Monday, February 26, 2007

PAC Mahu J/Kuasa Kabinet
Pantau GLC
Dan Khazanah Nasional
www.bernama.com

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) menggesa kerajaan menubuhkan jawatankuasa kabinet bagi memantau keputusan-keputusan yang dibuat oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC), termasuk Khazanah Nasional.

Ia akan membolehkan kerajaan mempunyai "pengawasan politik" atas perjalanan firma-firma ini, kata pengerusi PAC Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini.

Shahrir berkata penubuhan jawatankuasa itu sangat diperlukan kerana ia bukan sahaja untuk memantau prestasi GLC, malah memperhalusi peranan mereka dalam pembangunan negara.

"Jawatankuasa kabinet juga boleh memantau konsesi yang diberikan oleh kerajaan kepada beberapa syarikat serta prestasi GLC yang telah diswastakan... kita perlu memastikan pelaburan kerajaan dikendalikan dengan sempurna," katanya selepas mendengar taklimat oleh Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kepada PAC.

Shahrir berkata pada keseluruhannya, GLC dan Khazanah Nasional melibatkan kira-kira RM114 bilion dana kerajaan dan memandangkan jumlah yang besar itu, jawatankuasa kabinet perlu dibentuk bagi memantau kemajuan mereka.

"Kita sudah ada jawatankuasa kabinet bagi pelaburan berimpak tinggi. Namun jawatankuasa ini hanya menangani industri tertentu sahaja. Kita perlukan sebuah jawatankausa bagi memastikan GLC berada pada landasan yang betul," katanya.

Mengenai taklimat itu, Shahrir berkata pelbagai isu dibincangkan termasuk pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, pekerjaan bagi bukan bumiputera dalam GLC, penggabungan antara ECM Libra can Avenue Capital milik kerajaan.

"Kami juga bangkitkan isu syarikat-syarikat kerajaan yang diswastakan tetapi gagal dalam perusahaan masing-masing... menghidupkan syarikat-syarikat ini memerlukan kerajaan mengeluarkan lebih banyak wang.

"Kami juga bertanyakan konsesi-konsesi kerajaan yang diberikan kepada syarikat swasta yang disenaraikan dan sejak disenaraikan, warga asing boleh membeli syarikat-syarikat, memperoleh kelebihan daripada konsesi kerajaan," katanya.

Beliau berkata penggabungan antara ECM Libra dan Avenue Capital, Menteri Kewangan telah menjelaskan bahawa tiada ada apa-apa yang luar biasa mengenai usaha sama itu memandangkan ia sudah memperoleh kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC).

"Untuk berkata kami berpuas hati (terhadap penjelasan yang diberi), tidak tepat kerana PAC melibatkan wakil daripada pelbagai parti politik. Kami mempunyai tahap kepuasan yang berbeza. Kerajaan berpendapat bahawa memandangkan SC tidak mempunyai halangan dan majoriti pemegang saham kedua-dua syarikat mahu bergabung, penggabungan perlu dilakukan tanpa campur tangan," kata Shahrir.

Beliau berkata PAC tidak dapat memantau GLC kerana ia berperanan sebagai penasihat dan bukan pembuat keputusan.

"Kami ada peranan untuk bertanya tetapi bukan untuk membuat keputusan... kami tidak melaksanakan keputusan yang dibuat oleh kabinet tetapi melihat kesan terhadap keputusan yang dibuat. Jika ada kekurangan (dalam keputusan) baru kami memberi nasihat," katanya.

Beliau berkata cadangan pembentukan jawatankuasa kabinet bagi memantau GLC dibuat kerana PAC mahu kerajaan lebih berhati-hati dalam mengesan prestasi syarikat-syarikat terbabit.

Sambil mengakui wujud kelemahan dalam sistem bagi memantau GLC sedia ada, Shahrir berkata kekurangan ini perlu dibetulkan kerana ia melibatkan wang awam.

BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=248656

1 comment:

lamandau said...

Saya sudah jangka keputusan PAC tu Datuk.Today's deliberation is only to whitewash the unprecedented merger"ular lidi telan naga!". Knowing Shahrir, he will kow-tow both SIL and the holy father-in-law! Ianya dilihat sebagai menghalalkan yang haram. Amat senang PAC membuat keputusan, SC telah tiada halangan, maka semuanya di kira dibuat 'above board'. Bagaimana dengan repot yang dikemukakan kepada SC mengenai isu penggambungan dan 'insider trading'? Hanya tinggal laporan? Kalau PDRM tak jalankan siasatan, heboh seluruh dunia. SC ada exemption ke? Sia2 posting yang dibuat oleh Ibnu Hakeem dan komentar yang begitu detail oleh muftimurtad2007 yang terdapat dalam Malaysia Today. Mungkin Shahrir tak baca blog ini, dan mungkin juga YB2 yang menganggotai PAC. Kalau baca komentar yang saya maksudkan itu, sudah pasti Nor Yaacub terduduk kerna tak boleh jawab. Ada kah ahli PAC yang terdiri dari partai Pembakang pun kena'silenced'
Kalau begini lah gayanya cara governance yang ada ,maka PIN tak perlu diujudkan! Kalau PAC sendiri tidak mempunyai integriti untuk mempersoalkan carabelanja wang kerajaan sehingga tergamak mengsyorkan penubuhan jawatankuasa kabinet memantaunya, maka PAC tak perlu diujudkan memadai serah bulat2 kepada kabinet.
Ingat PAC memantau dan menentukan kewangan kita di belanja dengan betul. Banyak jentera yang boleh membantu PAC. Laporan2 Tahunan Akauntan/Audit Negara dan BPR boleh membantu.
Saya kurang arif dengan peranan PAC, Datuk mungkin boleh beri kita kursus ringkas kerana Datuk pernah menganggotainya. Tetapi sebelum ini begitu gah mengaum dengan memperlihat kan taring oleh Pengurusi PAC, akhir2nya terkulai dek usapan ' the people on the corridors of power'
Kalau nak harapkan JK Kabinet untuk memantau, tak payah lah. Khazanah Nasional siapa pengerusinya? Kepala kabinet! Tak kan JK Kabinet nak over rule keputusan bos !! Saya difahamkan banyak keputusan yang dibuat oleh GLC memang dilapor kepada kabinet, jadi nak tubuh JK kabinet apa lagi?
Mungkin Tanggapan saya meleset Datuk, tetapi itu lah stand saya. Salam