Monday, February 26, 2007

Khairy Perdana Menteri Ke-2
Atau Menteri Kewangan ke-3?

Minggu lalu, Khairy Jamaluddin menafikan yang Pilihan Raya Umum ke-12 akan diadakan tidak lama lagi. Penafian yang sama juga dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Lantas, ramailah rakyat Malaysia bertanya, kenapakah menantu Perdana Menteri, yang hanya Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, bersuara dan bertindak seperti Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri?

Pada Ahad, 25 Februari 2007, Khairy pula mengulas soal-soal ekonomi negara, secara panjang lebar, dari perspektif kerajaan. Ulasan beliau berjodol Ekonomi: Mengakulah Kita Di landasan Betul. Ulasan beliau sepenuhnya boleh diakses menerusi link berikut:

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0225&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

Ulasan Menteri Kewangan Kedua mengenai ekonomi negara, dengan jodol Kenapa Masih Tidak Yakin? pula boleh diakses menerusi link berikut:

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0225&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

Lantas, lebih ramai lagilah rakyat Malaysia yang bertanya, mengapakah Khairy bersuara seperti Perdana Menteri, Menteri Kewangan, atau pun Menteri Kewangan Kedua?

Mereka juga bertanya, apakah yang sebenarnya sedang cuba dibuktikan oleh Khairy sekarang ini? Adakah dia mahu menghantar mesej kepada semua pihak bahawa beliau adalah de facto Perdana Menteri atau Menteri Kewangan di negara ini?

Sewaktu era Tun Dr. Mahathir Mohamad kenapakah tidak ada mana-mana menantunya yang bertindak seperti Khairy? Kenapakah ini hanya terjadi di zaman Datuk Seri Abdullah Ahmad? – Ruhanie Ahmad.

3 comments:

tunku said...

itulah masalah kita sekarang ini, bila menantu menjadi jurucakap kpd kerajaan dlm banyak hal2 rasmi, semalam dlm utusan dia menyuruh rakyat percaya kpd angka2 yg dikeluarkan oleh kerajaan dan sbgnya.
sekarang ini pm dan tpm ke luar negara, siapa pemangku pm.....mungkinkah kayjay??

lamandau said...

Mungkin tindakan KJ ini dibuat selepas melihat kenyataan AAB tidak meyakinkan ramai rakyat. Kalau kita main golf berpasukan,istilah 'one in , one out' boleh lah disamakan dengan kerjasama bapa mertua/menantu ini. Tindakan ini juga dilihat sebagai suatu pengesahan bahawa ide yang di luahkan oleh AAB berhubung dengan ekonomi negara, adalah datangnya dari KJ. Who is he in the government? He is nobody yet spoke like one hell of a government officials.As Naib Ketua PPUMNO, beliau tidak mempunyai sebarang kuasa eksekutif dalam sistem pentadbiran negara !
Nesihat saya kepada KJ, don't be over-zealous lest you'll be over board!!!

wutever said...

KJ nih kalau boleh buatlah blog. Mesti ramai yang akan kutuk dia...