Friday, December 01, 2006

Lanjutan Isu Kenyataan
Datuk Mukhriz Mahathir:

Pemuda Umno Terima Penjelasan
Dan Permohonan Maaf Mukhriz

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Pemuda Umno menerima permohonan maaf Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan Pertubuhan Bukan Kerajaan pergerakan itu, Datuk Mukhriz Mahathir setelah berpuas hati dengan penjelasan beliau berhubung kenyataannya mengenai Ucapan Dasar Presiden semasa Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

Ketua pergerakan itu Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata keputusan sebulat suara anggota Exco pergerakan itu dibuat atas semangat "bersama" dan berharap agar ia akan menjadi satu pengajaran.

"Penjelasan itu telahpun diberikan termasuk memohon maaf di atas apa yang berlaku dan kita sedar bahawa apa yang berlaku salah tetap salah.

"(Bagaimanapun) Exco pemuda kita dapat menerima penjelasan itu dan jelas bahawa yang telah diluahkan oleh Datuk Mukhriz, kita menerimanya dengan hati terbuka dan ini sedikit sebanyak merupakan satu kebijaksanaan dalam memastikan bahawa barisan kita terus mantap," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda di sini hari ini.

Hishamuddin berkata pada mesyuarat itu Pemuda juga memutuskan supaya Mukhriz bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno bagi memberikan penjelasan berhubung isu itu.

"Tarikh perjumpaan bagaimanapun belum ditetapkan kerana ia bergantung kepada kelapangan masa Perdana Menteri," katanya sambil menjelaskan perbincangan berhubung isu itu dibuat dalam suasana tenang dan matang.

Ditanya mengenai kandungan penjelasan Mukhriz, Hishamuddin berkata ia tidak perlu dihebahkan kerana yang penting ialah penjelasan itu diterima anggota Exco Pemuda.

Bagaimanapun, katanya amaran keras telahpun diberikan kepada Mukhriz supaya tidak mengulangi perkara sama.

"Bagi saya ini merupakan satu amaran yang tegas dan amaran yang sekeras-kerasnya kepada Datuk Mukhriz dan rakan-rakan kita yang lain supaya jangan sekali-kali mengulangi perkara seperti ini kerana kita telahpun membuat percaturan yang begitu besar kepada pergerakan kita," tegasnya.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=233579

3 comments:

Anonymous said...

Apa sudah jadi dengan UMNO dan Pemuda UMNO.? . Dulu semasa Tun Dr Mahathir , ramai yang melabel kan Tun sebagi Firaun dan sebagi nya, tetapi ternyatalah semua itu tidak berasas kerana maaf saya nyatakan disini ,sekarang ini rupa rupa Firaun moden sudah mula menonjolkan diri bukan satu, dua malah makin bertambah.

kluangman said...

Pemuda UMNO kini lebih santun dari sopannya, lebih puteri dari puteranya, lebih betina dari wanitanya, lebih keris dari silatnya.

Cakap sikit...mohon maaf, cakap sikit...hunus keris, cakap sikit...saya sokong.. Pemuda UMNO sudah tidak dapat dikenali mana kepalanya, mana ekornya.. Itulah Pemuda UMNO sekarang yang dibayangi Pembesar UMNO hp6.

Penyesalan Mukhriz ( bukan memohon maaf ) telah diterima. Tidak sewajarnya Mukhriz menyatakan kepada media dan umum bahawa ucapan paklah adalah umpama tin kosong.

Beliau patut menggunakan saluran yang betul, dan saluran yang betul ialah bertemu sendiri dengan paklah dan nyatakan dengan jelas kepada paklah bahawa ucapan paklah di perhimpunan agung lalu benar benar tin kosong. Ini juga peluang Mukhriz untuk sampaikan sekali lagi salam TDM, salam rakyat kepada paklah dengan pertanyaan, bila nak letak jawatan secara terhormat.

Untuk paklah berjumpa Mukhriz, ia adalah sesuatu yang sama sukar seperti Paklah mahu berjumpa TDM, gentar dan gerun melandanya.

malaysia said...
This comment has been removed by a blog administrator.