Wednesday, December 20, 2006

RON Pasang Kaki Pukul
Hangatkan Kuda Kepang?

Saya ada tukang komen upahan? Sebab itukah sahabat saya Kluangman beranggapan saya menggunakan salah seorang pengunjung setia ke blog ini yang berselindung di sebalik nama samaran MALAYSIA, kononnya sebagai manusia yang saya upah untuk memanaskan blog ini?

Rasanya, tak payah kita gabrah atau melalut. Orang kampung kata, buat habis beras aje nak upah Malaysia memprovokasi pengunjung-pengunjung lain supaya blog ini jadi panas.

Secara ikhlas saya katakan, keseluruh tukang komen dalam blog ini adalah tetamu saya. Mereka berkunjung ke blog ini secara sukarela.

Bagaimanapun, sama-samalah kita akui bahawa sesuatu blog itu boleh jadi hangat dan panas kerana cerita-cerita yang diposkannya, kerana komen pengunjung-pengunjungnya, dan kerana keberanian bloggernya mengupas sesuatu isu yang relevan dengan tanahair tercinta ini.

Untuk makluman sahabat-sahabat sekalian, hari ini ranking kuda kepang adalah yang ketiga selepas Datuk A Kadir Jasin dan Rocky Bru.

Mengapa begitu? Saya tak tau. Saya hanya memulakan blogging Jun lalu. Tetapi, kalau betullah hari ini saya jatuh nombor tiga selepas Datuk Kadir dan Rocky, Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah SWT!

Oleh itu, marilah kita sama-sama menjaga etika masing-masing dalam memberikan komen atau mengulas sesuatu isu yang saya poskan.

Saya mengajak kita semua berbuat demikian kerana blog ini di baca oleh professional dari pelbagai kategori dan latarbelakang.

Saya juga dapat tau, blog ini di baca oleh mereka yang berkhidmat di Jabatan Peguan Negara, JPJ, Ketua-ketua Cawangan Khas Polis, pensyarah universiti dan juga sesetengah ahli politik terkemuka.

Apa pun, saya minta jutaan maaf kerana blog ini agak lembab sehari dua yang lalu. Ini kerana saya berada di JB untuk satu urusan peribadi.

OK. Cukuplah setakat ini. Saya tak mau Malaysia tuduh saya sebagai masuk bakul pikul sendiri! – Ruhanie Ahmad.

18 comments:

malaysia said...
This comment has been removed by a blog administrator.
za said...

Tapi Malaysia kalau sampai nak jual malaysia nak sokong jugak ke? kalau takat nak jual engkau tu aku memang setuju tapi kalau nak jual negara...langkah mayat aku dulu...

malaysia said...
This comment has been removed by a blog administrator.
A Voice said...

Biar aku komen pendapat kekampungan ko, MALAYSIA:

Berilah pendapat, tetapi jangan gunakan alasan kebebasan menyentuh perasaan orang lain. Macam mana kalau kita yang kena sendiri.

KOMEN: Nampak ko ni dok bawah tempurong tak pernah melihat bagaimana kebebasan berpendapat beroperasi dengan gentlemen untuk menerima kritikan. Isu sentuh perasaan ni nampak childish kerana sampai bila nak sensitif dan jaga hati hingga kemungkaran, kepentingan, dan kedaulatan boleh di jaja...

YAB PM nak buat kerja tapi dok dicaci maki itu nak buat apa? PM ada masakah nak melayan benda-benda remeh begini.

KOMEN: Jelas kamu ni org tak sekolah kerana org bandar berpelajaran faham betapa bahaya tindak tanduk AAB. Kalau teguran dan kritikan itu di anggap maki, baik kau dok dalam hutan sorang tak payah campur orang!

Sokong ajelah yang dah jadi peminpin, sebab dia memang dah tuhan jadikan cemerlang, lalau mengapakah kita nak lawan-lawan, yang tak memberi faedah apa-apa pun.

KOMEN: Orang bangang pengampu dan cetek intelek saja yang mudah di kongkong oleh skongan membabi buta atau sosiologis panggil "blind loyalty". Inilah ciri melayu yg telah melumpuhkan Melayu. Malaysia, tahniah sekiranya hajat dan perjuangan anda itu untuk menjadikan melayu itu jumud dan akur dengan budaya feudal

Yang nak membela orang kalah itu, buat apa? Apabila kalah, dia tidaklah cemerlang. Jadi menyokong tidak cemerlang, samalah kita masuk golongan yang tidak cemerlang, golong kalah.

KOMEN: Ini suatu lagi kenyataan bdoh. Yang di sokong bukan kerana menang atau kalah. BUkan kerana orangnya atau atknya atau bapaknya. Kita sokong orrang kerana pemikiran, kebolehan, dan potensi kemajuan untuk alif, ba dan ta. Apa yg AAB buat dan kata menunjukkan itu semua?

