Saturday, February 17, 2007

Khairy, Hadhari
Dan Cawat Besi

Dalam kita hangat membincangkan prestasi ekonomi negara yang dikatakan mencatatkan kegemilangan luar biasa, timbul pula isu wanita Malaysia perlu pakai cawat besi untuk elak daripada kena rogol.

Mereka yang perlu pakai cawat besi ni “bukan setakat wanita muda.” Tetapi, juga kanak-kanak dan warga tua. Bacalah kisah sepenuhnya menerusi link berikut:

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm

Sebenarnya, isu cawat besi ni isu lapok. Dalam tahun-tahun 70-an pun ada seorang ADUN Johor, bernama Daeng Jalok Daeng Malibok, membuat cadangan supaya wanita Malaysia pakai cawat besi.

Maka hiruk-pikuklah polemik pasal cawat besi di dada akhbar dan kedai kopi pada ketika itu. Tapi, akhirnya isu itu pun mati, dan jadi basi.

Dalam konteks isu cawat besi di abad ke-21 ini, sahabat setia www.kuda-kepang.blogspot.com bernama Dr Butiq, mengutarakan pertanyaan berikut:

Datuk. Saya nak tanya bab cawat besi. Cawat besi ni kat mana ada jual? Saya nak cuba pakai, sebelum suruh orang lain pakai. Selesa ke tak selesa? Macam mana rasanya bila pakai cawat besi ni?

Dato’ Hassan Din cadangkan orang perempuan saja kena pakai cawat besi supaya tidak kena rogol. Tapi, beliau tidak pula suruh orang lelaki, iaitu siperogol yang gila seks tu yang kena pakai cawat besi supaya dia tidak boleh merogol.

Agaknya inilah satu cadangan yang terbaik bagi ulama Islam Hadhari masa kini untuk mengatasi masalah kena rogol. Bolehlah saya membuka kilang untuk mengeluarkan cawat besi versi Malaysia, versi Islam Hadhari. Tapi, kalau Dato’ Hassan Din nak, saya bagi free aje!

Saya cadangkan komen Dr. Butiq seperti di atas wajar dibaca oleh Khairy Jamaluddin dan sahabat-sahabatnya. Kalau tak, mana mungkin Dr. Butiq nak buat kilang cawat besi, boleh jadi realiti.

Bila Khairy setuju, saya cadangkan supaya ada pakar-pakar yang akan kaji soal lelaki atau wanita pakai cawat besi. Kalau tak setuju, kesianlah Dr. Butiq.

Tapi, dalam kita bergurau senda dan sindir menyindir, insaflah. Yang diperlukan kini bukannya cawat besi. Tapi, iman umat manusia yang kukuh macam besi. Iman manusia yang unggul dan kukuh supaya mereka boleh menolak kemungkaran dan mendekati kebaikan.

Apa yang diperlukan hari ini adalah pemimpin yang tegas macam besi pendiriannya. Bukan pemimpin yang mudah bengkang bengkok atau berdolak-dalik. - Ruhanie Ahmad.

7 comments:

Mika Angel-0 said...

Datuk

Macamana Dr Butiq boleh lagi gelak ketawa dalam keadaan gawat dan tenggelam timbul ini!?

Namun, saya sokong Dr Butiq buka kilang tetapi gunalah KELVAR, Dato', bukan besi. Boleh dapat insentif kerajaan di bawah skim pinjaman SME.

Kelvar is a light weight material but fun and more comfortable with a built in 10,000volt shocker or pecker. Ini untuk jantina berlainan tetapi ada yang dibuat atas special order.

Shahabudeen Jalil said...

Datuk, saya kurang memahami apa kaitan khairy dalam isu ini. Kalaupun kita tahu beliau mungkin mempengaruhi pentadbiran negara kita. Tidak adil pula kita pukul rata bahawa dia mempengaruhi semua benda.

Saya kurang senang dengan artikel diatas disebabkan saya tidak nampak kaitan khairy dalam hal cawat besi ini.

Bagi pendapat peribadi saya, ini adalah dua isu yang berbeza.

Saya sangat mengharapkan Datuk menjaga kredibiliti diri Datuk sebagai seorang yang bertanggungjawab dan penyebar berita yang relevan.

wassalam.

