Wisel PRU Ke-12
Dah Mula Ditiup
Wisel PRU ke-12 sudan mula ditiup. Hari ini tersiar berita dalam Utusan Malaysia mengenainya. Berita sepenuhnya adalah seperti berikut:
MASA BUBAR PARLIMEN
Pakar Anggap Ekonomi Negara Sangat Stabil
Memberangsangkan
Oleh Mustafa Kamal Basri
KUALA LUMPUR 16 Feb. – Seorang pakar ekonomi tempatan yakin sekarang adalah masa sesuai untuk kerajaan membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum.
Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Emeritus Dr. Mohamed Ariff Abdul Kareem berkata, kedudukan ekonomi negara pada masa ini sangat stabil, setelah semua asas ekonomi domestik menunjukkan petanda-petanda pemulihan positif.
Menurutnya, kerajaan perlu mengambil kesempatan daripada keadaan ekonomi yang sedang berkembang pesat sekarang untuk mengadakan pilihan raya umum.
Beliau berkata, langkah itu membolehkan kerajaan memberi tumpuan sepenuhnya untuk menguruskan ekonomi negara yang dijangka melambung pada tahun depan.
‘‘Saya bukan seorang pakar politik untuk mengulas mengenai hal itu (politik), tetapi sebagai pakar ekonomi saya berpendapat kerajaan perlu mengelakkan tumpuannya terganggu dengan hal-hal lain (politik).
‘‘Jika pilihan raya umum dapat diadakan segera dalam suasana sekarang, maka kerajaan dapat memberi tumpuan sepenuhnya menjana ekonomi negara yang dijangka mengalami kemajuan pesat pada tahun depan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini.
Kali terakhir pilihan raya umum diadakan ialah pada 23 Mac 2004 yang membawa kemenangan besar kepada Barisan Nasional (BN).
Ia juga merupakan pilihan raya umum pertama di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas mengambil alih teraju kepimpinan negara daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2003.
Menurut Mohamed Ariff, kedudukan ekonomi negara pada masa ini berada pada tahap yang teguh berikutan iklim pelaburan memberangsangkan sehingga meningkatkan keyakinan pelabur asing terhadap negara ini.
Katanya, pertumbuhan ekonomi negara berada pada tahap 5.9 peratus pada 2006 dan pasaran saham mencatat pertumbuhan yang meyakinkan dengan kemasukan dana asing dan institusi dalam jumlah besar.
Indeks Komposit Bursa Malaysia yang melepasi 1,200 mata pada masa ini pula, jelasnya, merupakan yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun, selepas krisis mata wang dan pasaran ekuiti melanda negara dan rantau ini pada 1997.
Selain itu, negara turut memperoleh pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan domestik tertinggi dalam sejarah bagi 2006 dengan masing-masing mencatat sebanyak RM20.2 bilion dan RM25.8 bilion, katanya.
Menurut Mohamed, jumlah FDI itu merupakan peningkatan sebanyak RM2.3 bilion daripada RM17.9 bilion pada 2005, manakala pelaburan domestik itu merupakan pertambahan sebanyak RM12.7 bilion pada 2005.
Negara turut mencatat rekod dari segi lebihan dagangan apabila memperoleh lebih RM1 trilion pada 2006, tambah beliau.
Mohamed berkata, bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi bagi tahun ini dijangka berkembang secara sederhana, berikutan keadaan ekonomi di Amerika Syarikat dan China, tetapi dengan trend ekonomi yang meningkat sekarang, ekonomi Malaysia dijangka melambung tinggi pada tahun depan.
Katanya, dasar-dasar ekonomi yang cekap, terbuka dan langkah memperbaiki sistem penyampaian korporat yang dilaksanakan oleh kerajaan telah merancakkan kemasukan pelaburan asing.
‘‘Kerajaan telah berhati-hati merangka dan membina dasar-dasar ekonomi yang berkesan bagi menarik pelaburan asing,’’ katanya.
Sambil menafikan perkembangan positif asas-asas ekonomi itu sebagai suatu ‘propaganda’, beliau berkata, kedudukan ekonomi negara pada masa ini adalah suatu realiti.
‘‘Rakyat akan menikmati manfaatnya daripada pertumbuhan ekonomi itu tidak lama lagi, setelah kesan-kesan rantaian ekonomi mula menyerap dalam pasaran,’’ katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
Setelah membaca berita di atas, pastinya menarik kalau kita dapat tahu, apa agaknya reaksi sahabat-sahabat kita yang hari-hari bersidang di sebuah kedai kopi di Parit Sulong, Batu Pahat, sebuah kedai kopi di Jalan Rahmat, Batu Pahat, atau mereka yang suka berkunjung ke kopitiam White House, di Kota Baru, Kelantan.
