Thursday, December 07, 2006

BPR Perlu Siasat
Akaun Pengendalian Monsoon Cup
Harakahdaily

Badan Pencegah Rasuah (BPR) diminta menyiasat perjalanan pengendalian beberapa projek kerajaan negeri termasuk Monsoon Cup memandangkan wujud unsur-unsur yang meragukan dalam pengurusan kewangan projek-projek terbabit.

Bercakap kepada Harakah di kediamannya dekat Rusila, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, walaupun penganjuran Monsoon Cup menelan belanja ratusan juta ringgit, penyata pendapatan dan perbelanjaan program itu tidak pernah diaudit.
"Ini diakui sendiri oleh Laporan Ketua Audit Negara dalam Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2005 pada muka surat 35," ujarnya.

Menurut beliau, kerajaan negeri telah membentuk dua akaun amanah iaitu Akaun Amanah Program Penganjuran Monsoon Cup negeri Terengganu dan Amanah Projek Pembangunan Pulau Duyong pada awal September 2005 bertujuan mengakaunkan pembiayaan program Monsoon Cup yang diadakan setiap tahun.

Akaun Amanah Projek Pembangunan Pulau Duyong pula, jelasnya adalah untuk mengakaunkan perbelanjaan bagi projek pembangunan di Pulau Duyong.

"Kedua-dua akaun ini dikawal oleh Pegawai Kewangan Negeri dan sumber utama akaun ini adalah melalui peruntukan kerajaan Persekutuan. Kedua-dua akaun amanah perlu dikemukakan untuk diaudit tidak lewat daripada 31 Mac setiap tahun," ujarnya.

Bagaimanapun, jelas beliau, sehingga kini kedua-dua akaun amanah itu tidak dikemukakan untuk diaudit malah tidak semua perbelanjaan berkaitan diakaunkan terutamanya perbelanjaan yang dibuat di peringkat jabatan dan agensi negeri.

http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=1177

Dalam satu persidangan di Kuala Lumpur semalam, salah seorang anggota panel bertanya, mengapakah PAS atau DAP tidak pernah bersuara langsung mengnai perkara di atas?

Dia juga mendakwa bahawa perbelanjaan untuk Monsoon Cup di Terengganu yang beratus juta ringgit itu kononnya tidak mendapat kelulusan kabinet kerajaan persekutuan.

Adakah tuduhan sedemikian benar? Kalau benar, apakah BPR akan menyiasat kes berkenaan secara rapi dan segera? – Ruhanie Ahmad.

14 comments:

sahabat said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Andin Salleh said...

Barangkali banyak juga rakyat negara ini yang gerun dan gentar, malah membayangkan mala petaka besar akan berlaku, jika kerajaan yang ada sekarang, jatuh dan diganti oleh parti lain.

Sebabnya tidak lain, kerana sejak merdeka hingga sekarang, negara ini hanya diperintah oleh Perikatan/BN, dan BN telah berjaya mempengaruhi minda sebahagian besar rakyat kita bahawa hanya BN yang layak memerintah negara ini hingga kiamat.

Kita belum pernah mengalami pertukaran parti pemerintah sebagaimana yang biasa dialami oleh rakyat negara lain.


Sebenarnya jika BN jatuh dan diganti oleh parti lain, yang berubah hanyalah badan yang membuat undang-undang (Parlimen dan DUN) dan kabinet. Badan eksekutif (khasnya pentadbiran awam, tentera dan polis) kekal berfungsi seperti biasa, begitu juga badan kehakiman.

Dengan perkataan lain, pemerintahan dan pentadbiran kerajaan akan berjalan seperti biasa. Orang yang bekerja makan gaji, akan dibayar gaji oleh kerajaan yang baru.

Jadi apalah yang ditakutkan sangat jika BN jatuh dan digantikan oleh parti lain.Parti-parti lain pun banyak mempunyai orang-orang bijak pandai yang layak "menjalankan" pemerintahan.

Dan bukan tidak muungkin sebahagian orang-orang BN akan meninggalkan BN dan melompat ke dalam parti pemerintah yang baru!

Sebenarnya dunia tidak akan kiamat dan Malaysia ini tidak akan runtuh, jika parti lain mengambil alih pemerintahan daripada BN.

sahabat said...
This comment has been removed by a blog administrator.
sahabat said...
This comment has been removed by a blog administrator.
sahabat said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

YB

I like to be caught reading some flashbacks of the MahaFiraun. Only on lunch breaks light years ago.

I agree that should any champion of any thoery of effective critics and criticism of the Government be let loose into the den of the harimaus.

The measures taken by the ministers are just open-ended and they recieve my felicitations for telling their readers or audiences
that there are some edifications of self to be had in blogging.

I would like to bother for your say on who is most suitable to take over an infected, festering government?

I have yet to read from any popular blog sites any outrageous and worthwhile ideas. I guess that is what is rubbing commentor malaysia. Stuck in nuetral when it should have been on high. It would me, too.

Tun is a love-hate thing. Like Belief.

Toyol Code is a compilation of data and an analysis of these datas. Are they quality infomations? So there is a worth to this efforts? Hummmrpph.

I would like to see these predictions come true but then it would be wishful thinking indeed.

I rather like the joke of the folders and files on everyone and everything that the PM keeps in his safe in the wall in his office.
That was more funnier.

Anonymous said...

YB

Monsoon Cup

Ini permainan antara Orang Istana dengan orang Dato' Sendara.

Result, Sultan Mirzan tak ke Doha.
Raja Terengaanu di perlekeh-lekehkankan. Orang di Teluk pun tahu.

Ini saya kata.

sahabat said...
This comment has been removed by a blog administrator.
sahabat said...
This comment has been removed by a blog administrator.
sahabat said...
This comment has been removed by a blog administrator.
sahabat said...
This comment has been removed by a blog administrator.
sahabat said...
This comment has been removed by a blog administrator.
sahabat said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Mika Angel-0 said...

Ahhhh, nearing the end
Still, Mika Angel-0 said,

I like to be caught reading some flashbacks of the MahaFiraun...

Monsoon Cup...

Ini saya kata


Mika Angel-0
May 30th, 2007