Sunday, February 18, 2007

Skim Buku Teks Menyeluruh Dibatal
Belon Beratus Juta Kenapakah Dibeli?

Hari ini saya membaca satu laporan BERNAMA mengenai kedolak-dalikan pendirian dan keputusan kerajaan berkaitan skim pinjaman buku teks untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.

Kata laporan itu, pada hujung 2006 yang lalu, kerajaan mengumumkan bahawa skim tersebut akan diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah mulai 2008.

Tiba-tiba, kata BERNAMA lagi, langkah itu ditarik balik dengan begitu cepat. Ini berasaskan beberapa faktor tertentu. Antaranya ialah, Kementerian Pelajaran terpaksa menanggung kos sebanyak lebih daripada RM100 juta lagi jika skim yang baru itu dijalankan.

Satu lagi sebabnya ialah kerana Kementerian Pelajaran menerima rayuan daripada pihak penerbit dan pengedar buku teks.

Kekal

Lantaran itu, skim pinjaman buku teks itu pun jadi kekal pada sistem sekarang. Hanya pelajar yang pendapatan keluarganya tidak lebih daripada RM2,000 sebulan sahaja layak untuk skim tersebut.

Laporan penuh BERNAMA yang saya maksudkan boleh diakses menerusi link berikut:
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=247559

Saya terkebil-kebil setelah membaca laporan berkenaan. Saya tanya diri saya sendiri: apa dah jadi ni? Kerajaan boleh batalkan skim buku teks yang meliputi seluruh pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh negara mulai 2008, semata-mata kerana tak mau menanggung kos tambahan yang melebihi $100 juta?

Apa hal ni? Hari tu kata boleh, hari ni kata tak boleh? Ingat ini iklan biskut ke? Sekejap ada, sekejap tak ada? Ini masalah rakyat. Ini masalah kesejahteraan dan keselesaan rakyat.

Keselesaan

Bukankah dua hari lalu, Perdana Menteri kata bahawa indeks keselesaan rakyat Malaysia kini meningkat? Jadi, tidakkah dolak-dalik seperti ini akan merdumkan indeks keselesaan yang diheboh-hebohkan itu?

Hairan juga Malaysia mutakhir ni. Tahun lalu kerajaan kensel Jambatan Bengkok. Sebelum tu, Perdana Menteri kata Malaysia mau jambatan baru ganti Tambak Johor, biar pun jambatan itu lurus atau herot!

Kensel jambatan tu [walau pun banyak hati rakyat Malaysia yang tercalar kerananya] tak apalah juga kerana ada pihak nak tunjuk, kononnya Tun Dr. Mahathir Mohamad salah buat rancangan mengenai pembinaan jambatan tu.

Tapi, dalam tak apa, tak apa pun, saya rasa kes pembatalan jambatan ni tetap mengorbankan beberapa ribu undi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 kelak.

Marah

Kes batalkan skim buku teks percuma untuk seluruh pelajar ini lagi luas implikasinya. Kemarahan rakyat jelata mengenainya pasti akan merebak liar macam belukar terbakar di waktu panas terik. Jadi, saya rasa jumlah undi yang akan melayang dalam PRU ke-12 akibat pengenselan skim buku teks yang menyeluruh ini pastinya lebih besar.

Rakyat akan tanya, beli belon [bahasa Sarawak, ertinya kapalterbang] beratus-ratus juta ringgit kenapa boleh? Belon tu bukan boleh dinikmati manfaatnya oleh berjuta-juta manusia yang memerlukannya. Tapi, kenapa boleh? Buku teks yang membantu hidup berjuta-juta rakyat jelata, kenapa tak boleh?

Mungkin akan ada pembesar negara berkata, bloggers sengaja nak besar-besar isu ini - making a mountain out of a molehill - untuk ‘rubbish’kan kepimpinannya.

Tapi, kalaulah ada pembesar negara yang kata gitu, mari kita tanya dia, kenapakah skim buku teks percuma yang diumumkan hujung 2006, dibatalkan semata-mata kerana kononnya kerajaan tak mampu nak belanja tambahan $100 juta? Siapa yang nak ‘rubbish’kan siapa dalam hal ni?

Penerbit

Saya juga hairan kerana skim pinjaman buku teks yang dibatalkan ini juga tidak dilaksanakan kerana memikirkan soal penerbit dan pengedar buku.

Logikkah alasan seperti ini? Sama ada buku teks nak diberikan secara menyeluruh atau pun tidak, penerbit tetap terus menerbitkan jodol-jodol buku yang diperlukan? Pengedar juga akan terus mengedarkan buku-buku itu ke sekolah-sekolah.

Ini membuktikan bila buku itu diberikan secara menyeluruh, penerbit dan pengedar akan terus hidup dan dapat laba. Pengedar dan penerbit tak akan terlungkup periuk nasi mereka.

Hari ini banyak bloggers bising pasal kedolak-dalikan kerajaan mutakhir. Ramai warga internet pula tau berapa harga belon yang baru dibeli oleh kerajaan mutakhir. Semua orang tau banyak hal yang pincang pada hari ini.

Jadi, kalau terompet PRU ke-12 sudah ditiup dan gendang perang ke arah PRU ke-12 sudah dipalu, kenapakah berlaku keputusan dolak-dalik macam dalam hal pemberian buku teks ini? Adakah ini satu kesengajaan untuk menempah kehancuran? – Ruhanie Ahmad.