Menarik lagi kalau kita ketahui reaksi warga kota yang gemar bersidang di De Palma Ampang, di restoren 24 jam Precint 9, Putrajaya, atau di warong-warong kopi moden milik asing yang bersepah-sepah di Kuala Lumpur atau Shah Alam?
Apa pula reaksi orang Tanjung yang suka sembang di kedai-kedai nasik kandar, atau orang Alor Star yang suka berkumpul di beberapa coffeehouse di sekitar bandaraya tersebut.
Adakah mereka sependapat dengan pakar ekonomi di atas? Tidakkah mereka juga seperti blogger Sheih Kickdefella yang kata, SHOW ME THE MONEY.
Tidakkah mereka akan kata: kalau harga susu naik, harga cili naik, harga tempe naik, harga cencalok naik, harga tol naik, harga belacan naik, mana boleh kita kata ekonomi negara stabil dan memberangsangkan?
Tidakkah mangsa-mangsa banjir di seluruh Johor, terutamanya di Seri Medan, Parit Sulong dan Parit Ya’ani, di Batu Pahat, akan mendengus secara sinis, bahawa yang sentiasa turun meredum-redum ketika ini hanyalah hujan?
Macam mana pun, kita kenalah hormat pendapat bijak pandai. Tapi, janganlah ada pakar yang bertindak umpama sokong bawa rebah. Jangan ada pakar yang nak dodoikan kita semua dengan analisis gampang.
Serunai dan terompat sudah ditiup. Rakyat jelata akan mara ke gelanggang Pilihan Raya ke-12. Selamat maju jaya Barisan Nasional (BN).
Sama-samalah kita berdoa semoga tiupan serunai dan terompet ini tidak jadi satu tiupan “sangkala” kepada BN. Kalau ini terjadi, alamat gamat dan gawatlah Malaysia dari segi siasahnya. – Ruhanie Ahmad.

2 comments:
baguslah kalau PRU berlaku. adakah Unta akan kekal di PT Sulong Dato?
Saya harap tiupan trompet ini akan memberi 'inspirasi' kepada AAB yang mengaku tidak mempunyai nya ketika diterjah oleh pemberita berhubung dengan tarikh PRU. Kita boleh juga membuat andaian bahawa peniup telah "digesa' mengeluarkan analisis sedemikian rupa agar ianya menjadi alasan untuk AAB membuat pengumuman kelak. Kalau tidak rang akan menuduh AAB tidak konsisten dalam membuat keputusan (konsisten kah sekarang?)
Saya semenjak tahun lepas lagi telah menyatakan keyakinan saya terhadap Toyol Code Datuk. Kini bibit2 kebenaran maklumat yang Datuk rungkaikan itu sedikit demi sedikit telah mula terserlah! Tahniah Datuk! Saya yakin AAB akan membuat keputusan spt mana yang telah disarankan oleh pakar upahan nya itu.Kalau nak kira, ramai berpendapat ekonomi kita tidaklah seperti yang di war-warkan oleh tukang spin nya. Kita harus mengikuti rentetan laporan media massa, yang berusaha menerapkan pemikiran rakyat tentang kecerian ekonomi kita. This is nothing but to prime the public's opinion into warranting AAB to make decision for early PRU, which have been decided long ago (baca toyol code !) with the help of youngman and temasik gp !
Saya hairan seorang pakar tega mengeluarkan pendapat sebegini, sedangkan RMK9 belum lagi berjalan seperti yang dirancangkan walaupun setahun lebih dilancar. Ini disebabkan gara2 kurang tumpuan keatas pelaksanaan dan review oleh AAB dan jenteranya. Sibuk keluar negeri dan beristirihat aje!
Bagi saya , kiranya PRU diadakan tahun ini, ianya akan memberi advantej kepada partai pembakang!! Polemik dengan TDM belum selsai. TDM masih meneruskan kritikan. Sedikit sebanyak pembangkang telah di'hadiah' kan dengan isu2 yang boleh ditambahnilaikan bagi kegunaan dalam PRU.Kesemua isu2 yang di ketengahkan oleh TDM masih tidak terjawab. Tak kan nak tunggu beri jawapan dalam kempen PRU nanti, Sudah tentu terlambat! Sekarang pun rakyat mungkin dah buat keputusan. Segala2nya akan terjawab dengan keputusan PRU kelak. Salam Datuk.
Post a Comment