A Voice said...

Sebagaimana yang Dato' sebut, ini semua berakar umbi dari Iman.

Mangsa rogol selalunya adalah wanita. Saya rasa orang yang melakukan rogol, bukan jenis lelaki gatal yang melakukan gangguan seksual, tapi mungkin jenis tidak dapat menguasai hawa nafsu dan ada elemen masaalah psychology.

Profil lelaki yang melakukan rogol mungkin boleh di stereotaip sebagai jenis yang nampak ganas dan bukan menghayati cara perawakkan dan kehidupan yang normal. Tentu sekali mudah kita anggap mereka begini perlu diberi bimbingan agama.

Semalam di Kosmos, seorang wanita mengatakan seorang lelaki yang melakukan gangguan seksual terhadapnya adalah lelaki yang pakai songkok sepanjang masa di pejabat. Maka boleh dianggap, profil lelaki perogol ini kadang2 tidak seperti orang biasa.

Dgn demikian, apa yang menyebabkan mereka melakukan perbuatan terkutuk ini?

Logik secara langsung tentu sekali menganggap tarikan wanita itu menjadi faktor pencetus. Masaalahnya "beauty lies in the eyes of the beholder" dan bermakna "lust" pun begitu. Pemikiran setereotaip mengatakan bila tarikkan boleh dilihat, ia menjadi mencetus nafsu bagi si perogol. Macam mana nak dijawab jika mangsa rogol adalah mereka yang berbaju kurong dan bertudong tutup? Ada mangsa perogol sedimikian lebih kurang dari wanita yang berpakaian lebih provokotif kedapatan di kelab-kelab malam? Pada saya tidak jauh bezanya.

Oleh kerana bukan mudah untuk menjangkakan perogol dan mangsa rogol ini, maka pada saya, "accessibility" membolehkan rogol untuk berlaku. Sekiranya wanita itu sentiasa menjauhkan diri berjaga dari tempat sunyi dan keluar malam, sekurang2nya ia mengurangkan risiko.

Memang perlu bagi wanita berhati-hati dan tidak menggalakkan lelaki. Ini saja sekurang2nya yang boleh dilakukan. Saya berhenti nak komen seterusnya, takut Dato Marina masuk mengaruk disini dan ban saya tulis di blog dia nanti ... :-)

lamandau said...

Dunia Islam ini nampaknya amat gemar membahas perkara2 yang agak remeh temeh dan kadang2 tidak relevan . Tidak kah kita terfikir bahawa semua ini adalah permainan zionis antarabangsa yang ingin melihat dunia islam sentiasa dibelenggu dengan perbincangan/perbahasan yang tidak sudah2 mengenai sesuatu isu yang sengaja di lontar oleh ejen yahudi agar kita leka dan tidak fokus kepada perkara yang substantif.
Datuk, saya terbaca semasa saya berada di Jakarta dulu suatu ketetapan yang berupa garispanduan yang di keluarkan oleh Council of world churches,(kalau tak silap saya berpusat di Filipina) yang juga menekan agar elemen2 mereka cuba mencetuskan suatu isu yang boleh membawa kepada kontraversi dan dijadikan sebagai bahan debatan umum dikalangan masyarakat Islam. Mengikut garis apanduan tersebut, ianya bertujuan agar orang Islam leka dan khusuk berdebat dan lupa kepada tugas sebagai kalifah Allah di muka bumi ini dan disebabkan perbedaan pendapat mungkin akan berpecah-belah. Apabila berlakunya perpecahan , maka snasir2 tertentu dapat masuk dan mengambil kesempatan. Tapi sayangnya bahan bacaan tersebut tiada dalam simpanan saya. Mungkin Datuk bisa berhubung dengan kenalan Datuk di Indonesia untuk mendapatkannya.
Apa yang ingin saya sampaikan ialah , kita jangan sangat ghairah berdebat tentang cawat, jelbab, dan lain yang boleh diselsaikan dengan menggunakan akal yang waras. Ini melekakan kita aje. Mungkin dibangkit untuk mengalih tumpuan kita kepada perkara yang lebih seru dan penting, umpamanya ekonomi dan pentadbiran negara sekarang, yang perlu dipolemikkan agar ianya berada dilandasan betul !
Bagi saya isu pemakaian cawat tidak timbul dalam dunia serba moden ini. Banyak langkah2 yang boleh diamalkan bagi mengelak berlakunya jenayah rogol. Ia melibatkan individu dan persekitaran. Kalau nak huraikan tentulah panjang, tetapi memadai lah saya menekankan bahawa pemakain cawat bukan boleh menyelsaikan masalah. Yang pentingnya ialah Iman ,mangsa dan pemangsa. Jadi kita, sebagai kalifah Allah dimuka bumi yang fana ini harus menyumbang untuk membenteras jenayah spt ini.
Salam Datuk .

