Tuesday, December 12, 2006

S'pura Akan Beli
66 Kereta Kebal Leopard
Baik Pulih Dari Jerman

SINGAPURA, 11 Dis (Bernama) - Singapura akan membeli kereta kebal Leopard 2A4 dari Jerman dalam usaha mempertingkat keupayaan ketenteraan negara pulau ini.

Leopard 2A4, antara lain, dilengkapi meriam smothbore L44, 120mm, yang berupaya mengatasi semua kenderaan tempur perisai lain.

Kementerian Pertahanan Singapura berkata pihaknya dan Kementerian Pertahanan Persekutuan Jerman berhasrat mencapai persetujuan bagi penjualan kereta kebal itu dari Pasukan Bersenjata Jerman kepada Angkatan Tentera Singapura.

"Pakej pembelian mengandungi 66 kereta kebal Leopard 2A4 baik pulih bersama 30 kereta kebal simpanan dan kelengkapan sokongan. Latihan untuk kereta kebal Leopard akan disediakan oleh Tentera Jerman," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Leopard 2A4 seberat 55.15 tan itu mempunyai ciri-ciri perisai berlapis yang boleh melindungi serangan meriam kereta kebal, meriam kenderaan tempur perisai dan senjata anti-kereta kebal.

Dari segi mobiliti, Leopard 2A4 menggunakan enjin disel MTU MB 873 Ka-501 yang memberi kuasa 1500 hp, dengan kelajuan maksimum 72km sejam.

Konfigurasinya membolehkan ubahsuai untuk perkembangan masa depan.
Komen:

Waspadalah wahai Malaysia. Waspadalah wahai pemimpin Malaysia. Waspadalah wahai rakyat Malaysia. Berita di atas wajar mendorong kita semua untuk berfikiran analatikal. Berita di atas wajar mendorong kita semua sentiasa bersikap cemburu. Berita di atas wajar mendorong kita semua untuk sentiasa bersiap siaga. Berita di atas wajar mendorong kita semua bertindak secara bijaksana pada setiap masa. Hidup Malaysia! – Ruhanie Ahmad.

5 comments:

Anonymous said...

Datuk,

Dalam keaddan sekarang dengan kerajaan yang sentiasa prihatin, dan always 'cloud five' momentum, tanpa kereta kebal pun Singapura boleh menawan Malaysia!. Tak perlu terang terangan dalam diam diam atau sembunyi sembuyi pun boleh.Satu hari nanti rakyat Malaysia sendiri tidak sedar bahawa Presiden UMNO dan Perdana Menteri sebenar nya seorang Singapura seperti mana Kalimulah , selepas di war war kan oleh TDM baru ramai yang mengetahui beliau seorang Singapuura. Ini lah Malaysia Ku la ni.

Anonymous said...

Saya rasa buku yang bertajuk "Singapura Basis Israel Asia Tenggara" oleh Rizki Ridyasmara, seorang penulis Indonesia yang diterbitkan oleh Khalifa di Jakarta merupakan sebuah buku yang hebat. Pemimpin negara kita patut membaca buku ini tetapi, pemimpin melayu kita tidur sehingga tak dapat membaca 'the grand plan' yang sedang di rancang oleh jiran Temasik. Selepas membaca 6 siri pendedahan 'The Toyol Code', saya dapat rasa sesuatu sedang dirancang oleh pakatan asing untuk menawan negara Malaysia melalui jalan diplomasi yang halus.

Sekadar memetik tulisan yang dipapar di cover belakang buku ini;

"Israel lebih hebat dibanding AS. Di Vietnam, AS mengirim 6,000 penasehat militer membantu Presiden Ngo Dinh Diem dan gagal. Di Singapura, Israel hanya mengirim 18 perwira untuk membangun angkatan perang negara ini. Hasilnya fantastis, angkatan perang Singapura menjadi kekuatan militer yang tercanggih ..." Lee Kuan Yew, From Third World to First.

"Yang bisa membantu Singapura hanyalah Israel. Sebuah negara kecil yang dikepung oleh negara-negara Muslim..." Menteri Pertahanan Singapura, 1965.

Ybhg Dato' Ruhanie

buku ini telah membuka mata ramai anak bangsa Indonesia untuk menhadapi ancaman Singapura. Lee yang seorg kiasu memang diselubungi perasaan takut utk tinggal berjiran dgn Malaysia dan Indonesia. Perasaan yang dicipta nya sendiri.

