Thursday, December 21, 2006

Mengapakah ‘Malaysia’
Ganggu Kuda Kepang?

Saya amat hairan. Tukang komen tetap dalam blog ini, yang pakai topeng ‘Malaysia’, kenapa asyik ganggu lain-lain pengunjung Kuda Kepang? Dia ni siapa? Dia ni proksi siapa? Siapa tuan dia yang sebenar-benarnya?

Saya terpaksa mengemukakan soalan-soalan di atas kerana komen-komen ‘Malaysia’ bukannya mengenai isu yang saya poskan ke blog ini.

Sebaliknya, dia sentiasa berusaha mematahkan segala hujah dan komen lain-lain sahabat yang melayari blog ini. Dia taji orang sana. Dia cah orang sini. Perbuatan seperti ini adalah tidak wajar.

Saya dah tahu siapa dia ‘Malaysia’. Saya tahu dia kerja di mana? Tetapi, biarlah. Atas nama kebebasan, kita biarkan dia.

‘Toyol-toyol’ saya sedang menyiasat ‘Malaysia’ dengan lebih terperinci. Bila sampai masanya, dan jika didapati perlu, saya akan poskan identiti ‘Malaysia’ ke blog ini

Tapi, setelah meneliti blog-blog popular seperti blog sahabat saya Datuk A. Kadir Jasin dan Rocky Bru, saya dapati fenomena ‘Malaysia’ ini hanya wujud dalam blog Kuda Kepang.

Matlamat dia adalah untuk melencongkan sahabat-sahabat yang lain daripada memberikan komen secara ikhlas dan jujur terhadap isu yang saya ketengahkan.

Saya agak dia bertindak begitu kerana Kuda Kepang tambah popular dan berkesan. Maklumlah, cogankata blog ini adalah “berani, jujur, ikhlas.”

Oleh itu, saya memohon jutaan maaf kepada seluruh sahabat yang sentiasa mengunjungi blog ini. Kita biarkan sahaja ‘Malaysia’ dengan lagaknya. Kita biarkan dia. Biarkan!! Biarkan!!! – Ruhanie Ahmad.

7 comments:

sahabat said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Datuk Ruhani!!!
Salaam!!!


Jahat!
Jahaaaat!!!!
Kuda kepangnya -
MENGILLLA!

Biarkan!
Biarkan!
Somo novius!
Somo novius!

Hanya yang Bertuah
yang hidup!

Mabok! Mabok!
Tingat mass comm
Phulamak!

Malaysia, malaysia
my questions please?

Anonymous said...

Don't you be deterred by Malaysia, he is a mercenery(askar upahan).Whoever visit your blog and dare to comment sincerely that count. One or two exceptions should not discourage you, Datuk. When time come, expose him/her and we will know the owner of this toyol !

Anonymous said...

erkkk apa crita ni jgn gado² buat malu ja. Kita ni melayu jgn gado, negara kita ni kecik aja. Kalau bangsa melayu bergado sesama sendiri sapa nak jaga negara kita. Ni kita dok gado² bangsa lain baca buat malu jer .Peace. (Time Will Tell)

Anonymous said...

Akum YB Datuk Ruhanie Ahmad dan pembaca budiman. Izinkan saya memberi pandangan berhubung perkara komen "Malaysia". Pada pendapat saya seorang graduan kedoktoran, saya boleh mengesahkan penama "Malaysia" ada seorang pesakit jiwa atau pun boleh dikatakan seorang gila. Jadi saya berharap tidak perlu di besarkan komen "Malaysia" kerana tulisan oarng gila tidak perlu kita membacanya. Bermula hari ini sesiapa membaca komen "Malaysia" Dia pun nak jadi orang gila. Jadi elakkan mata kita dari membaca tulisan "Malaysia"

Dr. Ct Mariam
Hosp. Pantai-kl

Mika Angel-0 said...

mika angel-O said,

Jahat!
Jahaaaa!!!!
Kuda kepangnya -
MENGILLLA!


somo novious!

how could a blogger
gets to be anon?
well use the same name?

But why?
Aha...

Mika Angel-O me
(May 30th, 2007)

Mika Angel-0 said...

guess who played the fool
and dressed as Malaysia?

no cigar
the blog empunya is
no small fish

Mika Angel-0