lamandau said...

Tambahan Datuk.
Abu Hassan Din pada tahun lepas mempertahankan sykt roti High 5, sampai mengesahkan ianya bersih dimakan, walau pun pihak PPIM mempunyai bukti dengan gambar sekali bahawa sykt tersebut tidak mengamalkan kebersihan ysng sepatutnya. Keratan akhbar kenyataan Dtk Abu Hassan Din telah diekploitasikan oleh sykt tersebut dgn menampal dikedai dan hyper market yang menjual roti tersebut. Sehingga ada yang menyoal semenjak bila Dtk Hassan Din jadi penguatkuasa kebersihan, sedangkan beliau ialah pegawaai agama Istana Negara. Ada juga yang bertanya berapa royalti yang diperolihi Dtk Hassan kerna mengeluarkan pengesahan ini?
Sekarang cawat pula yang dicetuskannya. Cuba kita siasat syarikat mana pula yang buat offer kepadanya ? Nampak buat promosi sakan.

lamandau said...

Anak Penang,
Masalahnya dia tak usul pereksa dulu sebelum buat komen. Dia tak tengok gambar yang dirakam sebelum beliau dijemput kekilang tersebut. Bila di Tanya beliau kata tak perasan pun. Memang betul kilang tersebut kotor , kalau tak percaya tanya pekerjanya sebelum isu ini timbul. Masalah nya mengapa Abu Hassan biarkan keratan akhbarnya di pamerkan dan dibuat promosi oleh High 5. Dalam kes IKEA memang betul, sehingga memaksa IKEA meyamak kawasan dapor mereka . .

Shahabudeen Jalil said...

Saya agak kenal dengan PPIM dan mereka memang mempunyai hubungan yang rapat dengan syarikat roti Gardenia.

Pada tahun (seingat saya) 2004, PPIM secara salah telah menghantar satu risalah boikot barangan2 USA di Kelantan dan antara list yang ada adalah Gardenia.

Dengan itu syarikat roti Gardenia telah menghubungi PPIM dan sejak dari itu hubungan Gardenia dan PPIM menjadi sangat baik dan akrab.

Gardenia pernah "sponsor" aktiviti2 yang dijalankan oleh PPIM.

Pada pandangan saya, hasil daripada itulah terdapat serbuan yang dilakukan keatas kilang roti High 5.

Dengan Serbuan itu sudah pasti orang yang membeli roti High5 akan beralih membeli Gardenia.. saingan terdekat bagi High 5.

Dan jika diteliti, terdapat beberapa isu2 sebelum ini yg sangat rapuh hasil tindakan PPIM..


antaranya adalah isu sosej babi-- apa kesudahan isu ini ???


"Sebagai contoh, kes sosej usus babi di IKEA dulu yang menggemparkan Malaysia, di mana front-page akhbar tempatan menunjukkan gambar wakil PPIM memegang sample sosej yang didakwa diperbuat dari usus babi. Tetapi selepas ujian DNA dilakukan, terbukti sosej tersebut diperbuat dari usus biri-biri sahaja."

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/forum_viewtopic.php?4.518


isu lambang salib pada aiskrim

http://www.mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_d1e17557-c0a85062-1eafe130-65c9218f


Saya harap pembaca dapat membuat kesimpulan sendiri. Pada yang mengenali apa itu PPIM akan mengerti apa yang saya maksudkan.

saya masih lagi menunggu jawapan dari Datuk Ruhanie mengenai perkaitan Khairy dalam isu cawat besi ini.