Bukankah tuhan ada, tentu tuhan maha adil. Jadi tentu tuhan tahu mengapa YAB Dato' najib jadi TPM dan Pak Lah jadi PM.

KOMEN: anda ni mengaharapkan kudrat dan iradat tuhan melalui magik dan mukjizat ke? Kudrat, iradat dankehendak tuhan itu melalui manusia dan alam. Kita bukan menentang kehendak tuhan tetapi kita hanya mengikut fitrah yg telah ditentukan tuhan untuk berusaha dan menjalankan perintahnya untuk "amal makruf nahi mungkar".

Oleh itu, jangan suka caci orang, tapi jagalah perasaan sesama manusia seperti menjaga perasaan kita sendiri.

KOMEN: Caci itu mengguna bahasa kasar seperti yang telah dan akan saya tulis lepas ini terhadap saudara. Abg Ron kau tak ada caci2. Adakah kamu rela dan biar saja Malaysia negara ini jahanam dengan berserah saja kepada Allah (tanpa usaha) seperti yg kamu mahu?

Sendiri mau ingat gitu!

KOMEN: Sendiri mahu ingat tu memang pengakhir baik untuk kamu. Kalau ilmu besar dan kebolehan sejengkal, jangan nak memandai mengajar orang benda g kamu tak faham.

ABG RON, BAGHAL MACAM NI BUAT APA DI LAYAN. MACAM BUDAK BENAK MENGAJI, ULANG BERPULOH KALI TAK LANCAR2 SAMPAI KE TUA PUNYA.

TYPICAL MELAYU KOMAN, SEBUK PASAL HATI, PERASAAN, SERAH PADA TUHAN (FATALIST MINDSET), BLIND LOYALTY, DLL. AKU LAHIR PARIT BENGKOK, BAGAN PUN TAK MACAM NI, .... ISI BAKUL ANGKAT SENDIRI SIKIT AJA.

INI YANG DOLAH KAKI RABA PERJUANGKAN. ALASAN PENYOKONGNYA MACAM INI. SORILAH SAYA, KONON AAB TERLIBAT DLM BUKU REVOLUSI MENTAL. PODAH DOL! MACAM ORANG MENTAL HOSITAL ADALAH!

malaysia said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Khalidsworld said...

Setelah membaca nukilan daripada penulis berlabel Malaysia, saya pasti Datuk Ruhanie Ahmad tidak akan membayarnya untuk membuat komen-komen ataupun untuk meng'hangat'kan lagi ruangan blog Datuk.

Dapat dilihat dengan ketara kelemahan pemikiran "Malaysia" dan kecetekan ilmunya, dan saya pasti Datuk Ruhanie Ahmad jika nak mengupah seseorang untuk meng'hangat'kan lagi, sudah tentu orang itu akan mempunyai daya intelek dan hujah-hujah yang lebih bernas.

Comment dari "Malaysia":
"Bukankah tuhan ada, tentu tuhan maha adil. Jadi tentu tuhan tahu mengapa YAB Dato' najib jadi TPM dan Pak Lah jadi PM."

"Sokong ajelah yang dah jadi peminpin, sebab dia memang dah tuhan jadikan cemerlang, lalau mengapakah kita nak lawan-lawan, yang tak memberi faedah apa-apa pun."

Argument sebegini adalah argument yang memang dari orang yang memiliki ilmu yang cetek .

Tidak guna melayan orang yang tidak berilmu, umpama anjing menyalak gunung.

malaysia said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Akum YB Datuk, Saya merayu pegawai PM menyerahkankan surat peribadi saya atas nama HAMBA ALLAH yang dihantar 2 minggu lepas. Isi kandungan surat itu banyak perkara telah saya nyatakan dan kini telah menjadi kenyataan seperti banjir besar beberapa negeri. Saya nasihatkan PM segera berubah perangai dan bertaubat segera jika tidak sukar dirinya menjejak di tanah suci Mekah. Tolong sampaikan perkara ini. Saya tidak mahu bencana besar bakal berlaku di tanah pusaka nenek moyang kita ditimpa bencara di sebabkan perbuatan PM. Percayalah tidak lama lagi Allah akan turunkan bala lagi besar. Bertaubatlah Pak Lah, dan kembali ke jalan yang benar. Jangan menipu orang dan sedarlah usia anda sudah hampir.

