Tuesday, December 12, 2006

Tuduhan Pentingkan Keluarga
Bertujuan Jatuhkan Saya
Kata Abdullah

BANGKOK, 12 Dis (Bernama) - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata tuduhan kononnya beliau melebihkan anggota keluarganya adalah satu daripada cara menjatuhkannya dan menghakis kewibawaan beliau.

Perdana Menteri berkata beliau sedar bahawa dakwaan kononnya beliau mengamalkan sikap nepotisme itu disebabkan oleh cara kepimpinannya yang membenarkan pihak lain mengulas dan mengkritik selain memberi banyak ruang untuk perbahasan dan perbincangan dalam media.

Dalam temu bual dengan Ketua Pengarang Bangkok Post, Pichai Chuensuksawadi, di Putrajaya baru-baru ini, Abdullah turut ditanya perasaannya mengenai dakwaan terhadap anaknya Kamaluddin, dan menantu beliau, Khairy Jamaluddin.

Abdullah berkata Kamaluddin bekerja di luar negara dan mendapat kontrak Petronas menerusi tender antarabangsa terbuka dan turut membeli beberapa syarikat yang dikehendakinya kerana kepakaran kejuruteraan dan kemampuan peralatan masing-masing.

“Dia tidak membentuk syarikat itu daripada asalnya, dia utamakan penggabungan dan pemilikan. Itulah cara perniagaannya. Walaupun ramai yang memintanya menjalin usaha sama dengan syarikat berkaitan kerajaan, dia jawab ‘Tidak, saya ada cukup wang, saya kaya,’” katanya.

Mengenai Khairy pula, Perdana Menteri berkata “orang tua itu” telah menjejaskan periuk nasi menantunya itu dan ini membuatkan beliau amat kecewa.

“Dia (Khairy) menjual sahamnya dalam ECM Libra (sebuah kumpulan perbankan pelaburan). Dia menjualnya pada harga yang merugikan. Sekarang dia terpaksa melangsaikan hutang,” kata Abdullah.

Beliau berkata bahawa semasa Khairy ditawarkan menyertai ECM Libra, pelbagai dakwaan dibuat terhadapnya agar dia digugurkan.

Abdullah berkata kebebasan bersuara tidak harus disalah guna untuk menyebarkan fitnah terhadap orang lain.

“Jika nak cakap yang benar, silakan. Jika mahu beritahu saya ada yang tidak kena, maka beritahu saya. Beritahu yang benar kepada kepimpinan. Saya berterima kasih kepada mereka yang menegur saya mengenai apa yang tidak kena,” katanya.

Abdullah juga mengulangi azamnya untuk memerangi rasuah yang merupakan sebahagian daripada agenda perubahan yang beliau perkenalkan semasa mengambil alih pentadbiran negara.

“Saya belum lupa perkara ini,” katanya.

Abdullah berkata seramai 300 pegawai pencegah rasuah telah dilantik bagi menyertai satu unit khas yang akan menjalankan siasatan tanpa menunggu laporan polis.

“Jika mereka sendiri menerima laporan atau mereka mengesyaki sesuatu, mereka boleh bertindak,” katanya.

Beliau juga berkata bahawa pada masa ini lebih 100 kes sedang disiasat.

Abdullah berkata memang sukar untuk mendapatkan bukti kerana suspek semakin bijak dan mereka menyimpan wang di merata tempat seperti bank di Switzerland.

Mengenai langkah jangka panjang, Perdana Menteri berkata beliau memberi tumpuan kepada aspek pencegahan dengan menyemai nilai murni menerusi penubuhan Institut Integriti Malaysia.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=235866

12 comments:

Anonymous said...

Orang Tua dan Laut

Dicucinya seluar dalam
di sidai
di jemuran
di Teluk Siam

Dibaunya darah
Tun
Doctor
Che Det

Tiadanya retak
tiadanya belah
tiadanya wira
tiadanya sabar

Anonymous said...

Imam Mengenyam

Loh! Sekonyonnya Sang Imam mengenyam di Monsoon Cup
Bagai mahu diratah semaunya
biar melepas lelah dahaga berzaman
Peduli apa pada Hadhari
bukankah itu hanya untuk rakyat
Aku Pemimpin Aku lah Imam
Aku PM Suka hati aku lah

Aku Anak Ulamak Aku Cucu Ulamak
Boleh saja meraba bini orang mahupun perempuan simpanan orang
Peduli apa aku PM aku Imam aku Demam
Cemburu apa beb! Gua pun mahu lepas Gerammmmmm.....

Lama dah tak mengenyam!

Bangsat! AAB bangsat!
Mulut hadis Hati berkudis
Kata menggula niat membara dendam mencuka

Bangsat! AAB Bangsat!

Anak aku Kaya! Kepala bapak dia punya suka!

Menantu aku pintar cakap saja berdegar!

Bangsat! Keparat! Kami sumpah KAMU 7 KETURUNAN SAMPAI KIMAT!

