cuba lihat akan perdagangan luar kita.

Memanglah angka yang berbunyi trillion itu tidak berbaur sejarahnya, tetapi di situlah sahaja tamatnya tafsiran itu. Data yang lebih relevan untuk mengukur hala-tuju ekonomi kita ialah kadar pertumbuhan perdagangan luar kita secara keseluruhannya.

Bagi 2006, kadarnya ialah 10.5%, yakni tidaklah berapa banyak beza pertumbuhannya dengan kadar 9.9% pada tahun 2005, kalau diambil kira harga tinggi sepanjang 2006 ke atas produk utama kita seperti petroleum dan gas, minyak sawit dan getah (purata kadar pertumbuhan untuk 1997-2006 ialah 10.8%)

Sesungguhnya kadar pertumbuhan ini adalah jauh lebih rendah daripada kadar pertumbuhan negara membangun yang lain seperti India dan China ataupun negara maju seperti Singapura, walaupun ia adalah pada paras par dengan purata Dunia yang turut mengisytiharkan 10.5$ untuk 2006 (WTO). Dengan itu sepatutnya tidak sesiapa boleh menyebut tanda aras itu sebagai pertanda melonjaknya ekonomi negara kita.

Sekarang, bincangkan pula perihal pasaran saham kita.

Baru-baru ini berlaku lonjakan dalam Indeks Komposit (KLCI) yang mengandungi 100 syarikat teratas dalam Papan Utama. Ini bukan bermakna ia adalah prestasi keseluruhan syarikat yang tersenarai. Malahan, purata kenaikan serata papan pasaran adalah jauh lebih rendah daripada Indeks Komposit itu.

Tumpuan diberikan ke atas syarikat besar dalam KLCI, dan ini adalah dipacu oleh kemasukan dana asing dan institusi tempatan, tanpa berlakunya peningkatan dalam penglibatan orang awam apabila melabur di pasaran.

Dana asing adalah disuntik oleh pengharapan mendapat faedah berganda – ini merupakan spekulasi mendapat keuntungan daripada tukaran matawang asing dan kenaikan harga saham.

Ada sebahagian dana asing itu merupakan dana daripada Thailand apabila dilencungkan ke sini ekoran krisis di sana yang telah meminggirkan pengurus dana asing. Semua dana ini merupakan longgokan wang yang akan mula sekali cabut lari setiap kali berlaku pergolakan di negara ini ataupun sejurus objektif keuntungan mereka sudah tercapai.

Apapun, pasaran saham kita masih lembab di belakang papan saham lain di rantau ini, di mana sejarah prestasi mereka melonjak naik melepasi catatan pencapaian masa lalu.

Ada satu petunjuk mudah terhadap tahap keyakinan pelabur dalam pasaran saham yang dikenali sebagai FDI (Foreign Direct Investment – pelaburan terus asing). Ia merupakan iltizam jangka panjang kepada ekonomi lokal, yang membawa masuk keusahawanan, teknologi dan pasaran, selain daripada modal. Jelas sekarang bahawa FDI kita memang amat lemah.

Untuk tahun 2006, FDI hanyalah USD 1.44 bilion sedangkan pada 2005 ia hanya 1.46 billion. Tahap ini jauh lebih rendah daripada yang dicatatkan oleh negara jiran kita di mana untuk 2006 FDI (dalam billion US Dollars): Vietnam 9.87, Singapura 9.33, Indonesia 5.71, Filipina 3.94, Thailand 2.94 (dipetik daripada penyiasat pasaran LOCO Monitor).

Ini menjentik satu soalan ganas terhadap diri kita sendiri: Kenapakah kita ini dilupakan oleh para pelabur sedangkan orang lain nampaknya semakin maju dengan pelaburan baru?.

Jawapan sepenuhnya kepada persoalan ini sesungguhnya adalah di luar skop artikel ini. Tetapi memadailah kalau dikatakan di sini selagi tidak dilakukan perubahan struktur kepada negara ini dalam bentuk politiknya, social dan ekonomi, penyakit yang sedang mereputkan negara ini akan berterusan.

Ada hanya satu jalan untuk melakukan perubahan struktur itu semuaya. Jalan itu ialah melakukan perubahan fundamental kepada pucuk pimpinan politik yang ada. Terjemahan MT-SPAR
www.marhaen.ngepeng.com.

