Isu Kontroversi ECM Libra
Dibincang Semula Oleh PAC
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara [Public Account Committee – PAC)] Parlimen Malaysia, pimpinan Datuk Shahrir Samad, akan membincangkan semula kes percantuman ECM Libra Bhd-Avenue Capital, dalam mesyuaratnya, 9.30 pagi, Isnin 26 Februari 2007.
Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, dijangka menghadiri mesyuarat tersebut untuk memberikan jawapan kepada segala keraguan PAC mengenai percantuman berkenaan.
Sebagai Ahli Parlimen [1990-2003], saya pernah menganggotai PAC daripada 1995-2003. Jawatankuasa itu dianggotai oleh wakil Barisan Nasional (BN) dan juga pembangkang.
Kalau saya tidak silap, mesyuarat PAC hari ini adalah kali pertama dalam sejarah, di mana seorang Menteri menghadirinya untuk menjawab seluruh keraguan PAC.
Mungkin ini membuktikan masalah percantuman ECM Libra Bhd-Avenue Capital adalah satu perkara yang dipandang amat serius oleh pihak PAC.

PAC membincangkan isu di atas buat pertama kalinya pada Ogos 2006. Bagaimanapun isu itu belum mencapai penyelesaian yang memuaskan.
Ibnu Hakeem, dalam ruangannya di akhbar internet, Malaysia Today (MT), memaparkan perincian mengenai kontroversi yang menyelubungi merger di atas.
Kisah sepenuhnya oleh Ibnu Hakeem boleh diakses menerusi link berikut:
http://malaysia-today.net/blog2006/hakeem.php?itemid=2686
– Ruhanie Ahmad.
1 comment:
muanfiknya golongan bloggers
aku setuju kita bersatu
aku setuju freedom of speech
aku sokong dunia bukan sekata dan senada
aku sokong perbezaan idea
aku sokong perbezaan cita rasa
aku sokong kebebasan bersuara
tetapi semakin kuat mereka yang memintanya
semakin munafik keadaan realitinya
Post a Comment