Wasalam

malaysia said...
This comment has been removed by a blog administrator.
malaysia said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Syabas Malaysia
Syabas Dato' Ruhanie
maka lagu ini untuk anda semua:

It's Impossible (Somos Novios)
Andrea Bocelli & Christina Aguilera

Andrea
Somos novios
Pues los dos sentimos mutuo amor profundo
Y con eso ya ganamos lo mas grande de este mundo
Nos amamos, Nos Besamos, Como novios, Nos deseamos
Y hasta aveces, sin motivo, sin razon, nos enojamos

Christina
Somos novios
Mantenemos un cariño limpio y puro
Como todos, preocuramos el momento mas obscuro

Andrea & Christina
Para hablarnos, Para Darnos el mas dulce de los besos
Recordarte que color son los cerezos
Sin hacer mas comentarios
Somos novios

It's Just Impossible

Nos Amamos, Nos besamos, Como novios, Nos deseamos
Y hasta aveces, sin motivo, sin razon, nos enojamos

Christina
Sin motivo, Sin razon

Andrea
Somos novios

Andrea & Christina
Mantenemos un cariño

Andrea
Limpio y puro

Andrea & Christina
Como todos, preocuramos el momento mas obscuro
Para hablarnos, Para Darnos el mas dulce de los besos
Recordarte que color son los cerezos
Sin hacer mas comentarios, somos novios
Somos Novios
Siempre Novios
Somos Novios

Copyright (c) 2006 Universal Music Sdn Bhd


nasib baik member pinjamkan helmet besi kuning naik motor kapcai KJ2020.

malaysia said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Dr Butiq said...

Saya cadangkan Malaysia ini buka blog sendiri tengok berapa ramai yang membaca blognya jangan asik dok menggangu blog orang lain ya.Untuk pengetahuan malaysia orang yang menyekong malaysia tidak ada lansung ,kesian

malaysia said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Ada sedikit melencong, malaysia.
Nahi mungkar...

Soalan Halalan-Toyyiban itu masih tak terjawab.

Lagi satu, ulama ada macam-macam, ulama yang mana malaysia rujuk?
sekarang ada kes mufti 'modern', bagaimana tu?

Jadi bagi lagu, semasa tunggu jawab. Macam 'on hold' menanti buah fikiran malaysia yang bernas.

Ada cerita pasai Yusuf Islam dari Utusan 21hb, Disember, 2006

Luar Negara

Yusuf Islam kembali menyanyi di pentas
NEW YORK 20 Dis. – Yusuf Islam atau lebih dikenali dengan nama Cat Stevens mengadakan persembahan pentas buat julung kalinya untuk mempromosikan album pop pertama beliau setelah tiga dekad meninggalkan dunia muzik.

Gabungan lagu baru dengan lagu popularnya suatu ketika dulu seperti The Wind, Oh Very Young dan Peace Train dinyanyikan beliau dengan suara lembut berbanding zaman kegemilangan beliau pada era tahun 1970-an.

Penyanyi yang meninggalkan dunia hiburan pada tahun 1978 itu kembali dengan album terbarunya, An Other Cup pada bulan lalu.

“Ia satu langkah kecil bagi seorang manusia, satu langkah besar bagi akal yang sihat,” kata Yusuf, 58, berhubung kepulangannya dalam industri muzik.

Sebelum ini, beliau hanya melakukan persembahan jemputan yang dihadiri oleh profesional industri muzik dan pihak lain di Manhattan.

“Saya terlalu ‘besar’ dan perlu ‘mengempiskan’ diri dan perlu kembali menjadi orang biasa,” jelasnya.

– Reuters

Cerita MahaFiraun dengan pisau cukur tak masuk dalam bahas malaysia kah?
Malaysia beragama apa?

malaysia said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Akum YB Datuk.. Saya kurang faham isu komen "Malaysia" Ayah saya kata tabik kpd YB Datuk Ron kerana pandai sejukkan keadaan. Kata ayah saya, YB Datuk seorang yang berpengalaman dan cinta pada bangsa Melayu. Ayah pernah berkhidmat dibawah KDN. Di masa itu YB Datuk adalah secpol Tun Musa. Ayah memuji cara YB Datuk bertindak dan mengatakan segala berita yang tersiar dalam blog ini ada kemungkinan benar. Kita harus faham YB Datuk banyak kenalan dalam KDN suatu masa dulu. Sudah pasti banyak toyol bengang dengan "budak hantu"

t/kasih
Arul

Mika Angel-0 said...

here is the key
here lies the answer

Mika Angel-0 said,
Syabas Malaysia
Syabas Dato' Ruhanie

no teh-tarik chia at Putrjaya
a cigar for me 7-11, Mas Ruhanie
Precint 9?
Somos Novios

Sorry, Bung
Mas
Maracong
YB
Datuk
dude
whatever


Mika Angel-0
(May 30th, 2007)