Saturday, February 24, 2007

Citarasa Pengundi 2007
Memihak Kepada Siapa?

Teka-teki dan ramalan mengenai Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 semakin rancak diperkatakan. Hari demi hari, ada saja spekulasi mengenainya.

Perdana Menteri telah menafikan ramalan berkenaan. Anak menantu Perdana Menteri pun turut menafikannya. [Adakah ini bukti yang anak menantu itu memang jadi kuasa di belakang tabir?]

Tapi, berapa ramai rakyat jelata yang percaya dengan penafian mereka. Ini kerana tanda-tanda ke arah PRU k-12 memang sudah jelas di depan mata.

Terbaru sekali, http://www.malaysia-today.net/ memaparkan satu komen dari pembacanya yang memakai nama pena Jebat 2020 seperti berikut:

Mulai bulan Mac ini, semua rakyat, terutama aktivis politik, perlu bersedia untuk menerima berita pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri.

Para wartawan akhbar sedang standby untuk sebarang kemungkinan. Difahamkan ada sesetengah akhbar telah bersedia dengan tajuk dan hanya menunggu green light untuk print berita, jadual kerusi, peruntukan wartawan buat liputan, dan sebagainya.

Siap sedia

Stesen-stesyen tv pula sedang bersiap sedia dengan pelbagai rancangan dan format laporan. Sebagai bukti, mereka sekarang sibuk memainkan isu ekonomi positif negara.

Jangan terkejut jika esok pagi kita bangun tidur, laporan ahkbar: PARLIMEN DIBUBARKAN. Sudahkah kita semua bersedia?

Untuk membaca komen-komen lain mengenai PRU ke-12 dalam MT, sila klik link berikut:
http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=2644

Susah untuk kita tidak mempercayai ramalan di atas. Tapi, ‘toyol’ yang sering mengirimkan mesej sms berkod kepada saya, mati-matian mengatakan, PRU ke-12 adalah pada Julai 2007.

Terbaru sekali, ‘toyol’ tersebut menyatakan bahawa Pegawai Daerah di seluruh negara sudah pun menyelesaikan laporan akar umbi mengenai persiapan PRU ke-12.

Katanya, laporan itu sudah pun disalurkan kepada pihak atasan, termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Maklumat ‘toyol’ seperti di atas masuk akal juga untuk dipercayai. Pegawai Daerah memang merupakan tunggak utama kepada SPR dalam mengendalikan PRU di Malaysia.

Pegawai Daerah

Majoriti Pegawai Daerah atau Pemungut Hasil Tanah Daerah selalunya bertindak sebagai Pegawai Pilihan Raya [returning officer] bagi sesuatu kawasan Parlimen dan DUN.

Bagaimanapun, rasa-rasanya agak suntuk bagi PRU ke-12 diadakan secara kilat pada Mac 2007 ini. Tetapi, maklumat Jebat 2020 seperti di atas pun mungkin betul.

Kalaulah ramalan Jebat 2020 meleset, maklumat ‘toyol’ yang mengatakan PRU ke-12 pada Julai 2007, mungkin boleh diambilkira kebenarannya.

Pokoknya, mood PRU ke-12 memang sudah wujud. Sebagaimana saya tegaskan dalam posting sebelum ini, gendang perang ke arah PRU ke-12 memang sudah mula ditaboh.

Selamat berjuang Barisan Nasional (BN). Selamat berjuang Barisan Alternatif (BA). Agak-agaknya, mood, citarasa dan sokongan majoriti pengundi mutakhir ini memihak kepada siapa? – Ruhanie Ahmad.

3 comments:

spinnerman said...

Saya ada senarai permintaan yang belum ditunaikan, kalau nak tengok lawatlah blog saya di www.spinningview.blogspot.com

Mika Angel-0 said...

Satu teh tarik kata PRU-12 tak jadi tahun ini.

Memang dicadangkan begitu dari sekarang hingga tamat tempuh. Be on your toes.

Siapa lena, kena.

Iran ada enam bulan untuk menjawab.
Harga emas dah mula naik.
Duit untuk pilihan raya dah dalam tabung tapi tengok-tengok ekonomi tak berapa stabil.
Bila orang marah keadaan susah nak dikawal.

Satu teh tarik, Datuk

A Voice said...

Itulah Tok.

Bangun pagi2 sedar2 dah kena tag.

Saya di tag oleh QueenB yang di tag oleh Nuraina untuk menceritakan 6 perkara pelik mengenai diri masing2. Lepas tu, bolehlah tag 6 orang lain.

Jadi saya sudah tag Dato', harap boleh terima tag saya. Buat seronok seronok Blogger United.