Thursday, December 21, 2006

Mengapakah ‘Malaysia’
Ganggu Kuda Kepang?

Saya amat hairan. Tukang komen tetap dalam blog ini, yang pakai topeng ‘Malaysia’, kenapa asyik ganggu lain-lain pengunjung Kuda Kepang? Dia ni siapa? Dia ni proksi siapa? Siapa tuan dia yang sebenar-benarnya?

Saya terpaksa mengemukakan soalan-soalan di atas kerana komen-komen ‘Malaysia’ bukannya mengenai isu yang saya poskan ke blog ini.

Sebaliknya, dia sentiasa berusaha mematahkan segala hujah dan komen lain-lain sahabat yang melayari blog ini. Dia taji orang sana. Dia cah orang sini. Perbuatan seperti ini adalah tidak wajar.

Saya dah tahu siapa dia ‘Malaysia’. Saya tahu dia kerja di mana? Tetapi, biarlah. Atas nama kebebasan, kita biarkan dia.

‘Toyol-toyol’ saya sedang menyiasat ‘Malaysia’ dengan lebih terperinci. Bila sampai masanya, dan jika didapati perlu, saya akan poskan identiti ‘Malaysia’ ke blog ini

Tapi, setelah meneliti blog-blog popular seperti blog sahabat saya Datuk A. Kadir Jasin dan Rocky Bru, saya dapati fenomena ‘Malaysia’ ini hanya wujud dalam blog Kuda Kepang.

Matlamat dia adalah untuk melencongkan sahabat-sahabat yang lain daripada memberikan komen secara ikhlas dan jujur terhadap isu yang saya ketengahkan.

Saya agak dia bertindak begitu kerana Kuda Kepang tambah popular dan berkesan. Maklumlah, cogankata blog ini adalah “berani, jujur, ikhlas.”

Oleh itu, saya memohon jutaan maaf kepada seluruh sahabat yang sentiasa mengunjungi blog ini. Kita biarkan sahaja ‘Malaysia’ dengan lagaknya. Kita biarkan dia. Biarkan!! Biarkan!!! – Ruhanie Ahmad.

9 comments:

malaysia said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Datuk Ruhani!!!
Salaam!!!


Jahat!
Jahaaaat!!!!
Kuda kepangnya -
MENGILLLA!

Biarkan!
Biarkan!
Somo novius!
Somo novius!

Hanya yang Bertuah
yang hidup!

Mabok! Mabok!
Tingat mass comm
Phulamak!

Malaysia, malaysia
my questions please?

Just Sharing said...

ini pertama kali saya memberi komen dan kali kedua membaca komen...kali pertama saya baca komen...saya gembira...melayu telah bangkit dan berani berbicara terutama yang menggunakan nama sebenar...walau apa pun perkembangan yang amat sihat...namun melayu tetap layu.....blog....internet...forum....hanya sekadar satu retorik...iaitu bercakap tanpa ada tindakan...namum......yang hebat itu bermula dengan 1,2,3...,maka blogger2,forum,internet tetap diberi pujian dan satu perubahan minda dan budaya dapat di'generate' disini......datuk kadir,rockybru dan datuk ruhanie menggunakan pentas mereka sendiri....perjuangan datuk ruhanie ada yang disokong dan ditentang seperti datuk malaysia....bagi yang menyokong layaklah mereka menggunakan pentas yang sehaluan dengan datuk ruhanie....bagi yang tidak saya sarankan terbitkanlah blog sendiri...pentas peribadi untuk mempertahankan orang tersayang...seperti yang berbahagia saudara khairy..beliau menggunakan pentas beliau sendiri dalam http://khairy-chronicles.blogspot.com/
maka saya sarankan pada sesapa yang menyokong abdullah badawi menggunakan pentas mereka sendiri.....tunjukkan sayang pada pak lah seperti mana datuk kadir, rocky dan datu ruhanie menunjukkan sayang mereka pada tdm dan melayu am nya......saya juga menerbitkan blog saya seperti saudara khairy...http://youngmalaysian.blogspot.com......tetapi seperti saudara khairy samada tiada pengunjung atau pengunjung ramai tetapi lupa nak komen.......kesian saya...tetapi soal pemasaran blog supaya ramai pengunjung itu terletak kepada strategi pemasaran saya kira....jadi ada sesiapa hendak komen atas komen saya boleh tinggalkan komen anda di pentas saya iaitu http:/youngmalaysian.blogspot.com..........assalamualaikum

Dr Butiq said...

Terima kasih Dato kerana banyak memadamkan (deleted)komen malaysia yang saya anggap mahluk perosak minda penyokong Dato.Saya pun boleh agak siapa dia malaysia ini tak perlu gunakan toyal untuk mengenal dirinya.Yang sebenarnya dia ini seorang yang penakut,pukul curi,baling batu sembunyi tangan,dia rasa dia saja yang betul dan lebih sedih lagi dia rasa orang ramai terutamananya orang Umno sendiri termakan dengan hujah hujah nya.Kami tetap tahu mana berlian dan mana batu berkarat yang tak berharga seperti malaysia,minta maaf terpaksa berkasar bahasa.Kalau anak jantan memimjam istilah kata Dato Nazri tunjukan diri seperti Dato Ron.Dato A Kadir Jasin,saudara Rocky Bru,Raja Petra,saudara Zahrin dan yang lain lain baru saya bagi tabik hormat.

Tq,

Anonymous said...

Don't you be deterred by Malaysia, he is a mercenery(askar upahan).Whoever visit your blog and dare to comment sincerely that count. One or two exceptions should not discourage you, Datuk. When time come, expose him/her and we will know the owner of this toyol !

Anonymous said...

erkkk apa crita ni jgn gado² buat malu ja. Kita ni melayu jgn gado, negara kita ni kecik aja. Kalau bangsa melayu bergado sesama sendiri sapa nak jaga negara kita. Ni kita dok gado² bangsa lain baca buat malu jer .Peace. (Time Will Tell)

Anonymous said...

Akum YB Datuk Ruhanie Ahmad dan pembaca budiman. Izinkan saya memberi pandangan berhubung perkara komen "Malaysia". Pada pendapat saya seorang graduan kedoktoran, saya boleh mengesahkan penama "Malaysia" ada seorang pesakit jiwa atau pun boleh dikatakan seorang gila. Jadi saya berharap tidak perlu di besarkan komen "Malaysia" kerana tulisan oarng gila tidak perlu kita membacanya. Bermula hari ini sesiapa membaca komen "Malaysia" Dia pun nak jadi orang gila. Jadi elakkan mata kita dari membaca tulisan "Malaysia"

Dr. Ct Mariam
Hosp. Pantai-kl

Mika Angel-0 said...

mika angel-O said,

Jahat!
Jahaaaa!!!!
Kuda kepangnya -
MENGILLLA!


somo novious!

how could a blogger
gets to be anon?
well use the same name?

But why?
Aha...

Mika Angel-O me
(May 30th, 2007)

Mika Angel-0 said...

guess who played the fool
and dressed as Malaysia?

no cigar
the blog empunya is
no small fish

Mika Angel-0