6 comments:

lamandau said...

sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan pemimpinterutama sekali dari Umno, suka membuat kenyataan untuk samaada nak tunjuk kuasa atau mencari pengaruh, kadang2 tanpa fikir panjang akan implikasinya. Dalam kes ini, adalah amat memalukan apabila keputusan telah dibuat dan dicanang tiba2 ditarik balik dengan alasan yang tidak bolih di terima oleh masyarakat. Tidak terfikirkah pemimpin diatas, ekspekstasi ibubapa diatas pengumuman dahulu.Mereka telah mengira2 dan mencongak2 keselesaan yang bakal mereka kecapi dalam tahun 2008.
Disangkakan panas sampai kepetng, rupa2nya hujan ditengah hari dan banjiar berbulan2! Ini merupakan suatu penginayaan ,tidak kira apa jua alasasn dan ia nya akan dieksploitasikan sepenuhnya oleh pembangkan dalam PRU ke 12 nanti. Maka kami petugas2 Umno yang akan bertugas dgn penu dedikasi akan terasa lumpuh apabila berhadapan dengan pengundi. Saya rasa malu untuk berdiri diatas pentas untuk berceramah, kerana isu2 'unfinished bussiness' masih banyak ! Tetapi bagi sasya isu pinjaman buku teks akan menjadi ' pivotal ' kepada keputusan PRU.
Saya setuju dgn Dtk , what's RM100 juta compared to what it can bring about...thousand of votes!! Kementerian hanya memikirkan kepentingan penerbit.Ianya tak boleh jadi alasan, pi mai pi mai pun penerbit akan untung dan tidak terjejas. Kalau nak bagi alasan biarlah munasabah, nanti orang kata kita bodoh awak marah.
Dari segi kepimpinan Umno, Hisham dan Noh Omar jangan mimpi nak menang mana2 jawatan dalam partai! Dah ada gp yang akan tentukan ' no place for Hisham' You may end up just like me, ahli biasa Umno!
I don't know, Dtk how to convince the government to walk the talk kerna keutamaan berubah-rubah , sekejap kepentingan rakyat dan dalam min it yang lainkpentingan minoriti termasuk poket masing2.
We have to send strong signal, melalui bahagian Umno masing2 dan jalan terakhir ialah melalui peti undi! Keep on blogging Dtk. Salam

Amiruddin Azlan said...

satu lagi projek di bawah Kerajaan Hadhari....x sudah2 menindas rakyat...harap2 peristiwa ini membuka mata rakyat kebanyakan berkenaan tahap kepedulian rakyat pemerintah kini...

REFORMASI!!!

Mika Angel-0 said...

"Lantaran itu, skim pinjaman buku teks itu pun jadi kekal pada sistem sekarang. Hanya pelajar yang pendapatan keluarganya tidak lebih daripada RM2,000 sebulan sahaja layak untuk skim tersebut."

Saya tak pandai hal-hal 'demographic of households based on income' mahupun apa-apa demographics yang lain dan saya ini tak pandai berdemonstrasi.

Alahai, berapa banyak sangat rumahtangga yang pendapatan mereka
kurang rm2,000 sebulan dan berapa ramai rumahtangga yang berpendapatan lebih rm2,000.

Adakah ini satu cara sentimen masyarakat diadudombakan?

Siapa punya angkara - PM atau Hishamuddin?

Mungkinkah akan ada pusingan 180 darjah dalam hal ini sempena PRU nanti?

Hairy dengan cawat besinya?
Adakah Hairy sepatutnya di padankan cawat besi atau dia telah padankan cawat besi pada siapa?

Atau patut kah cawat besi itu di padankan pada kepala Hairy?

Kongsi, kongsi, nih
kongsi, kongsi la jawapan yang di akal semput YB Ron yang arif :)

Jangan lah begitu, YB.
YB telah buat kami terkebil-kebil dan meraba-raba macam PM di Terengganu dengan kaedah 'putting the carrot before the donkey' YB ini.

Mungkin kah ada jawapan bernas pada persoalan-persoalan remeh-temeh ini:
Who shot Hishamuddin Onn?

tunku said...

saya antara yg undi hilang tu.beli belon boleh belikan buku teks tak boleh.

Husin Lempoyang said...

Saya mengulang komen saya di http://anotherbrickinwall.blogspot.com/

Masaalah utama percetakkan buku2 sekolah adalah pemegang kontraknya ia-itu Percetakkan Nasional ie Government Printer.

Yang saya faham dari permainan percetakkan adalah Percetakkan Nasional akan out-source kontrak percetakkan buku text dan buku kerja kepada percectakkan lain, terutama bumi.

Masaalahnya adalah mereka akan mark-up sebanyak 100% kepoada harga yang diberi kepada percetakkan Bumi ini.

Padahal Percetakkan Nasional adalah sangat besar kapasiti dan kelengkapan yg canggih. Malangnya pengurusna yang lemah menyebabkan mereka hanya jadi lintah darat komisyen agen kepada pencetak2 melayu.

Kalau dah tak boleh buat dengan baik dan murah, kenapa berikan mereka. Kasilah peluang Melayu kaya.

Ini kes kerajaan menjadi ALi dan menindas Melyu yang jadi Baba.

arzemi said...

orang yang mampu naik kapal terbang mesti mampu beli buku teks untuk seramai mana anak...

mampukah semua petani dan nelayan, penoreh getah dan penjual nasi lemak di tepi jalan, peniaga pasar malam, pesara kecil, atau sesiapa jua yang sama 'waktu' dengannya.... sedang mereka inilah yang undinya selalu dirayu-rayu... bila tiba musim PRU . orang-orang kampung.

dan siapakah mereka ini kalau bukan si kulit sawo matang?

nak jaga beberapa kerat penerbit? patut ke korbankan jutaan anak melayu....

Fikirkan lah