Harat said...

Berita di atas barangkali bukanlah berita yang penting sangat. Akan tetapi, sebagai pihak yang sebelum ini telah 'diserang' dan 'diperlekehkan', Pak Lah memang berhak mempertahankan dirinya.

Memang banyak pihak akan memandang "rendah" terhadap Pak Lah, apabila beliau mempertahankan anak dan menantunya. Akan tetapi, beliau mungkin seorang yang jujur, dan bukan seorang yang 'munafik', seperti "orang tua" yang dimaksudkannya.

Jasni said...

Tun M dulu perkenal dasar penerapan nilai2 Islam dalam awal pemerintahannya. Tak cari istilah yang luar biasa dan menyusahkan bagi seorang PM yang awal memegang tampuk pemerintahan negara. Kira fikir panjang la..
Pm kita sekarang ni..perkenal Islam Hadhari sampai kitapun naik bingung dengan istilah sebegini.Tambah pening bila Islam Hadhari langsung tak dapat bendung masalah sosial di negara kita. Akhirnya jadi gimik saja.
Bila memerintah perkenal ketelusan dan keterbukaan tapi bila menjawab soalan press macam orang yang pendendam.
Anak2 PM dah kaya..ditekan lagi ayat anaknya memang kaya..rakyat pun kecewa dapat seorang yang tidak faham kesusahan rakyat!
Tidak hairan kalau skim cepat kaya macam swiss cash dan yg lain2 jadi tumpuan rakyat dan kebanyakan kakitangan kerajaan cari kekayaan...ramai yang tertipu..

Anonymous said...

YB,

Dengan izin.

Adanya saya melencung sedikit dari topik.

Kenapa Kerajaan Saudi dilaporkan tiba-tiba sahaja mahu membantu 'Kaum Sunni' sahaja di Iraq?

Apakah masih lagi ada satu negara Iraq atau ini hanya kata-kata berlapis yang membawa erti Iraq akan dibahagi-bahagikan di mana orang Islam di utara, di bahagian tengah dan di selatan masing-masing mempunyai autonominya sendiri?

Di Malaysia macam mana hendak kita jayakan perjuangan me-mertabatkan bangsa yang berakidahkan Tauhid? Memandangkan negara yang ada keberkatan Illahi pun boleh di jual beli oleh orang Jahil.

Kalau UMNO keluar dari BN itu angan-agan manis saya sahaja. Kalau diperpanjangkan apa yang terpendam di hati nanti terbawa kepada isu keselamatan dan kestabilan negara. Lagi pun ini isu lama yang tetap segar.

Semestinya, Rakyat haruslah pandai menggunakan kuasa mengundi mereka.

Selainnya, nasib baiklah ada tempat bagi mereka yang semestinya kebanggaan Pendekar Hang Jebat dapat meluahkan rasa di hati mereka. Tetapi kalau betul-betul mahu Bersumpah Tujuh Keturunan, orang Jawa ada makam mereka. Maka pergi sahajalah ke sana baik di Singapura mahupun di Pulau Jawa. Maklumilah dan jangan pula nanti malu Maulana Ibrahim.

Maulana Ibrahim bukan asing bagi kami dan kita.

Perginya Hang Tuah
tiada berkubur
Matilah dia
Hang Tuah
remuk kecewa
hatinya tiada mahu lagi hidup kerana hancur luluh
cintanya
dan burung-burung
berkenduri
di tubuh
baginda

Bila bersumpah biarlah benar.

malaysia said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Saudara Pengarang,

Betapa malangnya nasib kita rakyat Malaysia mempunyai PM yang kurang pintar serta bercakap bohong.

Saya menyeru agar PM Abdullah Hj Ahmad letak jawatan secara terhormat sebelum di aibkan dalam pilihanraya akan datang serta demi untuk menyelamatkan UMNO dari menimpa musibah akibat dari siasah kotor kepimpinan Presiden sendiri.

Tindakan PM AAB 'menghalalkan cara' untuk terus memimpin kerajaan :

Melanjutkan pemilihan UMNO sebab berasa takut akan dicabar takut menantu serta menteri2 half past six kecundang kut. PM AAB berani kerana benar takut kerana salah.

Jangan PM AAB menyalahkan TDM (yg di sebutnya orang tua) sebab tidak ada siapa dari MT dan menteri boleh menengur anak menantu AAB, kalau di tegur oleh ahli UMNO maka naik minyak dan emosi tak tentu pasal AAB. Bukan orang dengki dgn KJ tapi org nak perbetul agar PM AAB tidak akan menjadi PM satu penggal aja.

Anonymous said...

RAMALAN TOYOL CODE TEPAT SEPERTI KENYATAAN INI



13/12: SAH PILIHANRAYA TAHUN HADAPAN

Wan Nordin Wan Yaacob
Harakahdaily

Teka-teki bila Pilihan Raya ke-12 akan diadakan mungkin sudah terjawab dengan kenyataan berupa penafian yang dibuat Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu wawancara dengan agensi berita luar negara baru-baru ini.

