Keajaiban Malaysia
Pimpinan Abdullah
Sejak dua tiga minggu yang lalu, hari-hari rakyat Malaysia dihidangkan dengan berita-berita keajaiban dan feel good.
Ironinya, rekod keajaiban-keajaiban ini dihebahkan dalam suasana rakyat jelata Malaysia sedang mengeluh panjang tentang warna dan suasana kehidupan dan kepimpinan pada masa ini.
Maka kehairananlah rakyat jelata dibuatnya. Tak percaya, salah. Nak percaya pun serba salah.
Jadi, haruskah kita terima sahaja berita feel good ini dengan jiwa yang positif dan dada terbuka?
Seharusnya begitulah hendaknya. Terimalah berita mengenai siri keajaiban era Datuk Seri Abdullah Ahmad ini dengan jiwa yang cukup positif dan dada yang terbuka!
Hari ini, satu lagi kisah keajaiban kepimpinan Malaysia mutakhir dihebahkan kepada rakyat jelata. Beritanya menyebutkan bahawa Bank Rakyat untung RM626 juta, rekod tertinggi sejak sejarah penubuhan bank tersebut.
Antara lain, berita itu menyatakan seperti berikut:
“Bank pemberi pinjaman peribadi terbesar negara, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) mencatat keuntungan RM626.6 juta, laba tertinggi dalam sejarah penubuhannya. Keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember lalu itu merupakan kenaikan sebanyak 17 peratus berbanding tahun lalu. Serentak dengan itu, bank tersebut turut mengumumkan dividen 15 peratus membabitkan peruntukan RM298.5 juta mula diagihkan kepada lebih 750,000 ahli mulai 27 Februari 2007.”
Berita sepenuhnya boleh diakses menerusi link di bawah ini:
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0227&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm
Kita wajar ucapkan syabas dan tahniah kepada Bank Rakyat. Kita wajar ucapkan syabas dan tahniah kepada pembesar Malaysia mutakhir. Inilah satu lagi bukti Malaysia memang sedang menuju ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang.
Harap-harap keajaiban ini adalah satu realiti yang sebenar-benarnya. Harap-harap tahun depan Bank Rakyat akan merekodkan laba yang lebih berlipat kali ganda jumlahnya!
Kini, walau pun skim pinjaman buku teks kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah, tanpa mengira pendapatan ibubapa dibatalkan, serta harga belacan, budu, cencalok, dan tempoyak agak lebih mahal dari dulu, ucapkanlah syukur Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT! – Ruhanie Ahmad.

2 comments:
Nampak sangat Datuk ,lepas satu satu CEO bank yang tampil untuk menyatakan banknya meraih keuntungan. Yang terbaru Muamalat Bank,sehingga bertepuk tangan seperti yang di siar diTV malam tasi! Ini semua mungkin di 'orchestrated ' oleh 'conductor' yang juga merupakan spin doctor! Dengan harapan untuk menyokong kenyataan the holy father and tha son in law bahaqwa ekonomi Malaysia dilandasan yang betul!! Saya, kalau Datuk boleh tolong, nak dengar komen pakar2 ekonomi kita , betulkah kita berada ditahap spt yang di dakwa. Kerana rata2 rakyat mengelu harga barang keperluan melambung, Saya tak faham Datuk!!
mana Bank boleh rugi. BLR sudah berapa kali naik. Pasti untung. Tunggulah tahun depan bila makin banyak rumah kena lelong. :)
Post a Comment