Atas alasan itu, Lee sentiasa menyiapkan sediakan pulau miliknya itu dengan apa sahaja kekuatan ketenteraan yang boleh menyelamatkan mimpi ngerinya itu. Lee merupakan seorg jiran yang tidak percayakan jirannya.

Jika Lee sentiasa mengawasi pergerakkan kita di rantau ini. Apa tindakan kita ? Haruskah kita senyap ?

Lee tentu tidak senang duduk, apabila GAM sudah mendapat hak untuk mentadbir Acheh sebagai suatu kuasa atanomi. Acheh mempunyai kedudukan strategik dari segi ketenteraan. Sejarah kerajaan Melayu Johor-Acheh telah membuktikan kepentingan Acheh sebagai lokasi strategik ketenteraan bagi Asia Tenggara.

Acheh yang terkenal sebagai Serambi Mekah di Indonesia menjadi igauan ngeri Singapura. Apa yang akan Singapura buat pada acheh nanti ?. Kebarangkalian yang mungkin dilakukan oleh Singapura ialah, menuduh acheh sebagai pusat latihan militan asia tenggara. Aktivis JI bergiat aktif di Acheh. Maka ia menjemput kuasa-kuasa barat dtg berkampung bagi melindungi kepentingan Singapura di rantau ini. Bolehkah ini terjadi ? ia adalah sesuatu yang tidak mustahil berlaku.

Anonymous said...

Percayalah bahawa Singapura tak kan pernah merasa puas selagi tidak dapat menguasai nusantara. Mereka bercita-cita besar bukan setakat menguasai ekonomi di rantau ini tetapi impikan sebuah kerajaan yang didominasi oleh proksi mereka demi menjamin kelangsungan kepentingan perniagaan dan ekonomi mereka.

Ironinya pemimpin Malaysia hari ini baik daripada PM mahupun TPM dan para menteri Kabinet terdiri daripada mereka yang berNAFSU BESAR. Tatkala Singapura sebok mengatur strategi menguasai kepentingan strategik negara, mereka sebok menghias diri memperaga keTOLOLan diri.

Ketahuilah anak-anak bangsaku para pemimpin (sebenarnya tak layak sama sekali dipanggil pemimpin lantaran mereka sendiri dipimpin oleh Zionis yang dimodusoperandikan melalui Singapura! Rata-rata pembesar UMNO (meminjamkan kata Datuk Kadir Jasin) terlalu leka/asyik/terkasima dengan wahana 'hairan diri'! Mereka hairan dengan kekayaan yang dibina atas air mata para petani, nelayan, pemandu teksi, anggota bersenjata, yang sekian lama berkorban bersengkang mata mempertahankan negara. Mereka lebih senang berbicara pasal hal-hal remeh-temeh seumpama perkahwinan Siti-Datuk K, perpisahan Ina-Mawi, mahupun kebanjiran artis Bollywood baru-baru ini.

Insaflah orang-orang Melayu! Hari ini kita terus ditipu dengan pelbagai slogan bombastik penuh meloyakan. Mual! Jijik! Tutup saja kesemua universiti andai para pembesar UMNO terus-terusan memperlekehkan tahap pemikiran Rakyat! Kami anak-anak Melayu, para profesional Melayu, cendekiawan melayu di serata pelosok negara, di serata dunia ingin memaklumkan kepada para pembesar UMNO bahawa kami telah muak dengan permainan kalian! Ketahuilah hayat politik/kuasa Tuan-Tuan menuju ke penghujung jalan! Kalian akan dikorbankan oleh para pengundi di PU nanti. PASTI! Bersiap-siagalah daripada sekarang! Bersedialah untuk menerima padah yang kalian taja sendiri. Apa tidaknya selama ini kalian memekik' "Kami sokong!", "Kami sokong!", "Kami sokong!". Mendelah kalian ni? Macam budak spastic jer.

premier65 said...

melayu hilang keruhaniaan dirinya..ada agama mereka ketepikan . ada harta mereka ditunggangi dari hujung kepala dan kaki..aku tak tau samaada rela melihat melayu kena kerat dan diterobos..aku sekadar memohon doa dan berhajat kepadaNya tentang melayu ini..bangsa aku yang semakin kecut dan terpedaya

premier65 said...

bangsa melayu semakin tenat..bukan bangsa semakin hampir akan menakluk kita