Kes Saman Rocky Bru, Jeff Ooi
Dan Harijadi Bloggers United
Solidariti bloggers Malaysia bukan cerita main-main. Mereka membuktikan solidariti tersebut petang tadi [2.30 petang, 22 Februari 2007].
Sejumlah 50 orang daripada mereka datang secara sukarela mengiringi blogger Ahirudin Attan [Rocky’s Bru], ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di Wisma Denmark.
Mereka termasuklah Datuk Paduka Marina Mahathir, Nuraina A Samad, Sheih, Jeff Ooi, Shah 101, Mullah, Zorro, Shanghai Fish, Sang Kelembai, Bigdog, Mao, dan juga Rajahram.
Wartawan veteran, Saudara Saad Hashim [bekas chief news editor Berita Harian] pun turut hadir. Sebilangan rakan bloggers keturunan Cina yang masih dalam mood cong-xi-fa-cai juga sama-sama memberikan sokongan moral kepada Ahiruddin.
Juga hadir adalah abang dan saudara mara Ahirudin daripada Masjid Tanah, Melaka.
Bagaimanapun, perbicaraan terhadap kes Ahirudin untuk membatalkan law suit NSTP dan 4 lainnya hari ini ditunda kepada 2 April 2007.
Ini kerana pegum yang mewakili Ahirudin memerlukan masa secukupnya untuk memperincikan tuduhan pindaan yang dikemukakan oleh pihak NSTP dan 4 lainnya yang dikemukakan Jumaat lalu.
Apa pun, solidariti bloggers yang hadir tetap kental. Mereka sempat memotong kek harijadi Bloggers United di kantin mahkamah. Ada juga yang membawa kek cong-xi-fa-cai untuk dikongsi bersama.
Sampai ketemu lagi pada 2 April 2007, jangan lupa yang kes terhadap Jeff Ooi [screenshot] pula akan didengar di mahkamah yang sama, pada 6 Mac 2007.
Sama-samalah kita berikan sokongan moral kepada Jeff pada hari tersebut. – Ruhanie Ahmad.

1 comment:
saya dah upload gambar tentang perjumpaan petang tadi kat blog saya.. termasuk gambar kek ulangbulan pertama. shahabudeenjalil.blogspot.com
Post a Comment