Friday, December 22, 2006

Pengintip Parit Buntar
Kesal PM Hadiri GIFA

Seorang pengunjung blog Kuda Kepang yang memakai nama pena Pengintip, daripada Parit Buntar, Perak, mengirimkan sepucuk mesej kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad, yang menghadiri Majlis Anugrah Filem India Global (GIFA), di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, beberapa orang yang beliau temui di sekitar Parit Buntar, kesal kerana Perdana Menteri menghadiri GIFA.

Lebih dikesali, katanya, Perdana Menteri juga menyampaikan anugerah GIFA kepada Bipasha Pasu, yang disifatkannya sebagai “artis simbol seks Bollywood nombor satu di India” yang memenangi kategori Artis Wanita Terbaik.

Lebih menyedihkan, katanya lagi, Datuk Seri Abdullah berjalan ke pentas penyampaian anugerah itu tanpa diiringi oleh sesiapa.

“Bayangkanlah betapa Perdana Menteri diperlaku sebegini dalam negara sendiri dalam majlis yang meraikan artis luar, bukan artis tanahair,” tambah beliau.

Seterusnya, Pengintip menyatakan, seorang pemerhati politik di Parit Buntar berpendapat bahawa Datuk Seri Abdullah “sepatutnya tidak menghadiri program sebegini bagi menjaga maruahnya sebagai Perdana Menteri.”

Katanya, pemerhati politik itu berpendapat, “cukuplah Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Timbalan Perdana Menteri, yang juga Penaung GIFA, meraikan artis-artis Bollywood. Cukuplah Menteri-Menteri melepaskan keinginan berlawan bola dengan artis-artis Bollywood. Perdana Menteri tak perlulah ikut sama macam mereka.”

Beliau meminta para penasihat Datuk Seri Abdullah mempastikan “mana majlis yang seorang Perdana Menteri boleh pergi dan mana majlis yang seorang Perdana Menteri tak perlu pergi.”

3 comments:

Anonymous said...

Betul , saya setuju dengan pengintip. PM kita ni selalu 'ill-advised'. Saya menyeru kepada staf 'white house' putrajaya agar lebih berhati2 . You all must look into the political "well being' of the Prime Minister. Dulu PM terserek dgn MyTeam, kalii ini dgn bollywood pula. In the first place , what the hack GIFA is being held here in Malaysia? Ada pelakon dari Malaysia kah? Atau ini cuma rekayasa Samy Vello untuk memurtabatkan filem2 dari India ! Berapa banyak sangat pasarannya dimalaysia. Dimana pegawai protokol JPM ? Jagan samakan PM kita dengan 'mereka' Kalau tak tau nak keje berhenti aje.

Harat said...

Masalah kita sekarang barangkali ialah kita sedang menghadapi "kecelaruan nilai".

Apabila golongan artis disanjung dengan begitu tinggi, maka tentulah dirasakan tidak ada salahnya, malah perkara yang sewajarnya sahaja, jika majlis-majlis mereka dihadiri oleh pemimpin negara. Inilah yang telah berlaku.

Namun, saya menganggap kehadiran PM ke majlis GIFA itu tidaklah begitu wajar. Jika majlis itu memerlukan kehadiran seorang "orang besar" untuk menyampaikan hadiah dsb, seorang menteri atau timbalannya barangkali sudah lebih dari cukup.

Anonymous said...

Dato,

Kita biarlah PM kita berseronok-seronok dengan bintang2 bollywood sebab air dah naik kut.