Friday, February 23, 2007

O Mama
Dia Baru Kahwin?

Raja Petra Kamarudin (RPK), menerusi ruangan THE CORRIDORS OF POWER, dalam http://malaysia-today.net/ menulis pasal The Protégé Turned Prodigal, dengan alamat http://malaysia-today.net/blog2006/corridors.php?itemid=2566, antara lainnya menyatakan seperti berikut:

“Some say Pak Lah married Jean Danker on 22 January 2007 while others say he will be marrying her tomorrow, 22 February 2007. Now, which one is true we do not quite know yet but she is already following Pak Lah on his overseas trips.”

Kalau posting RPK seperti di atas adalah benar, Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Kalau posting RPK di atas memang benar, saya dedikasikan lagu di bawah ini, satu lagu lama [lagu Indonesia berjodol O Mama Saya Mau Kahwin, penyanyinya saya sudah lupa, dan senikatanya saya ubahsuaikan kepada posting RPK] kepada kedua-dua pengantin baru.

O MAMA
DIA BARU KAWIN

O Mama
Dia baru kahwin
Kawin sama siapa
Tanya Raja Petra

O Papa
Dia baru kawin
Kawin sama siapa
Tanya Raja Petra

O O Mama percayalah
O O Papa percayalah
Dia baru kawin…
[Menurut Radzi penyanyi lagu di atas adalah Oslan Hussin. Terima kasih!]

Selamat pengantin baru, semoga jodoh berpanjangan, semoga hidup sentiasa ceria, semoga indeks keselesaan hidup anda berdua bertambah sejahtera dan bahagia! – Ruhanie Ahmad.

5 comments:

wutever said...

harap2 tak la JK (Jiwa Kacau) lagi...step pun elok sikit la...jangan sumbang lagi...parah rakyat kat bawah ni

annonymous said...

Nama Penyayi tu Oslan Hussin

Husin Lempoyang said...

Katanya jane danker ada dua anak pompuan dgn adik endon, Osman

Nampak gaya negara bertuah kita bakal boleh dua lagi son-in-law untuk PM kita :-\

lamandau said...

Datuk, kalau cerita RPK betul, saya tak hairan, kerana JD telah lama jadi kegemaran AAB, sebelum a.yarhamah Hendon meninggal !! Dok jaga makan , pakai AAB sehingga ada orang menegurnya, mengapa harus bersekedudukan dengan orang yang bukan muhrim,( emak saudara sabit kepada anak2 AAB aje).
Keadaan dua sejoli ini lebih seriuos (mengikut cakap2 orang) apabila Hendon pergi. Ada ketikanya kalau AAB di luar negeri, maka orang tua akan berubah menjadi orang muda, bergayut ditelfon membuat laporan harian. Ini cerit orang yang saya pick up dicofee houses !. Ada juga orang yang mendakwa terpaksa menuggu berjam2 untuk mengunjungi AAB (atas undangan AAB) di rumah, lantaran JD tidak benar masuk, terpaksa bersembang dgn guard di pintu besar ! AAB tak tahu semua ini, tetapi white house staf tahu.Mungkin semua nya fed-up dan menyampah dengan chambermaid ini.
Spt husin lempoyang kata, kita bakal perolehi dua SILT ( son in law tiri !!) Saya rasa lebih berkuasa dari KJ !! Sebab itu Nori , Kamaluddin dan KJ menentang hasrat ayah nak kawin dengan JD. Sudah pasti mereka hilang taring, kerana knowing AAB, he will favour bini baru yang di terima secara package (dgn anak2 sekali). Saya rasa kedudukan KJ amat tergugat. Senang aje KJ, kawin dengan adik ipar tiri! selsai masalah.
Perkahwinan belum jadi lagi. AAB harus selsaikan dgn Nori. Pandai mereka spin, kononnya Hendon 'wasiat ' agar AAB ambil JD sebagai pengganti, sedangkan arwah dilaporkan cemburi bagai nak rak!!!
Tapi Datuk , why must we bother whether AAB wants to get married or not. Tetapi why pilih yang dah monopause?!!! Lebih elok mereke kahwin dari membuat dosa bersekedudukan. Saya minta tgkt 4 komen sikit! Kalau kita ambil adik ipar jadi isteri dipanggil tukar tikar, kalu ambil biras apa dia istilahnya?

InMine said...

"Kalau kita ambil adik ipar jadi isteri dipanggil tukar tikar, kalu ambil biras apa dia istilahnya?"

Tukar beras... Makan beras usang...