Abdullah dalam satu wawancara dengan Bangkok Post dan satu lagi agensi lain menyatakan bahawa pilihan raya tidak akan diadakan tahun hadapan.

Nafi hanya helah Abdullah

"Saya kira ini hanya satu kenyataan Abdullah yang menipu, kerana kebiasaannya penafian ini boleh jadi ia akan menjadi sebaliknya. Saya kira pilihan raya tetap akan diadakan tahun hadapan kerana Umno telah menangguh pemilihan pucuk pimpinan parti itu baru-baru ini," kata Ketua Penerangan Parti KeADILan Rakyat, Tian Chua.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan satu sidang media berhubung isu imigresen di pejabat KeADILan di Brickfield hari ini.

Mengulas lanjut Tian Chua berkata, sebelum ini Abdullah juga menafikan bahawa penangguhan pemilihan Umno ketika Persidangan Agung Umno baru-baru ini tiada kaitan dengan soal Pilihan Raya ke-12 dilihat hanya helah 'lapuk' pemimpin Umno itu untuk mengaburkan mata pembangkang dan rakyat.

Isyarat pilihan raya

Penangguhan pemilihan Umno itu adalah satu isyarat kepada umum bahawa Umno bersedia menghadapi pilihan raya dengan wadah 'perpaduan' melalui Perhimpunan Agung Umno dengan mengesamping pemilihan pucuk pimpinan parti, katanya.

"Bagi saya kenyataan Abdullah bahawa pilihan raya tidak akan diadakan pada tahun hadapan hanyalah satu omong kosong kerana parti itu mungkin berhadapan dengan masalah sekiranya pilihan raya diadakan lebih lewat," katanya. p> Antaranya Umno perlu berhadapan dengan pembebasan mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dari sekatan politik jika pilihan raya diadakan selepas April 2008, justeru beliau yakin pilihan raya akan diadakan lebih awal dari tarikh pembebasan Anwar dari sekatan politik.

Dalam hal ini Abdullah bukan hanya menipu rakyat sebaliknya menipu lebih lapan juta ahli Umno yang terpaksa mempercayai bahawa penangguhan pemilihan parti itu tiada kaitan dengan Pilihan Raya ke-12.

Pembangkang perlu sedia

Menurutnya lagi, dipihak KeADILan kini telah menumpukan seluruh persediaan untuk berhadapan dengan pilihan raya yang dijangka pada tahun hadapan berdasarkan penafian Abdullah itu.

Malah baginya seluruh jentera pilihan raya pembangkang kini boleh mula bersedia dengan segala persediaan setelah Abdullah sebenarnya telah memberi 'signal' awal bahawa pilihan raya sebenarnya akan diadakan pada tahun hadapan.

"Kini kita perlu melupakn sejenak perbezaan antara parti-parti pembangkang, sebaiknya kita perlu tumpukan kepada usaha menjalin kerjasama dimana perlu untuk memastikan pembangkang berada ditahap yang baik berhadapan dengan Barisan Nasional (BN)," katanya lagi.

KeADIlan katanya akan terus berusaha mengadakan kerjasama dan berbincang dengan PAS, DAP dan parti-parti pembangkang lain dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

Anonymous said...

YB

Teka-Teki 101

"Teka-teki bila Pilihan Raya ke-12 akan diadakan mungkin sudah terjawab dengan kenyataan berupa penafian yang dibuat Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu wawancara dengan agensi berita luar negara baru-baru ini"


Waduh, waduh, waduh!
Toyol berkeliaran?
Munkingkah itu saperti Hikayat?
Hang Tuah?
Dongeng Melaka?
belaka!?

Waduh, waduh, waduh!
Kau bukan 'moron'?
kau juga bukan?
"Nosy the Menace Parker!"?

Waduh, waduh, waduh!
"kalau aku jadi"?
... "munasabah tak?"?
(ini satu takrifan
hadhari?)
Halalan-Toyyiban?

Waduh, waduh, waduh!
Sembrono Jawa!
Harus belajar loghat istana?
Yeti Man belaan kerabat Terengganu?

Aduh, Aduh, Aduh!
Malaysia...

malaysia said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Mana mungkin pokok bergoyang tanpa angin, melainkan di goyang oleh berok2 liar ! Pak Lah should walk the talk to promote "rasuah sifar" . Kalau dah cuba berbohong jangan diharap dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pemimpin. Islam hadhiri kononnya !

Mika Angel-0 said...

Weh, yang mana satu
1st anonymous la!
3:34PM melencung sedikit
dan
Teka Teki 101
itu saja

Yang lainnya bukan
si-Mika Angel-O
yang punya, weh


Mika Angel-0
May 30th, 2007

ps terima kasih
Staff Sargent Sri Kandi
KEMENTAH