Setelah membaca artikel di atas, apa pendapat anda semua? Adakah yang dihebah-hebahkan baru-baru ini suatu realiti yang menggembirakan? Apa? Indah khabar dari rupa? – Ruhanie Ahmad.

3 comments:

Mika Angel-0 said...

bsm786
alfatihah bagi
mualana ibrahim
help allow me my say.

dato'
salaam

i am watching an interesting game in the market between an arab welther weight versus a chinese middle weight for a fly weight rhb bank. very interesting.

this kim has his say.

my take? well, take it in a form of a question.

stop everything
clear the gelanggang
what's happening in the market?

not really the stock market but in the merger and acquisition floor.

after all what mahathir has shown us, we still want to do what our neighbors are doing?

check out who's blocking the funds.
or who's blocking who. too vague?

think of malaysia as the most strategic capitalists city in this neck of the wood.

think macro if you want or micro if you want, kim; but don't make a sweeping statement.

'foundamental changes' is too general a term, dude, ai-ya apek kim(excuse me for my lingo)
i jump the gun when i think
THE CONSTITUTION OF BARISAN?

the chinese part of barisan is not helping either. they are scared stiff of the rumblings in that olang gila punya parti.

the mic is saying pordah!
jangan jadi saya punching bag
nanti suuum-mwa duit dan duit punya cerita akan keluar la.

my point:
we are being economically strangled by some outsiders? - why?

how does fundamental changes in the political leadership help change my unfortunate stand on this economics question of a layman malayu che-kia

oh, you looked at from our miserable pr ability point of view?
suit yourself.

checkout the dubai connection, ron.

lamandau said...

Saya terkejut apabila kenyataan berhubung denga kejayaan negara mencatat RM1trillion dalam dagangan luarnya. Pada mulanya saya cuba kaitkan kejayaan (mengikut kenyataan tersebut) ini kepada usaha2 terdahulu oleh TDM yang menghasikan buahnya sekarang. Tetapi spt Datuk juga, saya terkial2 apabila memikirkan FDI yang begitu merosot tak kan pula boleh melonjakkan dagangan kita ketahap sedemikian. Saya amat syak sekali bahawa MITTI dan central bank mememanipulasikan statistik untuk memberi gambaran yang lebih jauh dari realiti. Semua sektor dalam negeri mengalami kelembapan dalam tempuh 3 atau 4 tahun kebelakangan ini. Pembangunan hartanah merudom. sehingga sekarang peningkatan komposit Index di pasar bursa saham tidak membanggakan saya. Komposit Indexs boleh di manupulasikan. Beberapa kaunter blue chip di tambah nilai oleh pemain upahan mencacaklah komp index!!
Tidak hairan Datuk, dalam keadaan sekarang semua perkara bisa di'spin'kan dalam media massa, kerana ada pakarnya.Spt juga baru2 ni satu seminar untuk mengukur prestasi AAB sehingga kini di adakan . Ia nya amat memalukam. Mike tyson salah seorang ahli penal. Saya dengar ulasannya terhadap prestasi AAB, meloyakan sehingga terfikir saya tentang ketegaan MIke tyson menyanjung AAB sky-high. Rupa2nya nak jadi senator!!
Mike TYson, Datuk Zaini dan lain2 lagi, telah menghantar 'wrong' messege kepada AAB . thus making hi m more arrogant and swell- headed. AAB tidk berpijak dibumi nyata kerana sentiasa di-kipas oleh orang disekelilingnya.Apabila mata wang US jatuh export kita juga mengalami penurunan kerana pembayaran dibuat dalam USD.Pengeksport akan kerugian sekurang2 dua puluh sen setiap USD. Jadi dimanakah kenyatan mengenai iklim ekonomi yang membanggakan itu? Sya rasa ahli 'spin' menganggap kita semua nya bodoh.
Saya berjumpa dengan kawan2 cina saya, mereka turut mengeluh kerana peluang untuk mendapat preojek amat sukar. Mereka berkata kalau kawan2 melayu dapat pun tak apa kerna mereka pun dapat berniaga. Malangnya orang melayu sendiri pun tak dapat. Kemanakah perginya projects yang di rancang utk RMK9 .
Saya lagi kuat mengeluh......Salam

Mika Angel-0 said...

Saya sokong Dr Butiq buka kilang tetapi gunalah KELVAR, Dato', bukan besi.

Kelvar is a light weight material but fun and more comfortable with a built in 10,000volt shocker or pecker. Ini untuk jantina berlainan tetapi ada yang dibuat atas special order.