Sunday, December 17, 2006

Bush Hubungi PM
Bincang Pergolakan
Politik Lubnan

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membincangkan perkembangan terbaru di Lubnan yang menghadapi masalah politik berikutan usaha pembangkang menjatuhkan pentadbiran pimpinan Perdana Menteri, Fuad Siniora.

Dalam perbualan mereka menerusi telefon itu, Bush menyatakan kebimbangan besar kepada Perdana Menteri terhadap dakwaan bahawa Iran dan Syria campur tangan di Lubnan, kata Rumah Putih, semalam.

“Presiden menyuarakan rasa bimbang berhubung campur tangan Iran dan Syria di Lubnan,” kata jurucakap Rumah Putih, Tony Fratto kepada wartawan di sini.

Ia berikutan tindakan pergerakan Hizbullah yang mendapat sokongan Syria dan Iran, mengadakan bantahan besar-besaran baru-baru ini bagi menuntut kerajaan Siniora bersetuju memberi hak bersuara lebih besar kepada masyarakat Syiah dan sekutu Kristiannya di Lubnan.

Katanya lagi, dua pemimpin itu turut membincangkan pelbagai perkara ini mengenai perkembangan di Asia Barat dan mengulangi komitmen mengambil langkah menggerakkan usaha keamanan antara Israel dan Palestin berdasarkan konsep dua negara berjiran yang demokratik.

Abdullah memberi pandangan selaku pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang mempunyai 57 negara anggota.

Dua pemimpin itu juga membincangkan isu program nuklear Iran, kata Fratto tanpa memberi penerangan lebih jelas butir perbincangan.

Kesatuan Eropah (EU) turut dilaporkan menuduh Syria dan Iran menjejaskan kestabilan Asia Barat.

EU mendakwa, rantau itu tergugat kerana campur tangan Syria di Lubnan manakala Iran pula meneruskan program nuklear. – AFP/Reuters

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Nasional/20061216110520/Article/

11 comments:

malaysia said...
This comment has been removed by a blog administrator.
malaysia said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

YB

Bertuahlah negara Malaysia tersayang sehingga ada yang mahu meniru-niru kejayaannya walaupun hanya sedikit cerdik-cerdik Pak Pandir bersorak.

Ya! Malaysia Berjaya!
Sorak ramai-ramai. Mari!
Mari kawan-kawan kita
tengok siapa kena!

Halalan-toyyiban?
Mau ratah pun ratah lah
tak berbismillah pun
apa kira.
Orang malaysia ikut Imam Mudhari.
Tapi Nomber Dua saya punya!!!
et tu, brutus?

malaysia said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Thank You Malaysia!

mememang betul ramalan
toyol Ruhanie
najib balik kampung
tanam jagung!

nyata Malaysia
benci najib.

thank you brutus!

malaysia said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Status Report
(Tolong Bagitau PM)

dah check
GPS, labu-labu, C4
all working ok!
tapi ini kokak punya kapal
bukan macam Cobra Sultan itu
ini kapal banggap
untuk orang macam bangau main biola
kapal bau keju hapak
sambil menyelam minum air
kapal selam jaga PM
dengan topedo, tomahawk dan
tombak megat karat
right behind
directly astern!

tapi kena tabik sama
- three fingers salute!
pada PM dan
topi perancis cap kepala ayam
hats off to malaysia
dapat naik kapal layar
belayar
into the sunset

periscope up!
angle right!
PM has the com!
Dive, dive, dive!

kalau dah habis ratah
jangan lupa
alhmadulillah!
baru bukan
toyyiban taliban

malaysia said...
This comment has been removed by a blog administrator.
malaysia said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

TOLONG FIKIRKAN APA SUDAH JADI DENGAN IMAM HADARI INI.. MINTA MENANTUNYA CARIKAN CALON. BUAT MALU ORANG MELAYU MALAYSIA SAJA.


Pusat Bandar, Parit Buntar – “ Malunya ada Perdana Menteri macam ni”. Itulah jawapan yang diberi oleh beberapa orang yang ditemui di sini, bagi mengulas kehadiran Pak Lah dalam Anugerah Filem India Global-Gifa di ibu kota baru-baru ini. Lebih memalukan lagi apabila Pak Lah sebagai Perdana Menteri negara Islam Hadhari menyampaikan anugerah kepada Bipasha Pasu artis simbol seks Bollywood nombor 1 di India yang memenangi kategori Artis Wanita Terbaik.

Lebih menyedihkan kita, Pak Lah yang berjawatan Perdana Menteri sebuah negara yang merdeka berjalan keseorangan tanpa pengiring ke atas pentas semasa menyampaikan anugerah ini. Bayangkanlah betapa Perdana Menteri diperlaku sebegini dalam negara sendiri di majlis yang meraikan artis luar bukan artis tanahair.

Seorang pemerhati politik di sini berpendapat, Pak Lah sepatutnya tidak menghadiri program sebegini bagi menjaga maruahnya sebagai Perdana Menteri. Cukuplah Rosmah Mansor isteri TPM yang juga Penaung Gifa beria-ria meraikan artis-artis Bollywood. Cukuplah Menteri-Menteri melepaskan keinginan berlawan bola dengan artis-artis Bollywood. Perdana Menteri tak perlulah ikut sama macam mereka.

Apa yang menghairankan kita di manakah penasihat-penasihat Perdana Menteri ?. Berilah nasihat kepada Pak Lah mana majlis yang seorang Perdana Menteri boleh pergi dan mana majlis yang seorang Perdana Menteri tak perlu pergi. Sebagaimana dimaklumi, artis-artis Bollywood ini terkenal dengan kesombongannya. Justeru, mengapakah terlampau berlebihan meraikan mereka sehingga Perdana Menteri pun turut sama meraikannya.

Memetik kata-kata seorang penduduk yang ditemui, “ artis-artis Bollywood pun terkejut tengok pemimpin nombor 1 negara kita boleh datang ke majlis depa. Kat negara lain tak pernah depa tengok macam tu. Nampak macam hebat sangat la depa

Mika Angel-0 said...

Mika Angel-0 said,

Ya! Malaysia Berjaya!
Sorak ramai-ramai. Mari!
Mari kawan-kawan kita
tengok siapa kena!

thank you brutus

Status Report
(Bagitau PM)

Ahh,
do you really know Tun Mahathir
kuda kepang? Sure you do!

Mika Angel-0
(May 30th, 2007)