Anwar Ibrahim, Najib
Dan UMNO Malaysia
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, nampaknya terus menerus di asak oleh Penasihat Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada Jumaat, 9 Mac 2007, Datuk Seri Anwar, selaku penasihat Keadilan, dijangka berceramah di kubu kuat Datuk Seri Mohd. Najib, di Kawasan Parlimen Pekan, Pahang, mulai 8.30 malam.
www.kuda-kepang.blogspot.com difahamkan Datuk Seri Anwar dijangka menghuraikan beberapa isu baru dan hangat di majlis ceramah tersebut.
Ceramah ini seolah-olah mengesahkan kewujudan Gerakan Anti Najib (GAN) yang kononnya didalangi oleh sesetengah individu ‘gila kuasa’ di Malaysia mutakhir ini.
Sementara itu, sumber-sumber daripada Ibu Pejabat UMNO Malaysia pula menyatakan, Perhimpunan Agung UMNO tahun ini dijangka diadakan dari Selasa, 6 November 2007, hingga Sabtu,10 November 2007.
Mesyuarat tahunan cawangan-cawangan UMNO di seluruh negara dijangka pada Jun hingga Julai 2007. Persidangan tahunan bahagian-bahagian pula bermula Julai hingga Ogos.
Saya meragui maklumat ini. Terutama sekali bila Julai atau Ogos 2007 diura-urakan akan ada Pilihan Raya Umum k-12.
Atau, mungkinkah tarikh di atas, yang menurut sumber-sumber UMNO, akan disiarkan minggu depan, merupakan satu usaha mengaburi mata rakyat supaya tidak tertumpu kepada soal PRU ke-12?
Kita tunggu dan lihat. Kita tunggu apa Datuk Seri Anwar akan huraikan di Pekan pada 9 Mac 2007.
Kita juga tunggu, sama ada tarikh Perhimpunan Agung, mesyuarat tahunan cawangan-cawangan dan persidangan bahagian-bahagian UMNO yang dijangka diumumkan oleh UMNO Malaysia minggu depan, memang akan jadi kenyataan? – Ruhanie Ahmad.

2 comments:
Dato,
Apa yang dia ingin sebutkan di tempat Najib? Dua kali dua juga. Bila pegang kuasa nanti, dia pun boleh lupakan diri dan besar kepala. Ini adalah pandangan pihak tertenti.
Bagi saya DSAI adalah tokoh politik yang matang dan ada banyak penggalaman. Dia adalah "a refreshing face, given the present climate of incompetence and corruption". Salams.
Saya dah kata dari dulu lagi, Datuk, Najib akan kecundang berhadapan denga n KJ+DSAI dan Najib tidak mungkin akan jadi PM kalau sesuatu tidak di usahakan oleh nya. Kedua2 KJ & DSAI pelakon nombor wahid. Tidak hairan KJ pernah mengkritik DSAI tapi tak di jawab oleh DSAI. Mainan mereka !!!.
Kita jangan lupa rentetan selepas DSAI Dibebaskan......ada political deal? Jawab dan cari sendiri bukti2nya.
Post a Comment