Tuesday, February 20, 2007

Mari Kita Ke sana
(Untuk Bloggers Malaysia)

Jom! Moh!
Mari kita ke sana
Bangkit bersama rebah sekali
Namun berundur takkan terjadi

Kita bukan wira
Kita bukan petualang
Blogger hanya mencari kebenaran.

Jom! Moh!
Jangan biarkan mereka
mempermainkan kita
Asak hingga retak
Pasak sampai lolos
Pijak biar lunyai
Alang-alang selok pekasam
biar sampai kepangkal lengan

Lubok Melayu
20 Februari 2007

2 comments:

LUBOK MELAYU said...

Datuk Ron, Terimakasih kerana menyiarkan sajak lesu yang saya tinggalkan sebagai komen untuk posting Datuk. Ia suatu penghormatan dan dorongan bagi diri saya.

sahabat gunung said...

Kita menentang bukan kerana kita membenci. tapi kita menentang kerana kita sayangkan UMNO, sayangkan perpaduan yang telah kita bina selama ini. Bermula dari zaman Dato' Onn hinggalah Tun M, kemudian kini kita dipimpin dan dinaungi oleh DS Abdullah haji Ahmad Badawi.

Apa yang saya saharap, sebagai pewaris generasi MERDEKA, janganlah salah faham yang berlaku sejak akhir-akhir ini akan memberi kemudaratan kepada generasi akan datang.

Percayalah, apa yang berlaku ada hikmahnya.

Allahyarham Aminuddin baki pernah berpesan, 'Jangan Sampai Ayam di Kepuk Mati Kelaparan, Itik Di Air Mati Kehausan'.